Thursday, August 15, 2013

of 14 Ogos 2013


As-syahidah Asma Beltagi. Beliau sudah berada di syurga sana.
*Ah, cemburu sama kamu! Mungkinkah kita akan berjumpa di sana? :D*

Pagi semalam, bangun-bangun tidur je. Aku terbau sesuatu yang busuk. 

"Eyh sampah mana ni tak buang lagi? "

Ah. Aku malas nak pusing. Dah la dah lambat nak pergi hospital ni. Terus aku bersiap. Sarung t-shirt labuh GAZA dan seluar. Hari ni memang sengaja pakai seluar, supaya senang nak bergerak. Perancangannya petang ni ada tusyen dan bedah buku QD.

Keluar je dari rumah. Aku nampak asap kelabu-kelabu. "Eyh, mata aku yang kabur atau keadaan luar ni yang kabur?"  Bau busuk tu masih ada, menyengat hidung.

Terus aku menahan tremco. Kemudian aku keluarkan handphone. Banyak message whats up yang tak dibaca lagi. Lepas belek-belek, rupanya pagi tadi, kira- kira sejam yang lalu, polis sudah mula menyerang Medan Rabaah. Allah! 

Aku pandang ke kiri (pandangan menghala ke Rabaah). Nampak asap hitam berkepul-kepul di udara. 
Hati dah mula tak sedap. Speechless. Mulut hanya mampu berdoa, Hasbunallah wa nikmal wakeel.

Jalan raya lengang. Nampak satu ambulans di jalan raya, bergerak laju. Hati mula semakin resah. Rupanya bau busuk tadi tu dari arah Rabaah. Bau gas pemedih mata.


Asap hitam di udara




***

Sampai di hospital, keadaan seperti tiada apa-apa berlaku. Masih tenang. Mungkin sebab masih awal pagi. Tapi aku dah tak senang duduk. Handphone sentiasa di tangan dok update-update apa yang jadi di Rabaah sana. Buka FB page Mesir Kini through mobile. Update laju di sana. Whats up pun masuk bertubi-tubi. Laporan dari pelbagai pihak. Aku sibuk forwardkan dekat keluarga di Malaysia. Biar mereka tahu apa yang sedang terjadi sekarang, dan yang paling penting biar mereka tahu dan dapat berita ni dari sumber yang betul, bukan daripada media yang menipu.


Tengah-tengah lecture, dalam pukul 11 pagi. Keadaan dah mula kalut. Dukturah (Professor) yang tengah mengajar kami cepat-cepat menghabiskan pengajaran beliau. Katanya pihak hospital meminta semua doktor turun ke Emergency Room. dan rata-rata pekerja lain ingin pulang awal, sebab keadaan trafik di luar sudah mula sesak. Makcik-makcik cleaner, nurse dah mula nak balik awal. 

Tapi kami still ada lecture paedatric. Dan dijanjikan akan ada bas untuk membawa kami pulang nanti. Maka kami pun dengan tenangnya meneruskan lecture kami.

Selepas sejam lecture, datang dukturah ke lecture room kami. Katanya bas yang sepatutnya menjemput kami tiada. Keadaan di luar tidak selamat. Jalan raya disekat. Tembakan merata-rata. Katanya tembakan itu untuk meleraikan mana-mana kumpulan pro-demokrasi yang berkumpul. Maka, pihak hospital tidak membenarkan kami pulang, malah menggalakkan kami tinggal di hospital. Katanya kami akan diberikan bilik dan makanan percuma.

Lepas dah survey dan undi sesama batch, maka yang terbaik untuk kami adalah untuk stay di hospital ini. Kemudian kami (seramai 24 orang) dibawa ke wad yang akan menempatkan kami. Alhamdulillah, aku dok bayangkan kami akan duduk di wad yang kotor dan daif, tapi sebaliknya. Even taklah semewah di Malaysia, tapi untuk tahap kualiti di Mesir, wad ni dah dianggap mewah la. Tapi batal la semua perancangan saya petang ini.


