Monday, October 31, 2011

Hadiah Allah untuk 10 awal Zulhijjah

Bismillahirrahmanirrahim...


Kalau dulu, kita sentiasa rindukan suasana ramadhan, dan Alhamdulillah..Allah dah pilih kita untuk melalui madrasah ramadhan...dengan segala bagai kelebihan dan kehebatan ramadhan...dan setelah berakhirnya madrasah itu, Allah kurniakan pulak kita Syawal yang penuh rahmah. Dimana ziarah menziarahi masih lagi tak lapuk dek zaman.. Tapi, adakah kita telah grade dgn cemerlang drpd madrasah tarbiah ramadhan itu?? Nah, tanyalah diri sendiri!


Masa berlalu, dan kehidupan kita terus berjalan.. Daripada yg selama ni menganggur sementara cuti daripada kuliah, sekarang dah kembali menjadi budak skema yg belajar je..Mereka2 yg bekerja..terus bekerja...(penat tak penat mmg kene tolak tepi la, lagi2 bila time raya semua pun dah pokai dek sambutan yg gilang gemilang)..dan orang2 yg paling happy adalah kanak-kanak, budak sekolah dan cikgu-cikgu...
Ape lagi?? Mesti la sebab cuti sekolah akhir tahun bakal menjelang tak lama lagi...masing2 pun dah merangka plan-plan tindakan untuk cuti nanti...


Tapi, dalam kita sedar tak sedar, sekarang ni bulan ape ye??? Okai, tak payah la nak jawab bulan oktober..sebab yang itu, semua orang pun maklum...


Tapi semua orang maklum ke yang kita sekarang ni dah masuk bulan Zulhijjah??? Haa...ke semua orang hanya perasan seminggu lagi kita akan cuti sebab Eid Adha?? Haila...mmg tradisi orang2 malaysia ni, kalau bab-bab cuti ni, mmg cepat je nak masukkan dlm planner kn?? Aiyyo~


Erm, ape la yang hebat sangat Zulhijjah ni kan smpai semua orang nak notice???


Haaa, yang ni la saya nak habaq mai ni...



ketahuilah bahawa Allah telah bersumpah dengan hari-hari 10 pertama Zulhijjah. 


Firman Allah:                                                                                                                                                                                                            

                             وَالْفَجْرِ . وَلَيَالٍ عَشْرٍ . وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ     

“Demi fajar. Dan malam yang sepuluh. Dan yang genap dan yang ganjil”. (Al-Fajr: 1-3)

Dan menurut setengah ahli tafsir: “fajr” ialah fajr Eidul Adha, iaitu hari haji akbar (terbesar)..
”Dan malam yang sepuluh” ialah dari awal Zulhijjah dan berakhir pada hari Nahar (Eidul Adha).
“Dan yang genap dan yang ganjil” ialah hari-hari Tasyrik.


Betapa, Allah dah bersumpah dalam kitab sucinya..!

dan Allah telah menjadikan bulan-bulan dan melebihkan 4 bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Allah telah memilih dari bulan-bulan yang haram ini hari-hari yang dilebihkan, di antaranya adalah 10 pertama dalam bulan Zulhijjah.

Kalau la masa bulan ramadhan dulu, sana sini terpampang hadis, ayat al-quran atau apa2 kata-kata yang menggambarkan kelebihan beramal soleh dlm bulan ramadhan, pahala dilipat ganda dan tersedia satu malam yang jika beribadah, ibarat beribadah 1000 bulan... Tapi, sebenarnya..pada awal 10 Zulhijjah ni, juga ada keistimewaannya tersendiri..Malah, Allah dan sediakan offer yg macam-macam. Cuma, kita je yang x tahu dan info ni x tersebar luas dalam masyarakat kita....(soo, sila la sebar kan ye~)



Ape sangat kelebihan 10 awal Zulhijjah ni???

