Sunday, June 29, 2014

[Diari]: Indahnya Ramadhan di bumi Anbia




You will fast Ramadhan here?”, tanya seorang doktor di bilik bersalin.

“ Sure. We’re still having our clinical round and lectures during Ramadhan”, balasku.

“ Really? Its very hot here”, sambungnya lagi. Mungkin tidak percaya yang kami bakal menyambut Ramadhan di sini. Dalam musim panas yang membahang ini.

“ Yeah. I know. We already face it during Ramadhan last year”, sambungku lagi menyakinkan.

Dan dia membalas dengan anggukan.

Melihat suasana di sekeliling bilik bersalin itu, buat aku terfikir.

‘Agak-agaknya, macam mana la keadaanya bilik ini ketika Ramadhan nanti. Mesti doktor-doktor ni tak dapat pergi solat terawih sebab kene attend ibu-ibu yang akan bersalin bila-bila masa sahaja.’

Besarnya pengorbanan seorang doktor!

Aku terus teringat pesanan kakak iparku, beliau merupakan seorang HouseOfficer di Hospital Kuala Pilah. ( InsyaAllah akan menjadi MO tak lama lagi).

“ Angah appreciate la masa waktu study ni baik-baik. Nanti dah kerja, buzy sangat. Ramadhan tahun lepas akak dapat solat Terawih satu hari sahaja di Masjid, yang lain-lain tu kena solat sendiri atau tak sempat pun. Sebab kerja memang banyak. Pesakit-pesakit nak kena observe. Lagi-lagi kalau time tu tengah tagging”, pesanannya itu seolah-olah terngiang-ngiang di telingaku.

Besarnya tanggungjawab doktor!

Aku maklum sahaja akan maklumat ini, tetapi sekarang ini baru aku betul-betul merasakan bahawa saat itu semakin hampir denganku tak lama lagi. InsyaAllah tak lama lagi aku akan menghabiskan pengajianku di sini. Dan ini mungkin kali terakhir aku menyambut Ramadhan di bumi Anbia ini.

Pasti aku akan merindui suasana Ramadhan di sini kelak.


***

Ramadhan di Mesir

Can you describe Ramadhan in Egypt in one word?

“ Fantastic!”


Mengikut pengalaman saya selama ini, sejujurnya saya tidak tipu!

“Ramadhan di Mesir sangat-sangat hidup. Subhanallah!!”

Mungkin ada yang tidak dapat membayangkan betapa seronoknya ramadhan ini. Best itu definisinya macam mana ya? Kerana saban tahun mereka melewati Ramadhan sama sahaja seperti bulan-bulan biasa. Cuma ada tambahan Bazaar Ramadhan dan solat terawih sahaja. Di Malaysia, mungkin suasana tu belum tersebar lagi, tetapi sikit-sikit, tak lama lagi anda akan merasai apa yang saya rasa, InsyaAllah.


Suasana Ramadhan di bumi kinanah sungguh meriah. Walaupun menyambutnya jauh daripada keluarga di Malaysia, namun tidak terasa kesedihan itu dengan adanya rakan-rakan disisi dan ditambah pula dengan kemeriahan sambutan di sini.

Apabila tiba 10 hari terakhir syaaban, masyarakat arab sudah sibuk membuat persiapan. Selalunya masjid-masjid dan rumah-rumah akan memasang Fanus, sejenis pelita ala ala tanglong cina. Fungsi asalnya suatu ketika dahulu adalah untuk menerangi jalan-jalan dan lorong-lorong ketika malam hari. Dan digunakan ketika hendak keluar untuk ke masjid atau menziarahi kerabat.

Namun, masa berlari laju dan sekarang lampu jalan raya sudah berada di merata-rata tempat. Oleh itu fungsi asalnya sudah bertukar menjadi hiasan dan simbolik akan ketibaan bulan Ramadhan. Meriah. Cukup meriah (macam ala ala nak menyambut raya di Malaysia)

Fanus
Sambutan di masjid-masjid pun apa kurangnya, kebanyakan masjid mula menukar karpet-karpet lama kepada yang baru. Malah, ada juga masjid-masjid yang dicat baru dan diluaskan ruang solatnya untuk menampung bilangan jemaah yang bakal solat di sana. Juga ditambah dengan peralatan-peralatan baru. Selipar-selipar tandas juga ditambah dan ditukar baru.