Pagi tu lecture kami berjalan seperti biasa.
Tu gambar kawan saya tengah discuss case dengan Professor

***

Keadaan di Rabaah semakin genting. Setiap saat bilangan syuhada meningkat. Keseluruhan syuhada adalah beribu-ribu, (hampir 2200++) bukan hanya beratus. Ini tidak termasuk jumlah yang cedera, hampir 10 000. Lelaki, perempuan, bayi, kanak-kanak tidak terkecuali. Hospital Lapangan dah dipenuhi mayat-mayat dan pesakit. Malah ada sebahagian mereka terpaksa dihantar di hospital kami. Ketahuilah, bahawa mereka membunuh MANUSIA. Bukannya kucing atau patung~


"Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada"  
[Al-Hajj 22: 46]

Itulah mereka! Yang telah buta mata hatinya. *Boleh baca di SINI*

Di Medan Rabaah, Mereka membakar kawasan tersebut. Malah, menyerang mereka dari atas dan bawah. Helikopter berlegar-legar dan menyerang dari atas. Mereka melepaskan peluru dari senapang patah dan gas pemedih mata, katanya untuk meleraikan perhimpunan tersebut. Ah dusta! Sniper pun ada, menembak dari atas atap di sekeliling medan itu. Mereka memang menembak untuk membunuh. Dah target dekat kepala, sampai pecah tengkorak, itu bukannya tersalah tembak.

Di Medan Nahdzah pula, keadaan sudah kosong. Kelihatan polis-polis yang tersengih menunjukkan kejayaan mereka mengosongkan Medan Nahdzah. Ahh, memanglah, dah mereka dengan zalimnya pergi membakar khemah-khemah dan membakar mereka ketika masih tidur. Dilaporkan juga pihak polis menolak khemah-khemah dengan buldozer. Seorang ibu dan bayinya ditolak hidup-hidup. Mereka dijumpai mati kelemasan dan dihempap khemah-khemah. 

Kemudian, pihak polis membawa senjata mereka, dan menyorokkannya di kawasan pro-demokrasi. Kemudian polis buat-buat menggeledah, dan bising konon-kononnya mereka menjumpai senjata di khemah-khemah pro-demokrasi. Penipu! Orang di Medan Nahdzah tu senjata mereka hanya Al-quran. Janganlah ditabur fitnah kepada orang yang membawa kebenaran.


Sakit hati aku membaca semua berita. Geram, pilu, sayu, sedih, kesal  bercampur baur. Hati mana la tidak disayat-sayat melihat kekejaman mereka? Bukannya yahudi yang menyerang, tetapi tentera muslim sendiri? Itulah bahana sekular dan liberal, saudara seislam sendiri pun sudah tidak terasa.

Ditambah pula dengan berita yang tidak benar dari media yang menipu. Semoga Allah melaknat mereka dengan setiap titisan darah darah para syuhada yang mengalir. Semoga Allah menegakkan keadilan di bumi anbia ini. Semoga Allah mendatangkan ketakutan di hati mereka terhadap penegak kebenaran.


Khabarnya, senjata dibawa masuk ke Medan Rabaah melalui Ambulans~

Medan Rabaah yang dah separuh lapang~ T__T
gambar salah seorang syuhada

Cubaan membakar pentas di Medan Rabaah


Hasil serangan mereka. Allah, balaslah kejahatan mereka selayaknya~ T__T


***

Apa yang kami buat di hospital?

Ada yang tidur, berehat, belajar bersama-sama. Tapi yang menariknya, inilah hikmah Allah, batch kami yang susah nak berkumpul kerana masing-masing buzy, akhirnya telah dikumpulkan di bawah perancangan Allah.

Manisnya kami berukhwah. Solat fardhu berjemaah, bacaan maathurat berjemaah selepas solat asar dan subuh. Solat hajat yang membasahkan. dan Qiam Jamaie juga Alhamdulillah sempat dilakukan bersama-sama. Malah, Allah menyatukan hati-hati kami dengan jilsah dan tazkirah yang membangkitkan semangat kami yang telah pudar, dek serangan saudara kami di Rabaah.

Alhamdulillah Allah, setiap perancangan itu ada hikmahnya, cuma kita lah yang kena pandai untuk melihatnya dengan mata hati.


