Friday, January 15, 2016

Bicara Al-Kahfi: Bed sore



Bicara Al-Kahfi: Bed sore




“ Beside Pulmonary embolism, one of another common complication of people who spend long periods in bed or wheelchair is decubitus ulcer. This condition is highly treatable and good recovery with proper management,” suara Professor Yahya masuk ke gegendang telingaku.

Hari ini kami di wad, mempelajari cara-cara menjaga pesakit selepas pembedahan. 

Lazimnya, selepas menjalani pembedahan, pesakit akan dipantau dengan baik bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, yang mana akan melambatkan proses penyembuhan.

Bed sore.

Luka/ulcer yang akan timbul pada kulit di mana ia mengalami tekanan yang berpanjangan. Tekanan ini menyebabkan aliran darah terganggu/ tersumbat, dan menyebabkan bakalan oksigen berkurangan. Hasilnya, ia menyebabkan sel/tissue mati. Satu perkara yang sering menimpa mereka yang terlantar lama di pembaringan. 

Luka ini sering terjadi di bawah punggung, kaki, tumit kaki, siku atau di tempat  memiliki tekanan yang kuat.

Sering terjadi kepada warga emas, atau mempunyai kecederaan yang menuntut mereka menggunakan wheel chair atau telantar lama selepas pembedahan yang memakan masa untuk sembuh.


 “To avoid bed sore, please ask your patient to wake up and move. If she/he cannot, at least roll her/his body to the left or right,” sambung Professor lagi.

Nasihat penting ini aku catatkan di buku notaku. 


“ Okay, till here, is there any question?” Professor Yahya melihat ke kiri dan kanan jika ada sesiapa yang ingin bertanya.

“ All right. If there are no question, then I’ll ask you all! “

Kelihatan semua pelajar tunduk dan sibuk mencatat. Sebenarnya, ini adalah taktik lapuk untuk mengelakkan disoal. Iaitu pura-pura buzy menulis dan menjadi 'pelajar cemerlang'.

“ Okay, you. A girl with the blue scarf” pinta Professor Yahya sambil memandang tepat ke arahku.

Ku angkat kepalaku perlahan-lahan, hampir semua mata menoleh ke arahku.

‘ Alamak. Taktik hari ni tak menjadi pulak’ monologku dalam diri.

“ Yes Prof” aku menjawab perlahan.

“ I want to ask something out of book. Is there any word in Al-Quran talking about this bed sore?”

Dengan senyuman yang bersisa di wajah Profesor Yahya, aku dapat rasakan dia menang sengaja bertanyakan soalan ini.

Pada masa yang sama, puas aku mengerahkan kepalaku memikirkan jawapan. Bilik yang luas terasa sempit kerana gugup. Sempat aku memberi isyarat mata kepada rakan di sebelahku untuk membantu aku.

Kelihatan dia pun terkial-kial membelek Al-quran di apps handphone untuk mencari jawapan.

“ I’m soo sorry Prof. I don’t know” akhirnya aku terpaksa mengalah.

“ Okay no problem my daughter. Is there anyone will help her?” Professor masih membuka ruang untuk kami menjawab.

Suasana di wad tetap sunyi.

“ Okay. So this question is the homework. I give you the clue, the ayat is inside the Surah that you always read it every Friday. Okay then, study hard! See you next week.”

Professor Yahya terus keluar selepas memberi salam. Sebagai seorang Pakar bedah, 1 saat masanya adalah sangat berharga. Dia perlu bergegas ke klinik untuk bertemu dengan pesakit-pesakitnya yang datang untuk follow up.


Kami semua pula terus mengambil beg masing-masing untuk berjalan kaki pulang ke rumah.


Sampai sahaja di rumah. Segera aku teringatkan homework soalan yang tidak berjawab tadi.

‘Surah yang selalu dibaca pada hari jumaat?’ bisik hatiku mengingati semula clue yang diberikan oleh Professor Yahya.

‘ Surah Al-Kahfi?’


Aku terus membelek Al-Quran.


A018

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. 


Alhamdulillah, bertemu juga jawapan di atas persoalan ini. Lega rasanya. Namun jauh di dalam hati, aku berasa hampa. Saban minggu aku membaca Surah Al-Kahfi, namun jarang aku meneliti apakah ayat yang terkandung di dalam surah itu.

Subhanallah, telitinya Allah terhadap ciptaan makhluknya.

Apabila Allah menidurkan pemuda-pemuda Kahfi ini selama 309 tahun, Allah tetap memelihara tubuh fizikal mereka. 

Sengaja Allah membolak-balikkan tubuh mereka ke kiri dan kanan bagi mengelakkan bed sore dan membantu melancarkan aliran darah.

Subhanallah.

Dalam diam aku kagum dengan kebesaran Allah. Semakin lama aku berada di dalam bidang perubatan ini, semakin banyak rahsia kehebatan Allah yang terungkap.

Selama ini aku memandang Allah hanya di dalam ibadah solat, puasa dan yang ‘sewaktu dengannya’ sahaja.

Namun sebenarnya, kehebatan Allah berada di mana-mana. Lebih-lebih lagi pada penciptaan manusia.


A004
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Dan dalam diam aku turut kagum kepada Professor Yahya. Walaupun beliau adalah seorang Pakar Bedah, namun tawadhu orangnya. Malah menghafal 30 juzuk Al-Quran. 

Alhamdulillah, aku bersyukur ditemukan dengan tenaga pengajar yang selalu mengaitkan sains, perubatan dengan Al-Quran.



Well, Al-Quran dan sains sememangnya perlu berjalan seiring, dan tidak dipisah-pisahkan.




Happy Kahfi Day,
MHZ

Bilik guru SMIAA,
12.55pm
15 Jan 2016