Thursday, May 25, 2017

Eyh, Ramadhan nak datang lagi?


F.I.F.A



Ramadhan.

Satu perkataan yang sangat femes akhir-akhir ini. Mana taknya, tetamu yang dinantikan bakal tiba tak lama lagi.

Bayangkan anda seorang ibu/bapa, dan anak kesayangan anda yang berada jauh di perantauan bakal pulang ke rumah selepas setahun atau lebih tidak menjejakkan kaki di rumah tercinta, (ataupun pulang berhari raya).

Lalu apa yang anda akan lakukan?

Tentunya awal pagi lagi anda sudah bersilat di dapur untuk menyediakan makanan feveret beliau sambal udang petai dan mengemas bilik tidurnya dengan kemas dan bersih!

Bestnya!

Betapa si ibu dan bapa merindui dan menanti-nanti kepulangan anak mereka. tak sabar menungu si anak mengetuk pintu rumah.

Bagaimana pula jika yang bakal mengetuk pintu rumah anda adalah Ramadhan beserta seluruh kebaikannya, maka apakah persediaan anda?

***

 “Barang siapa mendirikan puasa Ramadan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari – Muslim)


Hadis yang femes berkaitan puasa, sentap masuk ke dalam hatiku tika dibacakan oleh ustaz di kuliah semalam.

Hadis yang simple, namun penuh makna.

Kita lihat, zaman kini, semakin berkurangnya mereka yang boleh dijadikan qudwah solehah di dalam kehidupan. Kerana ramai orang-orang soleh yang telah meninggal, serta semakin bertambah maksiat dan fasad (kerosakan) dan pelakunya, sehingga mereka yang fasik ini menjadi contoh tauladan oleh orang ramai.

Lihat di FB atau IG betapa banyak fesyen bertudung litup tetapi berpakaian ketat, kononnya hipster.

Atau pun filem/ drama TV menonjolkan abam-abam sado yang jalan ceritanya bertentangan dengan islam.

Ataupun orang alim sibuk perang  FB tentang politik yang tak pernah selesai.

Juga ustaz-ustaz yang mendakwa mampu merawat tulang patah tanpa perlu ke hospital/ membuat MRI. Eh!

Maka sudah sampai waktunya untuk kita menyusuri kembali perjalanan hidup Rasulullah dan salafus soleh supaya kita mendapat bekalan untuk meneruskan kehidupan serta menjadikan mereka contoh dan idola kepada kita dan anak-anak.

Supaya kita dapat menjejaki mereka menuju Allah.

Lalu bagaimana sepatutnya kita meraikan Ramadhan yang bakal tiba 2 hari lagi?

Untuk menjadikan Ramadhan 2017 kita OSEM, maka kita perlu:


1-  Mengalu-alukan Ramadhan dengan hati terbuka dan keazaman yang tinggi
Buka pintu hati dan set azam/ wish list untuk memburu pahala di bulan Ramadhan

2-  Memerhatikan tentang ibadah puasa yang bakal dilalui
Tanamkan niat, puasa kali ni bukan sekadar penat, lapar dan dahaga sahaja. Tapi kita nak usaha menjaga puasa daripada perkara yang membatalkan/ merosakkan atau  berkurangnya pahala puasa.

Contohnya macam bergosip/ mengumpat di pantry dengan rakan sekerja. Shopping berlebihan semasa berbuka puasa. Habiskan masa shopping baju raya online. Solat di akhir waktu.

3-  Merancang qiamullail yang bakal didirikan
Set alarm supaya sempat qiamulail dan sahur. Alaaa, solat sunat 2 rakaat pun dah okay. Tuhan dah bagi kita pelbagai rahmmacam-macam nikmat, so kenapa kita kedekut untuk spent masa bersamaNya?

4-  Memikirkan seramai mana manusia yang bakal diberikan makanan ketika berbuka
Buat target untuk belanja orang lain berbuka puasa. Di masjid-masjid, anak yatim, gelandangan, orang miskin etc.

Kalau tak tau nak salurkan duit kepada siapa, boleh PM saya. Saya tahu ke mana tempatnya

5-  Meningkatkan rasa simpati dan prihatin kepada fakir miskin dan anak yatim
Cuba letak diri kita pada kasut mereka. Kita rakyat marhaen ni pun rasa sesak bila nak hidup, duit cukup-cukup untuk makan, minyak kereta, tol, bagi duit belanja mak ayah.
Alhamdulillah Allah masih beri nikmat kepada kita kerana masih punya ibu ayah untuk spent bersama. masih punya wang untuk berbuka puasa.

Tetapi bagaimana nasib mereka yang miskin dan anak yang telah kehilangan ibu bapa?

6-  Bersemangat untuk memperbaiki kualiti tilawah al quran

Rasulullah SAW bersabda “ barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Quran, maka ia mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif Laam Mim adalah satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan mim satu huruf

Tilawah bukan sekadar nak khatam 1 al quran dalam bulan Ramadhan, tetapi untuk mengambil dan tadabbur pengajaran di dalamnya.