* Saya galakkan, dalam kita membuat apa-apa, sebaiknya dibuat secara berjemaah. Barulah semangat itu akan mengalir bersama-sama ibarat satu badan. (^.^)



Wad mewah kami :D

Masing-masing sibuk update melalui TV. Tapi TV ni memang media yang menipu.
Orang yang dah syahid beribu-ribu, tapi sebuk je TV ni nak laporkan polis dia yang cedera 2-3 orang tu. Heh. *Sigh*

Our lunch and dinner

Bacaan maathurat petang beramai-ramai

Subuh kami~ Alhamdulillah atas kebersamaan ini.

Dan sempat juga saya menyebuk di Emergency room sebelum dihalau. Keadaan kucar kacir. darah merata-rata. pesakit dtg berdarah2. ada kesan tembakan dekat dada. ada yg dah syahid. ada seorang pakcik tu, badan dia half berlumuran darah, tapi muka tenang je mcm tak sakit. Cool betul. sambil tangan dok buat gaya satu..mulut kumat kamit zikir "ahad..ahad.."

erkk!!  T____T insaf!!


"Tangan yg mengangkat syahadah, tak mungkin tunduk kpd taghut"


Big lesson learned!! Syahadatul Haq!


***

Pagi tadi, alhamdulillah keadaan dah semakin pulih. Kami dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing. Bas disediakan untuk kami. Mula bertolak pulang jam 8 pagi.

Jalan raya lengang. Tak banyak kenderaan di atas jalan raya. Bila bas mula menghampiri kawasan Rabaah. Semua orang sibuk tengok kiri kanan. Nak tengok kesan yang tertinggal.

Sayu dan sedihnya hati, tak dapat nak gambarkan, bila nampak kesan kereta dan bas yang terbakar. Kiri kanan penuh sampah. Jalan raya ni macam keadaan selepas habis pasar malam je.

Lagi sedih bila bas kami menghampiri Rabaah, kami dapati tempat tu lengang. Kosong. Kereta dah boleh melalui jalan tu macam biasa. Tiada apa-apa yang berbaki.

Kosong, sekosong hati ini. Bertambah sayu bila nampak masih ada asap di udara, kereta kebal di tepi jalan,  masjid rabaah yang hitam dibakar, kesan tiang pentas di hadapan masjid Rabaah. Mereka membakar hospital Rabaah kerana ingin memusnahkan jenazah-jenazah para syuhada. Apa lagi, sebab nak hapuskan bukti. Bacul! Pengecut mereka ni, dengan mayat pun takut. Mayat yang dah tak bernyawa itu pun mahu dibakar? Kesian. Desperate~ *Tapi ada sebahagian mayat syuhada yang berjaya diselamatkan dan dibawa ke Masjid Iman, Makram 'Abid*

Yang paling sakit hati, apabila kereta-kereta yang melalui tempat ini memainkan hon tanda kegirangan, malah siap buat tanda 'peace' and 'good' dekat polis/ tentera yang berkawal. Masih terbayang senyum sengih para tentera. Tu geng anti-demokrasi lah tu yang sanggup gembira dengan kematian ramai orang.

Argh! bangga la tu sebab mereka dah berjaya mengosong dan memusnahkan medan perkumpulan pro-demokrasi. Takpe! Ketahuilah kalian tentera dan polis, walaupun kamu semua berjaya memusnahkan medan Rabaah, tapi tak mungkin kamu dapat menghapuskan semangat jihad mereka! 


Kami sebelum pulang~

Kemusnahan di Medan Rabaah
Para syuhada yang berjaya dipindahkan ke Masjid Iman, Makram Abid
pandangan sisi kesan Masjid Rabaah yang dibakar

rakyat bangkit menujukkan protes terhadap serangan ini

Pandangan hadapan masjid Rabaah T__T



Dan sekarang?

InsyaAllah aku yakin bahawa ikhwanul Muslimin ada perancangan mereka sendiri. Mesir sentiasa di bawah perlindungan Allah. Allah ada perancangannya sendiri. Cuma kita yang kerdil ini sahaja tidak faham apa yang berlaku, dan tak reti untuk memahami hikmah di sebalik perancangan Nya.

