Wednesday, July 24, 2013

of 15th Ramadhan





Apabila berkata tentang hadis berkaitan Ramadhan, antara hadis yang biasanya kedengaran adalah seperti ini,

:عن أبي هريرة رضي الله عنه قال

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Saya rasa semua pembaca mesti maklum akan hadis ini bukan?  Hadis ini bermaksud,

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." 

Okay, Mari kita ubah sikit.



:عن أبي هريرة رضي الله عنه قال

من صام رمضان, غفر له ما تقدم من ذنبه 

bermaksud, 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." 

Perhatikan perbezaan antara 2 hadis di atas, ada perbezaan? Err, hadis kedua nampak sangat pelik dan tidak sempurna. Inilah kehalusan bahasa arab itu sendiri. Satu perkataan sahaja yang berubah akan mengubah seluruh makna.

Selama ini saya selalu terfikir, seronoknya ramadhan. Bila datangnya ramadhan, kemudian kita berpuasa, menahan diri dari makan dan minum dan Allah akan menjanjikan keampunan dosa. Wah!! Siapa yang tidak mahukan peluang berharga ini.

Rupanya selama ini saya silap! Silap sama sekali.

Tak mungkin sesenang itu Allah akan mengampunkan dosa kita yang bertimbun itu, hanya dengan menahan lapar dahaga.

Untuk mendapat keampunan Allah, syaratnya hanya satu! Berpuasa dengan beriman dan mengharapkan redha Allah.

Puasa itu bukan sekadar lapar dan dahaga. Puasa yang sebenarnya ialah menahan diri. Menahan diri mengikut nafsu. Dari sudut perbuatan, percakapan, sehinggalah juga pada sudut perasaan.


Sewaktu Ramadhan, seharusnya diri berusaha lebih keras untuk menghakis perkara lagha yang sudah terbiasa dilakukan sebelum ini. Inilah masa untuk mengikis sebersih-bersihnya rasa malas, suka marah, kuat tidur, kuat shopping atau kuat makan. 

Maksiat? Tidak perlu bercerita tentang maksiat. Seharusnya, usaha membuangnya jauh-jauh perlu lebih giat dilakukan ketika bulan puasa ini.

Amalan wajib pula dipercantikkan sebaiknya, agar lebih berseri-seri dan indah catatan amalan itu. Begitu juga amalan sunat yang liat dijalankan sebelum ramadhan, kali ini sungguh-sungguh dihidupkan dalam rutin harian penuh semangat . Biar sebati dalam diri, agar melekat sehingga selesai Ramadhan nanti.  Mudah-mudahan, mekar menguntumlah rasa taqwa dalam diri. Barulah ia dipanggil ‘impak’ dalam hati.

Sesuai benar dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah, ayat ke-183 (maksudnya):

 Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Maka, mari kita muhasabah, apatah lagi sudah separuh bulan ramadhan ini kita tempuhi. Sayang seribu kali sayang jika ia tidak meninggalkan apa-apa impak positif pada diri kita.


Bulan Ramadhan, bukan penuh keberkatan, rahmat dan maghfirah.

Bulan yang dijanjikan Allah di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, lailatulqadar.

Allah menghadiahkan bulan yang mulia ini kepada ummat islam untuk membersihkan diri kita daripada dosa-dosa maksiat yang telah dilakukan sepanjang 11 bulan yang lalu.

Dan ia adalah bulan ketaqwaan. Sejarah telah membuktikan banyak peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlangsung pada bulan ramadhan, Perang Badar, Fathul Mekah, pembukaan kota Andalus oleh Tariq bin Ziyad, kemenangan ummat Islam ke atas tentera Monggol dan perjalanan penuh tarbiah kaum muslimin ke Tabuk.

Nah, terbukti bulan ramadhan bukanlah bulan untuk bermalas-malasan, lemah-longlai, tidak bertenaga , tidak produktif dan hanya menunggu masa berbuka.


Turut jangan dilupakan ummat islam di seluruh pelosok bumi Allah ini. Khususnya di Palestin, Syria, Mesir, Rohigya dan lain-laian negara Islam. Jangan dilupakan sisipan doa untuk mereka. Doakan semoga kebenaran akan tertegak dan kezaliman akan dinoktahkan.

InsyaAllah, kegemilangan umat Islam yang telah sirna akan dimuliakan tidak lama lagi.


Hulurkan sumbangan anda semua dalam bentuk sumbangan wang, harta, makanan, dan doa kepada mereka. Semoga usaha kecil kita dapat memberatkan timbangan amalan kita di akhirat kelak.


dan,

Ingat!  bulan ramadhan merupakan bulan pesta ibadah, bukannya pesta makanan dan pesta bazar ramadhan.

Walaupun syaitan telah diikat, tetapi syaitan telah mendidik anak muridnya nafsu untuk terus menyerang umat islam. Oleh Itu, Awas! Berhati-hati dengan syaitan manusia dan nafsu di sekeliling anda!

Semoga kita dapat  memasuki dan graduate dari madrasah Ramadhan ini, dengan jiwa yang lebih suci, tulus penuh kehambaan, sesuci bayi yang baru lahir.

Hari ini sudah 15 ramadhan, separuh ramadhan sudah kita lalui. Saya pasti ada yang sedang bersedih kerana ramadhan bakal meninggalkan kita, dan ada juga yang gembira kerana raya bakal menjelang =.=

Muhasabah diri, Mari kita hargai ramadhan yang ada ini, kerana kita tak tahu umur kita masing panjang atau tidak untuk merayakan eidul fitri yang akan datang~

Moga kita dapat berpuasa dari semua aspek-  puasa makan dan puasa semua anggota badan daripada perkara-perkara yang dapat mengurangkan pahalanya.

Ayuh, mari kita mengosongkan perut dan mengenyangkan iman kita dengan amal ibadah, zikir-zikir dan bacaan al-quran.

dan bersedia untuk mengejar lailatul yang bakal tiba tak lama lagi~ stay tuned!

Mana tahu ini ramadhan terakhir untuk kita, jom pulun~



Ramadhan Kareem. 

MHZ, 
MyHarmonica Zine,

Beyt SQ,
15 ramadhan 1434H
7.40 am

Friday, July 12, 2013

Jangan Ditangisi Haid Itu~




Assalamualaikum wbt,


Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ketiga ramadhan. Alhamdulillah Allah pilih untuk kita semua menjadi tetamuNya, tetamu ramadhan.

Tahun ini, InsyaAllah saya akan berpuasa penuh di Mesir, kuliah masih lagi diteruskan, sedangkan batch lain semua dah bercuti. Aduh, meroyan tengok mereka semua mengangkat beg kargo. Bukannya sebab saya homesick yang amat, tetapi sebab banyak program-program best menanti di Malaysia, termasuk hampir 10 walimah rakan-rakan saya yang bakal berlangsung sepanjang cuti musim panas ini.

Tapi, Allah menganugerahkan pengalaman yang lebih manis untuk saya- dapat merasai ramadhan di bumi anbia ini ditambah dengan keadaan mesir yang masih bergolak, rasa macam tengah berpuasa dekat zaman sahabat dahulu, zaman perang. (^.^)

Okeh, sempena ramadhan kali ini, saya nak hadiahkan article ni untuk ukhti-akhawat- sisters- pembaca- rakan-rakan perempuan saya. Ya, anda lah yang bergenetik XX yang sedang membaca ni.

