Wednesday, May 29, 2013

Hadith Thulasa'


Selesai tusyen jam 6 petang tadi. Aku langsung berehat di bilik seorang ukhti. Niat di hati nak pergi Hadith Thulasa', program yang diinspirasikan daripada As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ketika zaman hidupnya, salah satu kegiatan yang menarik perhatian ribuan orang untuk mendengar Hadist Thulasa' (Perbincangan Hari Selasa). Kali ini akan diadakan di masjid Rabaah.


Banner tentang Hadoth Thulasa'. Kredit utk cik Mai
Elok-elok sahaja tusyen aku habis sebelum maghrib, alang-alang memang sudah berada di Rabaah, boleh aku berjalan kaki sahaja ke Masjid Rabaah.

Selesai solat maghrib, aku dan kak tiqah bergegas ke sana.

Masjid Rabaah. Hurm. Banyak memori dan kenangan dengannya. Lebih-lebih lagi kenangan Ramadhan 2 tahun lepas berputar-putar di fikiran. Waktu itu rumah sewaku berhampiran dengan Masjid Rabaah. So senang sahaja untuk ke sana. Rindu menggamit. Tak sabarnya nak tunggu Ramadhan kali ni, pertama kali aku tak balik Malaysia untuk sebulan penuh Ramadhan di Mesir ini, InsyaAllah.

Sementara menunggu azan Isya, aku duduk di satu sudut dan membelek-belek majalah JOM 10. Entah kenapa minggu ni terasa nak khatam kan beberapa edisi JOM yang dok jadi koleksi je selama ni. Betul la kata seorang uhti tu, " Majalah JOM ni, yang istiqamah bacanya orang biasa. Akhawat-akhawat ni semua pakat dok beli je, baca nya entah bila. "

Haha. Serius aku terasa!

"AllahuAkbar AllahuAkbar..."

Azan kedengaran. Dan semua jemaah pun bersiap-siap untuk menunaikan Solat Isya' berjemaah.


Selepas bilal iqamah, Imam mula mengambil tempat. Sebelum Imam mengangkat takbir, imam memesan sesuatu. Tapi waktu tu aku tengah ralit merapatkan saf sampai tak sempat nak dengar baik-baik. Tapi satu ayat yang menyentap tangkai hati aku.

" Saf... Rapatkan saf..............Hadapkan diri kepada Allah dan tinggalkanlah perkara dunia ini di belakangmu"

Sapppp!!! Sentap habis.

Peringatan yang sungguh tepat pada waktunya. Walaupun setiap kali waktu solat kita menunaikan solat, tetapi sejauh mana kita benar-benar khusyuk dalam solat kita?

Perkara dunia tetap bermain-main di fikiran. Kan?


Aku mula mem 'focus' selepas sentapan tadi. Tidak mahu kalah kali ini.

Imam mula mengangkat takbiratul ihram. Dan makmum-makmum pun beramai-ramai mengikutinya. Aku mencari khusyuk. Solat dimulakan.


 A029

"Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghadapkan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu (untuk mendengarnya)!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran."

Aik. Macam familiar je ayat ni. Surah Al-Ahqaf. Bacaan Imam untuk rakaat pertama.


A030
Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (agama Islam).


A031
"Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Imam menyambung lagi. Lancar.


A032
"Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata".


Allah!! T_______T

Peringatan apakah ini? Hati rasa tersentap-sentap.


Ayat tadi bermain-main di fikiran. Ayat yang menceritakan tentang segerombolan Jin yang melaksanakan tanggungjawab Syahadatul Haq mereka. Mereka Jin tertarik dengan bacaan Al-quran yang dibacakan oleh Rasulullah SAW.

Pertama kali Jin mendengarkannya terus tanpa bertangguh mengajak kaumnya untuk sama-sama beriman dengan ajaran islam. 

Allah...T__________T


Refleks besar. Muhasabah diri. Sudah banyak mana alasan yang aku berikan untuk tak menyampaikan dakwah.

" Segan la aku, nanti orang kata aku dah jadi ustazah"

" Biar betul aku nak berdakwah? Dulu nakal rock bukan main sekarang nak cakap pasal islam? Haish, tak layak laaa "

" Diorang yang tudung labuh tu mesti dah baik punya. Tak payah la aku nak dakwah-dakwah lagi. Aku ni, seluar jeans pun melekat lagi dekat kaki ni"


dan entah apa-apa lagi alasan yang direka-reka. Semuanya untuk menutup rasa malas dan segan untuk berdakwah.