Ya Allah. jika syahid itu yang terbaik untuk mereka, maka jemputlah mereka ke syurga Mu.
Dan masukkan juga aku ke dalam syurgaMu ya Allah. Aku ingin bersama-sama dengan pejuang agamaMu.


"Firaun telah membunuh 10000 ahli sihir yg beriman dan semua anak lelaki bani Israil sebelum Allah tenggelamkan semua taghut di laut.


Tentera salib membunuh 70000 penduduk baitul maqdis sebelum Allah keluarkan Salahudin Ayubi dari Mesir dan menghancurkan tentera salib di Hittin.


Tentera Monggol membunuh sejuta penduduk baghdad dan 10 juta di tempat lain, sebelum Allah keluarkan Saifudin Qutuz dari Mesir utk menghancurkan tentera Monggol di Ain Jalut.

InshaAllah kita yakin Ikhwan tiada masalah utk menyerahkan sejuta syuhada jika itu mahar utk kejatuhan taghut di Mesir, Amerika dan Israel.

Allahumma suril mujahidin fil misr ya Allah.'

-Copied- T____T



*Tarikh ini saya akan kenang selama-lamanya. Antara hari sedih dalam hidup saya.


p/s: Lain-lain berita boleh di lihat di FB Mesir Kini. InsyaAllah berita yang boleh dipercayai, bukannya macam berita dekat Malaysia tu~ 


p/ssss: Muhasabah besar untuk saya: 

Aku rasa hati aku kosong. sedih dan kecewa dgn apa yg berlaku. rasa helpless. tapi ada kawan ingatkan, jangan lupa kuasa DOA.Ayuh, kita tembakkan doa utk mereka. Semoga Allah melaknat as-sisi dan konco-konconya dengan setiap titik darah syuhada yg mengalir! Allahuakbar!! 

dan ketika ini org sedang berpusu-pusu masuk ke syurga, tapi kita still leka dgn dunia? lagi sedih if kita still leka dgn maksiat? Mohon dijauhkan! T___T


Safely arrived home,
MHZ,

Beyt SQ
11.40am
8 syawal 1434H

Thursday, August 8, 2013

of 1 Syawal 1434H




60 saat..

50 saat..

30 saat..

20 saat..

10 saat..

3 saat..

1 saat...

AllahuAkhbar Allahu Akbar!

Tepat! Tepat azan maghrib berkumandang, maka secara rasminya Ramadhan telah pergi berlalu meninggalkan kita.. Dan syawal bersilih ganti menyambut kita~

Sedih! Kalau aku ada kuasa untuk menghentikan masa, pasti akan aku buat.

Tapi hanya Allah pemilik dan tuan kepada makhluk bernama Masa. Tak mungkin perkara itu akan berlaku.

Yang paling aku takuti adalah, musuh kita Syaitan dan Iblis dah terlepas ikatan. Maka secara rasminya dia dah duduk sekali dengan kita, duduk temankan kita dekat sebelah ni~

Errr...

Sesuatu yang patut di muhasabah, menjelang syawal ini...


Selepas Ramadhan ini, kita akan menjadi 2 golongan:

1- Hamba Ramadhani

- hamba yang hanya pulun ketika Ramadhan. Yang sepanjang tahun, amalan beliau akan berganda-ganda ketika Ramadhan menjelang. 
- Dan start je syawal, maka momentum beliau akan merudum, disambut dengan seronoknya bermain mercun. Eh!

2- Hamba Rabbani

- yang bertentangan dengan hamba Ramadhani
- golongan ini akan bertambah amalannya selepas ini, Ramadhan menjadi booster untuk menggandakan amalannya even selepas ramadhan ini.

Maka beruntunglah jika kita yang mejadi golongan kedua itu!

Kerana kita beramal, kita menyembah tuhan yang sama kita sembah ketika bulan lain. Tuhan yang sama yang disembah ketika bulan rejab, syawal, zulkaedah dll.

Kerana kita menyembah Allah, dan bukannya menyembah ramadhan.!

T___T


Selamat berangkat wahai Ramadhan. Kita dating lagi tahun hadapan insyaAllah.


Analogi tupperware

Kenal tupperware?