Saya tahu ini dilemma kita semua, so harapnya sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dalam me maintain kan momentum kita untuk memecut dalam bulan ramadhan ini, InsyaAllah.

Jemput membaca! (^.^)v

Moga bermanfaat InsyaAllah.

btw, Juga boleh baca article yang sama di SINI.

***

Jangan Ditangisi Haid Itu~




Ramadhan tiba lagi dengan sajian pahala yang berganda-ganda.  Dalam kita rancak menyusun perancangan sebulan ibadah kita, tentu sahaja terdetik di hati, “ Alaaa, janganlah period kali ni datang pada akhir 10 ramadhan. Tengah pecutan maximum tu”. Atau pun “ Haa? Period datang double bulan ni? Awal dan akhir? Kenapa Allah uji ana sampai macam ni sekali? Ini dikira nikmat atau dugaan? ” dan pelbagai lagi keluhan  yang biasa saya terdengar keluar dari mulut ukhti-ukhti saya.

Saya pasti, seorang muslimah yang menyedari akan mahalnya harga satu detik di dalam bulan yang penuh keberkatan  ini pasti tidak mahu mensia-siakannya.  Sudahlah Ramadhan datang sebulan setahun, pastilah mahu  memecut sehabis daya kan?

Jadi, anda nak buat apa ni? Makan pil supaya tak didatangi haid sepanjang Ramadhan?  Jangan!  Ubat-ubatan ini kadang- kadang tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormone.

Atau anda mahu menangis dan menyesal dicipta sebagai perempuan lalu mengomel  ’Untunglaa jadi lelaki..?

Sekali lagi jangan! kerana Allah berfirman:

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)

Sememangnya perasaan sedih pasti akan lahir dari hati seorang muslimah yang sangat mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya. Sedangkan, Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid.

Haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut dikesali, kerana di sebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.

REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH DAN BERSANGKA BAIK

Redha ialah senang hati menerima apa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sema ada baik atau buruk. Dan redha dalam beribadah ialah beribadah seperti mana yang diperintahkan untuk kita lakukan, bukan sebagaimana yang kita suka untuk melakukannya.

Anda perasan tak, bila anda tidak berpuasa kerana haid, sebenarnya anda mendapat pahala kerana mentaati perintah Allah. Ini kerana Allahlah yang memerintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari kita tidak didatangi haid, dan Allah jualah yang memerintahkan kita untuk berbuka ketika sedang haid, maka berpuasa ketika haid merupakan suatu dosa kerana anda dikira melanggar perintah-Nya.

Maha Besar Allah, Dia-lah Sebaik-baik Pencipta, selalu meletakkan hikmah pada makhluk yang diciptakan-Nya. Oleh itu, jika kita benar-benar redha dengan apa yang ditentukan Allah untuk golongan Hawa seperti kita, maka tidak akan timbul isu berkurangnya pahala kerana kita tidak boleh solat dan puasa.
Kita hanya dilarang oleh Allah untuk solat, puasa, tawaf dan membaca Al-quran (menurut khilaf ulama’)** -boleh refer sini- Sedangkan tanpa kita sedari, sebenarnya pintu-pintu syurga masih terbuka luas untuk kita  dan para malaikat masih memanggil-manggil pencari kebaikan.
Namun, masa haid bukanlah masa berehat dari ibadah, kerana sesungguhnya dalam sehari-semalam itu masih ada banyak amalan yang masih boleh dikerjakan oleh wanita haid.

1-      Sediakan juadah berbuka puasa

Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”(Riwayat Tarmizi).

Seorang muslimah yang solehah akan sentiasa memburu pahala. Dia tidak akan mensia-siakan peluang beramal. Mari kita memudahkan urusan ukhti-ukhti kita yang berpuasa. Mudahkan mereka beribadah. Niatkan memasak juadah itu kerana Allah. Mana lah tahu, sambal ayam, atau Ikan Asam Pedas yang anda sediakan itu yang akan membawa anda ke SyurgaNya nanti!

2.  Bangun Sahur bersama-sama
Seperti juga menyediakan juadah berbuka, tiada salahnya jika kita dapat menyertai mereka bersahur. Lagi Osem jika anda boleh menyediakannya, dan biarkan ukhti anda bangun qiamullail. Mintakan sekali dia mendoakan anda. Tidak perlu masak yang renyah dan susah-susah, cukup sahaja telur masak kicap. Sambil-sambil anda memasak, bolehlah berzikir atau mendengar ayat al-quran. InsyaAllah akan terasa sekali roh qiamullai walaupun anda berada di dapur!

3.  Tadabbur Al-quran atau mendengar bacaan Al-quran

Jika kita dilarang untuk membaca Al-quran **, tidak salah jika kita mendengar bacaan Al-quran. Tukarkan senarai Playlist di dalam Handphone anda dan isikan dengan  mp3 Al-quran. Sekurang-kurangnya jika kita tak sempat untuk khatam Al-quran, kita sudah khatam mendengar bacaan Al-quran. Mari kita membudayakan mendengar Al-quran  di mana-mana anda berada. Di dalam kenderaan, sedang memasak di dapur, sedang melipat pakaian, menyapu sampah malah ketika belajar.

4.  Istighfar, zikir, Maathurat dan Selawat ke atas Nabi

Kali ini mari kita tukar jadual ibadah kita. Jika selama ini kita mengambil 10 minit untuk mengerjakan solat Zohor. Ketika haid, kita gunakan juga 10 minit itu untuk istighfar, zikir, membaca maathurat, berdoa, dan selawat keatas Nabi SAW. Berzikir boleh dilakukan wanita haid. Hal ini lebih baik daripada sekadar membiarkan lisan dan hati kita lalai dari mengingat Allah. Atau membiarkan lisan dan hati kita untuk hal-hal maksiat seperti mengumpat dan membicarakan serta memikirkan hal yang sia-sia. Dzikir selain dapat mengingatkan kita pada Allah, menenteramkan hati juga mendatangkan pahala.

5.  Menyibukan diri dengan ketaatan dan menjauhkan diri dari kemaksiatan.

Lazimi diri kita untuk tidak membuang masa begitu sahaja. Andai futur ketika haid, jangan biarkan begitu sahaja. Dampingi rakan-rakan yang solehah, hadiri majlis-majlis ilmu (dengan syarat bukan dilaksanakan di dalam masjid), dengarkan rakaman ceramah-ceramah atau hiasi masa anda dengan membaca buku-buku tarbiah dan buku-buku agama. Kegiatan ini juga menghindarkan kita dari angan-angan kosong atau sekadar melamun tanpa guna atau membiarkan waktu berlalu tanpa faedah.

6.  Infaq/ sedekah

Bersedekah umpama kita sedang menabung dalam tabung dan saham akhirat kita. Ganjarannya diganda-gandakan pada bulan Ramadhan. Tambahan, banyak tabung-tabung kebajikan, tabung anak yatim, tabung Palestine dan Syria yang akan diedarkan sekitar bulan Ramadhan ini, boleh lah kita membelanjakan wang kita ke sana.

