Monday, April 30, 2012

Institut Nur & Amal

Tabahnya mereka..
mereka tak punya satu nikmat besar yang Allah anugerahkan kepada kita semua...
tapi kesyukuran mereka berganda-ganda..malah tegar sungguh menghadapi hidup ni...
Kalahkan kita yang sempurna ni...

Alhamdulillah, Allah kasi saya dan kawan2 peluang keemasan hari itu.
Dijadualkan kami melawat Institut Nur dan Amal..tempat untuk mereka2 yang tidak dapat melihat (buta)..Syarat untuk dihantar ke tempat ni, pertama haruslah perempuan sahaja dan memang completely blind.

Institut Nur wa Amal *abaikan org dlm ni*

Nape saya kata mereka cool???

1. Kat sini mereka belajar macam2 kemahiran..ade 4 department besar- kemahiran membuat carpet, membuat perabot drpd rotan, membuat stokin dan kain. Dan semua hasilnya akan dijual, dan wang yg dpt semula untuk perbelanjaan Institut ini.

2. Mereka belajar semua kemahiran ini, dalam masa 2 tahun sahaja..then bila dah pakar, dah boleh kerja di luar.

3. Mereka seriusly tak dapat melihat, tapi hasil2 mreka sangat OSEM!!! Cantek sangat!!! Saya yg dapat melihat ni pun tak sure dapat buat cantek mcm tu!! T__T.



Tengah buat carpet. yg tudung biru tu tak dpt melihat, tp beliau dibantu oleh superviser kt sebelah, yg boleh melihat

halus dan teliti hasil carpet2 mereka

Makcik ni tengah buat bekas daripada rotan. Hebat tau, tak nampak, tp hasil Chantek n kemas!!
Ok, saya tak tipu ye!! ni hasil2 yg akan dijual~ see??
*dlm hati saya, ak reti ke buat camni?? :( *



Cube teka ni apa??? Haaa..makcik2 ni tengah sterika stokin2 yg dh siap dijahit.

terpegun tengok makcik ni handle mesin menjahit sambil tak nampak. Selamat je!!


4.Orang2 buta ni, mata mereka je yang tak dapat melihat, tetapi hati mereka celik dan suci. Memang Allah amek satu nikmat dalam hidup mereka, tapi Allah pelihara kesucian hati mereka. Berbanding kita??? T_____T


5. Kita selalu rase kesian dekat mereka2 yg tak dapat melihat ni, nampak kesian sgt nak melintas jalan payah, kene ade org pimpin, nak jalan kene ade tongkat, tak dpt melihat alam yang chantek ni...

TAPI, sepatutnya kita kene kesian dekat diri sendiri...
Allah dah sempurnakan penciptaan kita, tapi kita ni bersyukur ke??? Ok, well said!! kita memang la cakap Alhamdulillah setiap hari, tapi tu dah memadai ke?? Ketahuilah bahawa actions speaks louder then words....


Tak guna kalau mulut hari-hari menuturkan Alhamdulillah, 
Tapi perangai kita tak seiring dgn kata-kata kita.
Bila jumpe mereka2 yg kurang upaya, adakah kita membantu mereka??
bila ade peminta sedekah, adakah kita menghulurkan sesuatu??
Atau sekadar menghulurkan ekor mata sahaja??
Nikmat yang Allah bagi ni, kita betul-betul manfaatkan kpd kebaikan ke??
Atau cukup kita makan sorang2?? taknak share dengan org lain???
tak takut ke kalau satu hari nanti Allah tarik semula??

T____T

Ouh, teringat sebuah kisah seorang sahabat Nabi, beliau tempang sebelah kaki. tapi Subhanallah ketika perang beliau la yang berada di barisan yang hadapan sekali. Sungguh tidak gentar, malah tak inferior pun dengan keadaan kakinya ketika itu.

Sedangkan kita yang sempurna anggota badan, bacul dan penakut. Malah tergamak kita nak tegakkan islam dengan kerja-kerja kecil sahaja??? Kenapa kita yang sempurna ni sebuk nak amek rukhsah (kesenangan) je dalam berdakwah ni???