Kemudian, apabila anda mengambil angin ketika riadha petang, anda akan mendapati di tepi-tepi jalan raya, di sudut-sudut hujung jalan, di celah-celah deretan kedai, banyak khemah-khemah kecil yang didirikan. Ia dinamakan Maidatur Rahman. Fungsinya sebagai tempat berbuka puasa dan menyediakan makanan untuk fakir-fakir miskin.

Suasana kota semakin indah dan ceria, membuatkan hati-hati tak sabar untuk menunggu tibanya bulan ramadhan yang dinanti. Seolah-olah ingin memeluk ramadhan supaya tidak terlepas dan berlalu pergi.

Apabila masuk sahaja malam pertama Ramadhan,kebanyakan orang Mesir akan saling mengucapkan “Ramadhan kareem, kullu sanah wa antum thayyibin” atau “kullu ‘aam wa antum bikhoir”. Dan dibalas “ Allahu Akran, Allah yang lebih Mulia. Saya tidak terkecuali mengucap ucapan itu kepada seorang pemandu teksi semasa saya berada di dalam teksinya. Dan saya turut mengucapkannya juga kepada jiran-jiran, cashier kedai, nurse-nurse, makcik cleaner di hospital dan rakan-rakan.

Satu hal menarik yang patut kita contohi ialah, di sepanjang bulan Ramadhan, di mana-mana sahaja boleh didengari bacaan al-quran. Baik ketika berjalan kaki, mahupun di dalam bas dan tremkoAmmu (pakcik) yang menjaga kedai-kedai khusyuk membaca Al-quran. Bacaan Al-quran diperdengarkan di dalam kenderaan. Sambil-sambil menunggu bas untuk ke destinasi, ammu-ammu, abang, kakak, makcik-makcik di stesen bas akan membaca Al-quran. Sehinggakan jika di mulut anda tersiul lirik-lirik lagu, terasa malu sendiri.

Al-quran sudah menjadi seperti handphone. Suatu keutamaan. Pergi ke mana-mana pun wajib dibawa dan dibaca. Sambil-sambil menunggu bas, makanan yang dipesan, masa berharga itu boleh di manfaatkan dengan bacaan Al-Quran. Maka tidak hairanlah jika setiap seorang daripada mereka pasti akan mengkhatam Al-quran at least sekali sepanjang bulan Ramadhan ini.

Benarlah, mereka memang menghargai bulan Ramadhan, bulan dimana diturunkannya Al-quran.

Firman Allah Taala:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ ..

"Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur'an .. (1)


Bacaan Al-Quran di dalam bas, pagi hari dalam perjalanan ke Hospital

Satu suasana yang saya takkan lupakan ialah apabila menjelang waktu berbuka puasa, biasanya di tengah-tengah jalan raya ada sukarelawan yang akan mengedarkan makanan berbuka puasa. Simple sahaja makanannya. Beberapa biji kurma, halawah (manisan), dan ‘asir (air jus) yang sejuk dan manis. Kereta-kereta yang melalui mereka memperlahankan kenderaan dan mengambil sedikit juadah.

Sehinggakan ada juga kereta yang tidak mahu mengambilnya lagi kerana sudah penuh seat di sebelah pemandu dengan makanan-makanan daripada pit pit stop sebegini sebelum itu. Malah, kadang-kadang sampai tangan pun penuh, tangan kanan memegang air. tangan kiri memegang juadah. Tangan kawan pun pegang air lagi.

Jika ketika itu anda tiada duit untuk berbuka atau pun malas nak memasak, silakan keluar dari rumah dan berjalan menuju ke masjid dan pasti anda akan dapat berbagai jamuan makanan!

Benarlah, bulan ramadhan, bulan rahmah dan barakah. Rasa persaudaraan sesama muslim begitu kuat dan dapat dilihat dengan adanya saling tolong-menolong, sesama yang kaya dan yang miskin.

