Tuesday, August 18, 2015

Masa: Kualiti vs Kuantiti




“Banyak di antara kita menemukan masalah di dalam keluarganya kerana penggunaan masa yang tidak betul.”

Intro perkongsian dari Ustaz Hasrizal menyapa gegendang telingaku. Saya membetulkan earphone di telinga. Volume dikuatkan.

“Saya selalu terfikir apakah yang menyebabkan Nabi Ismail yang telah lama ditinggalkan oleh ayahnya, Nabi Ibrahim boleh menerima perintah untuk disembelih dengan rela hati?

Sedangkan di antara mereka jarang ketemu dan kebanyakan umur Nabi Ismail membesar bersama ibunya, Siti Hajar.

Dan kesimpulan yang boleh dibuat ialah, betapa pentingnya kualiti masa dan bukannya kuantiti masa.

Berapa ramai di antara kita yang banyak menghabiskan masa bersama keluarga mereka, namun masih terasa jauh dan keseorangan? “

Dunia kini, tak dapat disangkal lagi akan kepentingan teknologi.

Tetapi persoalannya, adakah teknologi ini menjauhkan atau mendekatkan?

Berapa ramai keluarga yang semua ahli keluarganya berada di ruang tamu yang sama, poada waktu yang sama, tetapi kesemua mereka berada di alam yang berlainan. Masing-masing khusyuk bersama telefon pintar di tangan.

Hanya jasad yang bertemu, tetapi jiwa entah ke mana.

Seorang rakan saya menceritakan, bahawa beliau dan keluarganya pernah mendapat hadiah istimewa ketika makan di Secret Recipe hanya kerana mereka semua tidak bermain dengan telefon pintar. Dan gelagat mereka di perhatikan oleh pekerja di restoran itu dan lalu mereka hadiah istimewa!

Sampai macam tu sekali cara untuk menggalakkan keluarga menghabiskan masa berkualiti.

***
Baginda Rasulullah s.a.w. sentiasa memastikan bahawa Baginda meluangkan masa dengan ahli keluarganya, baik dengan isteri-isteri Baginda, anak-anak, juga cucu-cucunya. Kita juga tahu, pada suatu ketika, Baginda yang pada saat itu memiliki sembilan orang isteri, memastikan bahawa Baginda melawat kesemuanya pada setiap hari.
Kini terbukti bahawa lawatan-lawatan tersebut bukan semata-mata untuk makan dan tidur, tetapi lebih dari itu. Kita dapati bahawa walaupun interaksi Rasulullah dengan para isteri baginda berlaku dalam jangka waktu yang singkat, tetapi berbagai ilmu yang telah diturunkan kepada isteri-isteri Baginda. 
Hasilnya, isteri-isteri Baginda semuanya terkenal sebagai pendakwah yang terkemuka, menjadi tempat rujukan masyarakat Islam pada ketika itu dan ada di antaranya yang menjadi perawi hadis yang berwibawa. Ini menunjukkan wujudnya penggunaan konsep masa berkualiti dalam kehidupan Baginda serta kejayaannya.
Tidakkah kita merasa terpanggil untuk mengetahui bagaimana Baginda melakukannya agar kita juga dapat manfaatnya?
Ternyata pemakaian konsep masa berkualiti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat. 50 tahun dahulu misalnya, bila mana keluarga Melayu bergantung kepada pertanian sebagai punca pendapatan, ibubapa juga sibuk mencari rezeki.
Pastinya, mereka juga cuba mendekati anak-anak mereka dan mengajar anak-anak tentang apa yang perlu mereka tahu. Ada di antara mereka meluangkan masa bersama anak sambil mengajar mereka membuat pedang, gasing, memesin getah dan sebagainya. Ini juga boleh dianggap sebagai peluangan masa secara berkualiti.
(copied)

Lalu persoalan yang sering timbul di dalam fikiran kita, bagaimana menghasilkan masa berkualiti tersebut?
***

Setiap keluarga mesti mempunyai cara mereka tersendiri untuk menghabiskan masa bersama. dan style keluarga saya: we love to spend a time together with activity

Kadang-kadang dengan melancong bersama-sama, baru kami dapat berehat. Kerana ayah selalunya sibuk. Kadang-kadang ketika melancong pun henfon nya akan dihubungi oleh pekerjanya.

Masa berkualiti kami dihabiskan dengan?

1. Berkebun bersama-sama di hujung minggu

Ayah akan membahagikan tugas kepada anak-anak. Angah cabut rumput, acah membaja, hazim tolong ayah dan hakim siram pokok. Mami akan kemas dapur dan buatkan air untuk kami.

Dan ganjarannya, ayah akan belanja kami special lunch atau belanja main boling dan sebagainya. This is the way ayah mendidik anak-anak. Kalau nak dapat benda best, kena usaha/ kerja dulu.

Dan kami selalu mendapat motivasi dengan cara rewards ini.


2. Bermain boling

Oleh kerana kami rajin membantu mengemas rumah dan melayan tetamu ketika open house yang lepas, maka ayah membelanja kami bermain boling. Di samping menyambut birthday kak Atiqah, kakak ipar saya.

Malam itu, dalam saya sibuk berprogram. Tiba-tiba adik text untuk mengajak kami bermain boling bersama-sama.

“ Angah, jom kita semua nak main boling sabtu malam”

Okeh set. Nak main pukul berapa?” saya membalas untuk meng confirm kan.
“ Pukul 10 malam. Selepas dinner”

Dan malam itu dalam kesibukan, saya lari sekejap dari tempat program bagi menunaikan hak keluarga. Along, kakak ipar dan Umar terus menunggu kami di Wangsa Walk.