6- Btw, ada antara mereka2 yang buta ni, tapi memiliki suara emas, mereka dilatih untuk membuat persembahan. Baru-baru ni mereka baru pulang dari France, membuat satu persembahan. Dan Alhamdulillah kami bernasib baik, mereka menyanyikan 3 buah lagu kepada kami. Sungguh bersahaja tanpa apa-apa instrument bersama. tak sangka menitik air mata bila mereka menyanyikan lagu "My Mother". *hati tersentuh dengan suara-suara suci mereka barangkali. atau mungkin rindu dkt Mak kot.huu*


7. Tengok tulisan Braille. Chantek. Tersusun kemas. Tahu tak sesetengah daripada mereka menghafal al-quran!! mungkin mereka baca Al-quran dengan braille. dan mungkin mereka menggunakan kepekaan pendengaran mereka. Pandai sungguh mereka menggunakan bakat dan apa-apa yg mereka ada utk kebaikan.  Dan kalau sesiapa yang bawah umur 20 tahun dah dapat hafal  30 juz, akan dierikan hadiah menunaikan haji atau umrah!! *lumayan bangat!!*

Tapi kita yang ada penglihatan ni, dah hafal berapa juz??? T___________T

Entah la, banyak sangat pengajaran yang saya belajar. Allah nak ajar saya bersyukur dan manfaatkan semua nikmat yang Allah bagi ni, untuk kebaikan. Untuk naikkan islam. Untuk Dakwah Islam sendiri. Allah nak saya usaha sungguh selagi mana nikmat2 kesihatan ni Allah masih kurniakan kepada saya.

Anda pula???

p/s: sori dah lama tak update. Semakin buzy, Peperiksaan final lagi beberapa minggu je. dah takde masa nak main2. Tanggungjawab yang ada melebihi waktu yang ada!!!

t8 care semua,

bait amru
1.59 am

Tuesday, April 10, 2012

Haybat~

Bismillahirrahmanirahim~

Alhamdulillah dengan segala rahmatnya, masih lagi dipinjamkan nyawa untuk meneruskan hari2 kita~

Ni baru saya punya masa untuk menulis...selepas minggu lps saya menjadi bukan diri sendiri. semua benda berpusing,
Alhamdulillah..slow2 semua nya dah recover balek...

Berikutan beberapa kwn2 minx saya update tentang STEP 12 yg lps..
saya kira kalau nak menaip pun, mesti rasenye mcm dh expired..
tp xpe..semangat dari Dr Harlina an Dr Hafidzah akan saya abadi kan dlm diari saya ni~ (^.^)

STEP12 dalam memori~


Alhamdulillah, kedatangan mereka tepat pada masanya..
saat hati ini lelah dan hampir  sahaja menjadi robot...ulang alik buat rutin yang sama...
Planner penuh memanjang..cuma saya amat kesali jika niat tidak ditajdid...
Alhamdulillah, kedatangan dua org doktor haibat ni, seolah2 menghentam saya..menampar2 supaya cepat2 bangun dari tidur yang lena....

Banyak sangat yg saya nak share..tp saya cuba simpulkan je la ye~

1. Mula2 dpt pengisian daripada Ustazah Ros..Berkaitan Ukhwah Islamiah...(kitab tulisan Nasih Ulwan)
katanya Ukhwah ni..merupakan satu nikmat suci dan rabbani..
yang hanya boleh dirasai oleh orang2 yang ikhlas..

camne nak dpt Ikhlas tu??? Haruslah punya Iman yang mendalam dan Taqwa...

Ibaratnya: macam kita adaah pengembala kambing. Then kita tengah mengembala kambing-kambing yang sangat banyak. Nak pergi dari satu tempat, ke hujung kota bersama kambing2... Macam mana kita kene pastikan kita dan kambing2 tu selamat sampai ke hujung kota?? Tanpa kambing2 tu seekor pun sesat dan tanpa dia makan mana2 pokok bunga jiran2 kita... *logiknya susah la nk arahkan kambing2 ni kan?? sebab depa bukannya ada akal nk cakap makan pokok bunga jiran tanpa izin tu berdosa~*

macam tu la, halusnya dan susahnya kita nak kawal nafsu kita..macam mana nak kawal??
 Lagi2 la kita ni perempuan yg fitrahnya byk nafsu dan sukakan kechantekan ??? 
Jawapannya hanya dengan MUJAHADAH!!! tiada jalan mudah~

bayangkan kita seorang nak jaga semua kambing2 ni~ 

2. Saya dah ceritakan tentang rahmat Allah yang sangat banyak dan nak jadi kerang yang chantek dan dikenali oleh Allah~ pada post yang lepas...ni kebanyakan nya kata-kata mutiara2 drpd Dr Hafidzah.