Alaa, jenama bekas makanan yang famous tu. Rasanya paling terkenal di kalangan mak mak. Golongan anak-anak ni tukang guna atau tukang kebas tupperware mak je. Eh!

Personally, saya la orang yang selalu kebas  pinjam tupperware mami saya. Best guna tupperware ni. Dah la cantik warna warni. Yang paling penting bekas ni sangat kedap udara. Jadi, letak la makanan apa-apa pun, boleh tahan lama sebab tak masuk angin.

Tapi harga beliau boleh tahan.

Tapi biasalah adat membeli, alah membeli menang memakai. Biar la mahal sikit, asal berkualiti.

Apa kaitan tupperware dengan ramadhan dgn syawal ni kak?
Nak promote tupperware untuk jadi balang kuih raya ke?

Eh!

Sepatutnya beginilah Ramadhan kita.

Datangnya ramadhan supaya menjadi booster untuk kita menambahkan amalan. Memberi kekuatan untuk kita meninggalkan mana-mana maksiat/ jahiliah yang susah kita mahu tinggalkan.

Mahal! banyak pengorbanan perlu dilakukan.

Tak boleh makan dan minum sesuka hati.
Solat terawih setiap malam.
Tidur awal supaya dapat bangun awal.
Bangun awal untuk sahur dan qiamullail
Meneruskan rutin harian sebagai pelajar, pekerja, bibik dll  tanpa makan dan minum.
Rehat pun cuma boleh telan air liur sahaja.

Untuk hari-hari biasa, sangat ajaib untuk kita lakukan.
Tapi datangnya Ramadhan bersama kekuatan.
Alhamdulillah.

Inilah tupperware kita. Semoga bekal-bekal yang sudah kita simpan dalam tupperware ramadhan kita ini, kedap udara dan dapat menjadi bekal yang berterusan sepanjang 11 bulan akan datang.

Ingat! Alah membeli menang memakai. (^.^)

Semoga, Allah menerima semua amalam kita, solat dan tilawah al-quran kita, rukuk dan sujud kita, tangis dan istighfar kita sepanjang kita beramal dalam bulan ramadhan ini.

Semoga, amalan-amalan sunat ini akan terus dilakukan, bukannya datang je Raya kita pun jadi Hantu Raya. Eh!

InsyaAllah.

Kita kan menyembah Allah yang satu itu~


Moga diampunkan dosa-dosa kita yang lepas dan yang mendatang, istiqamah dlm ketaatan, dan dipertemukan semula dgn ramadhan pada tahun hadapan.

Perginya Ramadhan ditangisi,datangnya Syawal disyukuri. 

Kerana kita merayakan hari kita kembali kepada fitrah. Kembali suci seperti anak yang baru dilahirkan, kerana dosa-dosa kita telah dibasuh dan diclorox sepanjang bulan ramadhan.


Inilah maksud sebenar Hari Raya Eidul Fitri.

( bukannya puasa acuh x acuh. Tiada amalan tambahan , tak rasa iman menaik pun dalam ramadhan ni, kemudian dia la yang paling sakan nak raya. eh!)



Oleh itu, Mohon maaf untuk yg mengenali diri saya. Maaf zahir batin atas salah silap lisan, kalam, tingkah laku,dll directly atau indirectly.

~تقبل الله منا و منكم~


Dan jangan lupa puasa sunat syawal ye. Puasa 6~


p/s: Kalau kecik-kecik dulu selalu pesan hati-hati main mercun. Tapi dah besar ni kena pesan, hati-hati ketika memandu :D

p/ssss: mami ayah jangan sedih tau angah tak raya sekali tahun ni ~ Jangan risau, dekat sini penuh jemputan open house sampai hari raya ke 3. hehe~



Tulis ikhlas dan salam perantauan dari saya,

Musyirah Hanan Zulkarnain
My Harmonica Zine



beyt SQ,
1 syawal 1434H
11.50pm

Friday, August 2, 2013

Ramadhan, Firaun dan Al-Qasas~




Tersentak!

Ayat ni macam sangat kena dengan situasi sekarang.