Rakaat kedua, imam menyambung bacaan nya, mengakhiri surah Al-Ahqaf dengan merdu sekali.

A033
Masihkah mereka ingkar dan tidak mahu memikir serta mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dengan tidak mengalami kesukaran dalam menciptakannya - berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati? Sudah tentu berkuasa! Sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


A034
Dan (ingatlah) hari orang-orang yang kafir didedahkan kepada neraka, (lalu dikatakan kepada mereka): "Bukankah (azab) neraka ini benar?" Mereka menjawab: "Ya, benar, demi Tuhan kami!" (Setelah itu) dikatakan lagi (kepada mereka): "Maka sekarang rasalah azab seksa dengan sebab kamu kufur ingkar di dunia dahulu. "


A035
Maka bersabarlah engkau (Muhammad) sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka.


Complete set!! Rasa bernanah hati dek tusukan ayat Al-quran yang berbisa itu. Benarlah, ayat Al-quran ini sedang berbicara dengan kita. Tapi kalau la setiap kali bukak Al-quran niat nak habis baca dan setakat nak penuhkan mutabaah amal, memang takkan dapat la apa-apa ibrah daripadanya.

Selesai solat isya'. Terdengar satu pengumuman. Tapi sebab masalah aku sendiri, aku tak faham apa yang dikatakannya. Tak pelah. Abaikan je.


15 minit selesai solat Isya. Aku melihat kiri kanan. Aik, mana semua jemaah ni? Bukan ada program ke dekat sini. Kak tiqah dengan rajinnya bertanyakan makcik arab di belakang kami.

Rupa-rupanya pengumuman tadi memberitahu bahawa Hadith Thulasa' malam ini dibatalkan.


Truely said, tarbiah dari Allah itu ada di mana-mana. Walaupun aku tak dapat dengar Hadith Thulasa' tu, tapi pakej tarbiah yang Allah dah bagi dekat aku sepanjang berada di masjid tadi cukup untuk memuhasabah semula hidup aku.

Alhamdulillah, thank you Allah untuk semua tarbiah ini. Jangan Engkau tinggalkan aku walaupun sesaat Ya Allah.


T________________T  


p/s: Bitaufik wannajah untuk semua yang sedang imtihan sekarang. Rabbuna ma3na. Tajdid niat selalu.

Take care people~

MHZ,
My Harmonica Zine

bait SQ,
10.33 pm
19 Rejab 1434H

Thursday, May 23, 2013

Tun M

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Apa khabar iman dan amal? Moga sentiasa melonjak-lonjak dan mencanak naik InsyaAllah :)

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki saya untuk dapat menghadiri satu majlis bersama Tun Mahathir. Mewakili IKRAMMESIR.

maaf, pencahayaan kurang 

Majlis Pelancaran Perdana Global Peace Foundation Club(PGPF)  Egypt and Gaza Chapter oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

Majlis dilaksanakan di Fairmont Heliopolis and Towers Hotel, semalam. Ramai tetamu Kenamaan yang hadir termasuk isteri beliau sendiri dan Duta Malaysia ke Mesir. 

Ramai juga kenalan baru yang saya jumpa. Kebanyakan yang hadir mewakili mana-mana persatuan di Mesir ini. So, banyak ragam manusia yang saya jumpa. Tak sangka. Saya rasa speechless. Sebab selama ni saya hidup di dalam zone dan territory saya sendiri. Hidup dalam environment yang saya corakkan sendiri. Rupa-rupanya di Mesir ni ramai lagi golongan manusia yang pelbagai. Rakyat Malaysia mencipta suasana Mesir seperti suasana di Malaysia.

Ringkasnya, yang boleh saya simpulkan adalah, banyak lagi tugas aku ni. Banyak lagi kerja dakwah yang nak kena buat ke atas 12 ribu rakyat Malaysia di Mesir ni...=.=

Ok, bukan ini yang saya nak bebel panjang, saya nak share sikit berkaitan ucapan Tun Mahathir sebelum merasmikan majlis.


“Somehow there is contradiction here, when one hand killed one person, is a crime. But when killing a million people is not a crime. There is something wrong with our thinking.”