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Nabi SAW telah bersabda :
ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام (يعني العشر)، قالوا: “يا رسول الله، ولا الجهاد في سبيل الله؟” قال -صلى الله عليه وسلم-: “ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء”.
Yang bermaksud :
Tidak ada amalan soleh yang lebih disukai oleh Allah SWT lebih daripada (amalan) pada hari-hari ini (iaitu sepuluh hari bulan zulhijjah). Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, sekalipun dengan jihad di jalan Allah?”. Rasulullah SAW menjawab, ”Sekalipun dengan jihad. Kecuali jika seseorang keluar dengan dirinya dan hartanya dan tidak kembali lagi (mati syahid)”


Juga Sabda nabi saw:

“Tiadalah hari yang lebih disukai Allah untuk beribadah kepadanya dari hari-hari 10 pertama Zulhijjah yang menyamai puasa setiap hari seperti puasa sunat dan qiam setiap malam seperti qiam pada malam lailatul Qadr”. 


Dan dari Hafsah isteri nabi saw berkata:

“Empat amalan yang tidak pernah ditinggalkan nabi saw ialah: Puasa pada hari ‘Asyura’, hari-hari 10 Zulhijjah, tiga hari setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. 


Maka, jom la kita perbanyak kan amal soleh kita!! Sekarang dah masuk 3 zulhijjah, then tinggal 7 hari je lagi..Haa, tunggu apa lagi?? Takmo rebut ke sale daripada Allah ni??


daaan...amal soleh tu x terhad untuk puasa, solat sunat, tilawah al-quran je...Baaanyak lagi amal soleh yg lain...contohnya, berjalan ke tempat solat, berjalan menuntut ilmu, meredakan pergaduhan antara 2 sahabat, membuang duri/ kotoran di jalanan..Haa, semua tu pun termasuk amal soleh jugak :)


Ketahuilah bahawa, setiap pahala kpd amalan yg dilakukan pada 10 awal Zulhijjah ni, akan diganda kan 700 ganda!!! wah, kalah pahala dlm bulan ramadhan, yang hanya digandakan 70 ganda!!


"puasa sehari daripadanya menyamai puasa satu tahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda"


Soo, nak berputih mata ke???





Juga Allah sediakan kemuncak Kehebatan 10 awal zulhijjah ni, dengan disediakan Hari Arafah, yakni pada 9 zulhijjah...


Nabi saw pernah ditanya tentang kelebihan puasa pada hari Arafah? Jawab nabi: “Kifarah dua tahun”. Nabi saw ditanya tentang kelebihan puasa pada hari Asyura’?. Jawab nabi: “Kifarat setahun”.


KIFARAH 2 tahun disini, bermakna..diampunkan dosa-dosa satu tahun yang lalu, dan 1 tahun yang akan datang!



“(Puasa Arafah akan) menghapus dosa-dosa kecil setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (HR. Muslim no. 1162)


Huyyo...ni mmg Offer menarik! siapa kita yg bole jamin kita takkan buat dosa lagi selepas ni kan?? takkan la kita nk tengok je offer ni tanpa bertindak??? Memang rugi aka bodoh la jugak kan?? Kalau dengan bahasa kasarnya...Maaf!


dan dalam satu riwayat:

“Puasa pada hari Arafah pahalanya menyamai puasa selama dua tahun, puasa pada hari Asyura menyamai puasa selama setahun”.


Hurmm..tahla, dah tak tau nak cakap ape lagi... Mungkin amalan kita je yang mampu berkata-kata kan? selepas baca semua ni??
Saya nak seru anda semua, jom pakat2 rebut hadiah yang Allah dah kasi kat kita ni...JOM REBUT!!


pembaca yang budiman sekalian, Kullu Sanah wa antum tayyibin!! :)


p/s: takat sini je dulu post kali ni, mungkin akan cerita lagi pasal kelebihan Eid Adha dlm post lain kali..InsyaAllah kalau ada masa :) take care semua! Sorry for everything :) dan Happy Eid!! (^.^)




bait asrar, 
8.20 pm,
3 zulhijjah 1432H


Tuesday, October 25, 2011

Impian jadi nyata


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua~

selepas almost 2 mggu x ada post baru..wah tahniah musyirah! errr...

buzy! serius buzy! Alkisah nye dengan aku sampai mesir pun lewat..ermm, maksud lewat tu adalah selepas kuliah dah start seminggu! hehe...malah siap ade seorang kwn pesan...