“ Sungguh, Firaun telah membuat sewenang-wenang di bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dia menindas segolongan dari mereka, dia menyembelih anak-anak laki dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sungguh, Firaun termasuk orang yang berbuat kerosakan.” (al-qasas; 2)

Sangat kena dengan Ramadhan sekarang ini, ramadhan kali ini ramadhan berdarah. Ditakdirkan Allah saya dapat merasainya di bumi Mesir ini, dapat menyaksikan sendiri dengan mata saya pertembungan haq dan batil. Dapat menyerap semangat-semangat jihad mereka. Sungguh, mereka memang orang yang hebat, sehinggakan Allah menguji mereka sebegini.

Dek kerana perkara ini, solat-solat terawih dan witir di masjid-masjid lebih terasa basahnya. Lagi-lagi apa bila mendengar doa qunut daripada Imam arab, yang merintih kepada Allah untuk memberikan keamanan kepada Mesir.

 Bersungguh-sungguh mereka meminta ditegakkan keadilan kepada bumi anbia ini. Meminta agar tidak berlaku lagi pertumpahan darah. Memohon agar dimuliakan darah-darah para mukminin. Dan doa itu diaminkan oleh beribu makmum yang hadir, bergegar dewan dengan amin para makmum.

MasyaAllah, tak dapat saya nak gambarkan perasaan ini dengan kata-kata, hanya Allah yang tahu syahdunya perasaan ini.

( * Tapi saya pelik juga jika kawan-kawan saya yang ber ramadhan di sini tapi tak merasa apa-apa. Wallahua'lam. Atau saya ke yang syok sendiri?  )

Entah la, secara peribadi pergolakan yang sedang di Mesir ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada saya. Sejujurnya, saya bukanlah manusia yang cakna dengan isu politik. Lagi-lagi politik dunia. Politik di Malaysia pun saya mula cakna berikutan PRU baru-baru ini. Politik di Negara lain? Harap maaf lah. Saya rasa itu bukan masalah saya.

Tapi berlainan dengan isu politik di mesir ini. Saya tak tahu kenapa saya sangat terpanggil untuk terlibat dan observe politik di sini. Lebih-lebih lagi bila Mesir merupakan antara Negara tentera. So, lagi la menarik jika ingin menganalisa politik di sini.

Tapi, yang saya ingin tekankan di sini, pergolakan yang sedang berlaku sekarang, bukan sekadar isu politik, tetapi ini melibatkan isu yang lebih rumit dan besar lagi, ini berkaitan isu Aqidah!

Pertembungan haq dan batil. Pertembungan Islam dan anti-islam. Pertembungan Islam syumul dan islam secular/ liberalism.

Dan apabila mereka sanggup menyerang rakyat sendiri dengan peluru hidup, ini memang sudah melampaui hak kemanusiaan. Mana boleh sesuka hati membunuh manusia? Orang islam yang tidak bersalah pula tu? Salah kah jika mereka ingin turun padang dan memberikan sokongan mereka kepada Presiden yang sudah dipilih secara sah? Adakah sokongan ini perlu dibayar dengan nyawa?

Oh, saya baru sedar betapa mahalnya harga sebuah keadilan!

Dan apabila imam membacakan ayat 2 surah al-qasas itu, segera ingatan saya melayang kepada peristiwa yang sedang berlaku ini. Firaun yang kita akui jahat dan zalimnya beliau sehingga sanggup menyembelih anak-anak lelaki. Semata-mata kerana takwil mimpi beliau bahawa suatu hari nanti akan ada seorang lelaki yang akan mengambil tampuk kepimpinannya, maka dibunuhnya semua anak-anak lelaki ketika itu.

Tetapi Firaun zaman sekarang ini sanggup membunuh bukan sahaja orang lelaki, malah kanak-kanak dan orang perempuan!

Juga kerana ingin mempertahankan kedudukan dan kuasanya.

Sungguh, firaun zaman sekarang lagi jahat dan zalim daripada firaun dahulu.

Dan beradanya saya di bumi Firaun dan Nabi Musa ini menyaksikan pertembungan ini takkan pernah berhenti, ia hanya akan ternoktah dengan kemenangan Islam kelak, insyaAllah.

Semoga Allah memelihara bumi ini dan seluruh isinya.

