Saturday, March 29, 2014

Babai Inche Jahiliah


Mendaki ke arah redha Allah dengan membawa jahiliah yang banyak,
Heh, susah woo..


Usai pengisan Sayonara Jahiliah semalam.

Sayonara = Babai.. (selamat tinggal yang betul-betul takkan jumpa dah)
Jahiliah = al-Hawa (apa-apa sahaja yang bukan Islam)

Bismillah,

Ternyata melihat ketelusan wajah adik-adik itu, begitu meruntun hatiku. Betapa suatu masa dahulu, aku juga pernah berada di posisi yang sama seperti mereka. Ya, sama-sama  duduk bersila di bawah, sambil khusyuk mendengar dan menyalin nota.

Ya, berada di posisi yang sama seperti mereka, merasa sangat susah untuk membuang tabiat suka menonton/ marathon movie korea.


Jahiliah itu adalah apa-apa sahaja di sekelilingmu, atau yang berada di dalam dirimu yang bukan Islam.

Tinggalkan ia, kerana ia hanya menjadi beban.

Payah? Ye saya tahu ianya sangat payah. Kerna ia sudah mendarah daging, sebati dengan jiwa kita. Mana mungkin dapat ditinggalkan dengan mudah.

Sharing dari seorang ukhti,

"Apabila masih ada dalam diri kita, ibaratnya macam kita sedang mendaki bukit, tetapi membawa beg yang penuh muatan. Muatan barang-barang yang tidak diperlukan. Kita mendaki, tetapi dengan penuh kepayahan.

dan kita melihat, semua kawan-kawan kita sedang mendaki dengan riangnya, kerana beg mereka ringan tanpa muatan-muatan yang tak diperlukan.."

Kita taknak, dalam kita tengah susah-payah mendaki bukit itu, rakan-rakan kita sudah sampai di puncak. Sudah sampai di syurga, sedang kita masih bertatih di bawah"

T_____T

Hangus.


" Jahiliah itu akan terus mengekori kita. Walaupun satu jahiliah sudah berjaya kita tinggalkan, ketahuilah bahawa akan datang Jahiliah Baru yang bakal menyerang kita"

Begitulah kehidupan ini. Kerana sunnatullahnya, hidup adalah satu perjuangan. Dan perjuangan ini hanya selesai tika kita sudah tidak bernafas lagi.

****

" Nama pena awak tak sedap la. Guna nama awak lagi sedap"

" Alaa kak, tapi susah nak jaga hati"

" Tukar nama pun tak semestinya dapat menjaga hati. Disebabkan itu awal amalan kita adalah ikhlas kepada Allah. Hanya ikhlas yang menyelamatkan, bukannya dengan menukar nama"


Adusshh!! Double hangus.


Ikhlas.

Lawannya Riak.

Itulah jahiliah baru yang sedang bertandang dan akan terus bertandang. Jika saya adalah seorang jutawan, ada 2 perkara yang ingin dibeli, biarlah ianya mahal sekalipun, iaitu ubat IKHLAS & SABAR.

Sesiapa yang tahu ada farmasi yang menjual ubat ini, sila pm saya ;P * Ini serius*



Ruaim bin Ahmad berkata,
" Ikhlas adalah engkau tidak menengok apa yang telah engkau kerjakan"

Abdullah bin Mubarak berkata:
" Kita fasih dalam berkata-kata, tetapi tidak fasih dalam berbuat"

Adeeyh.. Triple hangus.

(T_____T)


Hauna,
Beyt SQ,
2.45am
27 jamadil awal 1435H
29 Mac 2014

Friday, March 21, 2014

[Diari] Titipan Khas Buat Mereka


Honestly, saya tak reti nak ungkapkan dengan lisan,
my verb is with my writing..


Bangun dari tidur pagi tadi, tangan rajin nak scroll Fb. Tengok apa-apa update dari rakan-rakan mukabuku.

Banyak status mereka, cinta-cinta hati yang saya stalk. Masing-masing melaporkan tentang keadaan terkini masing-masing. Ada yang masih tidak percaya bahawa mereka sudah bergelar doktor.

Tak sangka tiba juga waktu yang suatu masa dahulu aku cukup takut ianya hadir.

Saat di mana tiada lagi kakak-kakak yang berada di bumi Mesir ini.


Minta maaf kakak-kakak sekalian, saya tak dapat nak hantar antum di airport. takpe, InsyAllah jika jodoh kita panjang, akan ketemu lagi di Malaysia. InsyaAllah.

Teringat perbualan dengan ukhti semalam, 

" Kita tak dapat nak tahan air mata. Tak sangka akan menangis juga masa hantar kakak-kakak tu dekat airport", ukhti itu mengadu kepadaku.

" Ouh. saya dah menangis semasa kakak-kakak ni naik pentas graduasi dulu. Cukup la. Saya dah berjaya immune kan hati saya sekarang. Tak tahu kenapa, tapi saya just rasa macam kakak-kakak ni balik Malaysia macam cuti summer je. balik sekejap je.." aku membalas.

Aku cuba korek jauh di dalam hati. yang kutemui adalah Rindu dan Kagum dengan mereka. Sesiapa yang mengenali mereka pasti akan tahu, betapa banyaknya masa dan harta yang telah mereka korbankan untuk menanam dan menyemai benih-benih tarbiah di muka bumi ini. Semoga Allah mengganjarinya dengan sebaik-baik pahala. 

Entah la. Tak tahu apa perasaan sekarang dah jadi 'kakak sulung' di Mesir ini. Moga Allah permudahkan semuanya, ameen.