7-  Mementingkan amalan bersahur kerana yakin akan keberkatan  dan kelebihannya
Jangan malas untuk sahur. Alang-alang sebab banyak keberkatannya. Plus dapat solat subuh awal waktu, sekali sekala dalam bulan Ramadhan ni, elakkan subuh gajah kan bagus juga!

8-  Bersegera berbuka puasa dengan sederhana (tamar dan air) dan Tidak meninggalkan amalan berdoa semasa berbuka
Jangan buzy sangat di dapur untuk menyediakan makanan berbuka. Sediakan makanan yang simple-simple aja. Cukup untuk mengalas perut untuk solat terawih. Kalau tak sempat, boleh beli di bazaar Ramadhan dengan kadar yang sederhana.

Atau sambil2 di dapur tu, ambil masa seminit dua sebelum azan untuk perbanyakkan istighfar dan berdoa, InsyaAllah itu antara waktu makbulnya doa-doa kita.

9-  Berharap dan bersungguh-sungguh mengejar lailatul qadr
Ibadah satu malam yang pahalanya sama seperti beribadah 83 tahun. Siapa taknak?

dunia akhir zaman ni, siapa la yang hebat sangat boleh hidup 83 tahun?

Tapi bukan sekadar berdoa je, kena berusaha untuk mengejarnya.

10-               Beriktikaf di masjid terutamanya pada akhir 10 ramadhan
Kejutkan anak-anak dan kawan bilik untuk sama-sama melepak di masjid.
Bayangkan duduk dia di masjid pun dapat pahala. Apatah lagi kalau beribadah.

11-               Bersemangat dan bersungguh2 memburu ganjaran dan janji Allah

Satu bulan, 30 hari ni kalau diikutkan sekejap je akan berlalu. So, jangan sambil lewa.

Set niat dan tuliskan apa yang kita nak capai sepanjang Ramadhan ni.
Rugi kalau tak dapat manfaatkan sebaiknya.


Mari kita fikirkan, kita nak jadi Typikal Malaysian yang 'hooray' dengan kedatangan ramadhan kerana tidak sabar mahu menyambut syawal, atau kita nak jadi yang sebaliknya?


Mari, kita reset semula niat kita. Jangan bertangguh!

Letakkan target kita untuk merebut sebanyak-banyaknya peluang kebaikan dan keampunan yang telah disediakan di depan mata ini.

Mungkinkah ini ramadhan terakhir buat kita??

(T__T)


Mari jadikan Ramadhan kali ini pesta ibadah, dan bukannya pesta makanan.


Ya Allah, berkatilah Ramadhan kami.
Allahumma balighna Lailatul Qadr~ Ameen Ya Rabb!


Jom semua!! Mari kita panaskan enjin masing-masing. Sudah sampai masa untuk memecut!

Mari kita masuk ke bulan Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran,

beramal bersungguh-sungguh

dan graduate dari madrasah Ramadhan ini menjadi manusia yang baru, seperti bayi yang baru dilahirkan!




Ps: selamat bertabah untuk kawan-kawan HO dan MO yang bakal ber ramadhan di hospital. Especially yang tagging, besar pahala kalian InsyaAllah.

Psss: Merindui Ramadhan di Mesir seperti INI.



MHZ,
Pandan Court Condo,

2 days to Ramadhan

Friday, January 27, 2017

Curhat Houseman #3: Oncology dan Dr Faiz





Aku melihat jadual kerja minggu hadapan, satu minggu aku akan dicampak bekerja di ward gynaeoncology (ward pesakit kanser) . Alahai.. Kanser- kanser ni aku lemah betul.

“ Guys, kalau kerja dekat ward onco, apa je yang kita kena buat?” aku bertanya kepada kawan-kawan HO lain tugsan yang perlu seorang HO lakukan.

“ Senang je. Actually semua pesakit yang masuk dekat situ, dah ada diagnosis as ovarian cancer, endometrium cancer or PTD. Or ada juga yang admit untuk operation. So, chill! Once patient admitted, take her bloods, trace all the investigation, kena tahu apa diagnosis dia dan dia datang untuk cyle chemotherapy yang ke berapa.”

“ Ouh, banyak cycle eyh chemo ni rupanya” noob sungguh aku.

Yup. Chemotherapy ada banyak jenis. Ada yang sekejap je, sehari dua dah boleh balik. Ada yang kena admit sampai 10 hari untuk satu sesi. Then dia akan admit balik selepas 1-3 minggu untuk cycle seterusnya based on jenis chemo dan apa jenis kansernya. Tapi chill, MO, specialist semua baik-baik”

Maka bermula la rutin harian di ward 6A ini. Kelam kelibut ke sana ke mari membuat kerja, admission non stop kerana kami menerima kunjungan pesakit dari satu Malaysia. Ada yang datang jauh dari Sarawak, menaiki kapal terbang semata-mata untuk menerima satu sesi chemotherapy.