Dunia akhir zaman ni, salah faham besar ini terjadi di mana-mana sahaja. Contohnya, apabila seseorang dibunuh, kecoh satu negara dengan kematiannya. Tetapi, tajuk peperangan di berita tak pula menjadi isu besar dan mengetuk pintu hati, sedangkan jumlah kematian berpuluh-puluh, malah mungkin ratusan atau ribuan. 

Ada masalah besar dengan pemikiran kita bilamana membunuh di dalam peperangan tidak dianggap sebagai satu jenayah. Sedangkan sebenarnya membunuh adalah satu kesalahan jenayah tidak kira dalam situasi apa sekalipun.

“War is a crime”

Peperangan adalah satu jenayah.

Kita melihat beberapa buah negara besar dan berkuasa mengisytiharkan peperangan ke atas negara-negara yang lemah. Mereka membunuh ramai orang tetapi masih boleh menjalani kehidupan seharian seperti biasa, tanpa rasa bersalah walaupun selepas menikmati beberapa siri pembunuhan. 

Hurmm.. biasa kedengaran kan?

Negara besar itu? Saya rasa hampir semua orang maklum siapakah mereka itu. Tetapi sekejam-kejam mereka masih lagi menjadi pujaan remaja sekarang, hai saya masih tak faham konsep ini.

Amerika sewenang-wenangnya melancarkan peperangan ke atas Syria
Tapi pada waktu yang sama artis-artis mereka masih menjadi pujaan.

Begitu juga dengan Korea. Peperangan antara Korea selatan-Utara bila-bila masa sahaja akan meletus. Tetapi trend K-Pop masih lagi meletop di mana-mana ceruk Malaysia sekarang.



Kita mesti menghukum mereka dan membetulkan pemikiran masyarakat mengenai isu ini. 

Kita mesti bersungguh-sungguh membuktikan bahawa peperangan merupakan satu jenayah.

Peperangan akan menyebabkan kemusnahan, kehilangan nyawa, pembaziran harta dan perlu dibayar dengan nilai yang tinggi.

“The human race is not much civilized as they still kill each other. So we must educate the people that war is a crime. War is not being good for them in America as the soldiers that involved in the war may suffer from the radiation and other bad effect and no one will survive. 

I hope that student particularly will support this club because as we know wars are fought 
by young people while old people sit safely at home and direct the young people to war and be killed.”

Launching this club to make war a crime. 

Tegas Tun Mahatir di akhir ucapan beliau.

****

Personal view saya.

Saya melihat setiap orang memiliki 2 peribadi. Dari satu sisi, dia seorang yang sangat baik, pemurah, sentiasa tersenyum, baik hati dan sewaktu dengannya.

Tapi dari satu sisi lain, beliau merupakan thinker dan planner yang licik. Apabila kuasa, dengki dan marah menguasai hati, semua benda boleh diredah sahaja untuk mencapai matlamat.

Saya mengenali Tun Mahathir sewaktu beliau masih memegang tampuk pemerintahan di Malaysia. Ketika itu, berselang seli berita mengenai beliau yang sampai di telinga saya. Baik yang baik-baik mahupun yang sebaliknya.

Kecoh isu Anwar Ibrahim dipenjara dan isu ISA, yang berkait dengan Tun. Kebetulan ada pakcik merangkap kawan ayah saya yang ditangkap tanpa bicara di bawah akta ISA. Lama juga beliau meringkuk di penjara Kamunting tu, dan ayah saya pernah melawat beliau di sana 2-3 kali.

Masih terpatri memori itu di minda saya.

Pada waktu yang sama, saya tak nafikan yang Tun antara orang yang bertanggungjawab mengetengahkan isu Palestine di PBB dan OIC. dan semua orang pun maklum akan jasa beliau memodenkan Malaysia, menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara hebat yang lain.

Sehinggakan semua orang tahu KLCC tu letaknya di Malaysia.

Erm, bukannya saya nak menghukum Tun itu dan ini, tetapi pengajaran yang saya ambil di sini, setiap orang di sisi kita mungkin akan mengingati setiap apa yang kita lakukan kepada beliau. Sama ada baik atau buruk. Kita tend untuk recall semula keburukan orang lain daripada mengingati kebaikan orang lain. Ini lumrah manusia.

