Monday, December 22, 2014

Jaulah, pelengkap tarbiah? II




ETIKA DAN ADAB JAULAH

Subhanallah telitinya agama kita, dalam apa-apa perkara sekalipun, akan diajarkan adab dan akhlaknya. Sedangkan ketika membuang air, selepas bersin pun mempunyi adabnya tersendiri, apatah lagi ketika berjaulah.

Setelah saya terangkan tetang tujuan jaulah pada post sebelum ini, insyaAllah kali ini saya akan share tentang adab dan etika ketika jaulah:


1-   Tajdid niat. Menghadirkan niat, jaulah ini untuk beribadah kepada Allah.  

“ Dengan nama Mu Ya Allah, Aku travel”

Niatkan jaulah ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kerana dengan jaulah ini, ia dapat menyiapkan kekuatan fizikal untuk memikul beban-beban aktiviti Islam secara keseluruhan yang puncaknya adalah jihad fi sabilillah.


2- Menyiapkan jiwa, diri dan fizikal.

Siapkan bekalan untuk jaulah, dari sudut material, diri dan jiwa. Duit yang cukup dan bekalan duit di dalam bank (jika kesesakan), hati yang ceria dan lapang untuk banyak belajar ketika jaulah nanti.


3- Merasa muraqabatullah (merasa diawasi Allah) di dalam setiap keadaan.

Baik manusia di sekeliling tidak memerhatikan anda, rasakanlah kehadiran Allah di mana-mana sahaja di sepanjang jaulah anda! Sentiasa merasakan bahawa malaikat dikiri dan kanan akan terus mencatitkan amalan anda.


4- Menjaga batas-batas syariat sebelum, dan semasa jaulah.

Jaga waktu solat, aurat dan ikhtilat. Walaupun lebih baik berjalan bersama lelaki untuk keselamatan diri, tetapi ianya bukan lesen untuk berdua-duaan. Jaga batas-batas lelaki dan perempuan. Tundukkan pandangan sesama anda.


5-  Menjaga mutabaah amal harian.

Walaupun anda sedang berjaulah, ini bukanlah alasan untuk anda mengabaikan mutabaah harian anda, atau lebih menarik jika anda dapat merancang mutabaah amal jaulah bersama-sama ahli jaulah. 

Rancang yang bersesuaian dengan aktiviti harian. Walaupun sibuk ke sana ke mari, pastikan anda mampu membaca Al-quran sekurang-kurangnya 2 mukasurat sehari, di samping solat sunat 2 rakaat sehari!  

*Ini sekurang-kurangnya, lebih banyak lebih bagus*


6-  Merancang jaulah bersama-sama

Seeloknya, rancang pergerakan seharian di sepanjang jaulah bersama-sama ahli jaulah. Terikat penuh dengan jadual jaulah yang telah dirancang. Minta keizinan daripada ahli kumpulan jika mempunyai sebarang masalah atau masalah kesihatan. 


7- Mulakan hari anda dengan produktif! 

Sebaik-baiknya, mulakan hari-hari jaulah anda dengan maathurat dan set kompas. Tajdid niat di setiap hari jaulah. Supaya jaulah anda tidak terkeluar daripada niat dan tujuan sebenar berjaulah. Seeloknya, tutup hari-hari anda dengan muhasabah seharian dan membaca surah al-Mulk bersama-sama sebelum tidur.

8- Patuh kepada setiap arahan di dalam kumpulan

Sama-sama menolong dan membantu di samping menghidupkan budaya fastabiqul khairat di dalam apa-apa sahaja.

9- Segera membantu ahli jaulah yang lain jika mereka memerlukan bantuan. Bahkan lebih mengutamakan mereka daripada diri sendiri.


10-  Menjaga keselamatan diri.

Tidak memakai barangan-barangan mewah meskipun anda mampu. Contohnya seperti barang kemas. Mana tahu ada mata-mata asing yang memerhatikan anda dan keselamatan ahli kumpulan jaulah terancam oleh kerana anda seorang!

dan dinasihatkan agar tidak berjalan seorang diri. Cari teman untuk menemani anda walaupun hanya ke kedai 24 jam yang berdekatan.


11-  Tadabbur alam.

Cari beberapa saat dari waktu jaulah untuk bertafakur tentang keagungan Allah yang berada di sekeliling anda. Ambil masa untuk mentadabbur alam sekeliling dan mengambil sesuatu ibrah daripadanya.