Dan tradisi pelajar-pelajar Malaysia, masing-masing pun tak mahu ketinggalan pahala menjamu orang berbuka puasa, setiap hari selalunya akan ada sahaja jemputan berbuka puasa di rumah-rumah kawan. Hari ini berbuka di Beyt Amru, esok di beyt Tariq, lusa di beyt SQ, tulat di beyt Ithar. Penuh planner dengan undangan iftar. Maka dapur pun keringlah tak berasap.

Selepas menjamu selera,kami akan terus bersiap-siap ke masjid terdekat. Biasanya kami membuat Masjid Hoping. Masjid-masjid Top (kerana bacaan Imam yang ‘basah’) harus dimasukkan ke dalam senarai yang harus diserang!




Di Masjid Salam, Hayyu Asyer. Solat tarawih dikerjakan 8 rakaat sahaja. Tetapi penuh dengan linangan air mata. Begitu juga dengan Masjid Tantawi, Hayyu Sabiek. Bacaan imam penuh penghayatan. Betapa khusyuknya beliau. Nada suara bertukar-tukar. Apabila imam membaca ayat-ayat tentang neraka,nadanya akan bertukar menjadi sedih dan merintih. Apabila membaca ayat tentang syaitan, nada bertukar keras. Apabila membaca ayat berkaitan orang-orang beriman, dan naimat-nikmat syurga, nada harapan kedengaran. 

Sehinggakan sesiapa yang tak faham bahasa arab pun boleh menjiwainya. Bahkan, terasa bahu berhinjut-hinjut menahan esak tangis ketakutan apabila ayat berkaitan azab neraka diceritakan. Apabila al-fatihah ditamatkan, bergegar masjid dengan suara Ameen daripada makmum. 

Mungkin suara imamnya tidaklah merdu, tetapi roh bacaan itu mengalir bersama-sama dengan makmunnya. Malah, satu rakaat yang dibacakan 2-3 mukasurat pun, tidak terasa lamanya kaki berdiri. Kemudian mereka akan menutup solat terawih dangan 3 rakaat solat witir. Sebelum sujud terakhir, akan dibacakan doa qunut.

Bacaan doa qunut merupakan part yang paling ditunggu-tunggu. Imam akan membacakan doa Qunut meminta supaya Allah membantu saudara-saudara kita di Syria, Burma, Mesir, Palestin dan dimana-mana sahaja. Turut diselitkan doa-doa keampunan kepada sekalian muslimin muslimat. Makmun akan menangis teresak-esak mengaminkan doa. Satu keadaan yang sukar didapati di Malaysia.

Di Mesir juga, tiada selawat yang dilakukan di antara setiap rakaat solat tarawih. Tetapi akan diadakan tazkirah selama 5 atau 10 minit selepas 4 rakaat solat tarawih. Solat tarawih akan disambung semula selepas berakhirnya tazkirah tersebut. Subhanallah.Tazkirah yang diberikan sungguh menyentap dan memuhasabah.  Betapa berbezanya dengan solat tarawih di Malaysia. 8 rakaat di Mesir sama panjangnya dengan 20 rakaat di Malaysia.

Tetapi di Malaysia, bacaan surahnya pendek-pendek. Malah, ada yang tak sempat hendak mengangkat takbiratul ihram, imam sudah rukuk . Ada seorang kawan saya menggelarkan masjid di taman perumahannya sebagai Masjid Thalathah ayat! (masjid 3 ayat).

*Aduh, jatuh kerusi*

Tetapi bergantung kepada masjid-masjid dan imam-imamnya juga,kerana ada juga yang menunaikan 8 rakaat dengan tenang tak tergesa-gesa.

Dan kemuncak suasana yang tidak mungkin dilupakan, suasana iktikaf dan Qiamullail, terutamanya pada 10 malam terakhir ramadhan. Makmun memenuhi saf-saf sehingga membanjiri jalan raya disebabkan masjid sudah penuh dengan bilangan yang tak disangka-sangka. Subhanallah. Malam mereka semakin meriah, cerah dan sungguh hidup, seolah-olah siang sudah bertukar menjadi malam! Lebih-lebih lagi pada malam ke-27 ramadhan, masing-masing berebut untuk mendapatkan saf hadapan.