Namun, satu minggu di ward ini, menjadikan saya jatuh cinta dengan suasana kerja di sini  . Kami ibaratkan ward ini seperti syurga.

MO nya baik, specialist apatah lagi. Pesakitnya pun ramah dan rajin bertegur sapa. Mereka sendiri sudah mengenali sesame mereka. Saling bertukar makanan dan bertukar cerita.

Gembira barangkali pabila mereka bertemu manusia yang senasib dengan mereka.

Pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan chemotherapy, bukan seperti orang biasa. Antibody mereka lemah. Meraka tidak boleh keluar bertemu orang ramai. Hendak ke pasar malam? Alahai.. better duduk rumah. Karang senang sahaja untuk mendapat jangkitan kuman. Sedangkan seorang pesakit saya pergi ke ofisnya untuk bekerja 2 hari, balik rumah sahaja sudah selsema dan batuk-batuk. Betapa lemahnya immunity badan mereka ketika itu. 

Maka mereka perlu sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan. Ini tak termasuk side effect chemo- rambut gugur, hilang selera makan, loya dan muntah-muntah, sakit badan dll.

Sejujurnya saya bukanlah seorang yang rajin bertegur sapa, apatah lagi dengan seseorang yang tak dikenali. Apatah lagi menjadi HO yang selalu buzy menjadi kuli, membuatkan aku hanya akan bercakap apabila perlu.

Teringin untuk bersembang panjang bersama pesakit, namun masa sering kali mencemburuiku. Ada sahaja kerja-kerja lain yang menanti.




Dr Faiz.

Aku terpana melihat akhlaknya!

Almost 9 bulan sepanjang aku menjadi HO, pertama kali aku bertemu dengan pakar yang sebegini baik.

Semalam postcall, Baru berkesempatan untuk menghabiskan masa membaca novel Diagnosis 2 yang aku beli setahun lepas di pesta buku.

Melihat gaya penceritaan mereka, aku doubtful dengan setiap watak MO dan specialist di dalam novel itu. Sangat jarang untuk dapat berjumpa dengan MO/ pakar yang warak dan bersopan santun. Bukan tiada, tapi 1 dalam seribu.

Aku terkejut. Sebelum ini asyik bergelumang dengan Pakar Bedah yang mempunyai ego mereka tersendiri, buat aku canggung untuk berhadapan dengan Pakar yang baik sebegini.

Rasa aneh pula apabila tidak dimarahi apabila melakukan kesilapan.

" Mana kawan kita tadi? Salah ni. Sini saya ajarkan apa yang sepatutnya, 
"

Terharu!

Dr Yong kawan baiknya jugak almost serupa. Chinese consultant yang aku hormati. 

Aku membayangkan aku akan dijerit kerana kesilapanku. Namun yang sebaliknya yang berlaku.

Banyak aku belajar dari MO ku, daripada ramahnya dia menegur setiap pesakit, membuatkan semua pesakit menyayanginya.

“ Maaf la, Makcik tak ingat nama doctor, tapi makcik ingat doctor ada cerita pasal hantu dekat karak haritu”

Haa.. sampai tahap macam ni rapatnya pesakit dengan MO dan pakarku.


***

" Saya nak awak pastikan semua pesakit cancer saya solat. Kalau tak, awak yang bertanggungjawab"

Gulp. Terasa berat amanah yang diletakkan.

“Kita nak merawat pesakit secara holistik. Bukan sekadar rawatan luaran chemotherapy sahaja, tapi rawatan hati.

90% pesakit yang masuk ward meninggalkan solat, semata-mata sebab tiada orang yang memudahkan urusan solatnya. Dia tak tahu pun yang dia perlu solat semata-mata sebab ada jarum ada di tangan. Tak rata wudhu alasannya.

Betul semua doktor merawat pesakit, but remember, You must be different!

Saya membayangkan satu hari nanti bila saya tua, kalau saya sakit dan kena admit ward, ada HO yang akan ajar saya solat, “ penuh semangat Dr Faiz menitipkan pesanan.

Tinggi harapan beliau kepada kami.

Ramah dan zuhud orangnya, selayaknya seorang Pakar Perunding Sakit Puan. Ibarat resmi padi, semakin berisi, semakin menunduk.

" Okay, so continue the antibiotic, withhold the chemo until Thursday until patient fully recover from UTI. 

Makcik, nanti jangan lupa solat ye. Pakcik pun bole tolong makcik ambil wudhu. Boleh pakai spray untuk ambil wudhu", pesan beliau kepada makcik Normah dan suaminya.

Sambil itu beliau tersenyum sambil berjalan kerah pesakit seterusnya.


Dan morning round terus berjalan seperti biasa. 


Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia" .

contohilah akhlak Rasulullah terchenta.


Nota kaki:
MO: Medical officer (pegawai perubatan)
PTD: Persistent Trophoblastic Disease (kandungan anggur)



MHZ

O&G department,
Offday
270117
Pandan court, Ampang