Wednesday, October 31, 2012

Penulis yang disayang Tuhan


Assalamualaikum wbt,
Selamat Hari Raya semua~ :)
Semoga ibrah dari korban dpt kita hayati dan membekas di hati..

Jika tentera di sempadan, bersenjatakan  M-16 di sisi,
Doktor di hospital bersama sthatescope dan picagarinya,
Guru di sekolah beserta marker dan kapurnya,
Penulis pula bersenjatakan pena dan dakwatnya..

Untuk melepaskan kebaikan kepada ummah sejagat...

Siapa kata menulis ini perkara remeh? Perkara yang dilakukan pabila ada waktu lapang?

Kerana bisanya pena ini, hingga membawa Syed Qutb ke tali gantung. Betapa berbisanya kesan penulisan beliau kepada masyarakat, sehingga menakutkan pihak musuh!

Lihat kesannya!

Pesan Pak Latib, "Penulis harus sentiasa fikirkan apakah faedah yang diperolehi oleh pembaca-pembaca daripada penulisannya!"

Menulis bukan kerana suka-suka. Bukan hanya untuk kepuasan penulis. Bukan setakat meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman. Bukan setakat itu! Bukan!

 Dunia ini, dengan penulisan, dakwah dapat disampaikan dengan meluas. Malah mungkin akan bertahan bertahun-tahun lamanya. Seperti tulisan Hamka, kitab-kitab sejarah dan falsafah. Boleh bayangkan dengan usaha yang sedikit ini, pahala akan mengalir hingga ke kubur, walaupun penulis sudah meninggal dunia.

" Ya Allah, dari manakah datangnya pahala ini?"

" Daripada usaha yang kamu kerjakan di dunia ketika hidupmu"

Boleh bayangkan tenang dan gembiranya sang penulis di dalam liang lahad beliau? Tapi, itu jika menulis perkara kebaikan. Boleh bayangkan pula jika penulisan itu berunsur keburukan? Mungkin sampai ke kubur dosa-dosa akan mengekorinya! Nauzubillahminzalik..

Jadi, jika kita hanya menulis untuk kepuasan penulis. Untuk diabadikan sebagai catatan hidup, penulisan tidak akan ke mana-mana. Pahala tidak akan diganda. Berbeza jika kita cuba  untuk menulis, dan mengajak orang lain membacanya, siapa tahu dengan usaha kecil ini akan menyantun hatinya? InsyaAllah~ :)

Sasterawan vs Sasterawang

Sasterawang, istilah yang pertama kali saya dengari dari mulut Cik Puan Azzah AR ketika bengkel penulisan tempoh hari.

Pernah saya terfikir, kenapa menulis harus berkira tentang duit? Kenapa penulisan harus dibukukan? Jika dibukukan, buku-buku bestseller pantas sahaja kehabisan stok. Sehinggakan saya terpaksa fotostat untuk membacanya. Fikir saya ilmu harus disampaikan, tak perlu berkira sangat jika ada sesiapa yang ingin mencetaknya. Tapi sekarang saya mengerti, dunia kini, tanpa duit kita takkan ke mana-mana.

Dakwah perlukan duit. Bukan hanya untuk meneruskan hidup perlukan duit, tapi untuk tidak membiarkan dakwah terus berkubur, perlukan dana yang besar! Malah, penulis juga punya keluarga untuk disara, perlukan makanan untuk dimakan, perlukan pakaian dan barang keperluan. Malah, perlukan duit untuk membayar tol, cukai, dan duit kereta. *dunia sekarang nak buang air pun kene bayar. Huuu*

Oleh itu, nampak sangat keperluan WANG dalam penyebaran dakwah. Dengan wang, boleh diadakan program-program kebaikan, majlis-majlis ilmu, konsert amal Palestine, dan lain-lain.

*Tips dari Cik Puan Azzah, lagi tebal sesuatu buku, lagi tinggi royalti yang akan diperolehi.huu*

Bahasa Melayu Tinggi vs Bahasa Melayu Rendah

Biasa kita dengar pasal bahasa arab tinggi kan? BMT bukanlah bahasa melankolik yang berbunga-bunga. BMT hanyalah bahasa Melayu yang kita belajar di sekolah. BM yang betul tatabahasa dan penggunaannya.

Ramai orang termasuk saya berfikir, jika menulis dengan BMT, penulisan akan menjadi skema dan bosan serta tidak 'basah' dan tidak sampai ke hati, tapi ini sebenarnya hanya akan berlaku jika penulis tidak pandai menggunakannya dengan baik.

Kenapa mesti menulis dengan BMT?

Kerana BMT akan kekal lama dan pasarannya meluas.

Bayangkan jika kita menulis dengan BMT, penulisan kita masih akan difahami sehingga berpuluh tahun akan datang. Tapi jika kita menulis dengan bahasa kelantan, maka hanya orang kelantan sahaja yang akan memahami penulisan kita. Bahasa kelantan pun barangkali tidak akan bertahan lama.

BMT juga senang diterjemah ke bahasa lain. Sebagai contoh, buku Umar Al-Khattab tulisan Pak Latib sudah diterjemah kepada bahasa Inggeris dan boleh dibaca oleh lebih ramai lapisan masyarakat. Lihat, bukankah dengan cara ini dakwah akan lebih tersebar luas? :)

Contohnya, perkataan kekasih. Jika zaman P. Ramlee dahulu menggelarnya mata air. Kemudian, dekad seterusnya menggelar kekasih sebagai makwe. Dunia berlalu lagi dan menggelarnya awek. Sekarang apa pula? Pelajar-pelajar di sekolah memanggil kekasih mereka cikaro. Baiklah, jika saya menulis dengan membahasakan kekasih sebagai awek. Sekarang kita semua tahu maknanya. Tetapi barangkali 20-40 tahun akan datang, perkataan awek sudah lapuk dek zaman! Mungkin tidak punya maksud lagi. Berlainan jika saya menulis menggunakan perkataan 'kekasih'. 50 tahun dahulu sehingga sekarang dan 50 tahun akan datang pasti semua orang faham akan maksudnya.  Jelas bukan?