Sehinggakan selesai sahaja solat Asar, kebanyakan makmun tidak berganjak daripada saf masing-masing. Kerana takut akan kehilangan tempat itu jika mereka bangun. Lebih-lebih lagi apabila rezekinya mendapat saf terhadapan.

Dan kawan saya yang baru sampai di masjid itu selepas berbuka puasa, terpaksa solat di tangga! Sedangkan fikirnya dia masih awal. Inikan pula mereka yang datang selepas azan isyak. Di mana pula tempat mereka? Mungkin di bahu jalan barangkali.

Ramadhan, time to change!



Masyarakat Mesir sangat menghormati dan memuliakan bulan ramadan ini. Kebiasaannya, apabila bulan ramadhan tiba,  serta merta mereka akan berubah menjadi baik. Yang tak bertudung, akan terus bertudung. Yang selalu marah-marah, akan banyak bersabar dan berselawat ke atas Nabi. Yang selalu menipu pun, tiba-tiba akan menjadi manusia yang amanah. Ajaib bukan?? Mereka sangat menghormati bulan mulia ini, sehingga secara tabiinya mereka tak sudi untuk mencemarkannya dengan sesuatu yang buruk.

Tetapi, bumi mana yang selamat daripada godaan nafsu?

Tidak dinafikan, masih ada jua manusia yang sanggup mencemarkan kesucian Ramadhan ini dengan perkara yang tidak baik. Pencuri, pengumpat, banyak sahaja yang bermaharajalela, namun kadar bilangannya berkurangan.

Lupakah anda kisah serangan di Medan Rabaah ketika solat subuh pada Ramadhan tahun lepas? Haa, itulah contoh manusia-manusia yang buta mata hatinya!

***

Terasa manisnya semua nikmat ini jika dapat melihatnya dan menghargainya dengan mata hati.

Oleh itu, kita pilih hendak menjadi yang bagaimana?

Typikal Malaysian yang 'hooray' dengan kedatangan ramadhan kerana tidak sabar mahu menyambut syawal, atau 'new & branded, ghuraba' muslim' yang mahu menyahut 'grand sale' dari Rabbnya, dengan mengikut apa yang telah diajar oleh 'great teacher' kita, Ar-Rasul S.A.W..


Mari, kita reset semula niat kita. 
Letakkan target kita untuk merebut sebanyak-banyaknya peluang kebaikan dan keampunan yang telah disediakan di depan mata ini.

Mungkinkah ini ramadhan terakhir buat kita??

(T__T)

Mari kita masuk ke bulan Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran,
beramal bersungguh-sungguh
dan graduate dari madrasah Ramadhan ini menjadi manusia yang baru, seperti bayi yang baru dilahirkan!

Jangan bertangguh!
Jangan biarkan kita tertinggal gerabak kereta api Ramadhan ini, jika tidak makan asap sahajalah jawabnya~

Jom semua!! Mari kita panaskan enjin masing-masing. Sudah sampai masa untuk memecut!

Mari jadikan Ramadhan kali ini pesta ibadah, dan bukannya pesta makanan.
Mari jadikan ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik, InsyaAllah (^.^)

Ya Allah, berkatilah Ramadhan kami.
Allahumma balighna Lailatul Qadr~ Ameen Ya Rabb!


** Tagging: House Officer yang baru start kerja akan kena tagging dulu selama 2 minggu.  Kerja setiap hari mula 7am-11pm. Selesai tagging baru akan bekerja mengikut shift.

p/s: Semua yang saya ceritakan ini berdasarkan pengalaman saya beberapa kali menyambut Ramadhan di Mesir. Namun, tak dapat nak jangka bagaimana suasana pada tahun ini, 
sekarang Sisi memerintah, rasanya macam kurang meriahnya tahun ini. 
T__T



Ramadhan kareem!
MHZ,
1 Ramadhan 1435H
Beyt SQ, Kaherah,
8.00 pm

Monday, June 23, 2014

KEMPEN MENYAMBUT TETAMU ISTIMEWA


Ahlan Wasahlan ya Ramadhan~

Bismillahirrahmanirahim..