3. Being Professional= Ihsan...buat apa2 sungguh2, seolah2 Allah tengah melihat kita. Professional ni bukan setakat isu baju je..Professional bila pakai baju kurung berkasut tutup dengan blazer..bukan2..kalau la sesenang ni, semua org pun bole buat..tapi professional ni dlm semua aspek kehidupan kita..
kalau kita memasak, masak sungguh...kalau kita study, belajar rajen2...kalau kita beribadah, buat khusyuk2...tu la namanya professional~

4. Doctor, we are treating patient! not only the disease. Banyak kita nampak doktor2 sekarang sangat berkira, bila mana bukan tugas dia, dia akan jerit2 panggil nurse untuk buat. Contohnya nak dressing luka patient, or tiba2 patient muntah atas katil... *I hope I`m not one of them*

Ermm...adakah kita setakat merawat penyakit tu je?? dan bukannya merawat pesakit itu??
Konsep ni la yang kita belajar susah payah 6 tahun amek degree, to learn how to treat disease,
but not to treat the patient...
So, doktor2 sekalian..banyak lagi ilmu yg kita x khatam nih~

5. People may not remember what you did for them, but they will remember how you make them FEEL~

6. Jadi medical student ni, kene RAJIN!!!! fight ur lazziness..know that, being lazy is a waste product!!!
**Which is waste product= rubbish, sweat, urine, stool etc...eeeeuuwwwww*

7. bila tak tahu sesuatu, jgn malu untuk bertanya!! Ask Question!! there is no Stupid question, but there is Stupid answers~

8. Bila nak treat pesakit, jangan kira warna kulit, agama, bangsa, bahasa etc.. Treat them all well..not to choose ur patient! Pandang semua makhluk Allah dengan kasih sayang. Hormati semua pesakit sesuai dengan status mereka sebagai manusia, bukannya sekadar sekeping daging.


9. "As a human being, you might not be able to avoid negative feelings & emotions toward someone, But, as MEDICAL DOCTORS, you cannot translate all of these feelings to become negative thought"


10. Family bukan satu bebanan,, tp satu kekuatan dan support~


11. Nape susah2 buat dakwah ni??? Sebab nak besarkan anak2 in a better environment~ *sementelah saya bukannya ada anak2 lg, so saya nk kene buat dakwah ni untuk pastikan adik beradik, keluarga dan kawan2 saya dpt membesar dlm environment yg baik!! InsyaAllah*

12. Menghadapi kelainan. Managing diversity. semua org di sisi kita berlainan sifat...so, keep all the colour and make your life becomes the RAINBOWS... :)

13. When u`re different from the others, think that it is ur strength!!!

14. Org perempuan ni ramai yg Cinderella Complex, suka bergantung kpd org lain dan tunggu je prince charming dtg... Tapi kita jangan jadi macam ni, buktikan yang kita boleh!!


15. Emotion is the window of ur mind!! Kalau anda rasa sedih, sebenarnya bukan hati yang sedih, 
tapi minda yang sedih dan terluah kpd hati..

So, org yang berjiwa besar, bila ada tanggapan2 negative datang je, dia takkan terus feel je, akan interprete dulu perasaan ni dgn akal dan menidakkan mana2 yg negative!

16. Behind a man, not only a woman...But, behind a successful man, there is a SUCCESSFUL WOMAN!!  *so, keep on to be success..not only becoming a typical women!!*


Last and not least....LEADERS is READERS, READER is LEADER...TEACHER is READER. READER is TEACHER... So, keep on READ, READ, READ!!! 

setakat ni je yg mampu saya ringkaskan...sori kalau ada mana2 point yg tak paham~
semoga ilmu yg dpt ni bukan takat dapat, share di sini sahaja..InsyaAllah akan dipanjangkan dgn amalan... Buat pembaca sekaian, thanx 4 reading and doakan saya kuat ye!


ouh bole juga jalan2 di blog kakyuyu dan faezah hasnor...mereka memang penulis tegar~ ;)

t8 care then!!

p/s: Bakal merindui keluarga2 STEP12...
thanx semua yg terlibat...! mabruk alaikum~ mcm mimpi~ 

special thanx to Dr Har and Dr Peed, k fathy, k ulya, k syila, k iman, wawa, naz, yah and lain2...sayang antunna~

When I say STEP, you say HAYBAT!!

bait amru,
11.15 pm
17 jamadil awal 1433H


Saturday, April 7, 2012

Kerang


Pernah tak pergi tepi pantai, then susuri pantai sambil mata melilau tengok2 kerang2 yg chantek2 dan bermacam2 warna dan bentuk??

Mesti tangan rasa geram  je dan tangan akan gatal2 untuk kutip kerang2 tu kan??
Tapi, kerang jenis apa yang chantek di mata kita dan hasil refleksnya, tangan kita kan kutip???

kalau tanya, majority nya akn jawab, KERANG YANG CHANTEK!!! 

kan??? Eyh ke ade yg tak setuju???

macam tu jugak Diri Kita....adakah kita ni salah satu drpd kerang2 yang chantek tu, 
yg ada nilai nya di mata Allah??

Sejauh mana baiknya amalan kita smpai terpancar menjadi kerang yg sgt chantek tu???