Seorang penulis harus mempunyai jiwa sensitif. Seperti dai juga. Sensitif dengan pembaca dan persekitarannya. Dengan penulisan akan memandaikan bangsa. Jika masyarakat membaca tulisan yang tidak proper, mereka akan terikut-ikut untuk mengguna bahasa itu. Silap-silap tulisan SMS pun boleh ditulis dalam karangan SPM Bahasa Melayu. Mana la tak pening guru-guru di sekolah. Tanggungjawab penulis untuk memandaikan bangsa.

Dan sastera Islam itu, apabila pembaca membaca penulisannya, akan membawa dekat kepada TuhanNya, dan bukan sebaliknya.

Bagaimana Izzatul Islam (IZIS) dapat memanfaatkan bakat menyanyi mereka utk menyebarkan dakwah dan menaikkan hammasah (semangat) berjuang, seharusnya begitulah penulis-penulis harus memanfaatkan bakat dan tenaga mereka untuk menyebarkan kebaikan.

Kerana IZIS menyanyi bukan setakat dengan suara, tapi mereka menyanyi dengan dakwah dan cinta,
maka penulis sekalian, seharusnya bukan setakat menulis dengan pena, tetapi menulis dengan semangat jihad! Biiznillah~


p/s: Jika ada salah silap sepanjang penulisan saya, harap dimaafkan. Dan jika ada sebarang komen, sangat-sangat dipersilakan! :)

May Allah bless you all people!


bait SQ,
7.36pm

Friday, October 26, 2012

Eid Adha 1433H


Assalamualaikum wbt,
Salam eidul Adha..

Orang arab akan cakap,
kullu sanah wa antum tayyibin :)

Apa perasaan raya esok hari? Pasti di malam hari, kaum perempuan sudah sibuk menyinsing lengan di dapur. Untuk kami yang beraya di perantauan ini, mahu atau tak,haruslah menyediakan juadah sendiri. Bulan september lepas, saya baru sahaja berpindah masuk ke rumah sewa baru. Namanya Bait Saifuddin Qutuz, sempena nama tokoh yang membebaskan Mesir darpada kekuasaan Monggol suatu masa dahulu.

Bersama saya 10 orang bidadari. Masing-masing sedang sibuk di dapur. Ada juga yang sedang menggosok baju. Ada juga yang baru hendak menjahit baju raya. Dari dapur, bunyi lagaan kuali dan senduk kedengaran. Turut memeriahkan suara-suara daripada hef-chef yang bertungkus lumus menyiapkan juadah nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam . Buat sarapan esok hari selepas pulang dari solat hari raya. Meriah rasanya mempunyai keluarga besar di perantauan ini. Alhamdulillah~

Ini baru satu gambaran typical di malam raya. Mesti orang lain pun lebih kurang juga. Mungkin masih ada yang keluar membeli belah di malam raya ini. Yang pastinya di sini jalan raya sudah lenggang. Orang-orang Arab semuanya sudah pulang ke kampung masing-masing. Yang tinggal hanya mereka yang akan beraya di kota kaherah ini.

"Anis, macam ni la kot suasana malam raya di KL. KLCC penuh dengan orang asing. Penuh dengan orang bangla dan Indonesia. Macam kita sekarang ni la~", ujarku kepada teman rapat di sebelah.

"Tu la, kita pulak yang macam yang jadi orang asing sekarang", balasnya.

Pembaca sekalian,
Saya ingin bawakan kepada anda semua. Apakah erti sebenar Hari Raya Korban ini? Yang lebih dikenali dengan hari . Adakah saban tahun kita merayakannya hanya sebagai ritual?? Tanpa membekas sedikit pun di dalam hati??

Semua maklum tentang besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim AS mengorbankan anaknya Nabi Ismail untuk disembelihkan. Dan dengan rahmat Allah, digantikannya dengan kibas.

Saya pasti semua sudah maklum akan kisah ini.

Tapi itu daripada lipatan sejarah, bagaimana pula dengan kita semua?? Apakah ertinya pengorbanan dalam diri kita?

Pengorbanan. Berkorban. Perit untuk didefinasikan. Perit di tekak untuk menggambarkan perbuatan ini.

Untuk menjadi doktor, harus mengorbankan masa-masa senang.
Untuk menjadi cemerlang, harus mengorbankan hampir separuh kehidupannya. Disiplin dalam mengatur khidupan. Silap-silap masa libur pun harus digadaikan.
Untuk menjadi ibu yang mantap di depan anak-anaknya, harus mengorbankan diri dan menstabilkan karier dan keluarga.
Untuk menjadi apa-apa sekali pun, hatta hanyalah pembantu rumah di dapur, ternyata tetap perlukan pengorbanan.

Dan, Surga itu adalah perkara yang paling mahal nilai dan harganya. Maka, untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai tinggi, haruslah pengorbanan yang Maha hebat. 

Mana mungkin dapat masuk ke syurga, jika jadual harian kita penuh dengan hiburan?
Mana mungkin dapat duduk di sisi Rasulullah kelak, jika harta sangat susah untuk didermakan?
Mana mungkin untuk dapat berjumpa para anbia, jika perkara kebaikan sangat allergik untuk kita rapati?
Mana mungkin kesenangan akan berhimpun pada satu masa.

