Friday, August 26, 2011

Sedekah menolak bala~


Sedekah?? hurmm...mesti semua org sedia maklum kn ape maksud nye..ada pulak soal..ape beza sedekah dan infa`??? haa..itu lain cerita...kat mana2 post la eyh *tp saya x janji la bile2 ye..sori*

Ibnu Qayyim berkata:
"Sesungguhnya Allah menolak berbagai macam musibah dengan sedekah. Ini merupakan perkara yang sudah dimaklumi ramai org. Baik org2 khusus mahupun org2 awam di tempat mereka. Penduduk bumi pun mengakui hal ini, kerana mereka telah mencubanya"


ada satu kisah yang saya baca..

Suatu hari, seorang pengemis berdiri di sisi pintu seorang wanita, ketika dia sedang makan,
lalu wanita tersebut berdiri dan menyuapkan makanan kepada pengemis itu. kemusian dia segera pergi menemui suaminya di ladang dan memberikan anaknya kpd suaminya (utk di jaga) kerana beliau ad urusan sebentar. Tiba-tiba seekor serigala mencuri anaknya, dan wanita itu berdoa "ya Tuhanku, selamatkanlah anakku.."

Lalu datang seseorang dan terus mencengkam serigala tersebut dan mengeluarkan anak wanita tersebut daripada mulut serigala itu dengan mudah, tanpa kesulitan dan tidak melukai anak itu. Orang itu berkata " suapan ini (iaitu anak ini) merupakan balasan suapan yang kau letakkan di mulut si pengemis tadi.."

Subhanallah..*mulut terlopong*



Nampak tak macam mana cantiknya Allah dah aturkan sesuatu. Kalau nak bayang dek akal, memang tak terbayang la..semua itu berkat drpd kebaikan yg dilakukan. dan sedekah itu satu kebaikan kan??? Sedekah jugak menolak musibah yg melanda~

haa...tu baru satu cerita..byk lagi kalau nak diikutkan.. dan nampak juga, Allah balas cash je segala kebaikan yg kita buat kat dunia ni..

Benda simple. bile2 kite pergi masjid tu..bwk la sekali beberapa jumlah wang.. contoh la..rm1 ke..
haa..nampak tabung masjid..masuk kn..
buat2 la tiap2 hari or selang sehari ke..
praktikal kan??
alaaa..anggap la mcm anda semua tengah menabung..
tp utk Tabung Akhirat~ kan menjana masa depan tu?? (^.^)

kalau rasa mcm berat2 je nk bg,
letak posisi kita as yg menerima. mesti sgt2 mengharap kn?? :)

Ada org yang tak puas hati...kenapa??
sebab anda bukan org kaya yg mampu byk besedekah??
ok2...dont worry..byk lagi jalan alternatif lain utk anda bersedekah. Ketahuilah bahawa perkataan yang baik tu juga sedekah. Haaa..kalau mcm kita dah hujung bulan..poket dh kosong, dah sengkek..(ehem2, lg2 dh nk raya ni anda shopping2 sakan ke...) jangan risau...boleh di perbanyakkan selawat dan berzikir..tak pun boleh buat apa2 kebaikan..tolong mak ayah ke, pergi ke masjid utk solat berjemaah...tau x, yg tiap2 langkah kita ke masjid tu dikira sebagai sedekah..subhanallah...

byk sgt cara lain kan???

dan ketahuilah bahawa...dengan bersedekah mampu mengubati org2 yang sakit...

"Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah"
(hadis riwayat bukhari)

ada diceritakan bahawa ada seorg suami ni..
dia sakit tenat. dan doktor pun mengesahkan macam takde harapan..
lalu terlantar la sang suami di hospital. Tapi si isteri tak putus2 harapan..
selepas mendengar hadis ni..beliau terus mencari sekolompok fakir miskin dan anak2 yatim lalu disedekahkan beberapa hartanya.
Setiap hari...dan tanpa diduga..slps suaminya terlantar berbulan2 (maybe 3 bln kot)...
sang suami boleh tersedar semula da hal ni mmg mengajaibkan para doktor...
korek2 punya korek.. si isteri pun menceritakan apa yg telah dilakukannya.. Subhanallah...pertolongan Allah tu mmg haibat...