Tidak guna sesuatu jaulah, jika ianya tidak memberi kebaikan dan ibrah kepada anda!

Dan jangan kerana terlalu asyik mengambil gambar, anda terlupa untuk menghayati perjalanan anda!


12- Menjaga ukhwah sesama ahli jaulah. 

Jangan berlebihan dalam bergurau sehingga membawa kepada terasa hati. Ambil peluang sepanjang jaulah ini untuk berkenalan dengan lebih sesama ahli jaulah.

13- Membuat laporan

Selepas jaulah, jangan lupa untuk membuat muhasabah di atas jaulah. Anda perlu menulis pengalaman/ laporan sepanjang jaulah ini supaya dapat dikongsikan bersama akhwat-akhwat lain yang tidak ikut berjaulah. 

Saya tahu ini adalah perkara yang paling malas sekali, tetapi percayalah, evaluasi ini adalah untuk kepentingan anda dan rujukan kepada akhwat lain. Bahagikan tugasan untuk membuat laporan ini dengan adil. Lebih menarik jika anda mampu membuat video!


CADANGAN AGENDA JAULAH (version akhwat)

  1. Menziarahi RI akhwat
  2. Join mana-mana daurah/ usrah/mukhayyam yang ada di kawasan itu mengikut mustawa masing-masing
  3. Ziarah universiti
  4. Join mana-mana program kebajikan di Negara tu. (eg: kitchen soup to homeless etc)
  5. Solat di masjid-masjid. Rasai perasaan solat di masjid-masjid ini.
  6. Pergi ke tempat- tempat tarikan di kawasan itu (bole google je)
  7. Membeli-belah

** jangan lupa, anda perlu memberitahu naqibah anda, atau bersama-sama naqibahlam merancang agenda jaulah.

** Jangan lupa untuk melantik seorang ketua yang berkaliber di dalam jaulah anda

** Dinasihatkan untuk membawa/ membelikan sesuatu/saguhati untuk akhwat yang membawa anda.


KESIMPULAN (diolah dari SINI)


Dan dalam membina manusia, turutannya adalah seperti berikut:

Maratib amal –> mihwar( paksi) dakwah –> marhalah dakwah –> khutuwat ( langkah2) dakwah –> wasilah dakwah –> wasilah tarbiyah

Kita hanya mengelolakan jaulah hanya jika dapat mencapai agenda tarbawi yang kita dah setkan untuk anak binaan kita.

Dari objektif yang jelas, baru tahu apa langkah-langkah yang perlu disusun atur.

Yang paling perlu dilihat adalah big picture, ke arah mana kita nak bawak anak binaan kita ini.

Selama-lamanya kita adalah hadaf oriented, dan bukannya program oriented.

Bukan semata-mata membuat program, kemudian baru fikirkan hadaf. Tapi perlu difikirkan keperluan, dan hadaf, barulah memikirkan bentuk program itu.

Seperti itu jugalah jaulah.

Ia dilaksanakan untuk mencapai hadaf tersebut.

Kalau tujuan kita untuk membentuk keakhawatan, dan mengajar mereka skill-skill di dalam berDF, maka kita membawa mereka pergi ke negeri yang ada akhawat-akhawat kabeer yang dapat mengajar mereka perkara itu.

Jika tujuan jaulah adalah untuk beri mereka semangat dalam beramal, dan melihat gerak kerja orang lain, maka kita bawakan mereka berjaulah di tempat yang akhawatnya sebaya dengan mereka, tapi tangkas dan semangat buat kerja.

Jika jaulah itu untuk menautkan hati dan berukhuwah dengan anak binaan kita, then kita buat perkara-perkara yang sweet dengan dia sepanjang jaulah. At the same time, buat benda sama-sama dengan mereka ketika jaulah itu. Untuk tujuan ini, kat mana tempat pun okay sebab tak perlukan akhawat lain.

Kalau tujuan jaulah adalah untuk membina skill kemurabbian mutarabbi, maka kita rancang perjalanan dia untuk pergi tempat yang ramai mad’u tapi kurang murabbi di situ. Dan dari situ dia dihantar bukan untuk menerima pengisian, tapi memberi pengisian.

Pengisian jaulah itu sendiri bergantung pada hadaf yang kita letakkan pada anak binaan masing-masing.

Itu menentukan bahan-bahan yang ada dalam jaulah.

Paling penting dalam jaulah adalah:
Tautan hati, dan sabar.