Pepatah melayu pun menyokong perkara ini. "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"

Bersusah payah dahulu di dunia. Bersenang lenang kelak di akhirat. InsyaAllah~
Ataupun bersenang-senang di dunia, bersusah-susah di akhirat?? Nauzubillahminzalik.

Korbankanlah sebanyak mana masa untuk kebaikan. Untuk memberi manfaat kepada sejagat. Kurangkanlah masa rehatmu, lebihkanlah masa berjumpa Tuhanmu. (dengan beribadah, majlis-majlis ilmu, usrah dan sebagainya)

Hartamu jangan disimpan. Gunakanlah untuk kebaikan. Kelak kita juga yang akan mendapat manfaatnya.



Kata seseorang, " bergembiralah kerana terpilih untuk berada di gerabak tarbiah dan dakwah ini. Kita semua maklum yang jalan ini tidak ditaburi carpet merah dan bunga-bunga. Apatah lagi pujian manusia. Tetapi, memang sunnatullah jalan ini, perlukan pengorbanan. Tanpa nilai ini, dakwah ini akan hilang rohnya. Berkurangan nilainya. Apa yang membuatkan kita akan tetap berada di jalan ini, selagi mana kita bertahan dalam pengorbanan kita (pengorbanan masa, tenaga, masa, fikiran, harta dan mungkin nyawa)"

Ya Allah, tetapkanlah kakiku dan rakan-rakan seperjuanganku di atas jalan ini. Semoga kami semua akan bertemu di surgaMu kelak. Ameen~

Dan bagaimana dengan pengorbanan saudara-daudara kita di Palestine waktu ini? Adakah kita cakna dengan isu ini? Juga perihal boikot barangan Israel, kita sudah sertai 'gerabak' ini ?

Selamat hari raya semua, kullu sanah wa antum tayyibin~


p/s: Esok hari jumaat tau, sakan raya pun, jangan lupa baca al-Kahfi ye! :)


bait SQ,
12.38 am
10 Zulhijjah 1433H


Tuesday, October 23, 2012

Diari: With Pak Latib


" Penulis ni Allah dah kurniakan bakat menulis kepada kita, So, kita kene laksanakan tanggungjawab kita dgn baik.."

Terkesan sungguh saya pabila terdengar kata-kata ini. Tak pernah disangka yang menulis ni satu tanggungjawab. Saya fikir ini hanya minat dan mahu mencuba-cuba.


Monolog saya, 'Boleh jadi esok lusa Allah akan persoalkan balik anugerah ini. Kita buat untuk kebaikan atau tak? kan?'


Tapi selepas menghadiri bengkel penulisan, mata saya terbuka luas. Tak pernah saya terfikir untuk menulis secara serius. Apatah lagi untuk menghasilkan buku.

Niat saya menyertai bengkel untuk membetulkan gaya penulisan saya disamping berkongsi pengalaman dengan orang lama dalam arena penulisan ini, Ahmad Latib Talib yang hanya membahasakan dirinya Pak Latib.

***
Speechless! Kagum dengan semangat beliau. Pak Latib sebelum ini pernah menulis beberapa novel kanak-kanak, dan remaja. Malah pernah memenangi anugerah sayembara cerpen, tapi malangnya buku yang dicetak 3000 buah sampai sekarang tidak habis dijual.

Kemudian, bermula tahun 2005, Pak Latib mula berkecimpung dalam penulisan novel pahlawan islam. Alhamdulillah, tuah Pak Latib di sini rupanya, hikmah Allah yang tersembunyi. Sampai sekarang, hampir 32 buah buku yang terhasil. Dan baru-baru ni, buku Umar al-Khattab sudah diterjemahkan ke bahasa Inggeris. *Saya tak sabar nak tunggu buku Sheikh Hassan Al-Banna siap ditulis. Barangkali dalam bulan 12 InsyaAllah*

Dan sehingga sekarang, rezki Pak Latib melimpah ruah. Kata Pak Latib, "Doakan satu hari nanti Pak Latib dapat bina Yayasan Pak Latib. Untuk membantu orang yang menuntut ilmu dan lain-lain"

Kata Pak Latib, "Pak Latib rasa, daripada anak-anak kita kenal robot kucing (doraemon), Ultraman, baik la mereka kenal Salahuddin Al-ayubi, Khalid al-walid, Umar al-khattab"

Betul! Saya setuju sangat. Kalau kita tanyakan anak-anak generasi ini, berapa ramai pahlawan islam yang mereka kenal, boleh kira dengan jari beberapa nama yang disenaraikan. Tapi kalau tanya berapa ramai Hero dalam movie dan kartun? Berjela-jela Hero yang boleh mereka senaraikan. Silap-silap Hero dalam Geng Bas Sekolah pun masuk senarai..!

Boleh bayangkan jawapan untuk beberapa tahun akan datang? Sedih bila memikirkan kecilnya skop pemikiran anak-anak kita. Saya tak salahkan mereka seratus peratus. Ibubapa sangat memainkan peranan dalam hal ini, selain guru dan persekitaran.

***
Kongsi Pak Latib, "Daripada pemerhatian Pak Latib, saya nampak wali-wali Allah ni, mereka hidup di dunia ni, ada tanggungjawab masing-masing. Dan mereka takkan mati sebelum selesainya tanggungjawab ni. Macam Rasulullah, selepas dah turun semua ayat Al-quran, selepas semua wahyu dah turun baru beliau wafat. Walaupun sebelum tu banyak cubaan untuk membunuh beliau.

Macam tu juga Sheikh Badiuzzaman Syed Nusi, beliau pernah diracun 19 kali. Tapi Allah masih pelihara nyawanya, hingga lepas lahirnya Risalah Nur di Turki, barulah beliau wafat."

