Tuesday, June 26, 2012

24062012


Jam menunjukkan pukul 2.15 petang..
haish dah lewat ni..sepatutnya kene bertolak pukul 2 petang. jalan sesak tengahari buta macam ni.

"akak, sempat ke nak sampai sana?"

"sempat je. Tapi terpaksa la jual ikan. Kalau tremco lalu je, atau metro sampai je, terus kene lompat masuk. tak boleh toleh2 lagi" jawabku dengan senyuman kelat.

10 minit berlalu..

Haish kenapa la jalan lengang ni, biasenya tremco ke ramsis banyak je, tapi time ni satu pun takde. Tremco ke Rabaah banyak la pulak.

Orang di sekeliling pun sama. Masing2 dah berpeluh menanti kenderaan utk ke Ramsis.
Tetiba bas hijau pjg lalu, macam pisang goreng pulak..berkerumun semua ammu-ammu berpusu-pusu menaikinya. Haila pakcik driver, kot-kot iya pun. berhenti la..ni jalan slow2 je..semua yg nak naik terpaksa melompat.

Tengok kiri kanan, eyh, semua pakcik2 tadi pun dah hilang naik bas. takkan aku nak tengok je, dah lewat ni. Nak tak nak terpaksa la aku tunjukkan skill melompat jugak.

Alhamdulillah, dah dalam bas. dan bas meluncur laju ke arah ramsis.

**********************************************************

Sampai2 je di destinasi, Beyt Muntalaq, di sayeda Munira. jam menunjukkan pukul 3.15 petang.
Haila.lewat jugak, janjinya pukul 3 ptg. Masuk2 je rumah, terus dengar perbualan tuan-tuan rumah..

"Dah announce ke Keputusan pilihan Raya Mesir??"


"Belum. diorg tangguh lepas solat asar. Nak solat dengan lebih khusyuk agaknya.." jawab perempuan baik.


Laaa...padan la dalam metro tadi kecoh kecoh semua orang. Jalan raya pun lengang je. Pakcik-pakcik kedai pun macam nak tak nak je menjual, rupa-rupanya masing2 berdebar nak tahu keputusan Presiden yang bakal diumumkan. Tetiba aku pun naik berdebar. Siapakah agaknya yang bakal menerajui Mesir??? 
Doa bertubi-tubi di dalam hati.


Azan Asar kedengaran. Semua orang pun bersiap2 memakai telekung. Ada yang baru hendak mengambil wudhu`. Tak kurang juga mereka-mereka yag solat sunat rawatib sebelum Asar. Dan ada jugak yang tekun di hadapan laptop, melihat siaran langsung daripada Dewan persidangan. Tak sabar nak tunggu keputusan yang bakal diumumkan. Sepatutnya keputusan di umumkan khamis lepas, tapi ditangguhkan dan macam2 la yg berlaku.


"Jom la kita solat asar dulu, kang tunggu-tunggu pun tak berucap2 jugak.."


Seusai solat, kakak chantek terus menuju di depan laptop.. Tak sabar nampaknya menanti keputusan dibacakan. Oleh kerana aku kurang faham bahasa arab ammiah, so aku memilih untuk mendengarkan sahaja dari luar bilik. Sesekali aku menjengah jugak laptop yang sedang dikerumun ramai itu. Suasana berdebar-debar.


Keputusan-keputusan undian daripada setiap daerah sedang diumumkan. Hai, lama pulak pakcik ni nak umumkan siapa presiden nya.  Dan aku menyambung makan. hehe..


Tiba-tiba...

"Allahuakbar!!!" jeritan kuat kedengaran. Bersambung-sambung laungan takbir. Dan diikuti dengan laungan2 Dr Morsy..Dr Morsy...dan bunyi hon-hon yang bersambung-sambung.

Aku terus menerpa ke arah laptop..tertulis..." Dr Morsy Won!" Dr Morsy, Presiden Mesir, menang Pilihanraya..."

Alhamdulillah..alhamdulillah..hati bersyukur. Sebak terasa. Tak dapat nak gambarkan perasaan gembira ketika itu.

Kawan-kawan ada yang meluru ke beranda melihat masyarakat mesir bersorak gembira. Gembira sungguh mereka. Lama sungguh sorakan kedengaran.

Ku terus mendapatkan telefon. Ingin berkongsi kemenangan ini dengan keluarga di Malaysia. Suara ayah happy di sebelah talian.

Dan kami pun, yang sepatutnya berkumpul di Beyt Munlataq ni untuk berbulatan gembira, terus tak jadi. Dan kakak naqibah cakap.."Kita usrah dekat Tahrir la nak???"

hehe...senyum semua meleret sampai ke telinga. teruskan kami bersiap-siap, sebab dah janji dengan akhawat nak gerak sesama ke tahrir pukul 5.30 petang...

**************************************************************************
5.40 petang

Semua akhawat yang berkumpul mula berjalan ramai-ramai menuju ke Tahrir square. 15 minit sahaja daripada sayeda Munira. Sambil- sambil berjalan kaki, kami rakamkan gelagat masyarakat2 sekeliling. Sungguh, sorakan kegembiraan tidak luput dari wajah mereka. sepanjang jalan raya tu, kereta yang melalui semua membunyikan hon-hon. Meraikan kemenangan. Ada jugak yang mengibarkan bendera daripada tingkap2 kereta. dan ade juga pakcik=pakcik yang berjalan ramai-ramai sambil melaungkan Huriyah..Dr Morsy..dan mereka sujud di situ, sambil2 tengah jalan kaki tu. Meriah sangat. Haila, agak2 agaknya macam mane la keadaan time Husni Mubarak letak jawatan dulu eyh?? Mesti lg gempak kan?? *senyuman meleret melihat gelagat mereka mereka semua..*

Di Tahrir Square...

Warna merah memonopoli. Satu kerana masing2 mengibarkan bendera Mesir, yang warna merah jalur putih dan hitam..dan kedua kerana masing2 memengang poster Dr Morsy yang berlatar belakangkan warna Merah. Ini bukan UMNO Mesir ye?? walaupun lambang nya dacing, Itu menunjukkn keadilan...


dan kami pun turut serta meraikan kegembiraan mereka.

.....ارفع راسك فوق انت مصري
....لأ للفلول رئيسنا مرسي

Angkat kepalamu keatas..kau orang Mesir..
tidak untuk baki-baki (kezaliman), Ketua kami Morsy...

*boleh tengok video and lagu tu dkt sini..Best n superb sangat!!!

dan video waktu diumumkan kemenangan Dr Morsy boleh usha kat SINI

Apa-apa pun, 
semoga kemenangan Dr Morsy ini, pintu masuk untuk kebangkitan islam. Allahuakbar!!
dan juga pintu masuk untuk pembebasan Al-Quds terchenta..
Ya Allah, semoga kami dapat bersolat di masjid Al-Aqsa suatu hari nanti...
Ameen...!

Akhawat2 yang sama 2 main-main dkt Tahrir semalam.ehe

haa, ni dengan makcik arab lg!

cute tak baby ni?? hoho

tak kisah la, jubah dan tudung labuh pun semua turun padang~

peace!!

sambil berarak dengan kereta

pakcik2 yg smgt mase kami berjalan kaki ke Tahrir


jalan raya penuh dengan kereta2 yg mengibarkan bendera dan bunyi hon-hon 

dan 

Kata Dr.Sofwat Hijazi kpd Dr.Muhammad Mursi:

"Ingat, anda menang bukan kerana kekuatan anda. Bukan mereka yg disekeliling anda. Bukan juga usaha pasukan anda. Tapi ia kurniaan Allah. Jika anda mentaati Allah, kami akan mentaati anda. Jika anda menderhakaNya, maka kami akan menentang anda."


Syukur aku masih ada lagi ketika Islam menang.


Lembutnya hati seorang ulama iaitu Syeikh Sofwat Hijazi Hafizohullah menitiskan air mata selepas pengumuman kemenangan Dr Muhammad Mursi semalam.
******

Kata-kata yang mendalam oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyeh.

Ajaib sungguh penjara Mesir !!! 
Masuk kedalamnya Nabi Yusuf a.s, dan setelah keluar 
menjadi Raja Mesir..
Masuk kedalamnya juga Dr Muhammad Mursi
dan setelah keluar diangkat menjadi Presiden Mesir
*******

quote ukhti taqiah..

24 Jun 2012 :: sejarah terukir

sedar atau tidak, MEREKA, KITA dan AKU! berada dalam lipatan sejarah ini..

hari ini juga, AKU HANYA mampu bersorak gembira, share news di FB, tangkap 
gambar sebanyak yg boleh dan upload..itu tidak memadai..
x sekali2 mampu merasai kepuasan mereka, kesyukuran mereka!

Allah!
biarlah pada hari Islam mencatatkan sejarahnya pula utk KEMBALI memerintah dunia, 
AKU adalah salah seorg drpd mereka yg gembira, lantas SUJUD tanda syukur x terhingga,
 menangis, mengangkat tangan dan berdoa, melaungkan takbir dan tahmid kepadaNya..

BUKAN semata2 bersorak bertepuk dan terkinja2, 
TANPA SATU AMAL dan penat lelah pun yang Engkau kira!

T_________________T


Ameen Ya Rab.. 
nampaknya mereka telah membuktikan..
so, kerja kita macam mana??

hanya nak memerhati sahaja kebangkitan islam, bersorak2 dan mengambil gambar??
tak nak!!

saya nak jadi orang yang menyumbang kepadanya!!
InsyaAllah...! JOM semua!!

dah berlalu waktu tidur~
 Allah dah janji dlm 24:55. mari2 jgn tertinggal kete api..

p/s: nampaknya mesti lepas ni musuh2 islam takkan senang duduk. Yahudi, Israel, 
Amerika mesti akan mulakan serangan bertubi-tubi..baik fizikal mahupun emosi. 
Semoga bantuan Allah akn sentiasa mengiringi. Ameen..

This is not the end..This is just beginning!!!


p/s 2: Alhamdulillah Allah pilih utk merasa dan berada di sini. Baru je jeles dgn akhawat2 yg dpt pg Tahrir semalam harinya...tup tup Allah pilih utk dpt ke sana juga. Allah Maha Mendengar bisikan hati...
Bole la cerita kat anak cucu pasal mende ni..eheh...*itu pun kalo pjg umor..huuu*


bait amru,
6.59 pm
25 june 2012
4 syaaban 1433H

Thursday, June 21, 2012

Musa VS Firaun

Belek2 surah An-Naziat...
terhenti pada ayat 15-26..*cuba masing2 tengok*

err....aik...

nape mcm tengah berlaku je perkara camni..
pertarungan antara hak dan batil~
antara Nabi Musa dan Firaun..

dan sekarang Mesir mengulang semula sejarah..
pertarungan antara Dr Morsy dan Ahmed shafiq..

ok, utk sesiapa yang tak tahu menahu pasal ni, bole baca di blog APG ni

Betapa Firaun sungguh melampau batas, boleh mengaku dirinya Tuhan..
sedangkan Iblis yg kita maklum dgn keegoannya dan kejahatannya, turut mengaku bahawa Allah itu Tuhan... *cuma beliau sangat ego dan taknak sujud kepada Nabi Adam..*

Fikir logik, camne Firaun boleh buat mcm tu??

Sebabnya dia tahu bahawa kaumnya bani Israel adalah orang yang buta hati mereka dan jauh daripada keimanan...Mereka takutkan Firaun. Takut dibunuh jika melawan. Oleh itu, mereka ia kan sahaja segala kebatilan~

Kalau la kaum bani israel tu beriman kepada Allah..mereka akan tahu dan yakin bahawa kebenaran akan menentang kebatilan...Biarlah kebatilan bermaharajalela skrg, sampai pada masanya kelak, Allah akan hapuskan mereka dengan cara Allah sendiri. Orang beriman yakin dengan perkara ini. Orang beriman yakin bahawa Islam akan bangkit, lebih yakin daripada kita akn hidup lagi pada esok hari.

Tapi sayang seribu kali sayang...

"maka Firaun dengan perkataannya telah mempengaruhi kaumnya, sehingga mereka patuh kepadanya. Sungguh mereka adalah kaum yang fasik.." (az-Zukhruf: 54)

dan

" Dan Firaun berkata kepada: Wahai Haman! Buatkanlah untukku sebuah banggunan yang tinggi agar aku sampai ke pintu-pintu.