Sebab banyak episod ujian dalam jaulah ini, akan menunjukkan sikap sebenar kita sebagai daie dan murabbi juga.


Oleh itu, saya ucapkan selamat merancang perjalanan jaulah anda. semoga jaulah anda diberkatiNya, dimudahkan semua urusan dan mendekatkan lagi kita kepada Pencipta yang Esa.

Selamat berjaulah! 




*** Namun untuk yang masih tidak berpeluang untuk berjaulah, jangan bersedih
Saya nak ajak anda semua baca artikel di SINI , yang membuka minda saya. Yang nak berjaulah pun kena baca jugak.

Tak guna beribu-ribu jauh kilometer yang telah anda tempuhi jika tidak di amati dengan baik.

Jauh pengamatan, luas pemikiran! (^.^)

*satu muhasabah untuk saya secara peribadi..




p/s: Mohon doakan saya di dalam jaulah2 antum. May Allah bless us, till jannah.



Rujukan lain:





MHZ,
beyt SQ, kaherah,
11.50pm,
21 Disember 2014

Monday, December 15, 2014

Jaulah, pelengkap tarbiah?





Bismillah. Assalamualaikum wbt,

“ Akak, kenapa perlu travel? “
“ Best ke travel ni kak? “
“ Tempat apa ye best untuk jaulah? Akak ada cadangan?”
“ Biasanya kita buat apa je mase travel? Jalan-jalan tengok scenery? Lawat akhwat?”

Kerap kali saya diajukan soalan-soalan sedemikian. Sejujurnya,pastilah jawapannya adalah travel SANGAT SERONOK!

“ Alaaa.. dia tu dapat tajaan boleh la pergi jenjalan”
“ Banyak duit boleh la cakap..”

Haish! Haa.. ni la satu stigma yang perlu dibuang. Ya Alhamdulillah saya tak nafikan yang saya banyak berjalan menggunakan scholarship saya.

Bagi saya, semua orang mempunyai duit. Bagaimana dia menghabiskannya yang membezakan.

Ada orang, tak banyak travel, tapi selalu beli gajet. Keep updated. Ada laptop, camera, handset, monopod dll.
Ada orang spend duit untuk keperluan harian, makanan, tambang dll.
Ada orang suka shopping baju baru, winter coat baru dll.
Ada orang suka menabung untuk masa hadapan.
Ada orang punyai tanggungan keluarga.
Ada orang spend duit membeli koleksi peribadi.
Ada orang spend duit utk pembedahan/ masalah kesihatan.

Terserah. Semua kita sudah cukup dewasa untuk memahami nilai duit.

Dan cara saya adalah, saya ‘melabur’ duit saya dengan travel. Melihat alam ciptaan Allah, di samping banyak belajar menjadi manusia yang matang dan berjiwa besar. Saya sangat merindui tarbiah yang didapati sepanjang jaulah.
Kerana jaulah benar-benar menguji keimanan dan kebergantungan kita kepada Tuhan.

Setiap kali duit scholarship masuk. Saya akan simpan siap-siap duit untuk ke jaulah. Simpan siap-siap duit simpanan peribadi, dan yang bakinya saya gunakan untuk kehidupan seharian (bayar sewa, makan, tambang, beli buku, yuran dll).

Bila rasa duit ke jaulah tak cukup, saya akan menjana ekonomi. Meniaga, amek upah, investment dll.

Kerana saya selalu dilatih dari kecil, untuk berusaha untuk perkara yang kita ingini. Jangan manja dan hanya berharap Tuhan kabulkan impian kita.

kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Dari kecil, parents selalu bawa berjalan untuk celebrate apa-apa, contohnya pergi Pulau Pangkor lepas PMR, so jaulah ni indirectly selalu jadi booster untuk saya. Saya akan hadiahkan diri sendiri dengan jaulah atas usaha keras saya.

Terpulang, saya tahu semua orang ada cara tersendiri untuk menghargai diri sendiri (^.^)


Kepentingan jaulah di dalam tarbiah


A010

Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu; dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu.



Seperti yang kita ketahui, tujuan tarbiah ialah untuk melahirkan individu muslim yang mempunyai 10 muwosafat tarbiah.

Dan dalam usaha ke arah itu, kita mempunyai 7 wasail tarbiah untuk mencapainya.

Usrah, daurah, nadwah, mukhtamar, mukhayyam, rehlah dan katibah.