Bukan tidak boleh mengingati keburukan orang, tetapi sebaiknya ingatkah kebaikan dirinya. Dan ambil pengajaran daripada keburukan nya supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Kita juga harus selalu muhasabah dan meminta maaf daripada orang di sekeliling kita, kerana dosa-dosa kita dengan Allah boleh diampunkan oleh Allah dengan taubat dan istighfar. Tetapi dosa-dosa kita sesama manusia hanya akan diampunkan oleh orang itu sahaja.

Kan banyak kisah anak derhaka yang tak dapat mati dengan baik, kerana ibu beliau tidak mengampunkan dosa anaknya. Ingat kisah si Tenggang?

So, saya disini..errr, nak meminta maaf, tulus dari hati jika ada sebarang kekasaran bahasa, terbaik suara, ter mengumpat anda, ter marah-marah anda semua.. readers dan kawan-kawan, saya minta maaf sangat-sangat.

Minta maaf juga atas mana-mana hak-hak yang tak tertunai. I'm sorry for everything.

ok, take care people~ May Allah bless, here and hereafter :)


# PGPF merupakan langkah resolusi pertama menghala ke arah keamanan sejagat, menuju 
matlamat tunggal dalam usaha meletakkan titik noktah terhadap peperangan. Ia ditubuhkan oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,bapa pemodenan Malaysia.

Agenda ini turut disokong oleh barisan profesional dunia yang terkenal, cendekiawan, 
penulis, dan negarawan . Bersama-sama, mereka telah menandatangani Kuala Lumpur 
Initiative to Criminalise War.


P/s: say no to war! ouh I miss Gaza. a lot~ :(

counting for Ramadhan~ 47 days to go! * exciting*



MHZ,  
My Harmonica Zine

Bait SQ,
10.50 am
13 Rejab 1434H

Friday, May 17, 2013

Syadid




" Eyh, Body Shop dekat tingkat berapa ye dekat City Star tu?
" Tak sure, tapi tak silap aku tingkat 1, dekat-dekat dengan ATM. Kenapa? Ada promotion ke sekarang?"
" Aah, haritu nampak dia tulis buy 1, free 1. Aku berkenan dekat Lip Balm yang perasa kelapa tu"

" Erm, kejap, best ke barang-barang Body Shop?"
" Aah, best. Sebab semua barang- barang dia Natural made"

" Ouh, tapi tak silap aku, Body Shop boikot"
" Erm, aku bukan taknak boikot, tapi kulit aku ni sensitif. Barangan Body Shop je yang sesuai"

******

" Erm, Carrefour tu dekat-dekat rumah kau kan?"
" Aah, dekat Tiba Mall, tingkat satu"

"Ouh okay."
" Tapi.... tak silap aku Carrefour boikot"

" Ouh yeke. Tapi aku nak pergi dekat kedai lain. Landmark dia Carrefour tu"
"..........."

=.=

****

         Situasi-situasi seperti di atas banyak kali berulang dalam diri saya. Saya hanyalah orang biasa-biasa sahaja. Dahulu sensitiviti terhadap barangan boikot ni, seciput cuma. Setakat boikot Mc Donald dan Coca-cola (tu pun sebab air gas tu tak sedap sangat).

Perasaan sensitif untuk memboikot barangan Israel ni mula timbul bila saya membaca satu blog akhawat. 

"Kita sebenarnya sedang menikam saudara kita dari belakang."

Saya tertarik dengan statement itu.

Kita yang mengaku diri kita Daie. Hampir setiap detik waktu kita dihabiskan untuk memikirkan masalah ummah. Setiap hari, jadual kita pack dengan kuliah di Universiti. Pulang sahaja di rumah, terus mengambil buku catatan dan menuju ke usrah/ bulatan gembira. Weekend setiap minggu diisi dengan program-program tarbawi atau daurah yang membasahkan. Program yang membina hati-hati dan jiwa-jiwa murabbi.

Even apabila kita pulang bercuti di Malaysia, kerja-kerja dakwah tetap mengekori. Dalam kita berehat-rehat bersama keluarga, bicara kita membuka minda keluarga akan tanggungjawab kita diciptakan di muka bumi ini. Dalam acara santai bersama-sama kawan baik, juga diselitkan beberapa isu-isu mengenai hal ehwal semasa dan Palestine.

Bahan bacaan kita menjurus kepada buku-buku yang memuhasabah diri dan menambah kefahaman kepentingan berdakwah.