7. Istiqamah (Terus) membuat perkara-perkara sunat yang sudah biasa dilakukan

Tak hanya itu, teruskan sahaja amalan sunat yang seharian anda biasa lakukan. Jangan dikurangi dosenya hanya kerana anda haid. Melakukan tugas harian sebagai isteri, ibu, housemate, anak yang baik,  selagi mana  dilakukan dengan tulus juga dikira sebagai ibadah. Insyaallah boleh menjadi pengisi poket-poket amal kita, walaupun kita sedang terhalang dengan fitrah haid.

Terimalah fitrah wanita ini dengan ikhlas, tidak menyesalinya dan tidak berburuk sangka. Berkumpul dengan orang yang soleh dan ambillah semangat mereka. Juga, hormat mereka yang berpuasa dan jangan sewenang-wenangnya makan di khalayak ramai.  Maka, raikanlah Ramadhan penuh kesyukuran kerana kita, seorang WANITA.

** Hukum asal membaca Al-quran bagi wanita haid adalah diharamkan. Tetapi jumhur ulama’ menyatakan membaca Al-quran menjadi harus dengan niat berzikir mengingati Allah. Rujuk SINI. 

p/s: Jangan lupa untuk mendoakan Mesir, dan semua saudara seislam kita, di mana-mana sahaja :D

Juga tolong doakan Allah kurniakan keikhlasan dalam saya beramal dan menulis, agar tak dibakar riak dan ujub.  T____T  Syukran semua :D 


MHZ,
My Harmonica Zine

beyt SQ,
11.05am
3 ramadhan 1434H

Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Ramadhan Kareem. Dari tingkap rumah saya, Beyt Saifudin Qutuz (SQ)


Assalamualaikum wbt,
Salam Ukhwah.

Esok bakal tiba tetamu yang ditunggu. Ramadhan al-Mubarak.


اَلصُّيَامُ وَاْلقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ يَقُوْلُ اَلصِّيَامُ أيْ رَبِّ مَنَعْتُهُُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتَ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِى فَيْهِ وَيَقُوْلُ اْلقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِالَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيْهِ قَالَ فَيُشَفِّعَانِ

Puasa dan Al-Qur’an akan memberikan syafaat seorang hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: “Ya Rabbi, aku mencegahnya dari makan dan minum di siang hari”, ِAl-Qur’ an juga berkata: “Aku mencegahnya dari tidur dimalam hari, maka kami mohon syafaat buat dia.” Beliau bersabda: “Maka keduanya dibolehkan memberi syafaat.”  (HR Ahmad)

Kalau di mesir ni, rakyat tempatan akan seronok dan meriah untuk menyambut bulan Ramadhan. Sambutan ramadhan lagi meriah daripada sambutan raya di Malaysia.

Rumah dihias cantik.
Baju untuk menunaikan solat dibeli baru.
Manisan dan makanan-makanan special dah dibuat.
Kurma dah beli sedozen.
Di tepi-tepi jalan, gerai-gerai maidatul rahman dibina di merata tempat.
Gerai ni untuk fakir miskin mendapatkan juadah berbuka percuma :)

Saya suka dan rindukan suasana sebegini. semoga Allah kurniakan keamanan kepada Mesir, supaya semua orang boleh menikmati Ramadhan dengan Osem!

Mereka di Medan Rabaah. sudah pasti sangat best! Berhimpun memperjuangkan kebenaran di Bulan Ramadhan, oh pahala mereka sungguh OSEM!! Semestinya malaikat-malaikat dari langit turun mengelilingi mereka dan mendoakan kesyahidan mereka dan pengampunan dosa untuk mereka.

Buat pejuang di sana! Allah bersama kalian. Teruskan mara dan jangan lelah. Sejarah membuktikan pelbagai peristiwa hebat berlangsung pada bulan ramadhan, Perang badar, Fathul mekah, kemenangan Perang Ain Jalut.

Mungkinkah sejarah akan berulang! Semoga al-haq akan terus tertegak.

Saya mendoakan semua umat islam di seluruh dunia, dapat memasuki dan graduate madrasah Ramadhan ini, dengan jiwa yang lebih suci, tulus penuh kehambaan.

Moga Allah membasuh semua dosa kita dan menjadikan sesuci bayi yang baru lahir.

Bulan ramadhan, bulan penuh rahmah, barakah, maghfirah dan keselamatan dari api neraka.

Bulan yang diganda-gandakankan semua amalan.

Ramadhan kareem semua.

Jika di mesir, akan dijawab Allahu Akram (^.^)

Moga kita dapat puasa dari semua aspek, puasa makan dan puasa dari semua anggota badan. Puasa mengumpat, mengutuk, pandangan mata dan hati yang tidak terjaga, puasa mendengar benda yang tak baik dan sebagainya.

Bulan Ramadhan, bulan pesta ibadah, bukannya pesta bazar ramadhan ye!

Ingat tu! (^.^)




***

Oh, ada orang bertanya sejak bila dakwat hati sudah bertukar kepada My Harmonica Zine?

Senyum. (Dakwat hati tu nama blog saya sebelum ini)

Sekarang MHZ. Ini singkatan nama saya.

Harmonica, sebuah irama yang harapnya dapat menyentuhdan beralun di jiwa-jiwa, dengan Zine, keluaran atau penulisan karya saya.

My Harmonica Zine, semoga dapat terus memainkan 'muzik-muzik' dakwah yang dapat menambat manusia dengan tarbiah.

InsyaAllah!

Moga Allah redha, dan tolong doakan keikhlasan hati saya ketika beramal, agar tidak dibakar dengan riak dan ujub yang akan menghanguskan semuanya. T______T.


p/s: Saya malas mahu membebel panjang, tapi sila layari SINI dan SINI untuk permulaan Ramadhan yang Osem!



Tulus ikhlas,
MHZ,

Beyt SQ,
1.23pm
Sehari sebelum Ramadhan, 1434H.





Mesir I: Di antara Sekular, Liberal dan Islam




Dalam pada kita semua umat islam di seluruh dunia excited hendak menerima kunjungan berhormat Ramadhan al-Mubarak 2 hari sahaja lagi, tak sangka!  Dunia digemparkan dengan berita pembunuhan beramai-ramai di Medan Rabaah pagi tadi. Unexpected!

Suasana tenang solat subuh berjemaah dicemarkan dengan tembakan yang menjatuhkan ramai penyokong Morsy di Medan Rabaah. Bayangkan anda sedang membaca doa qunut ketika solat subuh, tiba-tiba ada peluru menusuk tepat ke dada. Kejam!

Ya, sejarah berulang kembali. Tika Saidina Umar ditikam ketika mengimamkan Solat Subuh, saudara kita juga diserang ketika sedang solat subuh. Itulah subuh para mujahid.

Dilaporkan setakat ini Tragedi Subuh tadi meragut hampir 83 angka syahid , termasuk 5 orang kanak-kanak dan

Saya terfikir, sampai tahap ini sekali mereka akan menyerang? Sanggup membunuh rakyat sendiri untuk kepentingan peribadi?

Persoalannya, kenapa mereka sanggup menggulingkan Presiden mereka sendiri? Gila kuasa ke apa? Siapakah mereka ini sebenarnya?

