Saturday, January 28, 2012

Hingga ke Syurga




Seorang penyair berkata:

Bila seorang teman bertutur tentang diriku
yang memancing kemarahanku
kumaafkan segala kesalahannya
dan ku redam amarahku
kerana aku cemas bila hidup tanpa seorang teman..

Benarlah....!!

Teringat saat-saat aku meng'uzlah'kan diri...ke China bulan lepas...

Best.. serius best!! Dapat jumpa family..jalan2 sama2..tangkap2 gambar, 
shopping sampai poket kopak,  makan sama2...

Kesimpulannya..hari-hari yang dilalui BAHAGIA~

Seronok!!!..Yela, 
lepas beberapa bulan bersengkang mata, belajar dan menjadi muslim sepenuh masa...
berprogram..ke sana ke mari setiap hari...
tiba2 bila dapat buat cuti sendiri dan bercuti bersama keluarga..

Memang sangat berpuas hati...

Tapi, dalam bahagia tu...

terselit satu perasaan..pelik dan ngilu..
yang aku perasan...betullah kata-kata Al-Hasan rahimahullah: 

"Sahabat lebih kami cintai berbanding keluarga sendiri, kerana sahabat mengingatkan kita akan akhirat, sedang keluarga mengingatkan kita akan dunia.."

T___T


Serius Rindu sangat2 dekat sahabat2 seperjuangan..sahabat yang sangat mengingatkan aku kepada Allah.. bila rasa down, sahabat2 ni jugak yang akan Cheer-up dengan kata-kata semangat, tentang motivasi syurga kelak...

bila2 rasa macam terlebih nakal je, sahabat2 ni jugak yang akan mengingatkan aku terhadap kematian...yang ketika tu kalau tengah bergelak2 sakan..mmg terus terdiam dan sentap...

Sahabat2 ni juga, bila rasa macam nak buat dosa, nak ringan2 kan kewajipan Allah kepada kita...sahabat2 ni juga yang akan buat kita rase malu n segan dengan mereka untuk berlaku 'tidak senonoh'...

Inilah definisi SAHABAT HINGGA KE SYURGA...

Sahabat2 saya...


mereka sahabat saya, 
frenz..u`re definition of best friends :)


Apalah erti hidup tanpa sahabat??? 
* ke ade je manusia yang sangat bahagia tanpa sahabat di sisi...???*

Penyair lain menggubah:

Banyak orang mempunyai beragam angan-angan
sedang angan-anganku dalam kehidupan
hanya seorang sahabat yang rela berbagi nasib
kami berdua laksana satu ruh
yang dibagi untuk dua tubuh
tubuh kami dua namun ruh kami satu..
.


Sedangkan, bersama2 dengan keluarga, memang ibarat berada di taman-taman bunga. Hati kembang mengharum. Terasa macam dunia ni, kita yang punya..sampai terleka...asyik sehingga tak sedar yang rasa itu hanya fana dan sementara..

Tiap2 yang hidup pasti akan mati...

Tiap2 yang kita sayang pasti akan pergi...
Ini semua bukan kebetulan, tetapi memang suratan....

Teman perjuangan dr mula menapak di sini~~ syg kalian!

petak gembira! \(^.^)/




T_____T


Ya Allah, tempatkanlah dunia ini di tanganku, dan bukannya di hatiku....

Ya Allah, berilah cahaya hidayah-Mu kepada semua orang kesayanganku, Ameen Ya Rab...



p/s: Winter Break is coming... :)

bait amru, 
11.03 pm

Friday, January 13, 2012

I wish.....




I wish
I had wings
Like a pigeon
With golden rings.
An inhabitant of the Ka’aba.

I wish
I could fly,
And occupy
The blue sky
Around the Ka’aba.

I would fly
Praise Allah,
Thank Him
And I would cry
While staring down
At the whiteness
Growing about the Ka’aba.

You would try
To hide your tears
But you too,
Would certainly cry.
While Turning around
With bare feet,
Praising Allah,
Thanking Him,
And Caressing the ground
Of the beloved Ka’aba.