Pejam celik pejam celik, cepat sungguh masa berlalu. Saya merasakan baru sahaja memasuki tahun 2014. Dan sekarang sudah hampir setengah tahun rupanya.

Dalam penat menjalani rutin seharian, pergi ke kuliah, balik rumah, selepas berehat sebentar, bergerak pula ke tusyen, liqa usrah, meeting dan sebagainya, kadang kala ibadah itu hanya menjadi rutin pelengkap kehidupan seharian.

Dan dikala kelelahan ini, Allah yang Maha Pemurah, Dia mengurniakan kepada kita semua bulan Ramadhan, sebaik-baik bulan pada pertengahan tahun ini. Bulan yang disediakan rahmat, keampunan dan jaminan untuk masuk ke syurga
.
Bulan di mana setiap amal akan digandakan 700 pahala. Subhanallah!

"Rasulullah telah bersabda, yang bermaksud:

Semua amalan anak adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda.

Allah SWT berkata: Kecuali puasa, kerana ianya adalah untuk-Ku dan aku sendiri yang kan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya untuk-Ku"


Sejujurnya saya sangat merindui suasana ramadhan di Mesir pada tahun lepas. Istimewanya ramadhan tahun lepas kerana ia datang ketika penyokong-penyokong Dr Mursy sedang berkumpul di  Medan Rabaah. Ramadhan tahun lepas menjadi saksi pertembungan hak dan batil di bumi Nabi Musa ini.

Pejam mata~ 

Arggh.. masih terasa kebasahan dan ‘kehangatan’ doa-doa qunut mereka, masih terasa kekhusyukan qiamullail di malam-malam terakhir ramadhan, masih terngiang-ngiang di telinga saya rintihan-rintihan doa para mujahid meminta supaya Allah memenangkan Al-Haq. *Syahdu*

Dan the rest is history~

Walaupun ketika ini, As-Sisi Berjaya menjadi presiden di Mesir, tetapi saya dapat merasakan bahawa dia syok sendiri. Hanya 12% sahaja rakyat yang turun mengundi beliau, namun sudah men'declare' diri sendiri sebagai Presiden?

Heh. *Lawak Antarabangsa*

Walau bagaimanapun, saya tidak dapat menjangkakan bagaimana suasana Ramadhan pada tahun ini. Adakah masih akan meriah bumi mesir ini dengan pesta-pesta ibadah? Atau adakah hanya penjara-penjara sahaja yang akan menjadi tempat pesta-pesta ibadah? Kerana orang-orang baik hampir kesemuanya telah ditangkap.

Wallahua’lam.

Nanti saya kongsikan di dalam artikel lain berkaitan persiapan Ramadhan di bumi anbia ini. InsyaAllah..

Diam tak diam, tinggal beberapa hari sahaja lagi tetamu istimewa ini bakal berkunjung.

Adakah anda perasan bahawa Ramadhan akan berkunjung 6 hari dari sekarang ini?

Sudahkah anda membuat persiapan untuk menyambut tetamu istimewa ini?

Apakah persiapan-persiapan yang telah anda lakukan? Boleh kongsikan dengan saya?

Atau anda pun sebenarnya tidak perasan yang masa sedang berlari pantas?

Ataupun tahap excited anda untuk bertemu ramadhan ini sehingga anda sudah pun membeli kuih raya dan menempah baju raya? Eh.



Di sini saya cuba mencadangkan beberapa persediaan untuk anda lakukan sebelum Ramadhan tiba dalam 6 hari lagi:





#1. DOA


Amalkan selalu doa ini selalu.

اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان

“Ya Allah berkatilah kami pada bulan Sya`ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”.

Akhir-akhir ini selalu sahaja kedengaran khabar berita kematian. Sama ada di Mesir ataupun di Malaysia.