Saya terfikir, berapa lama lagikah saya akan hidup di muka bumi ini? Maknanya adakah saya akan pergi sebelum atau selepas saya laksanakan tanggungjawab saya? Atau pun tanggungjawab yang ada melebihi masa yang Allah pinjamkan?? T_____T Nauzubillah, harapnya sempat la saya seberkan sebanyak mungkin kebaikan sebelum Allah panggil semula bertemuNya. Ameen~

Pesan Pak Latib, " Setiap hari mesti menulis walaupun hanya 1 mukasurat. Cukup setahun nanti dapat la 350 mukasurat. Dah siap satu buku"

Err..Hurmm. Baiklah. Pesanan yang memberi semangat positif untuk menulis. Satu mukasurat InsyaAllah boleh diusahakan.

"Cari ilham. Cari idea. Bukannya menunggu ilham datang. Macam nelayan, setiap hari nelayan yang pergi mencari ikan, bukannya menunggu ikan datang ke pantai"

Pergh..Memang terbaik. Lagi-lagi selepas sudah belajar Teknik menjana idea, memang dah takde alasan la untuk tidak menulis.Huu..

Banyak lagi pengalaman yang dikongsikan. Pengalaman beliau melawat beberapa buah negara untuk mencari bahan-bahan penulisan. Menulis novel sejarah, nama, peristiwa, latar masa, latar tempat, dan faktanya harus benar. Tidak boleh direka-reka. Kelak Allah akan persoalkan, ibarat menipu la juga~

Sejujurnya, perkara yang paling saya terkesan melihat betapa humble nya Pak Latib. Walaupun sudah popular. Beliau sangat sporting dan merendah diri. Bagaimana beliau sentiasa membetulkan niat. Jika kita menulis kerana Allah, Allah akan bantu dan kemudian popular, duit dan lain-lain akan datang kepada kita. Bukan kita yang mengejar dunia~

 InsyaAllah, semoga Allah mudahkan semua urusan beliau. Dan Allah kurniakan kesihatan yang baik. Nak menulis ni kesihatan yang paling penting, selain duit, idea dan lain-lain.

ps: Ikut resmi padi, semakin tinggi semakin tunduk. Moga Allah bantu aku menyebarkan dakwah dengan penulisan. Ameen

p/ss: JAngan lupa puasa pada hari arafah nanti!

bait falah,
7.56 pm
6 Zulhijjah 1433H

Thursday, October 18, 2012

Zulhijjah Menjenguk Lagi




Bismillahirrahmanirahim,

Assalamualaikum wbt,

Sedar tak sedar, 10 zulhijjah menjengah lagi. Tersenyum saya. Teringat dialog dengan seorang sahabat,

 "Jom puasa nak esok??"

Saya terkebil-kebil. "Puasa apa hari rabu?? Puasa ganti ke?? "

"Taklah, tak tahu ke esok 1 zulhijjah?". Saya menggeleng.

***

Kita selalu diwar-warkan tentang kelebihan berpuasa dan beramal kebaikan pada bulan ramadhan, lebih-lebih lagi pada 10 akhir ramadhan. Dan apabila bulan Muharam bakal menjelang, di sana-sini terdapat tazkirah tentang fadilat berbuat kebajikan pada 10 awal Muharram. 

Tapi, sejak saya sampai di Mesir, pertama sekali mendengar akan kehebatan 10 awal Zulhijjah. Tak pernah saya sangka yang rupa-rupanya di sebalik Hari Raya Eid Adha yang terkandung dalam bulan Zulhijjah, rupa-rupanya Allah sediakan lagi ganjaran yang tidak ternilai.

Allah bersumpah dalam Surah Al-Fajr:

 وَالْفَجْرِ . وَلَيَالٍ عَشْرٍ . وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ

“Demi fajar. Dan malam yang sepuluh. Dan yang genap dan yang ganjil”. (Al-Fajr: 1-3)


Sesetengah tafsir mengatakan bahawa sepuluh malam tersebut adalah 10 akhir Ramadhan. Ada yang mengatakan 10 awal Muharam. Dan ada juga yang mengatakan 10 awal Zulhijjah.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Nabi SAW telah bersabda :
ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام (يعني العشر)، قالوا: “يا رسول الله، ولا الجهاد في سبيل الله؟” قال -صلى الله عليه وسلم-: “ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء”.
Yang bermaksud :
Tidak ada amalan soleh yang lebih disukai oleh Allah SWT lebih daripada (amalan) pada hari-hari ini (iaitu sepuluh hari bulan zulhijjah). 
Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, sekalipun dengan jihad di jalan Allah?”. Rasulullah SAW menjawab, ”Sekalipun dengan jihad. Kecuali jika seseorang keluar dengan dirinya dan hartanya dan tidak kembali lagi (mati syahid)”

Ada pendapat yang mengatakan bahawa 10 awal Zulhijjah lebih disukai Allah daripada 10 akhir ramadhan. Mungkin kerana bulan Zulhijjah merupakan antara bulan-bulan haram. Juga pada bulan Zulhijjah, tiada biah (environment) yang menggalakkan umat Islam untuk berpuasa dan beribadah. Lain sungguh dengan suasana di akhir ramadhan, di mana kebanyakan orang berlumba-lumba untuk mengejar Lailatul Qadr. 

Malah, untuk mengerjakan Solat tahajud sungguh mudah. Alang-alang nak bangun sahur tu, boleh ditunaikan 2 rakaat solat sunat.  Budaya bersedekah juga tidak asing sepanjang bulan ramadhan.