 \(^.^)/

p/s: Rindu sgt2 nak bertandang ke rumah Allah ni. Segan bila byk tempat dh pergi, tp tempat suci ni x smpai2 lg. Allah~
Ya Allah, pilih la aku utk menjadi tetamu-Mu ya Allah~ Ameen..

p/s 2: Cuti winter ni x bole pg jauh2 lagi. Nak kumpul duit pergi sana :)

bait amru,
6.49 pm

Friday, January 6, 2012

Bersangka-Baik

Bismillahirrahmainrrahim...

Salam 1 Malaysia  Ukhwah :)


Macam mane tahu baru ni??? Macam mana jumaat kita?? 
Penghulu segala hari ni..dah baca surah Al-Kahfi??  :)

Apa-apa pun sebelum terlewat..suka utk saya ucapkan Selamat Tahun Baru..2012...
*even arini dah 6 januari, tp xpe..still dlm minggu pertama thn ni...tak expired lagi kan?? 
hehe :P *

Tahun baru Hijriah dah menyapa kita..malah Tahun baru Masihi pun datang berganti..
Masing2 tak lain untuk memberi peringatan kpd kita, bahawa umur kita dah bertambah satu. Dah makin tua. Berapa tahun lagi umur yang bakal dipinjamkan kepada kita??? 
Adakah amalan kita meningkat seiring dgn peningkatan umur kita??? 
*kalau ditakdirkan Allah ini tahun terakhir kita di muka bumi ni, bersedia ke kita???

Jom!! sama2 kita improve hari-hari kita...semoga setiap hari semakin baik, 
semakin dkt dgn Allah dan setiap hari moga2 lagi bertambah redha n berkat Allah kpd kita.. Ameen...

dan kita doakan semoga dosa-dosa kita pd tahun2 yg lalu, Allah segera ampunkan dan kita takkan mengulanginya lagi pada tahun ni dan thn2 akn dtg..InsyaAllah ameen Ya Rab.. (^.^)

************************************************************************

Pernahkan anda mengeluh??? bertanyakan "Di manakah keadilan Allah???"

Telah lama memohon. Tidak pernah jemu menebarkan sejadah. Berdiri di siang malam. Bersujud di kala Dhuha. Menadah tangan siang dan malam. Ditegakkan yang wajib malah dibenci dan dijauhi yang dilarang. Bahkan, sedaya upaya dan sepenuh kemampuan telah dikerahkan untuk mengikut jejak Rasul-Nya yang terchenta.

Tetapi hingga kini Allah masih belum mewujudkan harapan. Doa anda belum dikabulkan. Sama sekali tidak.

Sedangkan ada teman lain anda yang ibadahnya berantakan. Acuh tak acuh sahaja menunaikan solat. Puasa hanya cukup-cukup yang wajib sahaja. Sedekahnya hanya sebulan sekali, malah mungkin sekali sekala. Akhlaknya kacau. Kerjanya culas. Bicaranya buruk. Otaknya kotor. Tetapi apabila dia menginginkan sesuatu, pantas sahaja dikabulkan permintaannya, hari berikutnya telah tersaji apa yang diharapnya.

Terfikirkah di manakah keadilan Allah???

Mungkin saja kita boleh menilai semula. Mungkin Ibadah kita yang banyak telah menimbulkan sombong dan riya` kita di dalam hati. Solat kita banyak, tapi khusyu`nya payah sekali. Bangun malam kita kerana diperhati. Kita ditipu oleh amalan sendiri malah boleh jadi kita memandang rendah kepada orang lain yang kita rasa amalannya sedikit sekali. Kesombongan ini telah menghanguskan amalan kita hingga tiada baki. Nilainya sudah berterbangan dilanda Tsunami.

Mungkin??? Kita mana tahu, kerana Dia yang Maha Mengetahui...

Tetapi, lagi manis kalau kita boleh Berbaik sangka kepada Ilahi....

