Tuesday, November 29, 2011

Allah Ma3na


"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka;  
perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin.
 Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya. 
Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."
[Riwayat Imam Ahmad]
Cool bukan??? Haibatnye bile mana kita menjadi org mukmin itu..
ouh sila highlight ye, org MUKMIN (beriman) bukannya org MUSLIM...




 Dan telah diceritakan bahawa Saidina Umar Al Khattab, Amirul Mukminin telah berkata ,
"Aku akan selalu mengucapkan hamdalah sebanyak empat kali setiap musibah yang menimpa diriku : 

Pertama, kerana Allah tidak menurunkan musibah yang lebih besar dari musibah tersebut. Padahal kalau Dia mahu, Allah pasti bisa melakukannya.

Kedua, kerana Allah tidak menimpakan musibah pada agamaku. Kerana bagiku tidak ada yang lebih berharga dari agama. 

Ketiga, kerana Allah telah memberi kesabaran kepadaku, sementara kesabaran balasannya adalah surga!

Keempat, kerana Allah pasti menolongku memperoleh kembali apa yang telah hilang. Sebab setiap mukmin pasti akan mendapat gantinya berupa rahmat dan hidayah Allah! 

dan katanya lagi, 

"Demi Allah, selama mana aku masih menjadi seorang Muslim, aku tidak pernah peduli dengan keadaanku"

Luar biasa sangat-sangat kan???



* dari buku yang ditulis oleh Solikhin Abu Izzuddin 'The Way To Win'


bait amru,
9.24 am
4 muharram 1433H


Friday, November 25, 2011

Tahun Baru



Bila mana nak mula je awal tahun, semua org pun akan ada azam baru, barang2 baru, dan perancangan2 awal tahun. Katanya utk amek semangat dan mood baru. Senyum!
Hurmm...sedar tak sedar. esok dah masuk satu lagi tahun baru dlm kalender islam. Selamat tahun baru semua! Selamat Awal muharram.
Semoga amalan2 kita pada tahun lps, Allah kira sebagai asbab utk mendekatkan diri kita kepada-Nya dan semoga tahun baru ni akan lagi gembira, bahagia dan diberkati Allah. InsyaAllah :)
Ohye, suka utk saya share beberapa kelebihan Awal Muharram..
Sabda Nabi s.a.w.; “Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). 
dan sesiapa yang berpuasa pada Hari Asyura pula....diharapkan Allah Taala memberi pengampunan dosa untuk setahun yang lepas.
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
وصيام يوم عاشوراء أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله
Maksudnya: “Puasa pada hari Asyura aku mengharapkan kepada Allah supaya mengampunkan untuk setahun sebelumnya”. 
(Direkod oleh Imam Muslim no: 1162).


Dan sejarah pensyariatan puasa hari Asyura dijelaskan dalam satu hadis Ibn Abbas r.a. katanya:
قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة فرأى اليهود تصوم يوم عاشوراء فقال: (ما هذا). قالوا هذا يوم صالح هذا يوم نجى الله نبي إسرائيل من عدوهم فصامه موسى. قال: (فأنا أحق بموسى منكم). فصامه وأمر بصيامه
Maksudnya: 
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam datang ke Madinah, lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
Baginda bersabda, “Apakah hari ini?”.
Jawab mereka, “Ini adalah hari yang elok. Ini adalah hari Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka. Lalu Musa berpuasa pada hari itu”.
Baginda bersabda, “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu”. Lalu baginda berpuasa dan memerintahkan supaya berpuasa.
(Direkod oleh Bukhari no: 1900, dan Muslim no: 1130).

So, antara cadangan2 yang bole kita praktikkan ialah:

1. baca doa akhir tahun dan awal tahun ptg 29 zulhijjah ni.
2. Hidupkan malam2 10 awal muharram ni dgn qiam, zikir, tilawah al-quran. 
Kalau kejutkan housemates/ family pun lagi best!!
3. banyakkan sedekah dan menjamu org2 yg berpuasa.
4. Berpuasa sunat di siang hari
daannnnn.....Puasa pada Hari Asyura...

So, enjoy bonus yang Allah dah bagi kat kita awal2 tahun ni. 
Jom sama2 berlari ke syurga!! :)

p/s: saya personally, minx maaf kpd sesiapa y penah terasa hati dgn saya ye.!  
semoga Mesir kembali aman dan 
semoga tahun baru ni banyak sinar baru utk Islam. Allahuakbar!!!
thanx 4 da support readers! (^.^)

bait amru,
2.21pm
29 Zulhijjah 1432H

Saturday, November 19, 2011

SAYANG




S.A.Y.A.N.G....

Sayang tu rasanya di Hati..
dan hadirnya nampak pada pekerti...

Sayang mak ayah, 
Jadi anak baik, taat perintah dan belajar sungguh2...
tak nak kecewakan mak ayah bila dpt result corot..

