Friday, January 25, 2013

PELIK




Assalamualaikum wbt,

Semoga sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah hendaknya, ameen :)

Masih tak expired lagi kan untuk saya ucapkan salam Maulidur Rasul. Moga Maulidur Rasul bukanlah sekadar sambutan setiap tahun, tetapi penghayatannya yang lebih kita mahukan, dan sunnahnya yang mahu kita amalkan.

(Soalan cepumas, apakah sunnah terbesar Rasulullah??) angkat tangan siapa yang boleh jawab.

Dan,  tepuk dada, dah buat ke sunnah terbesar tu??? * err....*


Alhamdulillah atas nikmat dan kurniaNya, masih lagi dapat bernafas dan melihat orang-orang tersayang sihat di depan mata. Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam ini, yang tak terkata mahal nilainya. Alhamdulillah ya Allah!

Saya pelik dengan dunia realiti sekarang ni. Memang saya tidak hairan bila artis-artis menjadi pujaan, fesyen pakaian mereka menjadi idola dan lain2 lagi.

Di rumah tadi, saya dihidangkan dengan satu movie Melayu latest yang masih hangat diperkatakan. Juga dilakonkan oleh barisan pelakon yang popular.

Saya tak nafikan, saya sudah lama tidak berkesempatan untuk menonton, apatah lagi jadual seharian sebagai budak medic sangat hactic, sampaikan bila ada masa lapang, daripada menonton atau online, lebih baik saya tidur atau berehat sahaja. Ini tidak termasuk bila ada tusyen, program-program, meeting, bulatan gembira dan sebagainya.

Melihat nama pelakon wanita itu,  saya dah agak ni mesti cerita cintan ala-ala jiwang, " Aish, tak hendaklah tengok..'

Tapi tajuk IS****** tu memang sangat catchy, kena pulak saya memang berhajat sangat untuk ke bumi itu, Melihat sendiri Aya Sofea, menggali sejarah-sejarah Islam di sebalik debu- debu kemodenan di situ. Dan hajat di hati cuti musim sejuk tahun ini ingin ke sana, tetapi perancangan Allah jugalah yang terbaik.

So, saya go on je la tengok movie tu, dengan hati berdetik, mesti la banyak view Is****** yang cantik-cantik dan ancient yang akan ditayangkan..

*By the way, saya selalu dipesan untuk melihat sesuatu benda dari kaca mata tarbiah.*

Plus salah satu watak utama dalam movie ini merupakan pelajar perubatan di sana. Saya fikir, menarik juga if ada shoot pasal medic or ala-ala hospital scene.

Tapi, nampaknya saya terlalu berimaginasi tinggi, tidak dinafikan memang ada beberapa shoot menarik sekitar bandar itu tetapi adegan romantik lebih mendominasi di awal-awal cerita. Hospital scene?? hehe, mungkin better saya tengok cerita House. Memang angan-angan saya terlalu tinggi. Pelajar perubatan itu hanyalah latar dan tiada satu pun scene berkaitan medic, hospital dan sebagainya.

Well, movie ni nak diringkaskan berkisar tentang cinta remaja, yang si teman wanita tu jauh-jauh datang ke Is****** sebab nak jumpa dengan boyfriend dia, but then macam2 cabaran yang berlaku, juga salah faham yang merungkai, sebenarnya si teman lelaki ada girlfriend lain di sana.

Klise cerita melayu. Then si teman lelaki minta diberi peluang untuk menjelaskan apa yang berlaku.
 *Ok, part ni yang saya nak elaborate panjang.*

Saya sungguh PELIK dengan jawapan si teman lelaki..

" I rasa sunyi. Sorang-sorang dekat sini. jauh dari family, jauh dari you. Kalau dekat Malaysia I boleh jumpa you hari-hari.....bla bla, So....bla bla"

Point nya, saya sangat simpati dengan si teman lelaki. Di sebabkan beliau sunyi dan rasa kosong, so beliau mencari perempuan lain untuk isi kekosongan tu.

 Hai, simple nya hidup ni. Wanita ni alat mengisi kekosongan hati ke?? 