Tapi rupa-rupanya dalam kita sibuk menginfa' kan masa kita untuk dakwah dan ummah, kita sebenarnya menikam saudara kita dengan masih sewenang-wenangnya membeli keropok Chipsy ketika meeting dan usrah. Kita masih lagi meneguk Nescafe ketika stay up study. Kita masih lagi mencari Nestum dan Milo untuk bersarapan pagi. Kita masih lagi ketagih membeli barangan berjenama DIESEL, Lacoste, Nike, dan Body Shop ketika keluar shopping bersama BFF. Kita masih mencari-cari coklat Cadbury, Kraft, Toblerone apabila ingin dihadiahkan kepada ukhti dan anak mutarabbi terchenta. Kita masih membasuh baju dengan sabun pencuci baju jenama P&G. Kita masih membelai kulit muka kita dengan set pencuci muka- pelembab muka Unilever dan P& G.

Kita masih lagi berat untuk meninggalkan jenama-jenama yang sudah sebati itu dalam diri kita.

" Alaa, shampoo Head and Shoulder ni je yang sesuai dengan jenis rambut aku. Pakai jenama lain takut kelemumur nanti. "

" Sabun basuh baju lain tak wangi la. Ariel ni jugak yang Power. "


Hello anda, ya anda lah yang menggelar diri anda Daie, tapi masih berkelakuan seperti di atas,

 Tahu tak secara tak langsung anda menjadi duri dalam daging  kepada saudara-saudara kita di Palestine sana?

Dalam 24 jam kita disibukkan dengan pahala beramal tetapi sebenarnya anda jugalah yang menginfa'kan sen -sen kepada Israel untuk membeli senjata membedil saudara kita di sana.

T________T

********

" Eyh, syadidnya minah ni... Agak-agak la. Bajet betul! "

" Alaa, setakat secawan dua Milo, tak kemana boikot ni"

" Habis kalau semua benda pun nak boikot, sampaikan air mineral pun susah nak beli, kita mati kering la nanti.."


Saya rasa confirm kata-kata tersebut akan di smash kan kepada saya.


Ehem.

Minta maaf jika anda rasa saya terlalu syadid dan poyo. 

Maaf, jika saya pernah membidas percakapan ukhti-ukhti saya apabila mereka memuja-muja jenama2 tersebut.

Maaf jika saya pernah melirik tajam apabila melihat barang-barang boikot ini ditayangkan di hadapan mata saya.

" Eyh, tau tak.....ni boikot?"

Maaf jika ayat ini terlalu kasar bunyinya, yang pernah terkeluar dari mulut saya.

Maaf, maaf dan maaf.

Secara tak langsung saya menjadi syadid kerana saya pernah melihat sendiri kesengsaraan mereka, anak-anak Palestine yang tidak berdosa.

Masih terbayang-bayang lagi muka ceria dalam duka mereka.

Masih terbayang lagi wajah kanak-kanak 5 tahun yang kematian ayahnya.

Mereka tidak punya pilihan.

Bayangkan, suatu hari seseorang mengetuk pintu rumah anda.

Tok..tok..tok..

" Ye siapa tu? ". Anda membuka pintu dengan muka seposen.

" Saya tentera Israel. keluar sekarang, saya nak duduk di rumah awak. Baik awak keluar secara hormat sebelum saya menghalau awak!!", gertak tetamu tidak diundang itu. Di tangan mereka ada pistol.

Apa pilihan kita sekarang? Nyawa ibarat di hujung tanduk.

Mahu melawan? dan anda tahu kesudahan anda. 

Mahu menjerit meminta pertolongan? Rasanya jiran di sebelah rumah anda pun mengalami nasib yang serupa.

Apa lagi pilihan yang anda ada selain mengambil barang-barang peribadi yang penting dan keluar secara hormat dari rumah terchenta itu?

Itu pun jika anda sempat merembat barang- barang berharga. 

Kemudian, bila anda sudah melangkah setapak dua, terdengar suara tentera Israel itu berdehem. Anda memaling memandang mereka.

" Jangan lupa, bayar cukai keselamatan sekali.!" tegas mereka.

** Mesti rasa menyampah sangat dekat tentera Israel ni kan? Dah la halau macam tu, kemudian minta pula duit cukai keselamatan. amboi, mereka fikir mereka siapa?