Tetapi, dapatkah kita temui suasana tersebut sekarang? Pada awal zulhijjah ini? Sejujurnya saya melihat semua orang kepenatan. Penat berulang-alik ke kuliah, mengejar kuliah yang baru bermula. Program-program semakin rancak. Kelas-kelas tambahan baru membuka tirai. Peperiksaan dan ujian sedang menanti, dan sebagainya. Penat dan ekxosted. Ini perasaan saya yang dapat saya simpulkan.

Nah, tiba-tiba ingin berpuasa 10 hari? Hehe..memang cabaran besar menanti. 
Tapi, rupa-rupanya Allah sangat mendengar bisikan hati saya. Didatangkan bersamanya hadis-hadis yang membakar semangat untuk terus berjuang.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
 Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)

Menurut satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda:
Pada 1 Zulhijjah, 
Pada Hari itu kesalahan Nabi Adam telah diampunkan oleh Allah Taala. Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu, diperkenankan oleh Allah akan doanya.
Pada 2 Zulhijjah, 
pada hari itu, doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah. Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu, seolah-olah dia berpuasa setahun dan tidak pernah membuat maksiat sedikit pun. 
Pada 3 Zulhijjah, 
Pada hari itu doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah.  Barangsiapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala dosa-dosanya.
Pada 4 Zulhijjah, 
pada Hari itu Nabi Isa dilahirkan. Barangsiapa berpuasa pada hari itu, terhindar ia daripada kefakiran dan kemelaratan. Dan pada hari kiamat kelak, ia akan tergolong bersama-sama dengan orang-orang terhormat.
Pada 5 Zulhijjah,  
Pada hari ini Nabi Musa AS dilahirkan. Barangsiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik dan seksa kubur.
Pada 6 Zulhijjah, 
Pada hari itu Allah membuka pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,  Barangsiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan pandangan rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
Pada 7 Zulhijjah, 
Pada hari itu, pintu neraka jahanam akan dikunci dan dibuka semula selepas 10 Zulhijjah.  Barangsiapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah 30 pintu kesulitan dan dibukankan Allah 30 pintu kesenangan.
Pada 8 Zulhijjah, 
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah darpada Allah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail. Seharian beliau berfikir adakah ini arahan daripada Allah atau bisikan syaitan. Hari ini dinamakan Hari Tarwiya (hari berfikir).  Barangsiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan memberikannya pahala yang tidak terhitung jumlahnya dan hanya Allah yang mengetahui nilainya.
Pada 9 Zulhijjah,
pada hari itu, Allah memberitakan bahawa perintah menyembelih itu sememangnya perintah daripadaNya dan bukanlah bisikan syaitan. (Justeru hari ini dinamakan Hari Arafah-Hari Tahu) .  Barangsiapa berpuasa pada hari itu, akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Dan pada 10 zulhijjah, 
hari ini dinamakan Hari Nahar (Hari penyembelihan). Barangsiapa yang berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher binatang itu akan diampunkan Allah dosa-dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barangsiapa yang bersedekah dengan memberi makan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal kebaikannya lebih berat daripada Bukit Uhud"
*Hadis ini adalah Hadis Hassan.
***
Apakah Amalan yang digalakkan??
Solat
 Thauban RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim].
Puasa 
Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah r berkata: “Rasulullah  berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]

Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.

Banyakkan berselawat, takbir, tahmid, dan tahlil

 Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”

Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:

الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.

الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.

الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.

الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر.

 لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.

الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد.


Bersedekah

(^.^)

Betapa sayangnya Allah kepada kira semua, Dia tak tinggalkan kita terkapai-kapai macam tu sahaja. Dalam kita kepenatan mengharungi kehidupan, Dia datangkan lagi bekalan untuk kita. Bekalan ibadah dan bekalan cintaNya.
Indahnya hidup menjadi orang muslim, buat apa-apa sahaja sudah mendapat pahala. 

pembaca sekalian, Kullu sanah wa antum bikhair~ (^.^)


musyirahanan,
bait SQ, kaherah
10.25pm. 1 zulhijjah 1433H

Saturday, October 13, 2012

Beginning of 5th year...


قريبا سنصلى في القدس
(Tidak lama lagi, kita akan solat di Al-Quds..InsyaAllah, Ameen)

Assalamualaikum wbt..


Selamat kembali ke sekolah!!! Sekolah perubatan. A long journey, but then just leave 2 years and half.

Pejam celik pejam celik. Tak sangka. Taat sungguh makhluk bernama MASA menunaikan tanggungjawabnya kepada Tuhan Cengkerawala.

Sudah 4 tahun aku merantau. Mencari erti kehidupan di rantau orang.

Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan... Dan aku sangat setuju~

Semalam sembang-sembang dengan adik bongsu, melalui Viber.

"Hakim ikut ke mami dan ayah melancong, masa cuti sekolah nanti??"

"Takkan Akim tak ikut kot, time tu kan besdey Akim. Mami buat untuk Akim, Akim tak ikut pulak.."

"Mana aci...hakim kecik-kecik lagi dah dapat hadiah best..Angah dah besar ni pun tak dapat hadiah best-best"

"Mesir tu hadiah angah la. Hari jadi angah sehari je, tapi angah duduk Mesir berapa lama??"

Aku terdiam. Dalam hati, tipulah kalau tak cemburu dengan Hakim yang kecik-kecik lagi Allah bagi rezeki melancong ke luar negara.

Dan selepas mendapat jawapan dari Hakim, buat aku terdiam. Dan terfikir mungkin kami saling mencemburui dalam diam. Mencemburui rezeki masing-masing.

juga terfikir kesahihan kata-katanya... "Mesir tu hadiah angah la. Hari jadi angah sehari je, tapi angah duduk Mesir berapa lama??"