Saya rasa ini sungguh tipikal dalam era dunia masa kini. Manusia,  fitrahnya memang memerlukan sesuatu untuk mengisi hatinya. Dan juga fitrahnya manusia akan terus mencari 'sesuatu' itu, sampaikan dia berjumpa dengan sesuatu yang menyebabkan hidupnya rasa selamat, best dan disayangi. Malangnya ramai antara kita tidak berjumpa jalan yang sebenar. Atau tersesat dalam bilik yang tiada pintunya. Manusia akan terus meraba-raba mencari sesuatu untuk menyalakan kegelapan hatinya.

Sayang seribu kali sayang, seringkali kita rasakan hiburan itu jalan penyelesaiannya. Kalau kita tengok di negara barat, mereka kerap berparti dan bergembira, untuk apa? Untuk melepaskan beban masalah yang menimpa. Untuk mencari jodoh dan teman pengisi hati (klise dlm movie2), untuk lepaskan stress disebabkan amsalah dalam pelajaran dan kerjaya dan sebagainya.

Tapi anak-anak muda kita di Malaysia?? Rata-rata untuk umur baya-baya saya, khususnya perempuan, sibuk menunggu prince charming nya tiba dengan membawa kasut kaca. Oh, indahnya ada putera raja yang datang dengan kereta kuda kan?? Huuu.. inilah tipikal pemikiran anak-anak muda kita.

Ya benar, saya tak nafikan masih ramai juga yang sangat struggle belajar di Universiti, kolej, matrik dan IPTA untuk mendapat ijazah dalam pelajaran mereka. They are very struggle for it. Assaignment memanjang. Presentation bagai. Mock exam dan ujian untuk carry marks hampir setiap minggu. Saya maklum dengan ini, Bila chit-chat dengan rakan-rakan di Malaysia, masing-masing mengadu akan hal yang sama.

Saya selalu terfikir, mungkinkah Allah masih tidak menunjukkan jalan yang terbaik untuk mereka semua? Masih adakah peluang untuk hidayah menyapa hati-hati naif mereka ini? dan saya sentiasa kirimkan doa semoga Allah pilih semua kita untuk mendapat hidayahnya, dan berterusan mendapat Hidayah. Kerana hidayah itu milik-Nya.


""Sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki., dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."  [al-Qasas, 28:56]



Pernah dengar analogi gelas kosong??

Ada satu gelas yang berisi sisa air sirap. Jika saya mahu minum susu, saya tak boleh terus tuangkan susu ke dalam gelas itu, nanti akan jadi air bandung pula. So, mesti la saya kena bersihkan dulu gelas tu, kemudian barulah tuangkan susu ke dalamnya.

Dan, jika gelas yang dah dibersihkan tadi tidak diisi dengan apa-apa, adakah ia kosong?? Tak, sebenarnya ia tidak kosong, kerana ia telah diisi dengan molekul-molekul udara di dalamya.

Nah, gelas itu ibarat HATI kita. Jika hati kita tidak dipenuhkan dengan sesuatu yang baik, akan ada benda lain yang akan mengisinya. Jika hati kita tidak dipenuhkan dengan cinta Allah, maka hati yang satu itu akan dipenuhkan dengan perkara-perkara dunia, cinta manusia, hiburan, harta, pelajaran dan sebagainya.

Kerana nature hati itu akan tetap diisi. Sama ada yang berada di dalamnya kebaikan atau sebaliknya.

Maka, itulah kisahnya...



Jika hati kita tak betul-betul mencintai Allah, tak betul-betul mengenal sifat-sifat Allah, tak benar-benar mengerti betapa sebenarnya SAYANGNYA ALLAH KEPADA KITA MENGATASI SAYANG MANUSIA KEPADA KITA, then kita akan cenderung untuk mencari Cinta dan kasih sayang manusia. Tak kira perempuan-lelaki-sejenis- atau sebaliknya. Nauzubillahmin zalik.

So, tepuk dada dan tanyakan Iman, benarkah aku betul-betul mencintai Allah?  Ya, mulut memang boleh menuturkan " ya Allah, sungguh aku sangat syaang kepadaMu", Tetapi check semula hati kita, adakah hati dan mulut itu selari? Mulut boleh bercakap, malah boleh membohong, tetapi rasa di hati, hanya empunya diri yang tahu.

Setiap hati ada kunci masing-masing, saya YAKIN 100%, kunci yang terbaik hanyalah kembali kepada Allah. 

Hati kita adalah ROH kita. Jika mati hati itu, sebenarnya , kita telah mati di sisiNya. Hanya jasad kita yang meneruskan kehidupan robot kita setiap hari. 

Hadis 6 darpada Hadis 40

Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:


" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.

Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)



Maka, marilah kita kembali kepada Fitrah kita. kembali kepada kecintaan sebenar. Cintakan Allah dan RasulNya. Maulidur Rasul setiap tahun silih berganti. Adakah ada apa-apa kesannya kepada diri kita? Bayangkan kita sedang dihadapkan di depan Allah di hari kiamat, jika Allah bertanya, "Apa yang kau dah buat untuk menegakkan agamaKu??" . Kita dah ada jawapan untuk itu??

Serta malu sangat, kelak di hari kiamat yang tiada bantuan selain syafaat Rasul Muhammad SAW, Syafaat Al-quran dan rahmat Allah. Ketika kita ingin minta syafaat daripada Ar-Rasul, tapi bila beliau tanya "Apa yang dah kau buat untuk menunjukkan kecintaanmu kepadaku??"

Kita nak muka kita biru, pucat dan tergamam? Nauzubillahminzalik.

 Cintakan Allah dan Rasul ini bukan hanya ucapan di bibir mulut, tetapi terpamer dalam amalan seharian kita. Ya Allah, masukkanlah kami di dalam golongan umatMu yang sentiasa mencintaiMu dan rasulmu serta matikanlah kami hanya kerana itu. Ameen Ya Rab"



Serulah hati, bukalah pintu hati untuk kembali. Cari kunci yang sebenar itu. Saya tahu, ramai antara kita yang cintakan Rasul, cintakan Allah dan sayangkan Islam. Tapi bila gali-gali semula hati, masih ada lagi nama insan-insan istimewa di dalam hati. Jika yang halal itu tak apa, tetapi sayangnya jika nama itu bukan yang halal lagi untuk kita,atau teman tapi mesra dan sebagainya.  Nauzubillah min zalik.

Saya tak nafikan kita semua sangat mencintai ibubapa, keluarga, raka-rakan, guru-guru dan orang di sekeliling kita, tapi pastikan cinta itu semua tidak melebihi cinta kepada Allah dan rasulNya. Susah kan?? Ya, saya akui sangat mujahadah untuk itu, tapi memang mujahadah itu Pahit, sebab Syurga nanti sangat Manis!! :)

Nak dapat syurga yang sangat agung itu, harganya bukan murahan. Maka, pengorbanan untuk itu haruslah bukan calang-calang!!!! 

Majlis ilmu, bulatan gembira, usrah, liqa', kelas-kelas pengajian Islam dll ada sahaja di sekitar kita, sama ada kita mahu atau tidak. Jangan letakkan diri kita sebagai tipikal manusia biasa. Kita ada harga diri, maruah dan tujuan hidup yang perlu dijaga.

saja nak Quote satu statement dari MukaBuku APG,


Anda pernah menangis sebab ditinggalkan gelpren/boipren? Anda sepatutnya tertawa gembira, kerana baharu sahaja diselamatkan daripada salah satu jurang neraka.


Sangat cool dan bergaya kan??

Banyaknya Nikmat dan Hikmah Allah yang kita tak duga. Subhanallah.

Ok, bebel panjang ni. Selamat malam semua. Esok hari jumaat, jangan lupa membaca surah Al-kahfi ya!!

May Allah bless us, here and hereafter!! (^.^)



p/s: kawan-kawan di sana, selamat bermukhayam. Jeles sangat dengan antunna semua! :( salam Rindu~


Sri saujana, gombak,
2.42 am
13 rabiulawal 1434H

Monday, January 14, 2013

Big Smile (^.^)



Teringat suatu masa dahulu. Waktu itu aku baru di tahun satu perubatan. Baru sahaja beberapa bulan fly ke Mesir ini. Untuk pengetahuan, sebelum itu aku sudah memasuki Kolej matrikulasi Johor selama 3 bulan. Sudah seronok mendapat sahabat-sahabat baru, kasih sayang baru nak berputik. Tapi ditakdirkan Allah, terbang ke Mesir itu yang terbaik untukku.

Berat tanggungjawab dan amanah yang digalasi. Ayah dan Mami nak tengok aku jadi seorang doktor kelak.

Tapi aku selalu berfikir-fikir, kenapa mesti di Mesir? Perubatan di Indonesia kan tidak kurang hebatnya? Malah dekat dan murah lagi kos untuk ke sana.