***
Bangsa Arab, sebahagian besarnya adalah pengamal Islam dan menolak sekularisme dan liberalism. Sekularisme dilihat sebagai idealogi kekal permusuhan terhadap Islam, dan bukannya setakat idealogi yang ingin memisahkan politik dan agama semata-mata.

Dari perspektif keilmuan pula, Al-Azhar,pusat pengajian terbesar dunia Islam turut dicemburui oleh pihak secular dan liberal. Di sinilah terasasnya tamadun ilmu yang terkenal ke seluruh dunia. Lahirnya ribuan ulama dan jutaan murabbi yang bertebaran ke seluruh dunia menyentuh hati-hati manusia dengan nur islam. Sekaligus menjadikan Mesir mendapat kedudukan istimewa di dunia islam dan membawa perubahan yang turut memberi kesan kepada musuh-musuh islam. Maka, kehebatan ini harus dinoktahkan. 

Kisah sebenar

Pada awal pemerintahan Dr Morsy, beliau disambut dengan sokongan padu oleh rakyat tanpa sebarang tentangan. Namun,  sejak tindakan beliau menggubal perlembagaan baru, memecat Hussein Tantawi sebagai Ketua Dewan Agung Angkatan Bersenjata Mesir, menukar kepimpinan dalam perundangan, membuka semula kes-kes jenayah lama yang tidak dibela, melepaskan tahanan IM dari penjara, memudahkan urusan keluar masuk ke Gaza melalui pintu Rafah, lantang bersuara mengecam rejim Basyar Asad  dan lain-lain lagi dianggap sebagai ancaman yang bakal membawa kepada ‘pengakhiran’ segelintir golongan itu, mereka mula bangkit bersuara.

Tepatlah jangkaan mereka bahawa Dr Morsy dan Ikhwanul Muslimin (IM) akan mewakili kekuatan Islam yang syumul serta membawa umat Islam berjaya menuju masa depan kemuliaan Islam.

Inilah faktor mengapa Ikhwan menghadapi perlawanan yang begitu sengit. Ikhwan diserang, difitnah, dan diputar belitkan oleh sejumlah besar musuh-musuhnya dalam kalangan Yahudi, Zionisme, Nasionalisme Arab, kaum Sekuler dan Liberal, yang sekarang berganding tangan menghentam Ikhwan.

Maka, bertopengkan semangat cintakan negara, pihak secular dan liberal mula mengapi-apikan ‘dosa-dosa’ Morsy di mata rakyat jelata. Mereka menyeru rakyat menuntut hak-hak mereka. Dan menghembus tuduhan keji IM mengutamakan kepentingan ideologi golongannya serta menjadi ancaman perpecahan bangsa dan Negara .Tetapi sebenarnya mereka berjuang untuk kepentingan peribadi, kerana selama-lamanya pemikiran mereka tidak akan sefahaman dengan sistem islam yang syumul.

Oleh itu, rakyat mesir dibonekakan. Bermodalkan isu minyak, air, elektrik, sampah, roti dan lain-lain keperluan seharian, mereka memperkudakan golongan bawahan yang buta politik. Ditambah dengan wayang geng fulul yang memburukkan keadaan, mengupah gangster membuat kekacauan di merata-rata tempat, dan akhirnya rakyat semakin memberontak.

Kekecohan semakin parah apabila media massa menunjukkan ‘taring ‘ mereka. Sebahagian pemikiran rakyat Mesir masih mentah di dalam beberapa aspek politik Mereka tidak memahami sistem kerajaan dan sentiasa mencari kambing hitam untuk disalahkan. Hanya khabar buruk sahaja yang dihidangkan kepada rakyat. Mereka menyalahkan IM yang setia berdiri di belakang Morsy dan menyalahkan Dr Morsy dengan kejatuhan matawang USA Dollar. 

Media memburukkan lagi pemerintahan islam, seolah-olah menggambarkan bahawa mereka tidak mampu mentadbir sebuah negara. Semua ini menjadi skrip-skrip yang masuk ke pemikiran cetek mereka tanpa tapisan.

Allah, bantulah beliau. Tak tahu ke pengorbanan beliau untuk membaiki mesir ni?

Realiti

Teringat saya perbualan kami dengan Professor di Hospital semalam,

“Do you know what happened in Egypt right now?”  professor kami bertanya sambil mengajar.

“Yes!!” Kami menjawab serentak. Ada tu siap mengangguk kepala laju. Semangat nak mengatakan bahawa kami alert dengan isu sensasi di Mesir.

So, are you with Morsy?” Professor kami bertanya lagi. Soalan provokasi.

“Yes!!” lagi semangat kami menjawab.

Professor kami berpaling . “NO!”

Beliau menjawab sambil menggeleng-geleng. “ You still did not understand Egyptians’s mind”. Suaranya hampa.

……. Dr Morsy is a dictator” beliau menyambung lagi.

Kami semua terkejut! Terkejut dengan ulasan ringkas professor kami.

Heh! Saya dah agak dah. Bukan nak mengata, tapi even mereka ini golongan professional, malah Professor di Universiti Al-Azhar yang merupakan Universiti Islam, tapi sayangnya fikiran mereka telah dijajah. Sangat secular!

Lihatlah betapa liciknya permainan musuh, Universiti Al-Azhar yang sangat ditakuti musuh kerana melahirkan jutaan murabbi, telah disekularkan secara halus.

Kini, ramai sahaja graduan Al-Azhar yang tak serupa bikin. Bukan saya mahu mengeji dan menunjuk baik, tetapi rata-rata ustaz ustazah yang berkelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiah, yang ilmunya bekepuk di dada. Menghafal kitab tebal-tebal. Malah al-quran penuh di dada, tapi bila dilihat cara kehidupan mereka tidak menggambarkan  luaran mereka yang gempak tu.

Ustaz! Janggut lebat tapi sibuk sahaja mencari kesalahan orang lain.

Ustazah, tudung labuh sampai ke lutut, tapi bila mengumpat, hamboi! Kalah Mami Jarum. Malah siap dok jelling-jeling lagi dekat golongan macam aku yang tudung tak sampai lutut ni.

Allah!

Islam telah disekularkan. Islam telah dipisahkan dari kehidupan. Islam hanya pada nama dan di masjid-masjid sahaja. Di luar, mereka adalah manusia biasa.


Kesimpulannya

Kini, secular dan liberal sudah melata di seluruh pelusuk muka bumi ini. Kasihan Islam. Sudahlah musuh Islam sudah tersedia ramai- Yahudi, zionis, syiah, kristian, secular, liberal dll. Rupa-rupanya masih punya ramai musuh di dalam selimut. Mereka yang megaku islam tetapi tidak mengamalkan islam malah tidak memberi gambaran yang baik. Maka, Islam yang dikenali hanyalah yang buruk-buruk sahaja.

***
Pemerintahan Dr Morsy penuh pancaroba dalam membaiki luka puluhan tahun pemerintahan kediktatoran bermula zaman firaun sehingga Husni Mubarak. Banyak pihak mempunyai kepentingannya tersendiri.