Buat kakak-kakak RJ sekalian, 

Selamat menjadi doktor yang merawat ummat dengan kasih sayang. Semoga terus thabat menapaki jalan ini yang pasti urus di Malaysia mesti lagi deras. Terus mendoakan kami di sini. Terus mendoakan kesejahteraan Mesir dan seisinya.

Sejujurnya, saya sangat mencintai kalian kerana Allah, dan moga kelak kita dapat reunion di SyurgaNya, bergelak ketawa mengimbau kembali kenangan kita di bumi perjuangan ini.

Pasti, waktu itu akan tiba insyaAllah. Uhubbuki fillah. Terima kasih dan minta maaf untuk semuanya. Terima kasih kerana telah memaksa saya menjadi matang dalam hidup ni.. huuu..


Oh ye, nak bagi hadiah ni dekat semua, which is antum mesti akan ingat lagu ni sampai bila-bila kan?

It touch my heart, deeply. Moga terus saling berpesan di atas kebenaran dan kesabaran, ameen. 


"Tanya sama iman
Apa tanda sayang
Nanti jawab iman
Saling berpesan
Pesan kebenaran, penuh kesabaran
Jaga perasaan kerana Tuhan

Tanya pada hati, apa tanda iman
Nanti jawab hati, jaga pergaulan
Tundukkan pandangan, jeling-jeling jangan
Mahalkan senyuman kerana Tuhan

Tanya sama akal, apa erti malu
Nanti jawab akal, jaga auratmu
Labuhkan pakaian, jangan jarang2
Warna jangan terang, kerana Tuhan

Tanya sama hati, pernahkah merindu
Tiap kali doa, siapa disebutmu, 
Masa berjauhan akhawat dikenang
Bila difahamkan, itulah sayang "


Basal wa Thum, 2013


Sorry tak semua ada dalam gambar. Huk


Fi amanillah.

Love fillah, 
budak nakal, Mushe <3 o:p="">


beyt SQ,
11.00 am
21 mac 2014



Sunday, March 9, 2014

Pray For MH370



Alhamdulilllah Allah masih menyayangi kita semua.
dapat dibangkitkan dari tidur dalam keadaan yang sihat-sihat belaka. Oh mungkin ada yang selsema, batuk, kepenatan dll. Tapi takpe, kecil sahaja tu nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita di Syira, Gaza yang entah menderita pelbagai jenis kesakitan.

Hari ini masuk hari kedua, Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan MH370 Boieng 777.

Saya sendiri, speechless dengan apa yang berlaku.

Selama ini, saya selalu menaiki kapal terbang. Sampaikan mungkin dah boleh hafal item-item yang akan dibentangkan ketika taklimat keselamatan sebelum penerbangan.

Tetapi, Allah itu Maha Mengatur segala-galanya.

Pagi tadi, bangun dari tidur, terbaca whats app daripada group rakan-rakan sekolah. Salah seorang daripada mereka sedang mengambil Lesen Mechanical aviation di UK.

dan dia banyak bercerita tentang Mechanical Crew etc etc. Saya sejujurnya pertama kali mengetahui tentang ilmu baru ini. Selama ini selalu dok tengok cerita di televisyen sahaja, tetapi ternyata sekarang Allah menampakkannya di hadapan mata.

Khabarnya, pesawat boieng 777 itu antara kapal yang highly recommended dari segi ketahanan dan reliability dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sangat lengkap. Dan jika berlaku apa-apa masalah, sepatutnya akan ada back-up power yang cover. Tak mungkin akan terhempas begitu sahaja.

Persoalan seterusnya, bagaimana MH370 boleh terus hilang signal tanpa first red alert (kebiasaannya jika ada apa-apa perkara buruk yang berlaku, kapal kekurangan tenaga etc, sepatutnya akan ada first red alert)


Dan sehingga sekarang, pelbagai spekulasi yang kedengaran.

Apabila saya berjalan-jalan di FB, terjumpa pelbagai berita tentang kejadian ini. Tetapi ada 1 perkara yang betul-betul menarik perhatian saya,


A065
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia.


Indeed! Allah yang menahan apa yg di langit daripada jatuh.

Tak kira Sama ada burung yang sedang terbang. Kapal terbang yang meluncur laju membelah awan atau pun sekadar layang-layang kanak-kanak 6 tahun yg berada di langit. 

Semua itu dlm pengawasan Allah. 

Pengawasan Allah.

Itulah yang utama.

Rupa-rupanya selama saya menaiki kapal terbang sebelum ini, hanya Allah yang menjaga supaya selamat pergi-balik dari mana-mana destinasi.

dan Pengawasan Allah itu ada di mana-mana sahaja.

Di tempat kerja, Office, hospital, taman permainan hatta di rumah atau di dalam bilik air.

Kerana banyak juga kes mereka yang cedera kerana tergelincir di dalam bilik air.

Muraqabah Allah. itu yang utama.

Rasakanlah bahawa Allah sentiasa mengawasi kita di setiap sudut. baik di hadapan, belakang, atas, bawah, kanan, dan kiri kita.

Sweet nya Allah. Rahmat Allah. Masih menjadikan kita, hambaNya yang lemah ini sentiasa dapat hidup sihat menjalani kehidupan seharian.

dan kemudian, tanyakan diri sendiri. apakah kita membalas rahmat Allah ini dengan sebaiknya? Membalasnya dengan menjadi hamba yang taat kepada arahanNya. Buat semua suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

InsyaAllah. Moga kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang thabat di dalam ketaatan dan beramal di atas jalan ini. Ameen.

 Moga apa yang berlaku menjadi iktibar kepada kita semua.


#PrayForMH370


MHZ,
Beyt SQ,
10.35am.