Saturday, October 8, 2011

Sanah Helwah (^.^)

 
HB
Whatever with the past has gone, The best is always yet to come.
- Lucy Larcom


Sanah Helwah kepada Octoberians~

saya la one of them :)
kalau org mesir cakap..sittah oktober.. means 6 oct..
which is one of Hari Merdeka Mesir dan merangkap cuti umum. Yeah! :D
*bangganye satu mesir cuti time besdey saya. perasan! haha*

thanx a lot kpd yg bagi wish...may Allah bless u all~
*sgt2 terharu!*

dan Happy Birthday kepada Siti fatimah (2 oct), 
Hanisah othman (5 oct), 
Aisyah fitriah & Nabila Manan (7 oct), 
Rasyidah siddek (8 oct), 
Anisa farihin (9 oct) 
dan Raihaana Rushami (24 oct)
*err..kalo ad lg y x sebut..sorry banyak2*

dan masa hari besdey saya..saje je beli Big Apple yg 6 pcs punye..
dah lama mengidam~ huu..
then bawak balik rumah...dan mami cakap~

"ouh, ni ganti besdey kek angah la  kan??

"jom2 kita makan pai apple~"

(=.=)
cute x my mom??
hee...mami tu bukan pai la..name je Apple..
tp xde kaitan langsung donuts dgn epal..
hehe..

Dan org kata..semakin meningkat umur, semakin dekat dengan kematian~
T_T

sangat benar!! semakin kuat kubur kata mari~

Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah:
Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik? 
Rasulullah saw menjawab:
Orang yang panjang umur dan baik amalannya”. 

ermm...sedikit lagi tazkirah buat diri sendiri...
Dan Allah sengaja panjangkan umur orang kafir seperti pemancing ikan yang beri umpan kepada ikan. Dibiarkan ikan itu makan umpan sehingga penat ikan itu, barulah ditarik ikan itu ke atas. Sengaja Allah beri kesihatan dan kemewahan kepada mereka kerana azab menanti mereka.
Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak). (Al-imran:178)
Allah! nauzubillamin zalik~
Ya Allah, peliharalah umur ku dan sentiasa di dalam kebaikan~ ameen...

dan semoga penghabisan umurku..di dalam redhaMu dan mendapat khusnul khatimah~ Ameen..

Sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Na’im). Allah ambil kira amalan terakhir kita sebelum meninggal, dalam hadith disebut “innamal a’malu bil khowatim”… Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisan (umur)nya 
(Hadis Riwayat Bukhari).


Allahumma Ameen~

p/s: readers, kalau saya ade buat apa2 salah silap, mohon ampun ye! 
dan terima kasih membaca..sokongan dan doa2 kalian~ 
semoga Allah memberkati~ (^.^)

p/s 2: Mesia dah kata pergi, Mesir dah kata mari. selamat kembali ke sekolah! 
kawan2 dkt Mesir pun semua dah jerit2 kat wall FB saya, suro cepat2 balek sana..
kalau la saya ade kuasa tukarkan masa..
saya akn terus tukar esoknya adalah tarikh tiket saya! Malangnya saya x mampu~
2 days to go..selamat menjejakkan kaki ke bumi Anbia Musyirah~




mungkin post terakhir di malaysia,
11.50 pm,
8 oct 2011
kg kerdas 1, gombak, KL

1 comment: