Friday, August 17, 2012

Of Rumput

bercerita tentang RUMPUT.

rumput?? apa yg special sgt rumput ni??

Satu petang, semasa saya tengah berkebun, sambil-sambil tu saya call seorg kawan..sembang punya sembang,

" Macam tak clear je, ko tengah buat ape tu??"

" Aku tengah tanam rumput"

dan kawan saya tu ketawa besar. Lama dan yang memang tak dibuat-buat.

=.=  *dalam hati saya, kurang asam ini orang*

Tanam rumput?? takde keje lain ke nk buat?? rumput tu takde nilai komersial langsung...

Erm, pembaca-pembaca sekalian.. Tahu ke nilai komersial rumput??

untuk pengetahuan semua, rumput ni of course la akan keluarkan Oksigen, dan untuk siapa?? Siapa lagi kalau bukan untuk kita bernafas.

Plus, bukan takat nak keluarkan oksigen je, akar-akar rumput bila dia mencengkam tanah, akan menguatkan struktur tanah. Dan secara tak langsung tugasnya untuk mencengkam tanah dan elakkan berlaku gempa bumi or hakisan tanah. Kalau perasan, bila kita jalan atas rumput, kita akan rasa safe dan selesa. Tapi bila jalan atas tanah yang tokak dan kering, rasa kematu je kaki tu, tak pun bila tanah tu basah, licin je and berselut2.

Selain tu, kalau la tiada rumput ni, memang mengamuk la encik2 lembu, kerbau dan kambing..habis depa nak makan apa?? kangkung? sawi?? ayam??

Erm, rumput pun ade orang tanam untuk mencantikkan suasana. Dan rumput carpet guna utk buat padang Golf.

Even makhluk bernama rumput ni kecik je dan takde orang hargai pun kehadirannya, ada dia kesah?? Betapa taatnya rumput dengan arahan Allah. Beliau tetap berzikir dan bertasbih pagi dan petang. Cuma kita la yg tak faham bahasa mereka. Kita ada buat ke macam ni?? T______T



ni rumput yang bakal ditanam.. RM 1.40 satu piece, boleh beli dekat nursery bunga
fasa 1 *fasa menanam*


fasa 2 *fasa menanam and maintain*

** kene siram rumput ni hari2, supaya dia tak kering. Ada paip air kt sebelah tu..hehe

Sebelum *tanah kering and gondol*
Selepas. *serius ni bukan gambar edit ye!!*

Betapa even sekecik2 benda ada fungsinya bila Allah dah ciptakan dia dkt muka bumi ni.
Macam contoh lain,  bayang-bayang.

Bayang-bayang ni terhasil bila satu bahan legap disuluhkan cahaya. Apa gunanya??

Boleh la dibuat 'atap' supaya redup sikit bila kita menumpang. Bila nak parking kereta pun, seboleh-bolehnya nak cari port yang bawah pokok or apa2, nak elakkan kereta panas. huuu..

Tadi cakap pasal benda lain. Tapi kita ni, as manusia yang Allah sendiri nyatakan bahawa kita ni adalah ciptaan yang terbaik. Ciptaan yang agung, takkan la kita hidup atas muka bumi ni saja-saja?? takde fungsi ke kita hidup ni??

Macam tu baik Allah cipta ayam, bole buat jual, dapat duit..ehh!!

Nak tahu jawapan, kene la buka manual kita, Al-Quran.

" dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku.." (Az-zariat: 56)

" dan ketika Allah berfirman kepada malaikat "Aku ingin menciptakan khalifah di bumi" (Al-baqarah: 30)

So, dah terang dan nyata tujuan penciptaan kita. Suatu benda bila diciptakan, mestilah ada tujuan kan?? Even kita nak buat apa-apa pun, mesti ada tujuan. Benda simple, nak makan. Untuk apa?? Supaya kenyang dan lps tu boleh bekerja dan beribadah dgn tenang.