Jam telah menujukkan  pukul 11 malam, dan kami baru nak warm up. Sportingnya mami, dalam mata yang separuh ngantuk, willing untuk menjaga Umar untuk memberi ruang kepada along dan kak tiqah bermain boling.

Finally, pemenang pertama adalah Acah. Nombor kedua ialah ayah dan aku mendapat nombor ketiga.

Ini pencapaian cemerlang sebab last game aku mendapat tempat terakhir. Haha

Sejujurnya, saya kagum dengan usaha dan semangat Along untuk balik ke rumah setiap hujung minggu. Just untuk spend masa bersama-sama beberapa jam.
Saya tahu bukan dekat senawang-gombak. Pergi balik tol RM30. Tetapi usaha Along memang perlu dipuji. Alhamdulillah, Along masih mampu membahagikan masa. Ibu kan tenggungjawab utama seorang anak lelaki. Semoga Allah sentiasa merahmati Along dan keluarganya.

Ada budak menyibuk nak main jugak

Match selesai jam 12.30 pagi



3.  Shopping bersama-sama

Shopping bersama ibu bapa selalunya akan memberi kepuasan yang amat. Kita dapat spend masa dengan mereka di samping mendapat barang-barang yang diidamkan. Hehe

Jumaat lepas, selepas kerja, saya menemani mami ke NSK bagi membeli barang rumah. Cadangan asal untuk membeli buah-buahan dan ikan sahaja. Namun akhirnya penuh juga 1 trolley mami membeli segala macam.

Biasalah, bila dah ada partner untuk shopping, selalunya kita lupa diri.

Dan yang bestnya, dalam membeli belah, mami sempat menurunkan ilmu-ilmu memilih ikan segar, memilih bendi yang muda dan saya sendiri dapat mengenal pelbagai jenis sayur-sayuran, ulam-ulaman, ikan yang selama ni pandai suap ke mulut sahaja tanpa mengetahui nama-nama mereka. Eh!


Nature seorang mak, bila nampak aja makanan feveret anaknya, terus akan teringat dan beli.

" Kerang murah la. Rebus dan cicah air asam pun sedap. Acah suka kerang ni." spontan mami memberikan plastik untuk aku memilih kerang 1 kg.



Tengah-tengah melihat mami memilih ikan Belanak, datang pulak 2 orang mamat yang syok bersembang tentang ikan dengan mami.

Sampaikan saya rasa, err siapa perempuan sekarang ni?


Hasil tangkapan 1 trolley penuh


Dan baru saya tahu, rupa-rupanya ikan Yu juga dijual dengan harga yang murah! Rm9.90 sekilo. Err!

Ikan Yu murah, 0% GST lagi tu. 


4.  Membuat aktiviti yang sudah jarang dilakukan bersama-sama: contohnya berenang di Waterpark.

Last time kami berenang bersama-sama ialah 2 tahun setengah yang lepas di A Famosa resort. Dan sekarang Umar, anak saudara saya pun dah setahun lebih. Bermakna, lama jugak kami tak ke taman tema air ni.

Kebetulan Umar memang hantu air, so ada sahaja alasan untuk makcik pakcik dia turut sekali ke taman tema air.

Umar, Si Hantu Air


Siblings hang out~


5. Masak bersama-sama

Dengan masak bersama-sama, juadah dapat disiapkan dengan cepat, selain seorang ibu dapat melihat anaknya sudah sesuai dibuat menantu. eh!

Aktiviti ini bukan hanya terhad kepada perempuan sahaja. tetapi kaum lelaki turut digalakkan untuk sinsing lengan turun ke dapur.

Lebih-lebih lagi sekarang ni harga makanan sudah mahal, oleh itu lebih elok jika pandai memasak sendiri. Murah, bersih dan jimat!


6. Having dinner together

dan selepas dah masak bersama-sama, enaknya kalau dapat melihat semua ahli keluarga menikmati juadah yang telah kita sediakan.

Ayah selalunya pulang lewat ke rumah. So, kami sudah terbiasa untuk dinner lewat sekitar 8-9 malam. 

Perkara yang paling ditunggu-tunggu ketika makan bersama ialah: memberi laporan/ menceritakan apa yang telah dibuat sepanjang hari ini kepada ayah dan mami.

Kiranya, ketika makan ni la kami akan qadaya, update semua yang bakal berlaku sepanjang minggu ini.

Maka, jika satu hari itu saya hanya membuta, maka habislah saya akan 'dikerja'kan oleh ayah ketika makan nanti! Err.

Memang sedari kecil ayah telah mendisiplinkan kami dengan rutin ini. Duduk makan bersama-sama, bersembang dan mengemas meja bersama-sama selepas selesai makan.


6. Solat berjemaah

Biarpun hanya solat subuh 2 rakaat bersama-sama, namun saya percaya solat ini akan mengikat roh-roh kami semua. Jika pelbagai perkara boleh dilakukan bersama-sama, takkan untuk solat beberapa rakaat berjemaah, kita sudah berkira?


Kesimpulannya, 

Masa berkualiti tak semestinya perlu spend masa yang lama. Tapi cukuplah ketika itu perhatian semua diberikan kepada yang berada di hadapan mata.

Selamat memenuhi hak-hak keluarga anda! 
Semoga Allah memberkati waktu-waktu kita semua insyaAllah.

Family yang bahagia, akan melahirkan masyarakat yang berwibawa insyaAllah.


MHZ,
Sri saujana, Gombak
19 Ogos 2015