Juga Allah memuliakan orang muslim di mana sahaja mereka berada, sama ada di Palestine, Syria, Mesir, Malaysia, Rohigya dan di mana-mana sahaja.

***
“ Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami." (Al-Qasas : 7)

Allah! Hebatnya keimanan ibu Musa tatkala terpaksa menghayutkan anaknya di sungai Nil. Ibu mana lah yang sanggup buat macam tu, sedangkan seekor nyamuk nak hinggap ke tubuh anaknya pun akan ditepuk nyamuk itu, apatah lagi nak buat kerja berisiko macam tu.

Tapi, Ibu Musa sangat percaya akan janji Allah. Dengan tawakal dan yakin kepada Allah, dihanyutkan nabi musa. Dan beliau meminta kakak Musa mengekori dari jauh, sehinggalah nabi Musa sampai ke dalam kawasan istana Firaun.

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).  (al-qasas: 10)

Dan berkatalah ia kepada kakak Musa: "Pergilah cari khabar beritanya". (Maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya. (al-qasas: 11)

Namun, Allah itu sangat pemurah kepada HambaNya yang bertaqwa, akhirnya ditemukan semula ibu Musa dengan anaknya, untuk menyusukan Nabi Musa di istana Firaun.

Boleh bayangkan perasaan syukur dan gembira apabila berjumpa semula anak yang dihanyutkan di atas sungai Nil, berjumpa semula dengan keadaan anaknya sihat dan hidup! Sedangkan semua anak- anak lelaki ketika itu disembelih hidup-hidup!

Allah!

Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata: "Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?" (al-qasas: 12)

Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu). (Al-Qasas: 13)

Tingginya taqwa beliau. Tingginya keimanan beliau.


Sedangkan kita di sini, hari-hari disibukkan dengan kehidupan robot kita. Fikiran kita disibukkan untuk memikirkan perkara-perkara remeh. Hari ni nak masak apa? Nak pakai baju apa? Dia terasa hati ke dengan aku? Macam mana nak menambat hati si dia? Etc.

Euuw!

Sedang dunia digemparkan dengan isu ummat Islam. Isu pintu ke Gaza ditutup. Isu rakyat Syria terus ditindas dan dibunuh. Isu rakyat Mesir ditembak kerana menyokong legimitasi.
Kita di Malaysia di sibukkan dengan jualan murah raya. Kuih raya, langsir raya, dan dengan fesyen raya peplum, kurung moden, tudung ainan, jubah umbrella etc.

Err…

T____________T


“ Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tanganku, dan bukannya di hatiku.

Ya Allah, jangan lah engkau menyibukkan kami dengan perkara-perkara dunia ini. Perkara yang akan melalaikan kami. Perkara yang akan menjauhkan kami.

Ya Allah, kurniakan kepada kami keteguhan keimanan ibu Nabi Musa. Keteguhan keimanan para anbia yang diuji dengan segala dugaan. Keteguhan iman para sahabat dan para syuhada.

Ya Allah, kurniakan kebaikan kepada kami, di dunia dan Akhirat.

Ya Allah, berkatilah ramadhan kami. Semoga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir untuk kami. Semoga Ramadhan ini akan menjadi booster untuk kami untuk terus meningkatkan amal ibadah kami.

Ya Allah, terimalah solat kami, puasa kami, doa-doa kami, rukuk kami, sujud kami, tilawah al-quran kami dan segala amalan kami dan peliharalah amalan-amalan kami dari hangus dibakar riak dan ujub.

Wahai tuhan yang memperkenankan pinta, perkenankanlah. Ameen.”

***

Mari kita muhasabah ramadhan kita. 

Ramadhan dah nak berlalu pergi. Adakah kita sudah memanfaatkannya sebaiknya? Sudah bersedia untuk memburu lailatul qadar?

Bak kata APG, tak mungkin lailatul qadar akan dapat diburu dengan hanya menulis di mukabuku tanpa usaha.

Zaaaaas!! 


"Adalah Rasulullah SAW jika telah masuk sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau mengencangkan kainnya, menghidupkan malamnya, dan membangunkan keluarganya."
Mari kita ikut contoh dari junjungan kita yang Mulia.