Iaitu pintu-pintu langit, agar aku dapat melihat Tuhannya Musa, tetapi aku tetap memandangnya sebagai seorang pendusta... (Ghafir: 36-37)


So, ape yang kita boleh extract drpd konteks ni??

1. Kita sebagai rakyat, jangan jadi macam bani israel ni, mereka takutkan Firaun, sehingga mengaku bahawa Firaun itu Tuhan, sedangkan Tuhan selayaknya adalah Allah. *fullstop*

So, kalau la pemerintah kita kejam dan zalim, jangan tunduk kepada kezaliman. Jangan takut untuk menegakkan kebenaran.

2. Untuk itu, haruslah kita menjadi orang yang beriman, kerana keyakinan tentang kebangkitan Islam, sukar untuk difahami oleh mereka yang tidak yakin dengan janji Allah. So, kene la banyak lagi mendalami islam ini, mendalami dengan hati, bukan sekadar ilmu sahaja.

3. Terus berdoa semoga Allah tetapkan kaki kita dalam Islam dan Iman dan tetap terus berada pada jalan ini sehingga bertemu Allah kelak..ameen!

4. Harus cakna Isu ummat islam. Jangan dok pikir tentang diri sendiri je. Oh please, jangan jual ikan lagi! (baca: sellfish)


*******************************************************************

Alhamdulillah, gempar Mesir dikejutkan dengan kejayaan Dr Morsy 18 jun lepas, undiannya melebihi 4% daripada Ahmad Syafiq...TAPI, jangan terlalu gembira..
sebabnya keputusan ni masih lagi tak official. Keputusan Official akan diumumkan esok, hari Khamis.
 Teruskan menembak doa. kerana musuh-musuh ni takkan duduk diam je...*dlm apa2 movie pun, org jahat mesti ade helah masing2...*

Semoga Allah menghancurkan apa-apa tipu daya musuh-musuh Mu Ya Allah, dan tegakkanlah al-haq di bumi kinanah ini.Ameen... :)


**Pelik, tak tahu mana datangnya 48% yang menyokong Ahmad Shafiq tu, 
dan lagi pelik kalau orang Islam yang sokong beliau. ade ke patut dia nak hapuskan silibus Al-Quran dalam pendidikan kalau dia dapat jadi Presiden...nauzubillahminzalik~ 

********************************************************************

Dalam sudut hati, sedih sangat..walaupun dunia sedang memfocus kan perhatian mereka terhadap pilihanraya di Mesir ini, tapi masih ada sahabat2 saya di Malaysia yang endah tak endah dengan isu ummat islam ni. Malah, shout out di FB masih tentang diri sendiri.."ala...laparnya!! nak nasi lemak!!" atau pun "cepat2, sale dan nak abes, kene shooping skrg!! siap ada gambar model2 yg memperagakan tudung terbelit2.

 Malah, isu kaum Rohigya dibakar hidup2 pun, bukan semua orang cakna. Oh Malaysia...aman sangat ke, sampai tak peduli isu2 dunia kini. Mahal sangat ke masa-masa  kita untuk di infakkan untuk memikirkan masalah ummat. Nak smpai Allah balas sesuatu kepada Malaysia, dah terhantuk baru tengadah .. T______________T  Oh Malaysiaku sayang~

p/s: ade lg 4 paper..cepat2, Malaysia dah melambai2 je... :(

p/ss: Berdebar nak tunggu keputusan esok. Teruskan memenbak doa.

P/sssss: Rejab dah abes, so lg sebulan lagi Ramadhan nak datang, cepat siap-siap..kita nak memecut time Ramadhan nnt~ x sabar~


Ada movie best dari Cikbeah kita...Ce tengok!! (^.^)

ok, take care semua~


bait SQ,
6.34 pm
30 rejab 1433H

Friday, June 15, 2012

Manis Muka




"Jika salah seorang daripada kalian berjalan bersama saudaranya sesama Muslim,
 untuk memenuhi keperluannya, maka hal itu lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjidku ini (masjid Nabawi)”  (Hadis riwayat Hakim)

dan 

“Barangsiapa yang berjalan untuk memenuhi keperluan sahabatnya hingga sampai tujuan, 
maka Allah akan menaunginya dengan 570 malaikat yang sentiasa berdoa untuknya. 
Jika dia berjalan di pagi hari, maka malaikat akan terus berdoa kepadanya hingga ke petang hari, dan jika petang hari, malaikat akan terus berdoa hingga ke pagi hari. 
Dan dengan setiap satu langkahnya, Allah menghapuskan satu kesalahnnya dan dengan setiap langkah itu juga Allah meninggikan beberapa darjatnya” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)


Subhanallah, menjadi orang islam ni..buat apa2 pun boleh dapat pahala…
Lagi-lagi la tengan fatrah imtihan ni.. musim exam ni,
Dengar je hadis ni..terus sejuk hati..Yelah, tengah study leave ni la kita nk pulun study yg setahun dulu belajar main2 tak sempat nak cover.. 

Time2 ni, perkara2 lain sangat menguji..(contohnya nak kemas dapur, beli barang dapur, teman kawan beli barang etc)

Tapi satu yang kene ingat, exam pun..hak kepada rakan serumah, mak ayah, dll ,semua takkan berhenti…
Tengah pulun2 study pun, kalau dah sampai jadual memasak, nak tak nak kene la gagahkan diri berperang bersilat dekat dapur..hai, nk study pun, perut tu kene isi kan?? Huuu

***************************************************************


\Selama ni, kadang-kadang aku selalu berkira-kira untuk temankan kawan2..
Time kita nak cepat balik rumah la, kawan cakap nak beli top-up, tengah kita cepat2 nk balik sebab nak masuk tandas la, kawan nak beli roti.

Tapi saya sangat kagum dengan beberapa akhawat yang saya kenal, mukanya sentiasa tersenyum..
Dan kalau nak mintak tolong, mesti perkataan ‘tidak’ takkan kedengaran..Unless, beliau memang sangat busy ketika tu..

Subhanallah..awal2 jumpa spesies manusia macam ni, aku berfikir logic..ade lagi ke manusia yang macam ni hidup kt bumi ni…mesti semua ni lakonan belaka..
*dengan keadaan yg sekarang ni semua org pun nak jual ikan*

Tapi, lama-lama aku hidup dalam suasana tarbiah ni,
Subhanallah, semua ini memang reality. Bukan lakonan semata-mata.
Hebatnya mereka2 ini…dan sedikit sebanyak tempiasnya terkena kepada aku. 

Segan jugaklah kalau kita nak jual ikan juga dengan mereka ni kan??
Sekarang ringan la sikit tulang ni nak menolong sana sini.. dan aku cuba untuk contohi mereka, InsyaAllah...

Lagipun, Allah dan janjikan peluang-peluang yang haibat tu, tak nak grab ke. Untuk pengetahuan kalau ber iktikaf dekat masjid Nabawi, Allah sediakan pahala beribu2...Tapi ni just teman kawan kita penuhi keperluan dia, (haruslah benda yang baik ye!!) dah dapat pahala lebih dari beribu2 tu. Lumayan kan?? Nak tengok je ke??

****************************************************************************


 "Janganlah kalian memandang remeh kebaikan sedikit pun, 
meskipun kebaikan itu hanyalah berupa wajah yang berseri ketika bertemu dengan saudara kalian” (hadis riwayat Muslim)


On the way nak pergi kelas Al-quran tadi, masa tengah jalan kaki tu, dari jauh aku ternampak seseorang…

Hurm, macam kenal je..Junior ku. tapi dlm kos lain. Universiti yang sama. 
Dan bila langkah kaki semakin mendekat. Aku tersenyum sendiri..

Kenal sangat orang yg kt depan mata ni..Tapi dia tak perasan lagi kita tengah senyum sorang2..
Dan bila jarak antara kami hanya 50 meter..dipisahkan dengan jalan raya yang kecil. 
Barulah orang di depan mata ni perasan..Cepat-cepat dia lintas jalan yang menjarakkan kami…

“Assalamualaikum, akak…nak pergi mana ni??” Dia terus menyapa aku.

“Waalaikumussalam ni nak pergi kelas mengaji..dah lewat sket..hehe”

“Ouh yeke, sori la tadi tak senyum,,tengah jalan..mengah sikit”

Dushh…..aku tak tau kenapa rasa hati ni macam kena panah…

“Eyh takpe je, tak kisah pun..ok la, jalan hati-hati tau, akak gerak dulu” . Dan kami bertukar salam.