10 ciri-ciri seorang Muslim

Walau bagaimanapun, jaulah bukanlah salah satu daripada wasail di atas.
Tetapi ini tidak bermaksud ianya tidak penting. Jaulah indirectly menjadi pelengkap salah satu wasilah tarbiah kerana tarbiah itu bersifat KOLEKTIF.

Setiap wasail tarbiah mempunyai tujuan dan aspek yang diberi perhatian.

Jika kita membaja fikrah, ukhwah di dalam usrah dan daurah, maka jaulah pula memberi perhatian kepada aspek jasadi, di samping  rohani, intelektual, kejiwaan dan social. Dengan  berjaulah, kita bebas bergerak, beriadhah, belajar merancang, bekerja bersama-sama, menahan rasa lapar dan haus, menahan sabar, dan dll yang tak dpt diperolehi di dalam liqa usrah dan katibah.

Di samping membina disiplin-disiplin lain yang tidak dapat dibelajar hanya di dalam bulatan liqa kita.

Jika anda adalah seorang yang tidak pandai menguruskan masa, selalu lambat ke sekolah, selalu fail nak jaga masa, anda boleh belajar menjadi manusia yang punctual daripada public transport di Negara-negara Eropah.

Saya sendiri hampir-hampir ketinggalan train Edinburgh- Manchester walaupun saya hanya terlambat 2 minit daripada masa yang ditetapkan.

Mula-mula ketika saya melihat waktu perlepasan train di UK, saya terkejut melihat waktunya yang sangat lucu bagi saya. Kerana di Malaysia atau di Mesir, kita jarang menggunakan minit yang sebegini.

Waktu perlepasan: 5.13pm, 10.07 am, 11.34 am, 8.24pm
Waktu Ketibaan: 11.48pm, 12.09am, 9.27pm

Tiket kebiasaaan yang saya lihat: 10.00am, 7.30pm, 12.45pm

Namun, saya tahu UK tidak bermain-main dengan masa apabila saya sampai di Platform pukul 9.23am dan saya dapati train sudah tiada di platform.(sepatutnya train bertolak pukul 9.22am)

Pucat muka. Speechless. 

Ketika ini pergantungan saya kepada Allah 200%. Bukan saja-saja saya lewat. Dek kerana mencari Platform yang jauh ini, saya terlewat.

Saya tak dapat bayangkan yang saya terpaksa membeli semula tiket yang baru, yang satu tahu harganya pasti berganda-ganda mahal daripada harga asal tiket saya. Ditambah lagi dengan nilai matawang Sterling Pound yang bukannya murah!

Namun, syukur Alhamdulillah. Bila ditanya kepada orang di sekeliling, rupa-rupanya train yang ditunggu delay 20 minit kerana masalah cuaca yang tidak dapat dielakkan.

Ketika itu hanya Tuhan yang tahu bagaimana syukurnya saya kepadaNya.

Nah, siapa kata Jaulah tidak penting?

antara koleksi tiket train sepanjang jaulah di UK tahun lepas

Selain menjadi duta Islam, Saya juga belajar tentang salimul aqidah (Aqidah yang sejahtera) dan salimul ibadah (ibadah yang betul) di UK.

“Waktu solat di sana, ditentukan oleh keimanan kamu.”

Saya pernah dengar statement ni daripada kakak-kakak yang pulang dari jaulah di France.

Dan saya sangat setuju dengan statement ni.

Di Negara non-muslim, kita takkan dapati azan berkumandang setiap kali waktu solat, maka hanya keimanan yang menentukan sama ada kita akan solat atau tidak.

Ditambah dengan waktu siang yang pendek, maka tak pelik jika gap solat di antara zohor dan asar hanyalah 1 jam setengah.

Bayangkan zohor masuk pukul 12.30pm. dan asar masuk jam 2.00pm. dan jika ketika itu ada lecture pkl 12-2pm. Maka, tak pasal-pasal akan terlepas solat zohor.

Maka, pandai-pandailah kita minta izin dari lecturer, cari tandas dan solat di mana-mana tempat yang bersih.

Ibadah ini praktikal.

Cuma kerana kita tidak memaknai ibadah itu, membuatkan kita rasa terbeban dengan suruhan Allah ini.

Dikelilingi mat saleh membuatkan hanya anda yang akan mejaga diri iman sendiri. Mana ada orang yang akan kisah jika anda meninggalkan solat?

Hanya malaikat kiri dan kanan sahaja yang mencatitnya!