T_____T

kawan2, Allah dah sediakan macam2 rahmat dan nikmat untuk kita...turunnya islam sebagai satu rahmat utk sekelian alam. Adanya Rasulullah sebagai satu rahmat dr Tuhan. Tidakkan kita mengerti??? Belum sampaikan masanya untuk hati kita mengerti?? 

Allah sediakan bumi ni, matahari, bulan bintang utk siapa???
Tanaman2 menghasilkan buah atau sayuran2 utk siapa???
Binatang yang kita sembelih, utk makanan siapa??
Air yang mengalir deras dan suci tu, untuk siapa??
Hujan yang turun, kalau tak untuk menumbuhkan tanaman dan menyejukkan bumi...
untuk apa lagi???
semuanya Allah dan sediakan untuk kita...

Come On la!!!  semua pun tahu, kita ada lagi satu dunia di sebelah sana...
Dunia ni persinggahan je, destinasi sebenar kita di AKHIRAT kelak...
Tapi fakta inilah yang selalu kita lupa....~ Kita senang terleka dgn dunia ni...

Yelah, mana tak best..nak makan je, ade semua jenis makanan.
nak main?? sebut je game apa?? semua benda ada depan mata...DOTA, angry birds, games even smpai games barbie doll pun ada...
nak baju yang chantek2??? wah!!! lagi la bersepah2 fashion kt muka bumi ni...
kalau la saya jalan dari LRT masjid jamek ke SOGO, gaya macam jalan dekat pentas Cat Walk, 
macam2 jenis fesyen jumpa..yg ala-ala Hana Tajima ada, yang ala-ala Siti Nur Haliza ada, Yuna?? Najwa Latiff?? Semua ada la...malah yg ala2 mat rempit pun ada~
Nak rumah?? semua jenis ada..malah silap2 sekali dengan perabot IKEA dah tersedia...

See guys n gurls...dunia ni heaven kan??? Memang heaven.
Tapi saya yakin, mesti dekat Syurga nanti berganda-ganda lagi Heaven!!!!

tak salah Allah bila ciptakan semua ni untuk kita...
TAPI, kita yang salah gunakan nikmat2 ni..bukan kita guna nikmat2 ni untuk beriman kpd Allah dan mentaatinya,
tp sebaliknya pula yang kita amalkan~

So, fikir2 logik la...kalo kita enjoy2 je dekat Dunia ni, kita akan enjoy ke dekat dunia sebelah sana nanti???

It is true that our fate is already recorded, since we birth...ade i`ll reveal slowly by the time...
Yeap, it is true that we cannot chang our date of death....But ONLY ONE THING that WE CAN CHANGE is, WE CAN PLAN THE WAY WE WILL DIE.....

kita bole planning dari sekarang macam mana cara kematian kita nanti...
kita nak mati dlm keadaan baik atau sebaliknya....

FIKIRKAN!! So, mula fikirkan dari sekarang~

macam mana ye?? camne keadaannya waktu kita nak kembali kepada Allah nanti??
Mati sebab eksiden moto masa tgh dating dgn boyfriend??
or masa tgh syoook2 main game of FB??
atau masa tgh tekun study??
atau masa dalam tidur??
atau masa tengah khusyuk bersujud kepada Allah???

wallahua`lam..Saya sendiri tak pasti macam mana kita akan kembali kpd-Nya yang satu..
saya berharap dwngan cara yang terbaik...
InsyaAllah...


Dan macam mana caranya???

Apa lagi, we must back to AL-QURAN...
Back to the basic...

why we are here??
Why Allah made us here??
Just for fun??? (al-mukminun:115)

or ade misi lain??
(al-baqarah: 30)
(az-zariyat:56)

Siapa yang ingat kita pernah berjanji dengan Allah semasa alam roh dulu??
Kita pernah berjanji utk mentauhidkan Allah...

Semua org pun takkan ingat janji ni. melainkan kalau dia refer kepada Al-quran...

dan dalam Al-quran, semuanya dah siap tertulis~ Hanya perlu kita baca, fahami dan hayatinya~
macam mana???
bole je sorang, tp it is better in a group..usrah, bulatan gembira or halaqah etc...

So, siapa yang takde lagi bulatan gembira..Haaa, sila2 la cari sekarang ye!!!

Apa Lagi, Cepat2 la mencari dan Kembali kepada fitrah...
sebab kita tak tahu bila kita kan kembali kpd-Nya~


p/s: STEP HAYBAT was very great!! thanx kepada semua yang hadir dan kepada AJK yg terlibat...
Semoga kehadiran kita dan susah payah kita ni, akan menjadi asbab pemberat mizan kita di akhirat kelak..
Allahumma Ameen  (^.^)
bait amru,
12.29 am