"Pernah tak anda didatangi pemuzik jalanan yang berpenampilan seram?? Wajahnya tak terurus, comot sekali. Pakaiannya lusuh. Suaranya parau dan menakutkan. Muziknya berterabur. Malah diekorinya anda untuk meminta sedikit ihsan??? Melalak di tepi telinga anda Dihampirinya anda untuk meminta simpati???"

Sehingga anda tak tertahan lagi, anda segera mengeluarkan dompet, terus memberi supaya dia cepat-cepat pergi dengan senang hati.

"Kemudian bayangkan pula anda didatangi seorang pemuzik jalanan yang bersuara emas. Menyanyikan lagu kegemaran anda. Suaranya persis artis pujaan anda. Muziknya indah. Suaranya lunak. Wajahnya bersih. Pakaiannya kemas lagi wangi. Apa yang akan anda lakukan???"

Sah-sah anda akan terpaku. Asyik mendengar sampai ke akhir. Biarlah tak dapat berjumpa artis pujaan  yang sebenar, dapat bertemu mereka yang mirip suaranya pun sudah berbunga-bunga hati. Bahkan mungkin anda akan minta dia mainkan lagi lagu-lagu kegemaran anda. Mungkin!

Macam tu la!

Dah nampak sekarang????

Boleh jadi Allah berlaku macam tu jugak dengan kita semua, hamba-hamba-Nya.

Jika ada manusia yang fasik, keji, banyak dosa dan dibenci-Nya menadah tangan meminta sesuatu, Allah akan memberi kerana sifat Allah itu memang pemurah sekali. Mungkin Allah akan berfirman kepada malaikat-malaikatNya "Segeralah berikan apa yang dipintanya. Aku muak mendengar suaranya. Aku benci mendengar keluhannya"

Tapi, bila yang menadah tangan itu hamba-Nya yang dichentai-Nya, yang giat beribadah. Yang rajin bersedekah. Yang menyempurnakan yang wajib dan berusaha utk yang Sunnah. Maka Allah berfirman kepada malaikat-malaikatNya.."Tunggu, Tunda dulu apa yang dihajatnya. Sungguh Aku bahagia mendengar suranya meminta-minta. Dan biarlah hambaKu ini terus meminta, terus berdoa, terus berhiba. Kerana Aku menyukai doa-doanya. Aku menyukai kata-kata dan isak tangisnya. Aku menyukai pinta dan puji-pujiannya. Aku tak ingin dia menjauh dariKu selepas mendapat apa yang dipintanya. Aku mencintainya..."

Tersenyum. Mungkinkah yang diceritakan ini adalah anda???

Jom. Selalulah bersangka-baik kepada Allah. 
Setiap kali ditimpa musibah atau nikmat..Sematkanlah dalam hati..

"Aku tak tahu ini rahmat atau celaka. 
Tapi aku selalu bersangka-baik kepada Allah.."

sumber: Dalam dakapan ukhwah *credit byk2*

****************************************************************

2012, please be good! please treat me well. 
Semoga azam-azam akan dapat dikotakan...

semoga semakin banyak bertindak, daripada bercakap hebat

semoga mendapat khusyuknya solat 

semoga belajar dengan hati yang lebih terbuka dan belajar untuk lebih faham..


"Kita belajar sungguh-sungguh bukan untuk jadi pelajar yang hebat,
Tapi kita belajar sungguh-sungguh untuk masa depan pesakit kita yg akan datang...
Dapat ke kita rawat elok-elok pesakit-pesakit kita kalau belajar main-main dan takat hafal je teori-teori dalam kitab medik ni???"

Argh sentap!!! T_____T

*terima kasih kepada mereka yang sudi menampar saya*



p/s: Terima kasih daun keladi untuk semua pembaca. Tegur lah saya kalau silap ye!! 
Semoga 2012 ni dapat jadi tahun yang kita lagi dekat dengan si Dia. JOM!!



ikhlas, 
Musyirahanan zulkarnain
-saya yang memerlukan Cinta Ilahi-

13 safar 1433H
12.30 am