Morsi juga tersepit di celah-celah gelombang Salafi, IM dan kelompok Islam sederhana, secular dan liberal. Saki-baki regim Mubarak yang mempunyai dendam dengan Ikhwan masih berpengaruh di dalam institusi kehakiman, tentera, polis dan kementerian-kementerian tertentu menyebabkan Presiden belum menguasai keadaan sepenuhnya. Disamping Amerkida dan sekutunya masih memantau dari jauh.

Bayangkan bagaimana Morsi terpaksa membuat beribu-ribu perkiraan sebelum mengambil risiko atas apa juga usaha yang cuba dilakukannya bagi memenuhi hasrat rakyat dan juga menepati janjinya kepada para syuhada yang gugur demi membayar harga sebuah kebebasan dari regim dictator. Beliau terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan.


Dalam mahu memperbaiki kefasadan yang sudah berakar umbi ,masakan mampu dilaksanakan sekelip mata? Seorang diri?

Sayangnya, rakyat yang tergesa-gesa ini sudah tidak menerima alasan.  Maka berlakulah perhimpunan 30 June 2013. Pertembungan antara haq dan batil. Antara pro-Morsy dan anti-Morsy.

Dan perhimpunan itu telah berlarutan sehingga sekarang. Pihak penyokong Morsy akan tetap bertegas dan meminta tentera memulangkan semula pemerintahan Dr Morsy sebagai presiden yang sah.

Dan tentera yang telah merampas kuasa Dr Morsy buat macam Mesir ini seperti mereka yang punya.

Laknatlah As-sisi dan konco-konconya.

Heh! Kebenaran pasti akan tertegak! Jawablah kalian nanti di hadapan Allah kelak di padang Mahsyar!

Pertembungan haq dan batil ini bukanlah sejarah baru, malah sudah berlaku telah berlaku ribuan tahun yang lampau, saat Nabi Musa mahu membebaskan Mesir dari kezaliman Firaun. Pertembungan haq dan batil akan silih berganti sehingga kemenangan Islam yang hakiki kelak.

Tidak diragui Islam akan menang cepat atau lambat, walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan konspirasi .Hal ini mungkin memakan masa, tetapi pada akhirnya Islam akan menang. InsyaAllah!

Terus mendoakan saudara kita di sana. Mereka pun mahu menyambut ramadhan dengan gembira, bukannya dengan linangan air mata.

Paling tidak pun, jika malas mahu mengangkat tangan menadah doa, doakan sahaja di dalam hati. atau paling tidak pun jangan dikutuk mereka ini. 


Allahumma ballighna ramadhan. Moga Allah pilih kita untuk memasuki madrasah Ramadhan ini dan dapat graduate dengan cemerlangnya, InsyaAllah!

Bersedia mental, fizikal dan emosi ya! Bulan Ramadhan bulan ujian, bulan diberkati.

menulis dengan cinta,
MHZ

beyt SQ,
10. 56pm



Monday, July 8, 2013

Power of The Voice




Shafrina dan Elina melepaskan pandangan mereka ke jalan raya. Aduh! Ni mesti sebab jalan raya kena tutup, semua jalan pun sesak. Orang dekat Mesir ni bukan boleh percaya, jalan sempit pun nak berasak-asak juga.

Mereka dah menunggu bas hampir 10 minit. Tapi bayang bas pun tak kelihatan.

" Kau tahu, satu benda yang aku baru realize. Aku tak tahu kenapa selama ni aku doubt pasal benda ni." , Shafrina memecahkan bisu antara mereka.

"Hurm??" Elina angkat kening. Terbayang muka kepenatan di wajah mereka berdua.

" Semalam, aku naik bas, bas tu lalu dekat Medan Rabaah, betul-betul dekat dengan tempat perhimpunan penyokong Morsy. Aku dah cuak, bas ni biar betul. Takkan dia nak ke Medan Rabaah yang tengah 'hot' tu. Alih-alih dekat simpang nak masuk rabaah tu, bas tu belok kanan. Dan ramai-ramai lelaki arab dan perempuan-perempuan yang pakai jubah hitam dan purdah turun bas, sambil bawak bendera Mesir . Semua semangat nak pergi join dekat Medan Rabaah tu."

" At that time, aku terasa! Naif nya aku selama ni. Aku ingat yang menyokong Morsy semua pakcik-pakcik arab yang thiqah je. Yang ada janggut bagai. Tapi rupa-rupanya yang bersama Morsy tu dari semua jenis manusia. Dari yang kita nampak biasa-biasa je,pakai jeans, T-shirt buruk-buruk,  rupanya dalam hati bersama haq"

"BEtul! aku pun pernah jumpa orang macam tu" Elina menyampuk.

"And peristiwa tu bagi aku tamparan besar. Aku selalu terfikir, diorang berkumpul ramai-ramai ni, ada hasil ke? Seolah-olah diorang menyerah diri kepada kematian. Kumpul ramai-ramai, maunya tentera bom kawasan tu, tak ke sia-sia nyawa semua?

Tapi aku sedar yang Suara tu membunuh! Ayah aku cakap, orang yang pandai ni, dia serang dengan psychology je. Serangan psychology tu lagi sakit dan menderita dari serangan physically", Shafrina menyambung.

" Betul! Emotional torture tu sakit", balas Elina sambil mengangguk.

" Aah.. Macam orang Ikhwan la bila pejabat IM dibakar. Diorang kata " fikrah kami bukan di pejabat-pejabat kami, tapi fikrah kami dalam dada kami, mengalir bersama-sama darah kami". Kan Osem!".

Shafrina nampak semangat bercerita. Mata dia bersinar-sinar.

" Tapi, satu yang ayah aku cakap buat aku tertusuk..Ayah cakap, Macam hafiz al-quran la. Diorang boleh cakap, bakar lah Al-quran kami, kerana isinya ada di dada-dada kami. "

" Hebat gile boleh cakap macam tu! Aku ni al-quran berapa kerat je dalam dada, errkk.. down giler!! Tak mampu lagi nak cakap macam tu "

T_______T

" Well, suara itu agen perubah. Memang kesan dia nampak lambat. Tapi dia bagi psychology torture kepada musuh. Macam lepas pilihanraya Malaysia dulu, kisah blackout semua. Ramai yang tak puas hati berkumpul dekat Stadium, tapi takde pun hasilnya. Tapi, kita tahu sebenarnya puak sana tu rasa terancam."

Hurm, betul. Serentak mereka berdua mengangguk.

" Aku harap Allah hantarkan awan dekat mereka yang tengah berkumpul dekat RAbaah tu. Panas-panas macam ni, hebat gile diorang semua!"

"Moga Allah akan memenangkan kebenaran. Ameen"

" Erm, tu ada teksi. Kita naik teksi je la. Bas macam takde harapan je ni", Elina mengajak.


****

Ramadhan is coming!!

RAmadhan Kareem. Allahumma ballighna Ramadhan.

Moga Allah pilih kita untuk sama-sama memasuki madrasah ramadhan dan dapat grad dengan cemerlang. Ameen.

*Excited2 (^.^)v*


p/s: Hari ni dah masuk hari ke-lapan mereka berjuang mempertahankan negara mereka! Bertahanlah! Allah bersamamu saudaraku~

2nd day to Hospital! Alhamdulillah setakat ni tak ada apa-apa masalah. Cuma jalan raya sesak, kena keluar awal dari rumah, Tak boleh lambat! hoho

They shot us with snipers. We'll shoot them with our du'as!