Waktu itu hati masih tidak begitu senang dengan Mesir. Tapi sebagai anak, aku tidak mahu ibubapaku sedih. Maka aku turutkan sahaja permintaan mereka. Sebab aku tahu itu yang terbaik untukku.

Tapi lumrah remaja, hati mesti ada yang tak senang dan nak memberontak kan??


Satu hari aku berchit-chat dengan seorang rakan matrikku, beliau baru sahaja ditawarkan kos perubatan di slah satu IPTA.

"Untunglah kau mushe, boleh belajar arab sambil-sambil belajar medic," ujar beliau.

Aku terdiam.

"Sebenarnya sebab bahasa arab la aku malas nak ke Mesir", bisik hati kecilku.

"Nanti, satu hari nanti bila ada budak Palestine yang sakit depan mata kau, at least kau boleh la sembang-sembang dengan dia sambil-sambil merawat. Tapi aku boleh buat apa je? Aku boleh senyum je. Sebab aku tak reti bahasa Arab," sambung beliau.

Sentap! dan monolog hatiku berhenti. Hilang semua alasan-alasan yang memberatkanku.


Dan aku tahu Allah itu Maha Mendengar. Sungguh tak sangka, 5 tahun selepas dialog itu, ditakdirkan aku dapat menjejakkan kaki ke bumi cinta Gaza, dan dapat bersembang, bergurau senda dan saling berbalas senyum dengan kanak-kanak di sana. Subhanallah!!

Big Smile. :)

Semoga Allah merahmati beliau, dan memudahkan pengajian beliau.


Semoga Allah menjejakkan semula aku ke bumi cinta Gaza.

Semoga anak-anak kecil di Gaza sana, terus dididik dengan semangat jihad yang tinggi. Ameen.

** Mereka, kanak-kanak yang sangat comel, cantik, berbudi pekerti dan berakhlak mulia. Sudah rindukan mereka. Rindu GAza :(

# Bahasa Arab kena mantap lagi. Bahasa Arab bahasa Syurga. Bahasa Arab bahasa Al-quran. Nak masuk syurga kan?? so, kene la fasih berbahasa Arab :)

# tak lama lagi Maulidur Rasul (^.^)

Take care people~


bait SQ,
12.51 am

Wednesday, January 9, 2013

From Cairo to Gaza, with Love 1.0



PreDept to Gaza

6.15 pagi, DI

Jilsah permulaan untuk memulakan sesuatu yang besar dalam hidup kami. Ya, semua orang mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke sana. Tanah suci Palestin. Tanah kelahiran Imam Syafie, juga tanah yang bakal menanti tibanya Imam Mahdi satu hari nanti.

Jilsah yang mengingatkan untuk mengembalikan niat kami kepada Allah. Allah sahaja. Full stop!
Kerana nature hati ini sering berbolak balik. Dan nature al-hawa' suka kan pujian dan sanjungan.

"Wah, best la! Allah choose you to grab this chance"

" Jeolous nye dengan kau.. Dapat pergi Gaza.."

Dan semua ini betul-betul menguji sang hati, atas niat apa kau pergi ini?

Betulkah untuk mencari redha Ilahi, tanpa apa-apa niat duniawi yang mencemari? Atau sekadar ingin mengambil peluang ini dan membuktikan kepada dunia bahawa kau sudah menjejakkan kaki ke Palestin?

Nauzubillahminzalik.. Syaitan ini handal sungguh permainannya.. T____T

Wahai sang hati, Sentiasa rendahkan hatimu dan kembalikan niatmu pada Penciptamu.



9.10 am, Dalam kereta bertolak ke sempadan Rafah

Bismillah, dari Airport kami bergabung dengan team dari Malaysia. Selesai sesi fotografi, kami masing2 mangambil tempat dalam kenderaan masing-masing untuk bergerak ke sempadan.

Dari dulu aku mengimpikan untuk berpeluang melihat sendiri wajah-wajah manis,manusia yang Allah pilih untuk menjadi wakil umat Islam demi mempertahankan bumi suci ini.

Tak sabar mahu melihat muka-muka tabah mereka, yang masih tersenyum di sebalik duka lara kehidupan.

Mengapa mahu ditangisi pemergian anak-anak, ayah, suami atau atuk tercinta? Kerana mereka syahid dan tidak mati di mata Allah.

Sesungguhnya aku mahu mengambil seluruh kekuatan mereka, untuk disedut dan dihirup untuk kehidupan yang bakal mendatang.