MESIR.

Tipulah kalau aku tak menchentainya.

Teringat lagi sewaktu aku mendapat SMS diterima masuk ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Aku ingatkan ada orang yang nak Wakenabeb aku. Yelah, masa tu aku dah seronok belajar di KMJ, Tangkak. Dah dapat kawan baru. Dapat roomate yang kamceng. Tiba-tiba dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Mesir. Bila masa aku apply aku pun tak tahu. Rupa-rupanya ini semua komplot mami dan ayah. Mereka mahukan salah seorang anak-anak mereka belajar dan graduate dari Timur Tengah.

Aku terfikir, kenapa aku yang terpilih?? Kan ada lagi anak mami ayah lain yang pandai2??

Dan tanpa persiapan yang mengujakan. Cukup-cukup hidup. Aku akhirnya sudah menjejakkan kakiku di mesir, Bumi brakah ini. Mujurkah alongku belajar di Rusia, kiranya pernah la aku melihat beliau mengemas beg pakaian untuk ke sana. Beg penuh dengan rempah kari, kunyit, sup bunjut, stok tomyam, ikan sardin dalam tin, maggi dan sebagainya. Aku pun mengikut jejak langkah beliau.

Tup tup....dah nak masuk ke tahun 5 aku dalam dunia perubatan ni. Masa berlalu pantas. Banyak sangat pengalaman pahit manis yang tak dapat nak diabadikan dengan tulisan.

Biasanya aku suka menulis pengalaman aku suka duka di sini. Untuk tatapan anak cucu cicit kelak.  Untuk mengabadikan kenangan detik-detik kehidupan. Dan kebanyakan gaya penulisan aku berkaitan dengan peristiwa yang aku sendiri alami.

Bila tengok balik muka kawan-kawan seorang-seorang. Nampak sangat perubahan dari Tahun 1 dahulu. Semua pun dah makin matang dan bergaya. Dulu masing-masing kecik je rasa nak mengharungi hidup di bumi Mesir ni. Dengan nak bertembung dengan pak dan mak arab yang besar-besar. nak rebut-rebut naik bas atau tremco. Nak bercakap pun macam ayam itik. Bahasa arab yang cukup-cukup makan. Jadual kuliah yang sangat pack sampaikan nak solat zohor pun kena curi-curi masa in between lectures. Jadual makan tak payah cakap la. Biasanya kami makan dinner sahaja, qada` sekali lunch yang hanya sempat kulum gula-gula. Itu pun jika terjumpa dalam beg kuliah.

Dan kehidupan mencabar macam ni lah yang mendewasakan kami. Sampaikan sekarang, kami masih boleh tersenyum jika tersesat jalan.

"Alaa, ape susah. Tanya je Pak or Mak Arab di sekeliling. Mereka pasti sudi menolong.."

Dan aku hanya tersenyum mendengar keluhan adik-adik junior yang katanya jadual kuliah pack. Cuti hanya sehari. Tak reti berbahasa arab. Rumah sewa tak chantek. Selalu kene tipu dll....Sebab aku pernah merasai keperitan semuanya itu~

Dan aku tahu dengan cara ini sahaja dapat mematangkan mereka~

Selamat datang ke Tahun 5. (Walaupun dah seminggu kuliah bermula)

Subjek2 yang belajar, macam tengok dalam movie-movie medic..

Macam diri sendiri dalam cerita House tu. Now, I`m practicing to be a Safe Doctor. Means, doctor yang boleh buat decision yang tepat, pada waktu-waktu yang gawat. Doktor yang boleh merawat simptom2 penyakit, malah merawat puncanya sekali. doktor yang hidupnya untuk berbakti kepada ummat, tanpa jemu dan letih.

InsyaAllah. Doakan..it is a long journey..

Kata my Professor, "Kita ni merawat manusia. Ibarat merawat mak awak, kakak awak, nenek awak...dan bukannya merawat kayu.."

Ye, aku faham cabaran yang bakal menunggu, tak mungkin sesenang memasak megi. Tapi InsyaAllah aku sangat yakin yang Allah sentiasa di sisi..

Buat junior2, selamat datang ke Mesir. Ini bumi barakah. dan aku sangat terhutang budi dengan Mesir ini. Bukalah hati untuk menerima setiap cabaran yang mendatang.

Kata orang, duduk di Mesir ni, Allah memang sengaja nak bagi pahala lebih dekat kita. Pahala SABAR.


MESIR. 
مصر
 م - Musibah
ص - Sabar
ر - Redha

Yok, JOM kaut banyak-banyak permata di sebalik debu-debu Mesir ni.. (ayat klise senior-senior..hehe)


dan, sahaja aku belajar perubatan ini, untukMu Ya Allah...mudahkanlah setiap urusanku, dan semoga ijazahku ini akan menyumbang kepada kebangkitan Islam kelak. Ameen~


قريبا سنصلى في القدس
(Tidak lama lagi, kita akan solat di Al-Quds..InsyaAllah, Ameen)
(^.^)



p/s: I LOve u... Mr. Medic ;)


yg semakin dewasa,
musyirahanan
2.02 am
bait Saifuddin Qutuz, Kaherah, Mesir terchenta

Monday, October 8, 2012

6 October


Alhamdulillah....

6 October datang lagi...

Ape yg best sangat tarikh ni?? Jika ditanyakan kepada rakyat Mesir, mereka sangat berbangga dengan tarikh ini. Malah, dinamakan jambatan, kawasan perumahan, jalan raya, dan banggunan dengan tarikh ini.