So, kita muhasabah semula diri kita. Dah betul-betul laksanakan ke tujuan penciptaan kita tu???

Satu analogi, ada satu office. Bos kat situ sediakan macam-macam- pantry, tandas, meja besar, komputer tercanggih, phone dan lain-lain. Semata-mata supaya pekerja dia selesa, so that boleh bekerja dengan efisyen dan kondusif. Tapi, bila ada seorang pekerja ni, dah selesa sangat sampai datang office tido atau gayut dekat phone lama-lama, hai..takkan bos ni nak tengok je kan?? memang cari nahas. Mesti la akan dipecat je pekerja tu.

Macam tu juga dengan penciptaan alam ni. Ketahuilah, Allah dan ciptakan alam ni lengkap dan sempurna tanpa cacat cela. Ada awan, hujan, sungai, ayam, itik, tumbuhan, sayuran, pokok, siang, malam dan macam2 lagi dan rasanya takkan abes disenaraikan, untuk apa semua ni??

" Semua itu diciptakan untuk kesenanganmu dan haiwan ternakmu" (An-Naziaat: 33)

Nampak tak yang Allah dah sediakan semua fasiliti yang lengkap, semuanya untuk KESENANGAN manusia. Supaya kita selesa dan boleh beribadah dengan tenang. Haiwan ternak tu pun nanti akan kita jadikan makanan atau tunggangan. Tapi, kita ni nak jadi macam pekerja tadi yang terlebih selesa sampai tak buat kerja??? Kita ni nak ke hanyut dengan keselesaan dunia ni sampai akhirnya lupa asal penciptaan kita untuk apa?? Nauzubillahminzalik...

So, Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang, lagi Maha Pengampun takkan terus 'pecat' kita. Allah takkan terus matikan kita bila kita buat satu kejahatan. Kalau macam tu memang pupus la manusia kat bumi ni. Semua orang pun dah mati. TAK TAK, Allah dengan pemurahnya malah sediakan macam-macam peluang supaya kita kembali kepada-Nya. Malah siap bagi lagi bonus tahunan kepada kita, iaitu bulan ramadhan. Di mana, satu kebaikan akan diganda-gandakan. Dan pintu rahmat, pengampunan dibuka seluas-luasnya untuk pendosa macam kita ni, yang dosa kita ni silih berganti T________T

Tapi dukacitanya, bonus tahunan ni dah nak habis. Tinggal satu je hari untuk kita kecapi. So, apa la salahnya dalam kita bersedia untuk menyambut Aidilfitri, kita pulun juga untuk ibadah kita. Supaya kita tak ralat bila ramadhan meninggalkan kita.

bak kata ustaz Mazlee Malik, "Apa la salahnya kita keluar dari comfort zone kita selama 355 hari tu, dan dekatkan diri kita kepada-Nya (taqarrub) dalam 10 akhir ramadhan ini."

Tapi untuk sekarang ni, boleh la saya cakap, ""Apa la salahnya kita keluar dari comfort zone kita selama 364 hari tu, dan dekatkan diri kita kepada-Nya (taqarrub), untuk hari ramadhan yang terakhir ini... T___T

So, jangan tunggu lama-lama......

Disamping ni, pesanan terakhir saya, buat pembaca yang dikasihi sekalian, "Manfaatkan Ramadhan yang masih berbaki beberapa jam ni, untuk berdoa memohon ampun dan pembebasan dari api neraka dariNya yang Maha Pemurah. Mungkin ini ramadhan kita yang terakhir. Banyakkan berdoa dari hati, dan bukan hanya membaca doa. SALAM PENGHUJUNG RAMADHAN & MOGA KITA LAYAK UNTUK MERAIKAN AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN." 

p/s: Maaf salah silap, terkasar bahasa dan bicara untuk sesiapa yang mengenali diri ini. Juga untuk pembaca sekalian. Sori kalau penulisan saya mengguris hati. Huk2.. and thanx a lot for da support.!

p/ssss: Raya nanti, elakkan PEMBAZIRAN. Apa2 la, juadah, persiapan, pakaian, masa dan sebagainya. Semoga kita tetap istiqamah dengan amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini. Jangan la kita hapuskan Pahala ramadhan kita dengan benda-benda yang tak best dalam syawal nanti.. T____T

p/ssssssss: Semoga Allah menerima semua amalan kita dan sampaikan kita kepada Ramadhan yang akan datang. Ameen ya Rabb.. :)


taqaballallahu minna wa minkum,
Musyirahanan
11.36 pm
29 ramadhan 1433H
Sri saujana, Gombak.

Sunday, August 5, 2012

Ramadhan di Bumi Anbia~



Bila setiap kali balik Malaysia ketika cuti musim panas, saat berjumpa dengan kawan-kawan sekolah. Soalan common dari mereka, “Best ke Mesir??”
Sesaat. Kepala terus mengangguk-ngangguk. 

Best!!! ” spontan jawapan kedengaran.

“Apa yang best nya??”

“Ramadhan di Mesir sangat-sangat hidup. Subhanallah!!”

Dan senyuman di bibir terus melirik panjang..
Mungkin. Mereka tak dapat nak membayangkan betapa seronoknya ramadhan. Best itu definisinya macam mana ya?? Saban tahun mereka melewati Ramadhan sama sahaja. Di Malaysia, mungkin suasana tu belum tersebar lagi, tapi insyaAllah sikit-sikit lama-lama akan jadi bukit.. InsyaAllah :)

Terbayangkan suasana ramadhan di bumi kinanah itu, terharu dan rindu. Apabila tiba 10 hari terakhir syaaban, masing-masing dah sibuk membuat persiapan. Apa sahaja dalil untuk mereka beramal, memang mereka berebut-rebut untuk mendapatkan. Selalunya masjid-masjid dan rumah-rumah akan memasang Fanus, sejenis pelita ala ala tanglong cina. Fungsi asalnya dahulu untuk menerangi jalan-jalan dan lorong-lorong ketika malam hari, gunanya ketika hendak keluar untuk ke masjid atau menziarahi kerabat. Tetapi sekarang, keadaan lampu sudah ada di merata-rata tempat, oleh itu fungsi asalnya sudah bertukar menjadi hiasan dan simbolik setibanya bulan ramadhan. Meriah. Cukup meriah (macam ala ala nak menyambut raya di Malaysia)
ni yg kecik2, ade je fanus yang tinggi sampai 1 meter, buat dgn besi
 Juga, rata-rata masjid didapati mula menukar karpet-karpet lama dengan yang baru. Ada juga masjid dicat dengan cat yang baru dan ditambah dengan peralatan-peralatan baru. Selipar-selipar tandas ditambah dan ditukar baru.

Di tepi-tepi jalan, di sudut-sudut hujung jalan, banyak khemah-khemah didirikan (maidatur rahman). Dijadikannya sebagai tempat berbuka puasa dan menyediakan makanan untuk fakir-fakir miskin. Suasana kota semakin indah dan ceria, membuatkan hati-hati tak sabar untuk menunggu tibanya bulan ramadhan yang dinanti. Seolah-olah ingin memeluk ramadhan supaya tidak terlepas dan berlalu pergi.

Apabila masuk sahaja malam pertama Ramadhan,kebanyakan orang Mesir saling mengucapkan “Ramadhan kareem, kullu sanah wa antum bikhoir” atau “kullu ‘aam wa antum bikhoir”.Saya tidak terkecuali diberikan ucapan itu sempena ketibaan Ramadhan oleh seorang pemandu teksi semasa saya berada di dalam teksinya. Dan saya pun mengucapkannya juga kepada jiran-jiran.