Sewaktu di Heathrow Airport, London, ketika ingin melepasi kawalan keselamatan, beg saya berbunyi. Hanya kerana air masak sebotol yang lupa nak dikeluarkan. Maka sebelum air tersebut dibuang, saya dan hajar terus mencangkung dan minum air tersebut. (sebab dah diajar minum sambil duduk).

Saya tak sangka rupa-rupanya kelakuan kami diperhatikan oleh pegawai di situ.

Pegawai Mat saleh: Why you do like that? I mean while u’re drinking.

Saya yang ketika itu masih kalut, terkejut dengan soalan itu.
Dan saya takkan dapat lupakan jawapan bodoh kami, jawapan yang sangat tidak pandai dijawab oleh seorang duta Islam!

“ errr… because our religion teaches us like that. Erm, maybe it's good for digestion?”

Aduh… kalau la saya boleh ulang masa. Saya pasti akan jawab dengan lebih baik.

Duduk ketika minum.

Satu adab yang diajar sejak kecil. Tetapi kenapa ya?

Ini baru satu juzuk dalam kehidupan. Belum lagi masuk soal mat saleh di sekeliling yang bertanya kenapa solat menghadap dinding? Kenapa pakai tudung? Kenapa puasa dll.

T____T * Facepalm*


Nah, siapa kata Jaulah tidak penting?

Ini tak masuk lagi bab kita tiba-tiba tak cukup duit, bab kena manage travel sendiri, arrange jadual kita dan cari tiket yang selari dengan jadual dan wang kita, bab kena belajar tahan nafsu shopping walaupun sales depan mata semata-mata sebab nak jimat duit dll.

Bagi saya, jaulah menggaulkan kesemua 10 muwasafat tarbiah itu lengkap terlatih, bukan sekadar teori semata-mata.


Untuk tidak membebel lebih panjang, saya senaraikan beberapa tujuan jaulah. Tujuan ini berdasarkan pemerhatian saya, di samping olahan daripada bab Rehlah buku Perangkat-perangkat Tarbiah Ikhwanul Muslimin oleh ust Ali Abdul Halim Mahmud. (semoga Allah merahmati beliau)

Kerana,sebagai seorang muslim apatah lagi daie, setiap perkara perlu disandarkan dengan niat dan tujuan.

Tak guna kalau berjalan serata dunia, tetapi hanya menambah pengalaman dan gambar-gambar di instagram sahaja.

Tiada muhasabah untuk memperbaiki diri.

Membazir sahaja pelaburan beribu ringgit ini, jika tiada hasilnya yang memberi manfaat kepada diri dan oran lain.

Sebelum itu, soalan yg biasa di tanya, siapakah ahli jaulah?

erpulang kepada anda.Kebiasaannya best travel dengan usrahmates, katibah mates, housemates, anak-anak usrah, family, classmate atau sesiapa sahaja.


TUJUAN JAULAH

A-  Tujuan Individu:

  1. Melatih fizikal, sebagai penyegar badan di samping mengambil udara dan suasana baru, kerana kebiasaaannya pertemuan-pertemuan dilaksanakan di ruang-ruangan di rumah.

  1. Melatih disiplin yang ketat, sebelum dan semasa jaulah. Belajar mengurus dan mematuhi masa

  1. Belajar persediaan jaulah dengan persediaan peribadi sebelum jaulah.
  2. Refreshing minda, fizikal dan semangat!
  1. Melatih daya tahan, menanggung beban fizikal seperti duit tak cukup, menahan haus dan lapar, menghormati budaya di tempat orang dll.

  1. Tadabur alam. Menambah keimanan kepada Allah. Melihat kehebatan ciptaan Allah pada alam dan manusia. 
A015

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).


  1. Membiasakan diri bekerjasama dengan orang lain dalam melaksanakan jaulah dan melaksanakan tugasan jaulah. (Al-Kahf: 28)

  1. Mempunyai jiwa yang besar dan belajar daripada culture masyarakat tempatan di sesuatu kawasan. Yang baik dicontohi yang buruk dijadikan sempadan.