Sayang kawan,
teman ketika suka dan duka..
gaduh, marah, benci semuanya terhapus kerana hadirnya rasa ini...
Bila dia gembira, kita suka dan bila die berduka, kita resah bersama...

tapi, sayang kan Rasul macam mana??
Sayangkan Allah pula???

hari-hari cakap "aku sayang Allah"
atau pun, 'aku sayang dia kerana Allah"

Tapi..sayang tu hanya di mulut je???

Sayang seribu kali sayang...

Sayangkan Allah dipamerkan dgn amalan..

Sayangkan Allah ke namanya kalau masih buat ape yg dilarang??
Sayangkan Allah ke kalau masih tak mahu tinggal apa yg x disukainya...

bermakna ke erti "sayang" tu dengan hanya ibadah ketika solat?? 
sedangkan masa-masa lain kita sia-siakan sahaja???

Sayang, seribu kali sayang.....

Saturday, November 12, 2011

Hati manusia


Bismillahirrahmanirrahim....

Salam ukhwah. rasenye sejak balek ke mesir ni..kerap kali harapan untuk meng'update' blog tu dtg, malangnya hanya tinggal angan2 je...
maaf ye atas kekhilafan~

kali ni, cume nk share sedikit perkongsian...yg menyentap jiwa saya~ 

Kata Imam Ghazali:
Hati ibarat cermin,hati yang baik ialah seperti cermin yang elok yang dapat mengetahui sifat-sifatnya dan Hati yang kotor ialah seperti cermin yang buruk.

bila mana HATI di muhasabahi....mane satu ye jenis2 hati kita???


Adakah hati kita Qalbu sahih (hati yg sempurna)???


Bila mana seseorg itu...
■Selalu ingat kepada Allah dan tak pernah jemu beribadat kepada Allah.

Yahya b musa berkata "qalbu sahih adalah siapa yang senang berkhidmat kepada Allah"

■Menjaga waktunya
■Memberi perhatian kepada kualiti amalannya
■Menyesal bila lupa kpd Allah
■Cintai kalamullah


Bersihnya Hati ni, Jeles!

ataupun Qalbu mayit (hati yg mati)???


"Dan  barangsiapa  berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari  kiamat  dalam keadaan buta".

"Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"

"Allah berfirman: "Demikianlah, telah datang  kepadamu ayat-ayat  Kami, maka  kamu melupakannya, dan begitu  pada hari ini kamupun dilupakan". (Surah Taaha :124-126)



Ibrahim Adnan ditanya, kenapa doa tak dimakbulkan sedangkan Allah dah janji dalam quran bahawa setiap doa akan dikabulkan?? 


Katanya ada 10 benda:

1)kamu kenal Allah tapi tak tunaikan haknya.
2)kamu baca quran tapi tak faham isinya.
3)kamu mengaku cinta Rasulullah,tapi tak ikut sunnahnya.
4)Benci syaitan tapi ikutnya.
5)Nak masuk syurga tapi tak buat syaratnya.
6)Nak jauh neraka tapi menjerumus ke dalamnya.
7)Tahu mati akan berlaku,tapi tak buat persiapan.
8)Tahu buruk orang lain tapi tak tengok keburukan diri sendiri.
9)Setiap kamu kuburkan orang tapi tak pernah ambil ikhtibar
10)Dapat nikmat Allah tapi tak pernah bersyukur.


SENTAP!! Astaghfirullah...

dan ni satu lagi jenis hati...iaitu Qalbu marid (hati yg sakit).


:(
Ciri-ciri:
■susah nak kenal Allah
■mudah penuhi hawa nafsu
■tidak sedih kalau tak tahu kebenaran islam.
■selalu melakukan perkara yang tidak bermanfaat.

Kadang- kadang kita rasa Hati kita dah cukup hidup, tapi bila dibacakan ayat-ayat Allah, tak pula bergetar hati??? Bila isu umat islam diseksa diperkatakan, hati kita sedih. Ye, memang sedih, tapi seketika cuma. Selepas itu, kita boleh je gelak-gelak mcm biasa... Hidup sangat ke hati tu???

Ade ke ubat-ubat untuk masalah hati ni???


mungkin kita bole banyakkan...
●Zikrullah
●Baca quran
●Istiqhfar dan taubat
●Qiyammulail
●Berkawan dengan kawan yang baik dan ikut tabiatnya :)


Syed qutub:
orang yang buat maksiat macam budak-budak yang main lumpur,
mereka tak tahu pun yg lumpur itu kotor.

astaghfirullahal `azim....nauzubillahminzalik.
jom muhasabah diri! sebelum dipanggil kembali~

p/s: Maaf, entry kali ni ringkas. dlm kesempitan waktu tika ini. May Allah bless u readers :)


bait asrar,
11.57 pm