**** 

Inilah yang dirasai oleh mereka, saudara kita di Palestine sana. Sudahlah rumah mereka, tanah mereka dirampas tanpa belas kasihan. Mereka semua dihalau beramai-ramai daripada tanah air terchenta.

Merata-rata mereka merempat meminta ihsan di kem pelarian.

Dan sekarang mereka tanpa pilihan terpaksa membeli bermacam-macam barangan daripada Israel.

Even sayur-sayuran, buah-buahan, beras, roti dan pelbagai barangan asasi terpaksa berurus niaga dengan Israel.

Kejam sungguh Israel, sudah lah merampas tanah orang, tanpa segan silu mereka meminta orang bergantung kepada mereka.

Dalam sedar tak sedar, sebenarnya sudah 65 tahun peristiwa ini berlaku.

HARI NAKBAH. 15 MAY 1948.




Yusra Yousef, a 77-year-old Palestinian refugee, holds a key she says belongs to a house her family were forced to leave after the establishment of Israel in 1948, as she poses for a photograph ahead of Nakba Day in Qalandiya Refugee Camp near the West Bank city of Ramallah May 13, 2013.

Palestinians will mark "Nakbah" (Catastrophe) on May 15 to commemorate The ethnic cleansing of Arabs in Palestine. 

Lens/Ammar Awad



Apa itu hari Nakbah??

Peristiwa Nakba yang menimpa Palestin 65 tahun yang lalu harus menjadi pengajaran yang penting bagi umat Islam sedunia.Tarikh keramat ini merupakan detik hitam bagi seluruh penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan penduduk dunia Islam secara keseluruhannya.

Tanggal 15 Mei 1948 adalah tarikh bagi penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin secara rasmi yang didokongi sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. Tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik (Etnic Cleaning), iaitu tige per empat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediamannya.

Athur Belfour

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha Negara Hal Ehwal Luar Negara, Athur Belfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah airnya di Palestin. Pengistiharaan itu telah digelar sebagai Ominus Declaration (Pengistiharaan Celaka).

Pelbagai cara untuk mendapatkan semula hak-hak rakyat Palestin setelah di"YAHUDI"kan negara mereka oleh rejim zionis.Antaranya ialah melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan dan sebagainya tetapi usaha-usaha itu telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba menabur label pengganas itu diserata dunia dengan menggunakan segala media agar dapat mengaburi mata masyarakat.

Begitulah sifat keji Yahudi laknutullah. Maka benarlah apa yang direkodkan Al-Quran akan sifat mereka.

Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini, sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah. Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan, Lebanon dan Syria.

Sudah 60 tahun, ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan. Mereka berada di tengah–tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati.Orang–orang tua mereka diusir keluar dari tanahair, lelaki mereka dikelar dan ditembak mati, wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya. Kanak–kanak mereka diletupkan, rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan.

Zionis Yahudi mencabul Masjidil Aqsa, meletupkan pejuang–pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata. Pemimpin dan ulama’ besar Palestin seperti Syeikh Izzudin Al Qassam, Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi dan lain–lain telah menemui syahid dihujung senjata Zionis Yahudi Laknatullah.

Para mujahid dan pemuda–pemuda Islam yang mahu hidup mereka merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya, dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap. Mereka diperlakukan laksana binatang, bahkan binatang lebih berhati perut berbanding yahudi laknatullah.

Mari kita renungkan angka yang menyedihkan ini. Di saat ini sepertiga kanak-kanak Palestin dinafikan hak pendidikan, kurang dari 14% kanak-kanak Palestin yang dapat menghabiskan persekolahan di sekolah, kurang dari 9% tamat persekolahan diperingkat menengah. Kini 73% rakyat Palestin sedang menganggur.

Manakala jumlah rakyat Palestin yang hanya makan sekali sehari ialah 46%. Seorang doktor terpaksa merawat 1,700 pesakit.

3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembok sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi. Lebih 11,000 rakyat Palestin dipenjarakan di Israel. Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun.

Puluhan lokasi pemeriksaan yang didirikan oleh tentera Israel telah meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. Ini termasuk wanita Palestin yang melahirkan anak di stesen pemeriksaan Israel kerana disoalsiat sehingga mereka yang sarat hamil melahirkan anak ditempat pemeriksaan tersebut. Ada juga laporan pesakit dalam ambulan akhirnyanya mati dalam ambulan kerana disekat oleh tentera Israel atas nama pemeriksaan rapi.