Satu hal unik yang patut kita contohi, sepanjang bulan Ramadhan, di mana-mana sahaja boleh didengari bacaan al-quran. Baik ketika berjalan kaki, mahupun di dalam bas dan tremko. Ammu (pakcik) di kedai-kedai khusyuk membaca Al-quran, bacaan Al-quran diperdengarkan di dalam kenderaan. Sambil-sambil menunggu bas untuk ke destinasi, ammu-ammu dan abang-abang di stesen bas membaca Al-quran. Sampaikan kalau di mulut kita tersiul lirik-lirik lagu, terasa malu pula. Al-quran sendiri sudah menjadi seperti handphone. Pergi mana-mana pun wajib dibawa. Mana la tahu sambil-sambil menunggu bas atau order makanan, boleh dibaca.  Benarlah, mereka memang menghargai bulan Ramadhan, bulan diturunkannya Al-quran.


Betapa masyarakat mesir, mereka sangat menghormati dan memuliakan bulan ramadan ini.
Selain mereka berebut-rebut untuk mengkhatamkan Al-quran, apabila bulan ramadhan datang sahaja, serta merta mereka berubah menjadi baik. Yang tak bertudung, terus bertudung. Yang selalu marah-marah, terus banyak bersabar dan berselawat. Yang selalu menipu pun sangat amanah. Ajaib bukan?? Mereka sangat-sangat menghormati bulan mulia ini, sehingga tak sudi untuk mencemarkannya dengan sesuatu yang buruk.

Berbeza dengan masyarakat kita, yang endah tak endah, eh perasan atau tak, sedar-sedar sahaja sudah hampir berakhirnya ramadhan.

Selain itu, apabila waktu berbuka puasa menjelang, biasanya di tengah-tengah jalan raya ada sahaja orang arab yang akan mengedarkan makanan berbuka puasa. Simple sahaja. Beberapa biji kurma, halawah (manisan), dan ashir (air jus) yang sejuk dan manis. Kereta-kereta yang melalui mereka memperlahankan kenderaan dan mengambil sedikit juadah. Sampaikan ada juga kereta yang tidak mahu mengambilnya lagi kerana sudah penuh seat di sebelah pemandu dengan makanan-makanan daripada pit pit stop sebelum itu. Dan, kadang-kadang sampai tangan penuh, tangan kanan memegang air tangan kiri memegang juadah. Tangan kawan pun pegang air lagi.

Jika waktu ini tiada duit untuk berbuka atau pun malas nak memasak, silakan keluar rumah dan berjalan menuju ke masjid dan anda akan dapat berbagai jamuan makanan!

Benarlah, bulan ramadhan, bulan rahmah dan barakah. Rasa persaudaraan sesama muslim begitu kuat dan dapat dilihat dengan adanya saling tolong-menolong, sesama yang kaya dan yang miskin.

Dan tradisi pelajar-pelajar Malaysia, masing-masing pun tak mahu ketinggalan pahala menjamu orang berbuka puasa, setiap hari ada sahaja jemputan berbuka puasa di rumah-rumah kawan. Hari ini berbuka di Beyt Amru, esok di beyt Tariq, lusa di beyt SQ, tulat di beyt Hunain. Penuh planner dengan undangan, So dapur pun kering lah tak berasap. Huu.

Selepas menjamu selera, terus bersiap-siap ke Masjid terdekat. Biasanya kami membuat Masjid Hoping. Masjid-masjid Top harus dimasukkan ke dalam senarai yang harus diserang!

