Pages

Friday, May 9, 2014

Banyak yang hilang dari diri kita




I think I am remembering you about the past.Just like I’m am coming from the future”, lawak seorang guruku seperti terngiang-ngiang di telingaku.

Dr Omar Baraka, seorang surgeon yang sangat happy go lucky. Walaupun dia seorang surgeon, ironinya, dia sangat meminati subjek Anatomy melebihi subjek Surgery, malah dia membuat kelas-kelas tambahan untuk mengajarkan subjek anatomy kepada pelajar-pelajar Malaysia, especially tahun 1, dan 2 perubatan.

Kami mengenali beliau sejak 6 tahun yang lalu, sewaktu  itu dia mengajarkan kami kelas tambahan Anatomy, ketika itu kami masih di tahun 1. Walau bagaimanapun, saya hanya menyertai kelas itu cuma sekejap.

I still remember your happy face 6 years ago. That time, you are still enjoying your life. Your face is always cheer and happy. But after 6 years, you’re become tired with life, and busy with study and your face become like this. Mask face and have no expression. What inside your mind is, Doktor, please hurry up. We’re sleepy right now and we want to finish early”, dia meyambung lawaknya.

Kami melepaskan ketawa. Namun di sebalik ketawa tersebut, Aduuuh. Sentap sungguh.

Aku melihat sekeliling, jelas kelihatan kepenatan pada wajah rakan-rakan kuliahku. Kerut-kerut di dahi kelihatan. Senyuman di bibir seolah-olah mahal untuk dilemparkan. Masing-masing kelihatan irritable dan exhausted.

Aduh, ternyata. Kami semua gagal menjadikan kehidupan ini indah seperti taman-taman syurga.

Hurm, terselit perasaan kagum dengan Dr Omar. Bagaimana dia masih boleh sentiasa tersenyum, membuat lawak, menceriakan kami, mengajar dengan telus dalam keadaan kehidupan sehariannya yang pasti lebih exhausted.

Menjadi seorang surgeon yang pastinya setiap hari terpaksa berhadapan dengan pesakit yang bermacam-maca ragam, nurse, professor-professor yang masing-masing mempunyai karenah sendiri. Di tambah dengan hidup di Kaherah ini yang pastinya tidak sunyi daripada kesibukan kota, jalan raya yang sentiasa jem dan karenah rakyat tempatan yang kadang kala boleh menaikkan amarah.

Sungguh, aku kagum dan cemburu dengan kegembiraan beliau.

***

Begitulah, manusia ini kebanyakannya dilahirkan cepat bosan dan berputus asa. Lebih-lebih lagi, generasi Y yang nature nya cepat jemu dengan sesuatu perkara yang menjadi rutin. Apatah lagi apabila rutin hariannya itu adalah sesuatu yang bukannya datang dari sudut hatinya. Contohnya seperti terpaksa mengambil jurusan bussiness disebabkan oleh harapan tinggi ibubapa yang memiliki perniagaan yang akan diwariskan kepada anaknya kelak.

Lazimnya, seorang pelajar pasti akan mula bosan apabila menjengah bulan Julai. Kerana semangatnya untuk ke sekolah sudah pudar. Namun, langkah-langkah kakinya untuk ke sekolah menjadi gagah kembali apabila difikirkan bahawa rakan-rakannya di sekolah sedang menantinya untuk bermain bola. Err.

Seorang cleaner turut akan menzahirkan kepenatan di wajahnya apabila saban hari terpaksa melihat sikap manusia yang suka membuang sampah merata-rata dengan mind set bahawa akan ada cleaner yang akan menyapunya kelak.

Seorang guru  akan cuba menggagahkan dirinya untuk melemparkan senyuman manis kepada anak-anak muridnya selepas saban hari terpaksa menghadapi kenakalan anak muridnya di dalam kelas, dan ditambah lagi dengan sikap sebahagian pelajar yang suka tidur di dalam kelas.

Seorang doctor turut akan cuba sentiasa memperbaharui niatnya untuk merawat masyarakat dalam kesibukannya seharian terpaksa merawat beratus-ratus jenis penyakit yang datang kepadanya. Lebih-lebih lagi apabila dia terpaksa on-call pada malam harinya.

Dan begitu juga dengan seorang Daie.