Keadaan hidup rakyat Palestin sangat menyedihkan. Ada yang terpaksa hidup dalam kem pelarian yang tiada bekalan air bersih, tiada ubatan, tiada makanan dan sanitasi yang sempurna.

Mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan dan terus menderita. Sudah puluhan tahun mereka tidak diberi hak untuk pulang ke tanah air Palestin. Sehingga kini 8,250 buah rumah rakyat Palestin dihancurkan dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Sebanyak 18,031 rumah hancur semasekali di Tebing Barat dan Gaza.

Demikian kezaliman dan kekejaman Israel. Tepat seperti yang digamnbarkan dalam Firman Allah S. W.T:

“Nescaya kamu akan dapati , manusia yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan orang – orang yang menyengutukan Allah (Musyrikin)” . Al Maaidah : Ayat 82

Pada Julai 2005 , Kesatuan Pekerja Palestin termasuk 170 pertubuhan Palestin yang lain, parti-parti politk dan organisasi-organisasi masyarakat telah menganjurkan boikot global, mengeluarkan semua pelaburan dan sekatan ekonomi ke atas Israel seperti yang pernah dilakukan ke atas Afrika Selatan.

Seruan ini mendapat sokongan masyarakat terutama di Eropah, AS dan Kanada sendiri. Pengguna telah memboikot barangan Israel dan ahli akdemik memboikot universiti-universiti Israel.

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik rakyat Palestin sahaja, Baitulmaqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjid Aqsa bukan milik mereka sahaja tetapi milik kaum Muslimin dari Timur sampai ke Barat. Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat.Oleh itu, hak perjuangan untuk membebaskannya dari tangan-tangan kufur adalah perjuangan kita bersama.

Day Of The Catastrophe | 15MAY1948


No more Waiting. Act Now!


** Copy pasta dari FB IKRAMMESIR


# Kita doakan semoga Allah menghancurkan Israel laknatullah. 

Soon, InsyaAllah janji dan pertolongan Alah itu pasti. Allah will do His part.

Now, the question is have we done our part?

Terus mendoakan mereka, teruskan menderma dan terus memboikot barangan Israel.

# Syadid: Tegas, keras.



p/s: Lama dah tak menulis, rasa kekok dan rasanya macam kualiti penulisan sudah kurang bermutu. =.= . Sorry.

p/sss: Selamat hari Murabbi kepada semua yg pernah mendidik saya. Cikgu-cikgu di sekolah, mami ayah di rumah, naqibah-naqibah di mesir dan semua orang yg pernah hadir di sisi hidup saya, indirectly saya banyak belajar dari korang semua.

Tq murabbi Agung, Allah atas semua tarbiah yang Kau hadirkan dalam hidupku.



MHZ,
My Harmonica Zine,
bait SQ,
1.41 am
7 Rejab 1434H

Sunday, May 5, 2013

PRU 13





Allahumma ameeeen ! 

ke arah PRU 13 yang rabbaniyyah .

- usah mengumpul dosa ketika PRU , kempen dan musim PRU akan habis tetapi dosa ? 
cukuplah kita mengundi dan berkempen kerana kebenaran , menentang kezaliman dan kebaikan sosial /masyarakat yang dibawa olehnya. 
tidak perlu merugikan diri sendiri dengan perkataan2 atau kempen2 yang buruk yang
 menjatuhkan imej kita as muslim.

 *aman tanpa perang*

towards better Malaysia !
Senjata anda untuk saat-saat yang makin genting ini.
Mohon kpd Allah, agar ditunjukkan kebenaran. 
Semoga mereka yang benar memimpin negara ini. 

#IS4BETTERMENT




Ajak semua rakan-rakan, keluarga terdekat kita berdoa dan berzikir sebanyak mungkin. 
antara doa yang dicadangkan:

1. doa Nabi Yunus a.s. 

لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين


2. doa Nabi Ibrahim a.s.

حسبناالله ونعم الوكيل لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Seboleh2nya setiap orang membaca zikir/doa di atas 
tidak kurang daripada 100 kali sehari. semakin banyak tentulah semakin baik.



p/s: Allah tak tanya hasilnya, tapi Allah tengok apa USAHA kita ke arah itu. 
Ke arah pemerintahan yang ADIL.

ini kalilah UBAH!