  1. Belajar mengelola jaulah secara baik, dimulai dengan memilih tempat, menyiapkan bekalan, diakhiri dengan menulis laporan perjalanan. (penting untuk menulis laporan atau catatan perjalanan, untuk rujukan dan share kepada akhwat lain yang tak dpt turut serta)

  1. Membina cara fikir yang lebih matang, mampu berdikari dan membuat keputusan.

  1. Mempelajari dalam menyesuaikan diri dengan suasana di negara lain

  1. Melihat survival akhwat di Negara lain, especially untuk mempraktikkan Islam di Negara bukan Islam. Menjadikan kita lebih izzah menjadi seorang muslim dan daie.

B-  Tujuan Umum

1.   Mengenali ikhwah akhwat secara mendalam melalui interaksi dengannya sepanjang perjalanan. Iklim bebas dengan ruang gerak yang luas ini boleh membentuk pola pikir bagi setiap akh: kesiapan fizikal, moral, mental, kerjasama dengan orang lain, dan kemampuan disiplin dan taat dalam melaksanakan tugasan.

2.   Menguatkan ukhwah sesama ikhwah akhwat dan membingkai hubungan tersebut mengikut bingkai Islam yang sebenar. Agar seorang akh itu dapat mempraktikkan etika islam dengan bersungguh-sungguh seperti:
-          Etika bergaul dengan orang lain
-          Etika tolong menolong dan saling membantu
-          Etika makan dan minum
-          Sabar dan tabah menanggung derita.
-          Berlumba-lumba dalam amal

3.   Mengenal pasti potensi-potensi saudara-saudaranya di dalam bidang-bidang tertentu; seperti kepimpinan, administrasi, peka terhadap perasaan ukhti, menyelesaikan masalah yang datang secara tiba-tiba, serta keakraban ukhti sesama akhwatnya yang lain


C-  Tujuan tarbawi

1.   Menambah nilai yang penting di dalam amal jamaie, seperti:

a-   Komitmen dan disiplin dengan tanggungjawab di dalam kumpulan
b-   Taat kepada ketua kumpulan jaulah
c-   Kesungguhan, semangat, cermat dan teratur dalam melaksanakan apa-apa tugasan yang diberikan
d-   Membangkitkn semangat mujahadah di dalam jiwa. Melawan segala kepayahan, kesusahan, masalah yang timbul di sepanjang jaulah
e-   Menanam ukhwah, kecintaan dan ithar kepada ukhti. Menanggung sama-sama segala kepayahan sepanjang jaulah. Tidak mementingkan diri dalam hal makan, minum, membeli belah, dan istirehat.
f-    Rasa bersama-sama bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesihatan ahli jaulah
g-   Melatih rasa percaya kepada ukhti lain. (ie: percaya untuk meninggalkan barang-barang berharga kepadanya, percaya untuk mewakilkan dia melaksanakan apa-apa tugasan etc)

2.   Melatih berdikari, dan mempersiapkan kelengkapan untuk menghadapi apa-apa keadaan yang tidak terduga, yang menimpa seluruh ahli atau salah seorang ahli di dalam kumpulan jaulah (eg: tertinggal train, tersalah menaiki bas, kehabisan duit, sesat jalan etc)

3.   Berjumpa akhawat di tempat lain. Menjalinkan ukhwah sesama akhwat. merasakan kebersamaan di atas jalan dakwah ini (ie: bukan kita seorang sahaja yang melalui jalan dakwah ini. Tetapi semua orang di merata-rata tempat sedang menempuh jalan menuju ustaziatul alam ini)

4.   Melihat gerak kerja akhwat di tempat lain. Mengambil semangat beramal mereka yang bekerja di di sana. Saling berbagi, give and take.

5.   Melihat pengurusan tarbiah di sesuatu kawasan.

6.   Melatih anggota mengatur bajet kewangan jaulah, serta menyimpan sebahagian dana untuk jaulah, untuk menutup mana-mana keperluan yang tidak terduga di sepanjang jaulah.

7.   Membina skill kemurabbian. Dengan menjadi muwajih di tempat jaulah.

8.   Melihat Rumah Islam akhwat. dan melihat bagaimana mujahadah mereka memakmurkan RI mereka

**Sesuatu Jemaah perlu melatih anggotanya untuk melakukan aktiviti tersebut, kerana amal islami dan amal jamaie memang memerlukan hal ini dalam semua peringkat.


saya akan sambung dengan etika dan adab ketika berjaulah insyaAllah..

to be continue....



p/s: Syukran jazilan kepada yang mendoakan. Alhamdulillah, done with paper 1 Surgery. Next ada 3 paper lagi.. terus mendoakan (^.^)


MHZ,
Beyt SQ
11.45pm
14 Dis 2014