Kadang kala semangat seorang daie itu bermusim. Apabila tiba musim mad’u nya bersemangat, maka semangat daie akan berganda-ganda. Banyak perancangan dakwah yang dibincangkan. Banyak daurah-daurah dan pengisian yang mampu diberikannya. Namun apabila tiba musim mad’u-mad’unya sedang futur dan sibuk dengan kehidupan dunianya, daie itu pun akan larut di dalam futurnya.

Sering kali ukhti-ukhti saya melahirkan perasaannya yang sedang lesu dan dia merindui semangatnya yang berkobar-kobar suatu ketika dahulu.

Muhammad Lili Nur Aulia menulis di dalam bukunya,

Membandingkan antara kita hari ini dan masa-masa lalu, akan terasa bahawa ada banyak hal yang hilang dari diri kita. Kita dahulu yang mungkin baru memiliki ilmu dan pengetahuan yang sedikit, tapi banyak beramal dan mempraktikkan ilmu yang sedikit itu.

Kita dahulu yang barangkali belum banyak membaca dan mendapat keterangan tentang Allah, tentang Rasulullah SAW, tentang Islam, tapi terasa begitu kuat keyakinan dan banyak amal soleh yang dikerjakan. Kita yang dahulu yang belum banyak mendengarkan nasihat, diskusi, arahan para guru dalam menjalankan agama, tapi seperti merasakan kedamaian kerana kita melakukan apa yang kita ketahui itu. Meskipun sedikit.

Saudaraku,

Perhatikanlah apa saja yang hilang dari diri kita selama ini?

Barangkali kita termasuk di dalam ungkapan Hassan Al-Basri Rahimullah yang mengatakan,

“ Aku pernah bertemu suatu kaum yang mereka dahulunya adalah orang-orang yang memerintahkan yang makruf dan paling melaksanakan apa yang diserukannya. Mereka juga orang yang paling melarang kemungkaran dan mereka sekaligus orang yang paling menjauhi kemungkaran itu. Tapi kini kita ada di tengah-tengah kaum yang memerintahkan pada yang makruf sementara mereka adalah orang yang paling jauh dari apa yang diserukan. Dan yang paling banyak melarang kemungkaran, sedangkan mereka adalah orang yang paling dekat melaksanakan kemungkaran itu. Bagaimana kita bisa hidup dengan orang seperti mereka?”

T_____T  * Hangus terbakar*



Syed Qutub turut menulis di dalam Fi Zilaal Al-Qurannya,

“ Kata-kata itu, bisa mati. Kata-kata juga akan menjadi beku, meskipun ditulis dengan lirik yang indah dan semangat. Kata – kata akan menjadi seperti itu bila tidak muncul dari hati orang yang kuat meyakini apa yang dikatakannya.  Dan seseorang mustahil memiliki keyakina kuat terhadap apa yang dikatakannya, kecuali jika ia menterjemahkan apa yang ia katakana dalam dirinya sendiri, menjadi visualisasi nyata apa yang ia katakan”.

TT_____TT * Double hangus*


Saudaraku,

Berhati-hatilah. Musuh-musuh Islam akan sentiasa mencari peluang untuk melalaikan kita. Apatah lagi syaitan yang sentiasa licik mencari peluang untuk melemahkan jiwa para hamba dan Daie.

Jika banyak yang baik-baik telah hilang dari diri kita, maka mari kita muhasabahi diri sebelum beramal. Mari kita lihat semula niat-niat dan tujuan di sebalik semua amal-amal kita selama ini. Boleh jadi apabila sesuatu perkara itu kerap dilakukan, ia hanya  menjadi rutin seharian dan refleks, tanpa keinginan hati yang kuat untuk melaksanakannya.


“ Sesungguhnya iman yang benar adalah apabila ia kukuh di dalam hati dan terlihat bekasnya dalam perilaku. Islam adalah aqidah yang bergerak dinamis dan tidak membawa yang negative. “ 

Tulis Syed Qutub lagi.

Saudaraku, mari kita lihat semula, banyak yang telah hilang dari diri kita~
Mari, kita cari kembali sebahagian diri kita yang telah hilang itu~
Mari kita kembalikan semula semangat kita.

kerana kelesuan seorang daie, merupakan kerugian kepada ummah.!

Semoga Allah mengurniakan mujahadah kepada kita dalam bersabar melaksanakan ketaatan kepadaNya. Ameen..




MHZ
beyt SQ,
2.10 pm
9 rejab 1435H

No comments:

Post a Comment