26
Mei 2014
Perjalanan
ke Cordoba juga diserikan
dengan kebun-kebun pokok zaitun di kiri dan kanan. Sepanyol merupakan negara yang terbanyak mengimport buah zaitun, baik dari
buah atau minyaknya.
Sama
juga seperti di Toledo, kami cuba menjejaki kesan-kesan tinggalan islam di
Cordoba. Namun kerana masa yang singkat, kami hanya sempat mengujungi Masjid Cordoba dan Madinat Al-Zahra sahaja.
***
Cordoba dalam lipatan sejarah
Cordoba,
atau dalam bahasa Sepanyol Córdoba, bahasa arab قُرطبة, merupakan salah satu bandar di Andalusia.
Cordoba
ditakluki oleh golongan Moors (penduduk Eropah yang beragama Islam) pada tahun
711 M daripada kuasa empayar Rom. Pengaruh orang Moor masih boleh dirasai di kota
Cordoba hingga saat ini. Sewaktu pengaruh Islam, Cordoba menjadi bandar
terbesar yang memiliki the most sophisticated culture dan
sistem brokrasi yang paling maju dalam kalangan negara Eropah yang lain.
Ketika
Khalifah Bani Umayyah digulingkan di Damsyik, Syria pada tahun 750, Kerajaan
Islam kemudian bertapak kembali di Cordoba sehingga 929. Apabila Empayar Islam
diambil oleh Kerajaan Bani Abbasiyah, Abdul Rahman III (yang turut menjadi
pesaing bagi jawatan Khalifah pada ketika itu) mengangkat dirinya menjadi
Khalifah Cordoba yang mentransformasi kawasan jagaannya (Cordoba) menjadi suatu
kerajaan yang terasing daripada Kerajaan Bani Abbasiyah.
Cordoba mencapai zaman kegemilangannya pada abad kesepuluh di bawah pemerintahan tiga pemerintah yang hebat iaitu Abdul Rahman III yang mendapat gelaran "al-Nasir" pada tahun 912, anaknya al Hakam II (961) dan Al Mansur ibn Abi Aamir (981-1002). Pada abad kesepuluh, Kerajaan Cordoba menjadi kerajaan yang paling hebat di Eropah pada ketika itu. Cordoba memiliki 250,000 penduduk, Lebih 1000 masjid dan 600 tempat mandi awam.
Kuasa Cordoba runtuh melalui persengketaan dalaman dalam awal abad kesebelas dan Andalusia berpecah kepada banyak negeri mini dipanggil taifa. Taifa yang paling berkuasa adalah taifa Seville. Cordoba kekal sebuah bandar Moor sehingga 1236 apabila ia jatuh untuk memajukan kuasa-kuasa Kristian dari utara. Sejarah Cordoba akhirnya tenggelam...
Cordoba mencapai zaman kegemilangannya pada abad kesepuluh di bawah pemerintahan tiga pemerintah yang hebat iaitu Abdul Rahman III yang mendapat gelaran "al-Nasir" pada tahun 912, anaknya al Hakam II (961) dan Al Mansur ibn Abi Aamir (981-1002). Pada abad kesepuluh, Kerajaan Cordoba menjadi kerajaan yang paling hebat di Eropah pada ketika itu. Cordoba memiliki 250,000 penduduk, Lebih 1000 masjid dan 600 tempat mandi awam.
Kuasa Cordoba runtuh melalui persengketaan dalaman dalam awal abad kesebelas dan Andalusia berpecah kepada banyak negeri mini dipanggil taifa. Taifa yang paling berkuasa adalah taifa Seville. Cordoba kekal sebuah bandar Moor sehingga 1236 apabila ia jatuh untuk memajukan kuasa-kuasa Kristian dari utara. Sejarah Cordoba akhirnya tenggelam...
*menyelak-nyelak
buku Sejarah tingkatan 4 silibus KBSM, bab enam*
Sumber
dari SINI
Seorang
saudagar dari Mosul, Irak, datang ke Cordoba tahun 350 H / 961 M, ia
menggambarkan kota ini dengan perkataannya,
“Kota
di Andalusia yang paling besar adalah Cordoba. Di kawasan Barat tidak ada kota
yang serupa dengannya dilihat dari sisi banyaknya penduduk dan luas
daerahnya.
Dikatakan
bahwa Cordoba mirip dengan salah satu sisi Kota Baghdad atau bahkan mirip
dengan Baghdad secara keseluruhan (Baghdad kota yang maju kala itu dan
merupakan ibu kota Abbasiyah ). Kota Cordoba dibentengi dengan pagar
tembok, dan terdapat dua pintu yang mengarah ke al-Wadi di ar-Rashafah yaitu
tempat tinggal penduduk di dataran tinggi yang bersambung ke tempat
tumbuh-tumbuhan lebat di dataran rendah.
Sumber
dari SINI
Al-Himyari
mengatakan,
“Cordoba
merupakan pusatnya Andalusia, ibu kota, dan tempat istana kekhalifahan Bani
Umayyah II. Jejak-jejak mereka di sana tampak jelas, keutamaan-keutamaan
Cordoba dan khalifahnya lebih banyak disebut (karena sedikit cacatnya). Mereka
adalah tokoh-tokoh dunia dan orang-orang terpandang.
Mereka
terkenal dengan madzhab yang benar, tingkah laku yang baik, identitas yang
bagus, cita-cita yang tinggi, dan akhlak yang terpuji. Di sana terdapat
ulama-ulama yang ternama dan para pemimpin yang mulia (ar-Raudh al-Mi’thar
fi Khabar al-Aqthar, Hal. 456).
***
![]() |
Madinat Al-Zahra |
Madinat Al-Zahra
Madinat Al Zahra terletak luar sedikit dari kota Cordoba,
hampir memakan masa 40 minit menaiki bas dari pusat Bandar Cordoba.
Dikatakan Medina az Zahra dahulunya merupakan pusat pemerintahan
Cordoba, kerana melihat kedua-dua pentadbiran dan istana terletak di dalamnya.
Namun sekarang, Madinat Al Zahra merupakan tinggalan dan menjadi tempat kajian
arkeoloji dan tarikan pelancong.
Selepas membayar tiket masuk sebanyak 1.50 euro. Kami melawat
museum yang disediakan, bagi mendengar sedikit sebanyak sejarah mengenai tempat
ini. Kemudian kami dijemput menaiki bas khas yang membawakan kami ke kaki bukit
tempat letaknya istana itu.
![]() |
Salah satu tiang ukiran yang dapat diselamatkan |
Istana Madinat Al-Zahra ini dibina dengan sangat teliti.
Banyak rahsia-rahsia penciptaan terselit di sebalik seni bina tinggalan itu. Dan
apabila seorang budak medic melihat seni binaan yang hebat, maka itu adalah
satu kekaguman yang besar baginya! Walaupun dia tak punya ilmu untuk
menghargainya.
Contohnya seperti pembinaan pintu masuk yang berbengkang-bengkok.
Jalan ini sengaja dibina tidak lurus, bagi memastikan sesiapa yang melalui
jalan itu untuk masuk ke kota akan memperlahankan kenderaan atau kuda tungangannya.
Sekaligus ia dicipta bagi mengelakkan musuh menyerbu kota ini
dengan kudanya yang laju. Maka, dengan itu, mereka mampu melambatkan
perancangan musuh.
*What a brilliant idea*
![]() |
Pintu masuk yang sengaja dibina tidak lurus |
Teringat
saya akan satu ceramah Ust Salim A Fillah, mengenai jalan yang lurus.
“Doa terpenting yang biasa kita ucapkan dalam kehidupan
seharian kita,