Kalau di Masjid Salam, Hayyu Asyer. Solat tarawih hanya 8 rakaat. Tetapi penuh dengan linangan air mata. Begitu juga dengan Masjid Tantawi, Hayyu Sabiek. Bacaan Imam penuh penghayatan. Betapa khusyuknya beliau. Nada suara bertukar-tukar. Bila dibacakan ayat tentang neraka, terus bertukar nada sedih dan merintih. Bila dibacakan ayat tentang syaitan, nada bertukar keras. Sehinggakan sesiapa yang tak faham bahasa arab pun boleh menjiwainya. Bahkan, terasa bahu berhinjut-hinjut menahan esak tangis. Apanila al-fatihah ditamatkan, bergegar masjid dengan suara Ameen daripada makmum.  Mungkin suara imamnya tidaklah merdu, tetapi roh bacaan itu mengalir bersama-sama dengan makmunnya. Malah, satu rakaat yang dibacakan 2-3 mukasurat pun, tidak terasa lamanya berdiri. Juga mereka akan menutup Solat tarawih dangan 3 rakaat solat witir. Sebelum sujud terakhir, akan dibacakan doa qunut. Orang Mesir akan menangis teresak-esak. Doa qunut yang meminta supaya Allah membantu saudara-saudara kita di Syria, Burma< palestin dan dimana-mana sahaja. Satu keadaan yang sukar didapati di Malaysia. Di Mesir ini juga, tiada selawat yang dilakukan antara solat tarawih dan kebiasaannya akan diadakan tazkirah selama 5 atau 10 minit selepas 4 rakaat solat tarawih.Solat tarawih akan disambung semula selepas berakhirnya tazkirah tersebut.Subhanallah. Betapa berbezanya dengan solat tarawih di Malaysia. 8 rakaat yg sama panjang dengan  20 rakaat di Malaysia. Tetapi di Malaysia, bacaan surahnya pendek-pendek. Malah, ada yang tak sempat nak angkat takbir, imam sudah rukuk :( . Ada seorang kawan saya menggelarkan masjid di taman perumahannya sebagai Masjid Thalathah ayat (masjid 3 ayat)..huu

Tetapi bergantung kepada masjid-masjid dan imam-imamnya, ada juga yang menunaikan 8 rakaat dengan cepat.

Dan suasana yang tidak boleh dilupai, suasana Qiamullail mereka terutama di 10 malam terakhir ramadhan, sehingga membanjiri jalan raya disebabkan masjid sudah penuh dengan bilangan yg tak disangka-sangka. Subhanallah. Malam mereka semakin meriah, cerah dan sungguh hidup, seolah-olah siang sudah bertukar menjadi malam! Lagi-lagi malam 27 ramadhan, masing-masing berebut untuk mendapatkan saf hadapan. Sehinggakan selesai solat Asar, ada juga mereka yang tidak berganjak daripada saf hadapan. Untuk tidak kehilangan tempat jika mereka bangun. Dan kawan saya yang sampai di masjid seusai berbuka puasa, terpaksa solat di tangga. Tak tahu la untuk mereka yang datang selepas azan isyak dapat duduk di mana. Mungkin di bahu jalan?

Terasa manisnya nikmat ini. Jika dapat melihatnya dan menghargainya dengan mata hati. Jadi, kita pilih hendak menjadi yg mana? Typikal malaysian yang 'hooray' dengan pemergian ramadhan dan kedatangan syawal, atau 'new & branded, ghuraba' muslim' yang mahu menyahut 'grand sale' dari Rabbnya, dengan mengikut apa yg telah diajar oleh 'great teacher' kita, Ar-Rasul S.A.W..



Mungkinkah ini ramadhan terakhir buat kita??
Lagi2 sudah hampir separuh ramadhan berlalu pergi~
So, tunggu apa lagi ni???
 jangan biarkan kita tertinggal gerabak kereta api Ramadhan ni, kalau makan asap..hai, ruginya~

Jom semua!! kita pecuuuuuttt!!! (^.^)

Masa yang paling berharga di bumi ini adalah 10 terakhir ramadhan...- ust zaharuddin-

Allahumma balighna Lailatul Qadr~ Ameen..


17 ramadhan 1433H,
11.00pm,
sri saujana, gombak KL