Pada tarikh ini, berlaku Peperangan 6 October 1973 di antara Mesir-Israel. Dan, kemenangan ini mengambil masa 5-6 jam sahaja. Juga peperangan ini berlaku pada bulan ramadhan. Sewaktu panas terik, selepas zohor. Betapa haibat dan gagahnya tentera Mesir. Terbukti, mereka memang tentera yang terbaik.

and apa yg best sangat tarikh ni untuk saya?? Hehe, it is my Birthday.

Malam sebelum tidur tu, elok2 je lepas cabut gigi, dengan tengah kulum lagi kapas untuk elakkan pendarahan, datangla housemate and BFF buat suprise dengan kek ais krim. Thanks a lot semua. Terharu, dah tua-tua pun dapat potong kek lagi. *uhuk-uhuk*

Then, bangun pagi-pagi, terus call mami ayah... "Ayah, Mami, terima kasih sebab lahirkan dan susah-payah besarkan angah, sampai angah dah jadi angah yg sekarang ni..."

Ayah: Angah harini tak kuliah ke?
Saya: Eyh, kan harini memang cuti. Best la, tiap-tiap tahun, besdey angah mesti cuti.
Ayah: Untungla dapat cuti... ;)
Saya: Hehe. cakap Terima Kasih la dekat mami sebab pilih tarikh ni. Angah lahir lewat sikit je, melepas la...hehe
Mami: Hehe, untung la angah duduk di Mesir. Kalau dekat Malaysia, tarikh ni tak special mana pun... (mami menyampuk tiba-tiba)

dan gelak kami pecah beramai-ramai. Alhamdulillah, anyway, thanx to Allah yang memilih aku untuk dilahirkan ke bumi ini, untuk memegang tanggungjawab menyebarkan syiarNya. InsyaAllah..

Then, saya dan kawan-kawan bersiap2, pergi ramai-ramai mengeluarkan peluh dekat court. Pergh, puas hati dapat main bola sejam. Lepas dah elok-elok semua kurus, jalan kaki 10 minit dari situ, terus kami pekena 'Asir (Air Jus). Asir dekat Mesir memang terbaik dan harganya boleh tahan. Bayangkan kalau minta Asir Peach, macam minum air peach original yang baru lepas perah. Tanpa gula dan memang sangat sihat!! Terbaik la~ hehe

Petang tu sepatutnya ada kelas Arab, tapi ustaz kami kata nak pergi ke stadium Kaherah untuk berjumpa dengan Dr Muhammad Morsy, yang akan mengadakan perjumpaan dengan rakyatnya.

"Minta Maaf, kelas terpaksa dibatalkan. Dr Morsy nak bercakap dengan saya. Saya nak pergi mendengar ucapan Dr Morsy esok.." 

hamboiii, kemain jawapan Ust Syerif bila tanya ada kelas Arab tak esok hari.

Haish, takkan nak lepaskan peluang sekali sekala ni, kami pun siap-siap lepas zohor tu dan join sekaki~

Bila sampai je di Stadium Kaherah (Istat Kaherah), Subhanallah, ramai sangat manusia. Masing-masing datang bersama keluarga, dengan muka girang dan bersama bendera Mesir di tangan. Dengan bangganya bendera terkibar. Ada juga yang semangat sangat, sampai mewarnakan bendera Mesir di pipi masing-masing. Tak kalah jugak dengan yang memakai NameTag yang terpampang wajah Dr Morsy.

dgn Ust Syerif, Bakri dan Ustazah Isra'
Aku senyum dalam hati. Seriusly, kagum dengan semangat cintakan negara mereka. Betapa bangganya dan Izzahnya mereka dengan negara terchenta, dengan pemimpin mereka, Dr Morsy. Dan aku tercari2 jawapan dalam hati, kenapa aku tak rase macam ni dekat Malaysia?? hurmm...

Dan lepas menunggu beberapa jam, akhirnya Dr Morsy datang...lewat daripada masa yang dijangka. Tapi, kagumya aku rakyat Mesir ni tak marah-marah pun. Malah mereka masih mengibarkan bendera Mesir, dan ramai2 menyanyi lagu negara mereka sambil diiringi muzik yang dimainkan sementara menunggu ketibaan Dr Morsy. Yang paling best, semua orang dekat stadium ni, buat ombak tangan ramai2, meriah satu stadium dengan ombak dari kanan ke kiri. Dan bila waktu solat masuk, kedengaran Azan dari speaker. Dan ramai-ramai lelaki yang tengan berada di padang sama-sama untuk menunaikan solat. Subhanallah...!! *Errr, dekat Malaysiaku terchenta ade ke scene mcm ni??*

"Wallahi (Demi Allah), ini kali pertama Azan berkumandang di Stadium ini. Ini satu keajaiban selepas tumbangnya Husni Mubarak", kata Ustaz Syerif, yang juga teruja dengan scene ini.

Dr Morsy, datang dengan machonya menaiki kereta, diiringi bodyguard2 beliau. sambil melambai2 ke arah rakyant yang setia meyokong beliau. Tepukan gemuruh kedengaran dan laungan beramai2..." Bahibbak ya Morsy. Nahya Misr" (Kami sayangkan kau Morsy. Hidup mesir)

untungla bodyguard tu, dapat jumpa Morsy hari-hari..hehe
Hampir 7 minit kebingitan ini melanda stadium Kaherah. Semua orang teruja dan gembira. Dan apabila Dr Morsy duduk mengambil tempat di atas pentas, bagi memulakan ucapan, tepukan gemuruh masih lagi tidak surut. Bila Dr Morsy memberikan salam, bergegar stadium dengan sambutan salam tersebut.

"Assalamualaikum wbt. Kepada semua rakyat Mesir yg dihormati. Saudara lelakiku, dan saudara Perempuanku sekalian.......Rakyat Mesir, atau rakyat bukan mesir....."