"haa, ko dah balik lambat tu, banyak kerje nak kene settle..jgn mengada2 nak jetlag!"

haha..aku hanya mampu geleng2 kepala je mase dengar tu..Tapi, lps dh menjejakkan kaki kt bumi terchenta ni, Nah kau! mmg harapan je la nk rehat lama2...(memang padan dgn muka sendiri!)

Dan Alhamdulillah Allah dengan kehidupan ini...sekarang aku dah masuk clinical round (tahun 4).. Dah start masuk Hospital~ dan cube teka apa department utk round kali ni???

FORENSIC!!! *sengih lebar*

sejujurnya, menjadi seorang ahli forensik adalah impian aku masa aku form 5 dulu..ni semua gara-gara minat sangat dengan cerita CSI dan minat untuk mengkaji dan sukakan sesuatu yang mencabar~

tapi mase form 5 dulu, sembang2 dgn ayah pasal cita-cita dan nak amek kos ape kt universiti nanti~

ayah pesan satu je!

"bagus untuk jadi ahli forensik tu.. Tapi, kalau kita nak cari pekerjaan nanti, carilah kerja yang boleh berbakti untuk masyarakat, khususnya Umat Islam. Bukan ayah nak halang angah amek forensic, tapi kalau dpt jadi doktor lagi banyak manfaatnya..Silap2 angah boleh tolong2 kerja kebajikan ke Palestin nanti.."

Aku terdiam! sebab aku mmg x pernah ada cita-cita nak jadi doktor..sebabnya, doktor ni belajar lama sangat, dan aku mmg sah-sah la manusia yang malas nk belajar! tapi lps ayah dah psycho mcm ni..aku pun terfikir2 balik la...

medic, scary huh??

dan memang la perancangan Allah itu yang terbaik! Nah, sekarang aku dah separuh jalan untuk menjadi doktor.. Apa yg aku fikir, jd doktor ni..at least bole penuhkan saham dunia dan yg paling penting, akhirat pun ada juga~ Sia-sia la kalau susah2 dan  penat2 kerja, tapi xde langsung saham kat akhirat nanti, saham untuk alam yang kekal abadi nanti?? betul tak??

Dan cantiknya perancangan Allah ni, sekarang dapat juga aku merasa clinical round kat Forensic department ni~

serius best! rasa mcm tengah investigate case yg dlm CSI tu..haha..*berangan je!*
tp betul la, bayangkan hampir setiap hari akan jumpa kes bunuh. Bukan kes biasa2, tapi bayangkan yang mati, dengan 6-7 tikaman dekat kepala..darah mengalir laju dan lebam2 banyak sangat dekat badan dia...!

tak rase kesian ke mayat tu mati mcm tu je??

dan mase belajar forensic ni, betul la kawan aku cakap~

"lepas aku beljar forensik ni, aku rasa sangat beruntung aku ada agama. At least takde la tergamak nak bunuh kejam2.."

kejam, serius kejam! pembunuh seolah2 mcm takde langsung hati, dan memperlakukan mangsa sesuka hati seolah2 mangsa adalah binatang!! Mungkin pembunih tu gila agaknya~

Nauzubillahminzalik..semoga Allah pelihara saat kematian aku, dan tempatkan kita semua bersama org2 yg beriman~

Doakan aku dapat jadi doktor muslimah mcm ni. InsyaAllah~ (^.^)

ok la..banyak sangat dah bebel2 ni..lain kali la aku story2 lagi~ thanx for reading :)

p/s: Azem, all da best for ur final xm! buat elok2...dan untuk hakim, jaga rabbit baru elok2 tau~ kasi die main dengan Roy~  ohye, Roy adalah buah hati saya/ si putih rabbit kesayangan dekat rumah~ :)

bait asrar,
10.08 pm
26 zulkaedah 1432 H

Saturday, October 8, 2011

Sanah Helwah (^.^)

 
HB
Whatever with the past has gone, The best is always yet to come.
- Lucy Larcom