MHZ
Beyt SQ,
12.14am
8 July 2013.

Wednesday, July 3, 2013

of Kot Putih


I'm reading them now. Superb! 

p/s: Post ini panjang. dan ianya hanya bebelan. Tak nak baca pun takpe :) 

10.28 pm

Bunyi cengkerik dan kodok saling kedengaran. Masing-masing nak tunjuk power agaknya.
Sekali sekala kedengaran bunyi helikopter berterbangan di atas rumahku.

Aku duduk di tingkat 5. Ala-ala pent house, jadi bila jenggukkan kepala ke luar, mudah sahaja untuk melihat kelibat helikopter berterbangan. Kuat bunyinya.

Aku meneruskan pembacaan buku. KOT PUTIH. Sebuah novel medik yang menarik perhatianku. Aku bukanlah minah yang tangkap cintan baca novel. Aku baca selected writer je. Hlovate dan Ramlee Awang Mursyid. Bagi aku karya diorang ada kualiti dan ibrah. Tapi aku tak kata novel lain picisan okay? Depends on korang la nak amek ibrah macam mana.

Okay, aku akui zaman dulu-dulu aku memang orang tu. Baca novel lebih laju dari membaca Al-quran. Errk! T____T

 Ditambah pulak dengan adik perempuan yang satu geng. So makin menjadi-jadi lah kami.

Namun, sejak dah mula mengambil medic ni, nak dapat masa terluang membaca novel memang haram   harapan. Jadi hobi membaca novel tu dah tak valid nak letak dekat bahagian 'hobi di masa lapang'. Sebab masa lapang ni susah betul nak menjengah.

Ditambah dengan dakwah tarbiah yang menyapa, aku rasa membaca novel chenta, baca kisah chenta orang lain ni tak bawak ke mana pun. Memang la menarik untuk membaca pengalaman orang lain. Tapi masalahnya bila dah terbuai-buai perasaan tu, kan ke tak best. Ni yang kes semua perempuan nak kawen dengan anak raja. Atau pun berangan nak kawen dengan lelaki nerd, tetapi rupanye hensem gaban banyak harta. haila~

Okeh! bukan tu yang aku nak share.

Lately, aku rasa macam sangat kering. Ya kering kontang. Kurang kasih sayang mungkin. Aku pun musykil jugak, rasanya banyak sangat limpahan kasih sayang yang Allah berikan kepada aku setiap hari, tapi mungkin hati ini yang bermasalah. Penat mungkin. 

Entah.

Aku mula rasa berat dan bosan mengulangi rutin harianku. 

Setiap hari hidup macam robot. Takde perasaan. Rutin yang sama. Setiap pagi terkocoh-kocoh sarapan pagi yang of course aku takkan tinggal walaupun dah lewat macam mana pun. Berlari-lari anak melintas jalan. Menuggu bas merah panjang. Murah rezeki tak sampai 5 minit tunggu, dah sampai basnya. Tapi bila Allah nak uji tu, adalah sampai 20 minit pun bas masih tak menjelma. Nak naik teksi, aduh, dalam LE10. Parah jugak poket. Nak bandingkan dengan naik bas yang hanya LE1. Aku sanggup gagahkan diri menunggu walaupun hati dah rasa macam nak patah balik rumah sambung tidur.

Sampai hospital, terus dengar membe present case yang baru clerk tadi. Untung dapat Dukturah yang best, dia akan explain case yang kami dapat. Dapat case yang bosan, eyh maksud aku case yang dah berulang kali kami ambil, kadang-kadang boleh tersengguk-sengguk semasa dukturah mengajar.

Nasib budak medic. Orang kata doktor ni jahat! Periuk nasi dia daripada kesusahan dan penderitaan orang lain. Student clinical year macam aku ni mesti happy bila dapat case rare. Tapi kes rare ni memang meranapkan masa depan patient. Kebanyakannya lah. Tapi tak semua.

Tapi pesakit dan keluarganya memang sangat tabah. Satu benda yang aku takde.

Then, lepas dah habis 3 jam clinical round. Sepatutnya kami ada rehat setengah jam. Tapi biasanya 30 minit tu habis dengan berjalan ke banggunan sebelah, tunggu lif, berebut dengan arab, kena tolak sampai rase nak nangis. Alih-alih tengok jam dah habis 30 minit tu bila elok-elok je kami sampai di lecture hall. 

Then bersedia untuk 3 jam lecture seterusnya.

Sama juga, untung badan dapat dukturah best, tajuk best, Aku boleh bertahan 3 jam tu tanpa tidur. Tapi lately, aku selalu tewas. akan ada jugak at least 15 minit aku dah berada dalam alam mimpi. Mujur aku tak pernah mengigau dalam lecture hall. Huuu.

Tepat jam 2.30 petang. Lecture terakhir tamat. Semua orang pun macam anak ayam, terus je sambar lif untuk balik rumah.

Hospital aku jauh. terletak di Abbasiah. dan rumah aku di Hayyu sabiek, Madinah Nasr. Pagi-pagi tak jem, 30 minit dah boleh sampai. Tapi petang-petang peak hour macam ni, ajaib la nak sampai awal, melainkan tremco tu bawak macam racing kereta. Itu boleh sampai dalam masa 25 minit. Tapi biasanya dalam 45 minit ke sejam untuk aku dapat sampai ke pintu rumah.

Sampai-sampai di rumah, terus hempas badan atas katil. Mata tak boleh bukak dah. Tapi kena gagahkan diri solat Asar dulu, sebab kalau dah terlelap tu, confirm akan pengsan tak ingat dunia.

Kena pulak hari yang aku ada tusyen. Acara tidur rehat petang ni akan tergendala, sebab kuliah habis jam 2.30 petang dan tusyen start jam 4 petang. Gap masa tu sempat untuk bertolak dari hospital ke tempat tusyen dan solat asar. Kadang-kadang sempat jugak la berehat dalam 15 minit. Itu pun kalau doktor tusyen sampai lewat sikit.

Entah. 

Setiap hari macam ni la jadual hidup aku. Ini baru jadual setengah hari aku. Bab agenda petang dan malam, ini kena tulis dalam post lain.

Ramai orang suka tanya, apa jadual seharian aku? Kenapa pack sangat hidup aku? Atau medic memang macam ni? Best tak ambil medic? MEsti best kan dah clinical year, dah nak habis belajar?

Entah la. Aku tak tau nak respon apa. 

Kadang-kadang sampai aku dah sangat bosan dan penat nak teruskan medic aku. Panas telinga dah kawan-kawan nak dengar aku bebel yang aku nak quit medic. Berabuk nasihat dah aku dengar. 

" Kau dah more than half, takkan kau nak quit? Sayang la. At least ko dapatkan dulu ijazah ni, then kau nak sambung jadi doktor ke tak, itu cerita lain", dia yang selalu mempositifkan aku.

Terima kasih sahabat yang tak penat nak layan karenah aku.

Jangan risau kawan. Aku masih rasional. Aku takkan buat kerja gila tu, Habis kena kejar dengan ayah dan yayasan Terengganu if aku quit tiba-tiba. Huu.