Ucapan pembukaan yang mebuatkan semua orang merasa dekat dengan beliau. Mana ada pemimpin yang akan mengaku rakyat-rakyat beliau adalah saudara beliau?? *dengan ikhlas hati*

Dan ucapan diteruskan hampir sejam lebih.Kesimpulan daripada ini. Saya rumuskan apa yang terlintas di hati...:

1- Betapa bangganya rakyat Mesir dan excited nye mereka untuk berjumpa pemimpin negara yang mereka hormati. Tak perlu di sogokkan dengan apa-apa. Rasanya kalau di Malaysia, kalau takde jamuan makanan, takkan ade ramai yang nak hadir. Dan tak memasal tambah dalam bajet negara, makanan untuk rakyat.

2- Masa menanti ketibaan Dr Morsy, saya cuba membayangkan suasana ketika Rasulullah tiba di Madinah selepas berhijrah dari Mekah. Betapa excited dan tak sabarnya mereka. Betapa girangnya mereka untuk bertemu pemimpin yang dikasihi. Tanpa jemu, walaupun lewat daripada masa yang dijanjikan. Memang takkan sama la perasaan ini, dengan perasaan excited para sahabat untuk bertemu Rasulullah, tapi nak kata Pemimpin kalau dihormati dan menunjukkan akhlak yang mulia, memang akan disayangi rakyat. betul x?

3- Apakah perasaan apabila melihat semua orang bersatu??? Haaa!! itulah perasaan melihat kesatuan rakyat Mesir ini. Mereka melaungkan lagu beramai2. Sorakan beramai2. Satu hati. Satu nada. Excited. Ala-ala sorakan masa sukan sekolah dulu. Saya pun join sekali, sampai rasa nk jd orang mesir je. huu

"ouh, ada satu lagu tu, mereka nyanyi...


.....ارفع راسك فوق انت مصري
....ارفع راسك فوق مع مرسي

(Angkat kepalamu keatas..kamu orang Mesir..
Angkat kepalamu keatas.. dengan Morsy...)

dan ustaz Syerif terus pandang kami, "Tunduk. tunduk..orang Mesir je boleh angkat kepala..."

Sedih gila~~~!

4- Nampak satu banner tertulis SINAI 1973. GAZA SOON...! Subhanallah, saya sangat yakin dengan naiknya pemimpin seperti Dr Morsy, ummat islam akan dapat solat di Masjid Al-Aqsa tak lama lagi. InsyaAllah!! Allahumma Ameen.. Tapi, dengan syarat kita pun kene la bekerja bersama-sama beliau. Bukan hanya melihat dan menunggu. Macam mana agaknya bila Islam menjadi World Order suatu hari nanti?

Teringat kata-kata seorang ukhti,


sedar atau tidak, MEREKA, KITA dan AKU! berada dalam lipatan sejarah ini..

hari ini juga, AKU HANYA mampu bersorak gembira, share news di FB, tangkap 
gambar sebanyak yg boleh dan upload..itu tidak memadai..
x sekali2 mampu merasai kepuasan mereka, kesyukuran mereka!

Allah!
biarlah pada hari Islam mencatatkan sejarahnya pula utk KEMBALI memerintah dunia, 
AKU adalah salah seorg drpd mereka yg gembira, lantas SUJUD tanda syukur x terhingga,
 menangis, mengangkat tangan dan berdoa, melaungkan takbir dan tahmid kepadaNya..

BUKAN semata2 bersorak bertepuk dan terkinja2, 
TANPA SATU AMAL dan penat lelah pun yang Engkau kira!

T_________________T


Pembaca sekalian, macam mana nak meyumbang kepada kebangkitan Islam nanti?? Masing-masing tepuk dada, tanya Iman.

bagi saya, Dakwah adalah jalan terbaik. Perbaiki diri dan menyeru orang lain (^.^)


5- Dalam ucapan beliau, Dr Morsy selalu mengingatkan supaya Ikhlas dalam setiap perbuatan. Dengan ikhlas sahaja setiap amalan akan mengikut acuan Allah. Dan beliau berkata, bekerja dengan jujur, dan takkan ada lagi riba selepas 25 januari...

6- Antara simple dakwah yang saya nampak selama duduk menunggu, ada seorang pemuda, menulis sesuatu atas kertas dan pas dkt crowd yg ada dekat situ. Dan kertas kecik tu ter pas ke orang sebelah dan seterusnya. Bila sampai di depan saya, Subhanallah...tertulis..." Sollu ala Nabi... (selawat atas Nabi)"..

Simple bukan?? dengan hanya menulis beberapa seruan berzikir, selawat, istightar dan pas kepada orang sekeliling, dibaca oleh seberapa ramai manusia, anda boleh bayangkan berapa banyak pahala yg tengah masuk dalam akaun pemuda tersebut???  Wallayeh~ Jom try~


** Satu laungan yang paling saya suka.... "جيش وشعب يد واحدا" maksudnya, Tentera dan Orang awam, dalam satu tangan.

** Saya dapat rasakan saya akan merindui detik-detik seperti ini, bila saya balik ke Malaysia nanti. Dan saya sangat-sangat berharap rakyat Malaysia akan menjadi seperti ini juga. Akan bersatu hati, ameen!!


p/s: Thanx a lot kepada mereka-mereka yang wish besdey saya, dan yang mendoakan saya. Terharu. and also, hepi birthday to Aisyah Fitriah, Rasyidah siddek dan Annisa farihin :) Saya kalian kerana Allah~


bait saifuddin Qutuz (SQ),
1.52 am
22 zulkaedah 1433H