Sanah Helwah kepada Octoberians~

saya la one of them :)
kalau org mesir cakap..sittah oktober.. means 6 oct..
which is one of Hari Merdeka Mesir dan merangkap cuti umum. Yeah! :D
*bangganye satu mesir cuti time besdey saya. perasan! haha*

thanx a lot kpd yg bagi wish...may Allah bless u all~
*sgt2 terharu!*

dan Happy Birthday kepada Siti fatimah (2 oct), 
Hanisah othman (5 oct), 
Aisyah fitriah & Nabila Manan (7 oct), 
Rasyidah siddek (8 oct), 
Anisa farihin (9 oct) 
dan Raihaana Rushami (24 oct)
*err..kalo ad lg y x sebut..sorry banyak2*

dan masa hari besdey saya..saje je beli Big Apple yg 6 pcs punye..
dah lama mengidam~ huu..
then bawak balik rumah...dan mami cakap~

"ouh, ni ganti besdey kek angah la  kan??

"jom2 kita makan pai apple~"

(=.=)
cute x my mom??
hee...mami tu bukan pai la..name je Apple..
tp xde kaitan langsung donuts dgn epal..
hehe..

Dan org kata..semakin meningkat umur, semakin dekat dengan kematian~
T_T

sangat benar!! semakin kuat kubur kata mari~

Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah:
Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik? 
Rasulullah saw menjawab:
Orang yang panjang umur dan baik amalannya”. 

ermm...sedikit lagi tazkirah buat diri sendiri...
Dan Allah sengaja panjangkan umur orang kafir seperti pemancing ikan yang beri umpan kepada ikan. Dibiarkan ikan itu makan umpan sehingga penat ikan itu, barulah ditarik ikan itu ke atas. Sengaja Allah beri kesihatan dan kemewahan kepada mereka kerana azab menanti mereka.
Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak). (Al-imran:178)
Allah! nauzubillamin zalik~
Ya Allah, peliharalah umur ku dan sentiasa di dalam kebaikan~ ameen...

dan semoga penghabisan umurku..di dalam redhaMu dan mendapat khusnul khatimah~ Ameen..

Sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Na’im). Allah ambil kira amalan terakhir kita sebelum meninggal, dalam hadith disebut “innamal a’malu bil khowatim”… Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisan (umur)nya 
(Hadis Riwayat Bukhari).


Allahumma Ameen~

p/s: readers, kalau saya ade buat apa2 salah silap, mohon ampun ye! 
dan terima kasih membaca..sokongan dan doa2 kalian~ 
semoga Allah memberkati~ (^.^)

p/s 2: Mesia dah kata pergi, Mesir dah kata mari. selamat kembali ke sekolah! 
kawan2 dkt Mesir pun semua dah jerit2 kat wall FB saya, suro cepat2 balek sana..
kalau la saya ade kuasa tukarkan masa..
saya akn terus tukar esoknya adalah tarikh tiket saya! Malangnya saya x mampu~
2 days to go..selamat menjejakkan kaki ke bumi Anbia Musyirah~




mungkin post terakhir di malaysia,
11.50 pm,
8 oct 2011
kg kerdas 1, gombak, KL

Saturday, October 1, 2011

Kesempatan




Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri:
“Kenapa ALLAH hidupkan aku pada hari ini?.


Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali:

Kerana dosaku banyak. ALLAH izinkan aku untuk bertaubat.

Tiap-tiap hari dalam hidup kita adalah kesempatan. Kesempatan untuk meraih redha-Nya dan cinta-Nya.

KeSEMPATan...

Sempat sebelum terlambat, dan pergi berjumpa dgn-Nya selama-lamanya~



The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th

kesian.

Ya Allah, semoga aku bukanlah org yg dimaksudkan itu. ameen~


p/s: semoga kita manfaat kan hari2 yang mendatang. not worse than today ok???
Allah dah bg chance tu. Betapa mulia, baik, murah hatinya Allah. utk masih hidupkan kita walaupun rutin harian kita, mungkin kita lagi byk buat dosa drpd pahala..sama ada kita sedar atau pun tak.


nauzubillahmin zalik.







teratak zmg 9117,
10.54 am,
3 zulkaedah 1432 H