Hurmm...saya rasa, mungkin ada yang tak percaya dengan apa yg saya cerita kan ni..
betul..saya tak mereka-reka cerita..
terpulang lah kepada anda semua...
Cuma saya bak seru di sini...alang2 ramadhan dah nak habis ni..
jom kita gandakan pahala dan amalan kita..
mana tahu ramadhan thn depan bukan milik kita lg??
Tapi bukan maksudnye, sedekah ni boleh dlm bulan ramadhan je..
Haish...tak tak..sedekah la bila2 masa pun..
cuma skrg ni Allah tawarkan ganjaran yg berlipat kali ganda..
takkan la kita nak berputih mata kan??

bak kata seorg deejay di radio... Marilah kita buang sifat kedekut kita, sbb benda tu takde satu kebaikan pun kepada kita~

sambil2 drive, terdengar ayat ni..rasa mcm kene smash pun ada ..T.T


ok, tunggu apa lg?? Jom berlari ke syurga! (^.^)

p/s: tak tau nk sumbangkan wang anda ke mana?? boleh je sumbangkn ke program2 kebajikan mcm Dana ke palestin, bantu anak yatim, atau bantuan org2 kebuluran etc..

sila klik di bawah ni :)




semoga Allah memberkati usaha2 kecil kita ni..insyaAllah ameen..


P/s 2: sempena syawal yg bakal tiba.. saya dgn rendah dirinya...nak minx maaf kepada sesiapa..
yg ada terasa hati dgn saya, baik secara langsung atau x langsung...maafkan saya...
and sapa2 yg saye ade hutang dia ape2 ke, sila la pm saya utk claim...thanx semua :)

Tuesday, August 16, 2011

Terkini




Bismillahirrahmanirrahim....

Salam semua. Entah la. Lately aku dilanda virus malas menulis. kalau sbb xde idea..itu boleh dihalalkan..tp idea mencurah2 ke ladang gandum..tp tak dpt diterjemahkan dgn larian jari jemari ke atas keyboard...(eh paham kn??)
dan kalau ak post pun, perasan tak..lately post2 hanyalah quote2 pendek yg comei2.. takde bebelan pjg mcm biase.hehe...

Tapi sementelah ak tgok manusia2 lain..yg even dah bekerja..buzy.. Tp masih punya waktu utk menulis sesuatu utk memberi. aku jadi malu sendiri..lagi2 dlm ramadhan ni..pahala diganda-gandakan..sharing ni salah satu sedekah la kan??? ketahuilah, setiap perkara sunat yg kita lakukan, pahalanya sama seperti buat perkara fardhu..dan setiap perkara fardhu yg kita buat, pahalanya Allah gandakan 70 kali...waaah! haibat bukan??? mmg la sifir Allah ni..tak masuk akal~
selain Allah...siape lg pemurah sampai mcm ni??

.....................................
Aritu aku dengar satu talk....ustaz tu cakap...."siapa la Allah ni, baik2 sgt nk bagi pahala kt kita?? contohnye...kalau kita bagi salam dekat kwn kita.. tibe2 kita dpt pahala..padahal bukannya kita bg salam kt Allah pun.. punya la Allah suka kan kebaikan..diberinya kita pahala..utk benda yg kita buat baik..even sikit...kan?

Benda simple. Senyum. :D bila seorang tgok kita senyum, dah dpt satu pahala. tp kalau ramai2 nmpak kita senyum. kan macam Mega Sale pahala tu. (Mega Sale raya berbondong2 pulak pergi, ni pahala ni..takmo ke??) Hanya dgn menggerakkan sikit otot di muka anda..senang n praktikal kn??? oleh itu, jom rajin2 maniskan muka kita *sengih lebar.eyh mcm iklan TV pulak*


eyh, tp jgn senyum sorg2 pulak. kang org kata tak betul~ :P
..............................................