Juga mahu mencari booster untuk mengukuhkan langkah-langkahku untuk menjadi seorang doktor muslim kelak.

Bismillahirrahmanirrahim..jom, kita mulakan perjalanan. :)


11 am, berhenti rehat di R n R Ismailiah.

Akhirnya walaupun hanya seketika, aku sampai juga di tanah kelahiran hassan al-banna ini. Alhamdulillah Allah kerana mengabulkan impian yg terselit jauh di sudut hatiku.

Sementara menunggu rakan-rakan kami ke tandas, solat sunat dhuha dan mengambil wudhu, kami duduk2 sambil makan sandwich. Ala-ala taaruf ringkas. Subhanallah, indahnya berjaulah bersama akhawat. Semua di sekeliling akan dikaitkan dengan Allah yang Esa. Ya Allah, semoga kau berkati dan panjangkan perkenalan kami ke syurga Mu.

11.45 am

Perjalanan disambung ke Al-Arisyh dan Rafah. Kami dijadualkan akan bergabung dengan 35 buah trak yang membawa bantuan.

2.30 pm

Kami tiba di sempadan Rafah. Di sana telah menanti 35 buah trak yang membawa bantuan makanan, pakaian, simen, beg sekolah, stationary, selimut dll .Kesemua bantuan ini bernilai Rm 2.56 juta, hasil sumbangan prihatin rakyat Malaysia kepada Palestine.

Di sini terpaksa 'lepak' lama sikit untuk proses perlepasan masuk ke Palestine (melalui sempadan Rafah). Permohonan kemasukan sedang diuruskan. Sambil-sambil itu kami makan lunch dan solat jama' zohor-asar.


Sedang mebuat liputan



5 pm, diluar pagar sempadan Rafah

Akhirnya setelah puas menanti, Alhamdulillah permohonan kami akan diproses dan kami dibenarkan menunggu di dalam. Syahdunya, tika ini juga azan maghrib berkumandang..

Tapi, barang2 kena bawa sendiri melepasi pintu masuk sempadan, maka kami tolong- menolong untuk memunggah beg2 dan barangan kami dari kenderaan. Nampaknya kereta dari mesir tidak boleh melintas masuk ke dalam Palestine.

Bermakna nanti akan tiba kereta lain dari Palestine yang mengambil kami di sempadan.

* oopss, sama juga ceritanya dengan 35 trak tu. Boleh bayangkan barang2 dari 35 trak tu akan dipunggah semula ke trak yang lain?? Wallahua'lam, nampak macam susah dan leceh kan?? Tapi takpe, asalkan barang-barang boleh dibawa masuk, Alhamdulillah Allah! :)

Pintu masuk ke sempadan Rafah. 
penuggahkan barang2 dalam kereta untuk memasuki sempadan

Big SMILE before kami masuk ke pintu masuk sempadan Rafah.
*Tengah bosan2 menuggu*


6.15 pm, menunggu di ruangan menunggu

Menunggu untuk visa di cop, hampir 20 minit. 20 minit yang kami penuhi dengan bacaan maathurat, bacaan al-kahfi dan taaruf sesama kami.

Alhamdulillah, akhirnya visa kami diluluskan. Semua kami melepasi sempadan Rafah, dan akhirnya kami berjalan ke kaki masuk ke Palestine.

tak nampak sgt. Tapi pintu ni tulis WELCOME TO PALESTINE

6.45 pm

Alhamdulillah, semua urusan benar-benar selesai dan kami dpt masuk ke Palestine. Syahdunya melihat Palestine. Disambut dengan wajah-wajah gembira. Tidak putus2 ucapan selamat datang dari mulut mereka. Umpama berjumpa dengan saudara yang jauh, yang pulang beraya.


Allah, manisnya jika ukhwah bertunjangkan Allah..Yang jauh terasa dekat, yang dekat makin dekat di hati.
ini kereta Ja'bari yang di bom oleh Israel. Pencetus Perang 8 hari yang  lepas. Kereta ini dipamerkan di hadapan pintu masuk imegresen Palestine Bayangkan pengecutnya Israel, nak bomkan seorang pun terpaksa menggunakan bom roket 1000kg tan. 


kereta dan bom. View dari depan.

Delegasi kami disambut oleh Mantan Menteri Hubungan Luar Palestine. 

bersambung......


7.50 am
Mathaf Hotel, Gaza, Palestine