Tapi korang yang minat medic ni, takkan faham perasaan aku. Rasa terpaksa. Berperang setiap hari nak teruskan medic ni. 

Kenapa?

Sebab aku rasa jiwa aku tak sesuai dengan kerja doktor ni. Aku bukannya penyabar nak layan karenah pesakit bagai. Aku bukannya iron lady yang takde perasaan nak inject orang sesuka hati.

Walaupun aku tahu jadi doktor ni nanti boleh menyumbang kepada ummah. etc etc

Ada seorang senior tu cakap " Pelik lah dengan orang yang taknak ambil medic ni, tapi boleh je perform?"

Errk! Aku pun pelik jugak.

Selama 4 tahun sebelum ni, tahun pre-clinical, kami hanya disogokkan dengan teori. Medan kami hanya membaca buku medic dan jawab exam. Maka hafal la dengan segala upaya.

Untuk mendapat Mumtaz tu senang untuk mereka yang pandai menghafal.

Tapi sekarang tahun 5. Tahun clinical. Medan kami berjumpa pesakit. PEsakit itu lah buku kami. Maka, kena harus selalu mendampingi pesakit. BAnyak belajar dari pengalaman orang lain dan doktor-doktor. Maka kepandaian menghafal tu tak menjami segalanya.

Entah. Aku minat je medic ni. Tapi untuk aku menjadi doktor cemerlang, aku kena bina kekuatan dulu.

Sebab aku jenis tak suka hidup aku buzy dengan benda-benda yang takde life. Hidup macam robot. Pergi balik hospital. Kena marah dengan pesakit atau doktor pakar. Takde masa nak spent dengan keluarga. Dengan orang yang kita sayang. Berebut masa nak pergi usrah, daurah program bagai.

Entah la. Ini fikiran naif aku sekarang. Aku tahu cara pemikiran ni salah. Tapi buat masa ni aku tak dapat nak keluarkan diri aku dari kemelut jiwa dan perasaan ni. Ditambah dengan masalah bahasa arab aku yang buatkan aku susah nak mesra dengan pesakit arab. Buat aku susah nak amek history dari pesakit. Selalu buat aku rasa takde keyakinan diri depan pesakit.

Aku down.

***

Dalam aku tengah serabut tu, mungkin Allah mendengar permintaan hatiku. Nak dijadikan cerita, berikutan 30 june di mesir ni. Disebabkan faktor keselamatan, kami tak dibenarkan ke hospital buat sementara waktu. So, dah dapat cuti 3 hari. Boleh lah aku waraskan semula fikiran aku. Jiwa aku.

Dan entah dari mana Allah datangkan malaikat, ada seorang ukhti yang baru datang dari Jordan share kan novel KOT PUTIH ni dekat aku.

Novel kisah budak medic di tanah seberang, Jordan.

Best. Ayat dia santai. Aku rasa dekat sangat dengan semua karakter dalam tu. Sebab seolah-olah aku tengah membaca diri aku. Aku rasa macam nak menulis dan buat buku sendiri. Huu.

Sofeya, seorang yang minat muzik dan seni.Tapi terpaksa mengambil medic demi harapan ummi, abang dan ayahnya. Hari-hari digagahkan untuk melawan jiwanya yang memberontak.

Aku faham perasaan tu, sebab aku tengah laluinya sekarang.

Amran, mamat hebat yang pandai masak. Tapi allergic gila dengan sek-sek persatuan- usrah bagai. Bagi dia orang macam ni bawah kaki je. Perwatakan kasar. Perli dia memang sakit. Serumah dengan Pit.

Orang macam ni best! aku suka baca minda diorang. Suatu masa dulu-dulu aku pernah jadi macam ni. Tapi takde lah tahap bawah kaki tu. Orang macam ni banyak sangat dalam generasi sekarang ni. Tapi orang macam ni la buat aku selalu muhasabah, jangan nak salahkan usrah tarbiah kalau kita gagal study. Salahkan diri sendiri yang tak bahagikan masa sebaiknya.

Pit. Budak batch diorang jugak. Tapi kena repeat year. Aku tahu dekat JUST memang nak score exam memang nangis lebih nak bandingkan dengan kitorg dekat Mesir ni. Tapi korang nanti clicical lagi hebat la dari kitorg dekat mesir ni. Pit, dia baru nak berjinak-jinak dalam usrah lepas rasa hati dia sangat kosong dan ditinggalkan rakan se-batch. Hebat main basketball. 

Nauzubillah, harapnya Allah tak uji aku macam Allah uji Pit. *Walaupun aku suka main basketball*

Imah. Nama panjang dia Iris ape tah. Nama moden yang aku pun tak reti nak tulis. Hidup dia pack dengan aktiviti persatuan-meeting-usrah bagai. Tapi rupa-rupanya dia minat fotografi.

Jadual Imah ni padat macam jadual aku. Aku suka baca macam mana dia manage masa dia.

Aki. Juga sek-sek usrah ni. Budak famous batch dia. Tapi Amran benci dia. kesian~


Bila baca kisah diorang ni. Aku dapat rasakan semua orang pun alami benda yang aku rasa. Cuma Allah uji semua orang dari sudut yang berlainan. 

Sama ada aku akan tewas dengan perasaan ni. Atau aku nak kena mujahadah lawan.

Alhamdulillah, Allah tak uji aku repeat year macam Pit. Allah still kasi markah cemerlang walaupun aku menangis macam Sofeya. Allah masih bukakan hati aku dengan dakwah tarbiah, keluar dari allergic macam Amran. 

Allah masih kurniakan kasih sayangnya yang tak terkira dekat aku. Sama ada aku bersyukur atau sebaliknya.

Selama ni berabuk cakap mujahadah ni Pahit, sebab syurga tu nanti manis.

Then sekarang aku tahu pahit tu macam mana. Sebab tu Allah kasi akal dan hati untuk maniskan pahit tu.

Allah kasi Iman. 

Untuk aku pegang selalu.

Allah juga kasi aku ukhwah. Untuk serikan hari-hari aku.

Dan Allah jugak ajar aku, hidup ni jangan bergantung kepada manusia, sebab akhirnya kau akan merana.

Gantungkan diri hanya kepadaNya. Dia yang memberikan segala-galanya. Sama ada yang baik, atau yang sebaliknya.

DAn aku tahu aku kena kuat. Dan perkara yang menguatkan aku untuk stay atas medic ni hanyalah Dakwah dan TArbiah.

InsyaAllah, ada rezeki aku nak jadi doktor yang boleh menyumbang kepada ummah.

Ummat sekarang tengah tenat. Perlukan bantuan segera. Dan kalam doktor ni macam magic je.

Entahlah, sebab kita hidup dalam masyarakat yang memandang kepada rupa dan jawatan.

Biarlah aku takde rupa, tapi aku perlu ada jawatan itu untuk berdakwah kepada masyarakat.

Readers, doakan aku kuat dan tabah okay! Thank you (^.^)v


Tuesday with Morrie pun sama.

Best. Baca pengalaman hidup Morrie. Seorang professor tua. Dia membesar dengan sangat susah. Tapi akhirnya dia belajar yang benda paling penting dan mahal di dalam dunia ini adalah KASIH SAYANG. Dan dia mati pun dikelilingi kasih sayang. Cuma sayang beliau tak mati dalam Islam.