Entah la. bile aku sampai kt tanah air terchenta ni..byk sgt perubahan.
terkezut dgn culture ramadhan skang. (walaupun memang awal2 dah bajet camni pun)..
lagu raya berkumandang kt mana2...kuih2 raya.. baju raya~
lagi2 esok ni org2 selangor cuti..mesti penuh KL..jem sana sini semua org pakat mai, shopping raya~ aduyai~

alahai...entah panjang umur tak nk merasa raya tu, dh siap segala bagai???*peluh besar*

tibe2 rindukan suasana ramadhan di mesir...
seronok! serius tak tipu~
dkt mana2 boleh baca al-quran. Al-quran tu dah jadi macam handphone. pergi mana2 pun kene bawak.smbil2 tggu bas or tggu order makanan ke boleh baca~ mana2 la..
its not weirdo~

dan kat sana, solat terawih biasenye 8 rakaat je..
TAPI, 8 rakaat yg same mcm kt mesia 20 rakaat [maksudnye kt mesia buat 20.tp ade je masjid2 yg baca surah2 pendek. x sempat nk angkat takbir, dh rukuk :( ]

tp bukan semua masjid yer~ saya bukan mengutuk. tapi inilah realiti skrg kn??? dan cycle yg sama berlaku tiap2 tahun kan??

saya suka bacaan imam2 kat sana. subhanallah. mengalir air mata kalau dpt menghayati~
bukannye berlagu2 sgt pun. tp terasa ruh bacaan tu mengalir bersama2 dgn makmun nya. Subhanallah... terawih mereka dengan linangan air mata~

and one more thing yg best....Biasa bila dah dekat waktu berbuka, ada kaunter utk maidahturrahman..(makanan free la. mcm kita buka free dekat masjid2) ,dan ade je arab lain, dkt tangah2 jalan, bagi makanan berbuka.bagi kurma dkt tgh2 jalan raya dan air pun dihidangkan dkt mana2.
dan kata kawan saya, Qiamullail mereka terutama di 10 malam terakhir,membanjiri jalan raya (sebab masjid dah penuh) dengan bilangan yg disangka2. Subhanallah....

terasa manisnya nikmat ni. kalau kita menghargainya~

tengok, kicik2 lg dh dekat dgn al-quran. camni la cool & cute~

Ohye..semua org pun perasan tak?? Esok 17 ramadhan.. ape ade dgn 17 ramadhan???
NUZUL AL-QURAN....(^^,)
ketika inilah turunnya petunjuk sepanjang zaman kita ni...

dan ramadhan yg mulia ni, dimuliakan lagi dgn penurunan kitab yang suci ni...
Subhanallah....

hargailah kitab ni selagi mana ia masih ada..kelak nak hari qiamat..akan ditarik Allah ayat nya satu persatu..jgn time tu kita baru nak cari2...nauzubillahminzalik...

ok, t8 care people~ (^^,)

p/s: terasa malaysia ni tak selamat langsung. sampaikn dlm masjid pun byk kecurian. haish, nk solat pun tak tenang sbb kene aware brg2 berharga kita, takut2 selamat je dirembat pencuri~ (T.T)

aku pelik kenapa org nak kata Mesir tak selamat, padahal Malaysia pun x selamat jugak, org x bising2 pun~ hurmm...semua tempat pun bahaya..tp bahaya dari sudut masing2 la ak rasa~


kg kerdas, gombak
1.34 am
16 ramadhan 1434 H

Wednesday, August 3, 2011

MAWAR



Imam Syafei pernah berkata..
"Jangan kau sentuh seseorang wanita, sekalipun hatinya!"


Ketahuilah Adam bahawa hati wanita itu umpama kelopak mawar yg rapuh.

Jgn kau gugurkan ia hanya dengan kata2 manismu.
Kata2 yg mungkin biasa bagimu namun berbisa bagi si mawar.


Jadilah pemetik bunga yg paling baik agar tdak membelakangi tuan milik si mawar...



p/s: nak jadi mawar berduri~ biarlah nampak mahal dan susah di dekati..demi redha Ilahi~ insyaAllah...(doakan saya ye readers..TQ)

Bangun dari tido~




Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri:
“Kenapa ALLAH hidupkan aku pada hari ini?.

Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali:

Kerana dosaku banyak. ALLAH izinkan aku untuk bertaubat.


p/s: semoga kita manfaat kan hari2 yang mendatang. not worse than today ok???
Allah dah bg chance tu. lg 2 bulan ramadhan ni. grab the chance. jgn biar terlepas...dan sesungguhnya, setiap amalan kebaikan akan di ganda2 berpuluh2 pahala dlm bulan ni.. hurrmm...tak mau ke???

happy fasting semua. semoga puasa luar dan 'dalam' ye!!


teratak zmg 9117,
4.19pm,
9 ramadhan 1432 H