Hai, terasanya aku…benda2 kecik macam ni selalu diremehkan. Even hanya memberi muka yang manis di hadapan saudara lain.

Ni tak lagi tengok muka bila baru lepas hantar soalan periksa yang tak dpt nk menembak menjawab dgn baik.
Tak tengok lagi bila baru lepas balek kelas yang penuh full day. Muka tak sabar lega nak masuk pintu rumah.
Tak kira lagi muka bila terpaksa keluar rumah time tengahari buta ni. Lagi2 la tengah musim panas ni. “Sejuk” tahu!

Tapi beliau yang hanya berjalan kaki dengan tidak tersenyum dah minta maaf dengan bersungguh2.
Aku tak tau nak letak muka kat mana time tu~

Ya Allah, jadikan la kami dalam golongan2 yang sentiasa menperbaiki akhlak kami. Ameen..


Ok, esok jumaat ni, macam biasa, jangan lupa baca surah al-Kahfi ye!!


dan malam pun dah lewat,
Katil macam dah cakap hai hai..
sori panjang pulak bebel, top up balek yang tak sempat nk update selama ni~ ehe

Ok, Selamat malam kaherah!


p/s: selamat berperang untuk oral and practical forensic esok. Jampi2 sikit prof supaya tanya soalan2 yang senang. hehe. Dan selamat berimtihan semua ~

 p/ss: 2 hari lagi perisriwa isra dn mi`raj.. which is 27 rejab... Jom ramai2 puasa sunat!! (^.^)



bait amru, 
1.43 am
25 rejab 1433H

Wednesday, June 6, 2012

Dunia akhir zaman~



Dunia akhir zaman ni~

si A: eyh ko sehat ke?? ape cer skang??
si B: sehat alhamdulillah..makin bahagia~ *smbil senyum lebar*
si A: wah wah, bahagia~ ade ehem2 ke??
si B: err...mesti la dlm hati ad taman..ak ad family, n kwn2 yg syg ak~
si A: alaaa...buat2 x paham pulak..dh berpunya ke??
si B: err..*garu2 kepala*

**pelik..kalo x berpunye x bole bahagia eyh?? Bukan ada Allah sentiasa di Hati??

Bila balek ke sekolah lama~

junior: waah...akk,.makin chantek skrg..mesti best kn dh msuk uni??
senior: alhamdulillah...best la..belajar benda yg kita minat..korg pun, belajar la rajen2...jmpe kt uni nnt ye~
junior: ermm akk,. mesti dh ade ehem2 kn??
senior: eyh xde la..single mingle lg ni~
junior: eleh, bole caye ke..takkan la akk yg hot ni x laku??
senior: errr...*garu2 kepala*

**heran betul, dunia skrg ni kalo xde 'ehem2' tu namanye x laku?? mmg dunia dh terbalik~

**x berpunye tu, bukan maksudnye x laku.. Tapi Allah pelihara..and x smpai masanya lg "prince charming" tu nk dtg~ 

Ustazah cakap, sediakan diri utk ALLAH dulu, ikhlas. tulus. mulus. Then Allah akan bg dunia kpd kita :)


NAFSU, kadang2 kita bangga ade si dia yang kacak bergaya di sebelah..sampai menjadi pujaan ramai. Kadang kita bangga punya Awek yang cun meletup beriringan tangan, sampai semua mata mengerling.
 Bangganya hati kalau semua manusia mengiktirafkn kita adalah pasangan yg secocok sama padan..
Tapi, hakikatnya..Hamba yang takutkan Allah sanggup mengetepikan semuanya kerana takutkan Allah...

takpelah kita terpaksa beralah di dunia, ssb Syurga nya nnt manis sgt..kt sana nk mintak kat Allah kurniakan kita pasangan yang cun n kacak pun bole..Tapi, semua yang best, harganya mahal la kan??

Siapa kata boleh dapat rumah banglo dengan harga rumah setinggan??






"Hakikat hidup, manusia memang berubah..cuma kita la pilih, nak jadi makin jahat or makin baik :)

Anda mampu mengubahnya!! :)


dan, apa2 pun selalu ingat yang...



So?? 