Sesungguhnya hanya hamba-hambaNya yang terpilih sahaja akan dapat memasuki madrasah Ramadhan.

Maka, kita berdoa supaya Allah memilih kita menjadi salah seorang tetamu Ramadhan.

Tetapi ingat, jika kita dipilih oleh Allah, maka manfaatkan kesempatan ini sebaik-baiknya. 
Kerana kesempatan ini sangat mahal nilainya.
 Beribadah sebaik mungkin dan mohonlah keampunan kepada Allah sepanjang Ramadhan akan datang.

Rasulullah SAW bersabda:

“binasalah dan rugilah sesiapa yang melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosa ke atasnya” 
(HR Bukhori)

Gulp!! T____T * nauzubillahmin zalik*






#2. BERTAUBAT YANG BENAR


Setiap orang pasti pernah berbuat kesalahan dalam kehidupan ini. 
Rentang panjang kehidupan yang dilalui acap kali membuat kita terlena dalam khilaf dan dosa. 
Maka istighfar dan taubat merupakan pintu untuk membersihkan kesalahan-kesalahan kita.



Agar hati kita bersih dari belenggu dosa dan nafsu yang menyesatkan. 

Maka mudah bagi kita untuk melawan nafsu.

Lebih-lebih lagi syaitan akan diikat sepanjang bulan Ramadhan nanti, 
yang hanya akan 'bekerja' menyesatkan manusia adalah hawa nafsu.

Bahkan Allah akan memberikan jalan keluar dari setiap kesempitan.

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang selalu menetapi istighfar, maka Allah menjadikan baginya dari setiap kesempitan suatu jalan keluar, dari setiap kesusahan suatu jalan penyelesaian, dan Allah memberinya rezeki dari arah yang ia tidak duga-duga.” (Riwayat abu Daud)






#3. MUHASABAH DIRI


Agama mengajar kita agar sentiasa mencermati amal-amal seharian yang kita kerjakan.

Allah SWT berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap jiwa melihat kepada dirinya apa yang telah ia persiapkan untuk hari esok.” (Al Hasyr : 18) 

Oleh itu, sangat perlu kita mengevaluasi prestasi beribadah kita. 

Sebenarnya muhasabah ini perlu dilaksanakan sepanjang waktu, 
bukan hanya menjelang Ramadhan sahaja.

Namun, sekiranya dalam tempoh waktu yang kritikal ini kita masih lagi leka dan alpa dengan perkara kemaksiatan dan perkara yang sia-sia seperti melihat perkara yang haram, melayan movie yang tidak elok, bermain game 24 jam, mencarut, membuang masa, meringan-ringankan sembahyang dll.

Maka saat ini haruslah kita berhenti dan berazam meninggalkannya sebelum kita terlewat. 

Kerana apabila kita sudah biasa melakukannya,
 takut-takut kita akan terbiasa melakukannya walau ketika bulan Ramadan!

Gulp!





#4. MERASA GEMBIRA AKAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN



Senang atau gembira terhadap sesuatu perkara bukanlah something yang dapat dipaksa.

Sejujurnya, adakah kedatangan Ramadhan ini menggembirakan hati anda?

Jika kita memahami keutamaan Ramadhan dan mensyukuri 
kesempatan berada di bulan yang diberkati itu, nescaya kita akan berbahagia dengan kesempatan yang 
sangat berharga ini untuk meraih keridhaan Allah SWT. 

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Barangsiapa yang merasa gembira dengan datangnya bulan Ramadhan, maka Allah mengharamkan jasadnya dari semua neraka” (HR Al-Nasai)

Siapa tak mahu keampunan Allah dan keselamatan dari api neraka kan? 

Jom prepare!  







#5. LATIH DIRI DAN PERBANYAKKAN BERZIKIR DAN MEMBACA AL-QURAN


Menyambut ramadhan dengan gembira bukan setakat di hati. 
Tetapi perlu dizahirkan dengan amalan.

Latih diri dan ahli keluarga bermula sekarang dengan rajin bersedekah, qiamullail, berzikir, puasa sunat, membaca quran, di samping melawan perasaan malas.

Perbanyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Jadikan setiap sela masa yang ada,
diisi dengan bacaan Quran dan zikir. Contohnya ketika sedang menunggu bas, 
ketika berada di dalam train, selang masa ketika rehat/lunch hour.

Susah untuk kita istiqamah dan ikhlas beribadah di sepanjang bulan ramadhan
 jika di waktu 'tidak berpuasa' sekarang ini kita sudah banyak alasan dan helah.

Dari Aisyah ra, ia berkata:

"Tidakkah saya melihat Rasulullah menyempurnakan satu bulan puasa kecuali Ramadhan, dan tidaklah saya melihat Rasulullah yang paling banyak puasanya kecuali bulan Sya’ban” (HR. Bukhari)

Yuk, kita lawan rasa malas kita. 

Mari biarkan syaitan bersedih melihat mujahadah kita! 


P/s: Saya jumpa pakcik ni masa tgh tunggu bas pagi semalam. Tapi pakcik ni tunggu lebih lama lagi,
dalam 15 minit. But he looks cool with tasbih at the hand and mulut terkumat -kamit berzikir. 






#6. HIDUPKAN SUASANA RAMADHAN DI RUMAH


Kita boleh menampal poster atau kad berkaitan Ramadan, memasang lagu-lagu Ramadan, 
menghantar SMS dan kad ucapan Ramadan, menanda kalendar agar 
kita sentiasa sedar akan kedatangan Ramadan dan bersedia untuk menyambutnya.



Manfaatkan waktu ini untuk merancang aktiviti bersama keluarga atau housemate
/roomate untuk ketibaan Ramadhan ini.

Inilah waktunya untuk menyambung silaturrahim sesama kita.

Cdgn aktiviti: Gotong-royong membersihkan rumah, membuat jadual Qiam setiap hari, 
tadarus bersama-sama keluarga, sesi tazkirah ringkas selepas subuh dll.

Kerja baik ni lagi best kalau dapat buat beramai-ramai..





#7. SET TARGET RAMADHAN


Sediakan borang atau kertas untuk menyenarai perkara-perkara yang perlu dan ingin dicapai di bulan Ramadan. 


Contohnya seperti sasaran at least 1x khatam Al-quran, solat fardhu jemaah di masjid setiap hari,
 bangun sahur dan qiamullail setiap malam, sedekah, menahan marah, menghadiri majlis ilmu,
menyediakan makanan berbuka puasa, membuang mana-mana sikap negatif dan lain-lain.

Supaya kita sentiasa 'alert' dan bersungguh untuk mencapai target Ramadhan kali ini.

Semoga Allah memudahkan semuanya.

"Mungkinkah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir bagiku?" 

T___T









#8. PERSIAPKAN BEKALAN & PERSEDIAAN


Untuk yang terakhirnya, mari kita mempersiapkan bekal keperluan kita.


.Banyak orang yang menyiapkan bekal keperluan secara khusus menghadapi bulan Ramadhan.
. Dengan harapan akan dapat menikmati dan memyempurnakan ibadah dengan tenang dan khusyuk


Berbagai persiapan dilakukan dari segi fizikal dan rohani.

Baik menjaga kesihatan badan,
 menjaga stamina,
menyiapkan pakaian solat,
 memperbanyakkan bacaan buku-buku agama
!bahkan ada yang memperbanyakkan tabungan supaya boleh diinfa' ketika Ramadhan.

!!MasyaAllah

Mari kita bersedia dari sekarang. Ramadhan bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.

?Sudahkan anda bersedia 


~Jangan terlambat, nanti ketinggalan 'train' ramadhan~

Semoga Allah memudahkan semua urusan kita. Selamat menjalani ibadah dengan khusyuk. jadikan bulan Ramadhan ini sebagai Pesta Ibadah, dan bukannya pesta makanan!

Mungkinkah Ramadhan ini kali terakhir buatku?

 T__T



,MHZ 
,Road to Ramadhan
 pm 11.54
Beyt SQ, Kaherah