Takpe, ada masa aku cerita lagi kisah Morrie ni.

Credit untuk penulis 2 buku hebat ni. 

***

11.42pm.

Mata aku dah mula mengantuk. Bunyi helikopter pun dah sekain kurang kedengaran. Kawan pun dah bentang selimut toto dekat sebelah.

Okay, banyak dah aku membebel hari ini.

Moga esok hari, semuanya akan lagi positif. Mesir akan jadi lagi positif. 

Selamat Malam Mesir dan Seisinya.

Mesir. Dalam jagaan dan perlindungan Allah selalu.

p/s: Take care people! Moga sudah bersedia untuk menerima tetamu istimewa 7 hari sahaja lagi.Allahumma balighna Ramadhan. 


MHZ,
My Harmonica Zine

beyt SQ,
mendapatsemangatbaru,
11.44pm
23 sya'ban 1434H



Monday, July 1, 2013

of 30 June 2013

30 june 2013.

Tarikh yang mendebarkan di Mesir. Kerana hari ini berlaku pertempuran antara Haq dan Batil. Antara Islam dan anti-Islam. Antara penyokong Morsy dan anti-Morsy.

Walaupun saya berada di Kaherah, Mesir. Dekat sahaja tempat perhimpunan itu dari kawasan rumah saya, tetapi kami student Malaysia diberi arahan berkurung daripada Kedutaan Malaysia di Mesir.

Aduh, ikutkan hasrat hati saya, mahu sahaja saya turun menyertai mereka penyokong Morsy di Masjid Rabaah. Osem sangat!! Mereka mulakan hari ini dengan qiamullail dan Solat Hajat. Beza sunggh dengan mereka yang bergasak, memekik menjerit di medan Tahrir. (anti-Morsy)

Beza mereka di Tahrir (kiri) dan di Masjid Rabaah (kanan)


Tak apa la, mendengar update life dari rumah pun sudah memuaskan hati, InsyaAllah doa kami bersama mereka di sana.

Teringat perbualan saya dan ayah dalam telefon 2 hari lepas,

Aku: Ayah, doakan keamanan mesir 30 june ni.
Ayah: InsyaAllah takde apa2 la angah. Orang-orang anti-morsy tu ingat dia ramai. Tapi diorang tak tengok lagi orang ikhwan turun jalan raya lagi. Mesti lagi ramai.

Ye. InsyaAllah mereka lagi ramai. Kalaupun mereka sikit, tapi mereka bersama Allah dan tentera Allah, yang kuasanya berganda-ganda lagi hebat.

Lagipun, sejarah dah membuktikan banyak peperangan yang jumlah umat islamnya lebih sikit daripada musuh Allah, tetapi diberi kemenangan. perang Badar, Khaibar, Tabuk etc.

Betul juga. Terketuk saya! Takkan lah saya tak percayakan janji Allah?

InsyaAllah Mesir sentiasa di bawah naungan dan jagaan Allah.

Penyokong Morsy ketika solat Zohor tadi. Ramai penuh jalan raya.


Dan saya?

Hehe. dah namanya berada di rumah, maka saya tak melepaskan peluang untuk menghapdate blog. Terinspirasi dari post penulis haibat INI dan juga atas desakan seorang ukhti. +.+ *Sarcastic*


***

Hati ibarat sebuah NEGARA. Dan syaitan itu adalah musuh yang hendak menyusup ke dalamnya, hingga dapat menguasai dan memerintahnya. Kita tak mampu untuk mempertahankan negara itu sehinggalah ada KUBU dan pertahanannya.

Menjaga hati dari godaan syaitan adalah wajib fardhu ain. Kita tak mampu menolak godaannya melainkan mengetahui lorong-lorong yang akan digunakan syaitan untuk menyerang kubu itu. Oleh itu, mengetahui lorong-lorong itu menjadi WAJIB.

Marah.

Syahwat.

Rakus.

Hasad.

Kenyang makan meskipun halal.

Suka berhias pada pakaian dan rumah ( Terutamanya wanita).

Tamak.

Tergesa-gesa.

Ringgit, wang, dan harta dunia.

Bakhil.

Takut fakir.

Fanatik kepada mazhab.

Syirik.

Bermusuhan.

Bersangka buruk kepada orang muslimin.

Semua ini lorong-lorong yang menjerumus kepada godaan syaitan. Saya nak senaraikan lagi. Tapi saya tak mampu. Macam semua yang tersenarai dia atas masih ada dalam diri saya. Allah T_____T

Kenyang makan meskipun ia halal. Kenapa?

Kerana apabila perut kenyang, syaitan akan memberatkan badan kita dari ibadah. Dari solat malam dan zikir.

Juga kerana kenyang akan menguatkan nafsu, dan menjadi pedang-pedang syaitan.

 Lagi-lagi la Malaysia ni terkenal dengan Syurga Makanan. Semua jenis makanan wujud. Dari makanan melayu, china, India, Jawa, western malah makanan segera pun banyak. huuu~

Tengok gambar cendol, otak-otak udang, cakoi, Kuey Tiau Basah, nasi lemak..Ohh dah cukup untuk merembes  HCl enzyme.

Allah tahu akan fitrah manusia, yang akan terus hanyut dengan nafsu dunia. Maka Allah hadirkan Ramadhan untuk kita kembali kepadaNya. Untuk kita menahan dan melatih nafsu dan jiwa kita.

Untuk kita melupakan keseronokan dunia ini buat seketika.

Jika 11 bulan lain kita sibuk dengan dunia, sibuk dengan harta, dengan kerjaya. Maka, hargailah 1 bulan ini dengan merebut rahmat dan redhaNya. Dengan mengintai keampunan dariNya.

9 days to go. Ahlan wasahlan ya Ramadhan.

Ingat, "Winner is a Planner". "Pemenang adalah Perancang".
Hitam putihkan matlamat anda untuk Ramadhan kali ini. 

Semoga semua orang pun sudah mula memanaskan badan. Supaya bermula sahaja tiupan wisel di garisan permulaan bulan Ramadhan, kita dapat memecut sampai ke garisan penamatnya. Dengan penuh stamina dan cool bergaya.

Sudah-sudah lah dengan dunia ini. Mari kita kurangkan facebooking, kurangkan mengumpat, kurangkan pembaziran masa, harta dan tenaga. *facepalm*

Mari kita mula focus memenuhkan poket kita, supaya dapat bersedekah di bulan ramadhan, yang pahalanya berganda-ganda.

InsyaAllah.

Syaitan kelak akan digari. Maka buat seketika tiada musuh yang akan menyerang Kubu hati kita. Tetapi jangan lupa kita masih punya nafsu anak didikan syaitan dan juga syaitan manusia yang akan terus menggoda.

Siapkan perisai Iman. Kuatkan kubu pertahanan hati.

Moga Allah redha.




p/s: Allahumma ballighna Ramadhan. Teruskan menembak doa buat pejuang-pejuang Islam di Masjid Rabaah. Itu jihad mereka. Jihad aku di medan belajar. Moga semakin tekun belajar! Uhuk!


MHZ,
My Harmonica Zine

Beyt SQ,
21 Syaa'ba 1434H
30 June 2013
6.26pm