Minimum 17 kali sehari.
Terjemahan ini
menjadi kemusykilan di antara kita kerana ketika menyebut JALAN YANG LURUS,
ramai di antara kita membayangkan jalan yang lurus, mulus, indah yang tiada
apa-apa rintangan melintang, tanpa onak dan duri, tanpa cabaran yang mendatang,
dengan segala keinginan terkabul, segala yang kita impikan tertunai.
Sayang sekali, kerana kita melupakan satu fakta yang
Allah sebutkan pada ayat yang berikutnya,

Jalan yang lurus itu adalah jalan orang-orang yang telah
engkau beri nikmat oleh Allah.
Maka al-quran ini kata ibnu Abbas RA terkandung di dalamnya
6000 kisah-kisah, 600 ayatnya tanda kebesaran Allah, 60 ayatnya tentang
muamalah dan 6 ayatnya tentang hokum.
Maka,kisah-kisah yang banyak di dalam Al-quran ini menceritakan
tentang apa?
Tentang JALAN YANG LURUS, iaitu jalan orang yang telah diberi
nikmat oleh Allah SWT dari Nabi Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Lut,
Ismail, Ishak, Yaakob, yusuf, Ayyub, Shuib, Musa, Harun, Zulkefli, Daud,
Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Yunus,Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad SAW .
Jadi kalau kita membayangkan siratal mustaqim ini, sebenarnya
ia ialah jalan yang lurus kepada Allah.
Sementara di dunia, jalan yang lurus itu adalah jalan yang ditempuh oleh
Adam, yang turut membuat kesilapan, tetapi bagaimana ia memaknai sesal selepas
membuat kesilapan.

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
Menyesali kegagalan bagi kita sebagai manusia ternyata lebih
baik daripada Iblis yang mendabik dada.
Kita memohon jalan yang lurus adalah jalannya Nuh, Musa, Isa,
Muhammad saw.
Jalan yang mungkin di dunia berliku-liku dan kita merasakan
semuanya bagaikan asing, dan itulah hakikatnya jalan kita.
Mari kita memaknai jalan yang lurus yang selalu kita pinta setiap hari
ini.”
Naqibah saya turut menambah,
“ Jalan yang luuurus itu sebenarnya lebih mudah mendapat
kemalangan. Contohnya di Saudi, jalan rayanya lurus, maka terlihat banyak
kemalangan yang terjadi. Jika dibandingkan dengan jalan berbengkok yang mana pemandu
jalan raya pasti akan menekan brek dan lebih berhati-hati ketika melaluinya”
Erm.. simple analogi, yet sangat betul!
Dan apabila saya puas meronda-ronda Madinah Al-Zahra ini,
saya dapati semua binaannya sangat berkait di antara satu sama lain. Malah, masjid
yang dibina juga terletak elok, senget mengikut qiblat di situ.
![]() |
Peta Madinah Al-Zahra |
![]() |
Di salah satu bilik |
![]() |
Pintu gerbang utama |
![]() |
Peta Madinat Al Zahra |
![]() |
Mami dan Hazim di pintu masuk |
Selesai meronda, kami dibawa menjamu selera ala-ala Classical Spain style. Uniknya restoran ini, ia sebenarnya merupakan gerabak kereta api lama yang telah diubah suai menjadi restoran yang menyajikan makanan yang lazat~
Alhamdulillah di atas semua nikmat ini.
" Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kau dustakan? " (Ar-Rahman: 13 )
T___T *tears*
![]() |
Lunch here, with my SuperHero, Ayah terchenta |
(bersambung , InsyaAllah)
Related post:
From Egypt to Spain with Love 1.0 ~
menulis Lillah,
MHZ,
8.20pm
6 Dec 2014
No comments:
Post a Comment