*taknak berubah lg??* :)



p/s: hurmm..entah, mungkin post ni terhasil, sebab dlm mggu ni je, 
byk betul post pasal kawen...
and tgok2 gambar2 kt FB...hurm, ramainya yg berkapel...
dan yg dh tunang pun, gayanya macam dh kawen.. Confius betul...

Ya Allah, semoga Engkau pelihara kami semua daripada fitnah dunia yang penuh pancaroba ini. Ameen  Ya Rabb.. (^.^)



bait amru, 
16 rejab 1433H
2.45 am

Saturday, June 2, 2012

Umur 5 tahun


Bismillahirrahmanirrahim~

Peranan wanita~

A
erm, seawal anak mereka berumur 5 tahun,
mereka dah hantar anak mereka ke masjid berdekatan...
di sana berlangsung satu program, di mana kanak2 seawal 5 tahun dah mula diajar menghafal Al-quran..
setiap hari wajib menghafal dalam 1 jam..
in case kalau sekolah sesi pagi, petang tu cepat2 kanak2 tu pg ke masjid utk menghafal..
and sama la jugak, kalau sekolah sesi petang..pagi2 hari, dah mulakan dengan menghafal Al-quran..
Subhanallah..Subhanallah..

tak tergambar kepenatan di muka kanak2 suci itu~
malah mereka bersungguh utk hafal, dan dpt cpt2 bergelar Hafiz atau Hafizah...

*************************************************************

B
Pada umur yang sama, di satu dunia lain...
kanak2 berumur 5 tahun, semangat berlari2 ke arah motorsikal pakcik yang menjual aiskrim...
layan ais krim mmg best petang2 yang harmoni ni,
lps tadi dah penat main police-entry dengan kawan2...
balik rumah, terus tido..sebab penat sangat...

"Airil, tadi belajar apa dekat tadika??"
" Mummy, tadi Airil belajar ABC...cikgu tadika tadi ajar ABC dengan lagu~"

"ermm, besar dah anak mummy..Cikgu dah ajar Airil apa lagi??"
" kira-kira nombor, belajar mewarna.."

"erm, anak mummy ni dah pandai baca Alif Ba Ta ke?? ada tak cikgu ajar baca doa makan??"
"ermm..ada...tapi setiap minggu 3 hari je belajar Alif Ba Ta..haa, tp Airil dah pandai baca doa makan!!"

***********************************************************************
ketika kanak2 A berumur 5 tahun,
mereka sudah boleh membuat satu pementasan berikutan apa yang mereka hadapi setiap hari...
Di atas pentas, ada 5 kanak2 cumil sedang berlakon..masing2 melakonkan kegiatan seharian mereka...
ada yang sedang berjual beli, ada yang sedang berjalan kaki ke sekolah, ada yang sedang menolong ibu mereka di rumah...
Tiba-tiba,
muncul beberapa kanak2 yang berseragam polis datang membuat kekacauan...dan menembak sesiapa yang mereka temui...kanak2 ini pula melakonkan watak tentera Israel...

kemudian dtg beberapa kawan mereka..membawa stretchers..dan menarik rakan2 mereka ke tepi..

dan pementasan di akhiri dengan nyanyian Nasyid2 Jihad...
Subhanallah..kudusnya hati kanak2 ini...


*************************************************************************

Sedang di sudut dunia lain itu,
apabila kanak2 B melakonkan pementasan di akhir tahun pengajian,

Di atas pentas,
juga, 5 kanak2 cumil sedang berlakon..
seorang memakain sut bunga, seorang memakai sut kancil, seorang memakai sut kucing, seorang menjadi pokok...Cumil sgt~

Tiba2, mereka disergah oleh seorang kanak2 yg bersut Harimau...
kanak2 tadi bertempiaran lari...tetapi si kancil tetap tegar di situ..
*mengikut cerita2 org melayu, kancil terkenal dengan kecerdikannya~ Banyak cerita2 rakyat yg menceritakan tentang kecerdikan kancil yang mampu menipu binatang lain seperti buaya, harimau etc*

Sang Harimau berkata.." Si kancil, awak tau takut dekat saya ke??"
Si Kancil menjawab.." Untuk apa saya hendak takut dengan awak, sang harimau.."

"Yela, saya mampu membaham awak..Daging kancil pun manis jugak~"
"Saya ada satu teka-teki..kalau awak boleh menjawabnya, saya relakan diri saya dibaham oleh awak..."

and the rest is history~



Pembaca y budiman sekalian,
Agak2 anda boleh meneka siapa kanak2 A dan B itu??
mungkin kah saudara2 anda yang sedang melakonkan watak2 itu...

Mundur sungguh pemikiran kita. Sistem pendidikan kita sengaja melambatkan pemikiran kita..
katanya, kejam kalau nak paksa anak2 umur 5 tahun untuk terus menghafal Al-quran..
takpe, kasi slow2 la...ajar la basic dulu..ABC dan 1, 2, 3...mcm mane nak masuk sekolah rendah kalau ABC dan 123 x tahu lg..tp kalau x tahu Alif Ba Ta..lepas je kalau nak msuk sekolah~
nanti bila mereka dah besar, boleh la ibu bapa menghantar anak2 ke sekolah yang menghafal Al-quran..

anak2 ni x puas main lagi...xpe, kasi la mereka main kejar2 dulu...
main PS, tengok movie...
malah..Tom-tom bak tu..alahai~ tak ke cumil kanak2 dah pandai beraksi di pentas???

Saya rase nak pengsan tiap2 kali adek bongsu saya tengah layan Tom Tom Bak dkt Astro Ceria~
lagi2 tengok riak wajah ibu bapa yg turut bersama anak2 mereka..
kembang kempis hidung mereka, anak2 kecil dah bersuara emas..bole menyanyi sehebat Siti NurHaliza~
Pengsan saya tengok realiti masyarakat di sekeliling~

Tolong la semua!! buka mata anda~
best sgt ke?? Bangga sangat ke dgn dunia ni??
Kenapa tak ajarkan anak2 dr kecil dengan ilmu akhirat di dada??
takde la bila dah besar panjang, baru merangkak2 dia nk belajar solat...baru nak belajar mengaji.
tak kesian ke dengan anak2 ini?? Mereka tak tahu. Malah ibubapa mereka pun x tahu menahu utk ajarkan mereka ilmu akhirat ni~

Beza sgt anak2 produk kita..dengan anak2 produk Palestine..





Bila kita berada di zon selesa, kita rasa hepi..rasa gumbira..dan takmo kalau Allah tarik balik semua keselesaan kita..kita naik lemak dan byk bertangguh...

Tapi kalau kita dlm keadaan sesak, kita tahu kita tak byk masa..Nak tak nak, kita kene segera. kene cergas. kene bangkit~

So, kita nak anak2 kita, generasi kita nanti jadi mcm mana??
dari sekarang la kita kene melakar masa depan anak2 kita..
takkan la nak kejar dunia, tp terabai akhirat??
Sedangkan akhirat itu memang pasti??
dan Al-quran itu bukanlah setakat dibaca untuk menghalau hantu, yassin bukan dibaca setiap malam kames dan bila ada kematian sahaja, dan Al-quran bukanlah setakat takal~
Tapi itu adalah kehidupan kita. Makanan dan oksigen utk Hati dan Roh kita. Tanpa Alquran mereka akan mati. Lahiriahnya manusia nampak hidup..tapi hati mereka mati~
*tak aci sungguh tiap2 hari kasi badan kita makan ayam atau ikan, tapi roh x dpt makanan dia~*


Ibu, bapa dan Wanita, Ibu-ibu kene amek peranan utk mendidik anak2..
Tapi kaum ayah jgn lepas tangan ye...ini kerja bersama..anak milik bersama kan??
Cik abang dan kakak juga~


Sepatutnya inilah kehidupan kita. Tanpa Al-quran, kita akan mati~
Bapa borek, anak rintik~

so, kalau nak anak2 pandai mengaji, pandai solat dan pandai menghafal Al-quran~
dari sekarang la kita kene push diri kita utk semua itu~
Tingkatkan usaha utk mendekatkn diri dengan Kalam Allah~ Baru la boleh mengalir kepada anak kita~

betul tak??



p/s: maaf kalau x dpt nk selalu update. sekarang dlm mood exam. Doakan yg terbaik~
thanx reader~ :) take care semua~ May Allah bless...


bait amru,
11.42 pm,
11 rejab 1433H