Sekarang pun kita sudah melangkah ke fasa terakhir ramadhan. ( Tinggal beberapa hari pun je lagi)

Jom, kita kurangkan online, dan banyakkan tilawah Al-quran.

 Mari kita kencangkan lagi ibadah kita.

Mari Kita kurangkan mengumpat bercakap lagha, dan banyakkan zikir dan selawat.

Mari Kita kurangkan tidur, dan lebatkan qiamullail.

Ajakkan sekali keluarga, housemates, BFF, kawan baik kita mengencangkan ibadah.


Sedih dan RUGI lah, jika kita tidak memanfaatkan ramdhan ini sebaiknya. Jika kita rasa Ramadhan ini sama sahaja seperti bulan-bulan lain, RUGI lah kita. Kerana sesungguhnya Allah sudah menyediakan bermacam- macam offer untuk kita.

Bayangkan Kita yang sangat marhaen ni, setiap hari bergelumang dosa, dan tenggelam dengan dosa kita 

Kemudian, bila nak minta sesuatu, bersungguh-sungguh minta Allah kurniakannya kepada kita.

Setiap hari malas nak beribadah, tapi nak result mumtaz.

Setiap hari bergelumang dosa, tapi sibuk nak kahwin dengan lelaki soleh. Nak dapat rumah besar, harta banyak. 

Allah yang sangat Pemurah ini kurniakan dan makbulkan doa kita.
Malah Allah offer nak ampunkan dosa kita.  Semua dosa kita. 

Dan Allah datangkan Ramadhan kepada kita.

Dengan syarat kita berpuasa dengan beriman dan bersungguh-sungguh.

Tapi kita boleh buat dek je dan tak hiraukan offer Allah tu?

Hello!! Anda ni dah confirm-confirm ke ahli syurga? Anda maksum? ouh tidak mungkin!

Sedangkan untuk dapat masuk ke syurga itu pun, hanya kerana dengan rahmat allah. bukannya kerana banyaknya amalan kita. T____T

Bukan saya nak judge anda tak mungkin akan jadi ahli Syurga. Tapi kenapa kita ego dak tak mahu terima offer Allah tu?




Mari kita muhasabah.

Dan sangatlah rugi dan pelik jika sebelum bulan ramadhan kita tak tengok movie. Tapi kerana masa lapang dlm Ramadhan kita melayan movie. Berjam-jam pula tu. Tapi apabila membaca Al-quran, 10 minit pun kita terasa lama.

Sangatlah rugi jika dalam bulan Ramadhan mulut kita lagi banyak mengumpat, sbb banyak sangat masa lapang sebab tak boleh makan.

Sangatlah rugi jika selama ini kita tidur 5-6 jam, tapi kerana alasan penat, kita bantai tidur 8 jam sehari.

Errr. Apa sudah jadi ni? Kenapa terbalik?

Mari kita check, mungkin masalahnya pada HATI, atau IMAN? 

Masih tak terlambat untuk sedar dan catch up!

Jom, kita muhasabah. Mari kita kurangkan membazir masa dengan sesuatu yang lagha. 

Mari kita focus beribadah, dan tinggalkan dunia yang penuh permainan ini.

kembali kepada Fitrah. Suci. bersih dari dosa.

sebab itu hari raya nanti dinamakan Eidul Fitri. Iaitu kerana kita sudah kembali kepada fitrah, kerana dosa-dosa sudah dicuci sepanjang ramadhan ini.

 Jangan dok sibuk sangat nak raya, puasa ni tak habis lagi. Raya tu nanti kita tak pasti akan hidup atau tak. 


Persoalannya, yang kita dok nak sibuk sambut raya ni, kita ni layak ke nak ber hari raya?

T_________T

 Saya menulis ini pun sebagai teguran untuk diri sendiri .


Moga Allah redha setiap amalan kita, dan memilih kita untuk menjadi tetamu lailatul qadr nya  ~

p/s: Saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf, atas semua penulisan dan percakapan saya. Maaf zahir dan batin.

MHZ,
My Harmonica Zine,


beyt SQ,
2 minit sebelum berbuka puasa,
23 Ramadhan 1434H