Pages

Monday, June 23, 2014

KEMPEN MENYAMBUT TETAMU ISTIMEWA


Ahlan Wasahlan ya Ramadhan~

Bismillahirrahmanirahim..

Pejam celik pejam celik, cepat sungguh masa berlalu. Saya merasakan baru sahaja memasuki tahun 2014. Dan sekarang sudah hampir setengah tahun rupanya.

Dalam penat menjalani rutin seharian, pergi ke kuliah, balik rumah, selepas berehat sebentar, bergerak pula ke tusyen, liqa usrah, meeting dan sebagainya, kadang kala ibadah itu hanya menjadi rutin pelengkap kehidupan seharian.

Dan dikala kelelahan ini, Allah yang Maha Pemurah, Dia mengurniakan kepada kita semua bulan Ramadhan, sebaik-baik bulan pada pertengahan tahun ini. Bulan yang disediakan rahmat, keampunan dan jaminan untuk masuk ke syurga
.
Bulan di mana setiap amal akan digandakan 700 pahala. Subhanallah!

"Rasulullah telah bersabda, yang bermaksud:

Semua amalan anak adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda.

Allah SWT berkata: Kecuali puasa, kerana ianya adalah untuk-Ku dan aku sendiri yang kan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya untuk-Ku"


Sejujurnya saya sangat merindui suasana ramadhan di Mesir pada tahun lepas. Istimewanya ramadhan tahun lepas kerana ia datang ketika penyokong-penyokong Dr Mursy sedang berkumpul di  Medan Rabaah. Ramadhan tahun lepas menjadi saksi pertembungan hak dan batil di bumi Nabi Musa ini.

Pejam mata~ 

Arggh.. masih terasa kebasahan dan ‘kehangatan’ doa-doa qunut mereka, masih terasa kekhusyukan qiamullail di malam-malam terakhir ramadhan, masih terngiang-ngiang di telinga saya rintihan-rintihan doa para mujahid meminta supaya Allah memenangkan Al-Haq. *Syahdu*

Dan the rest is history~

Walaupun ketika ini, As-Sisi Berjaya menjadi presiden di Mesir, tetapi saya dapat merasakan bahawa dia syok sendiri. Hanya 12% sahaja rakyat yang turun mengundi beliau, namun sudah men'declare' diri sendiri sebagai Presiden?

Heh. *Lawak Antarabangsa*

Walau bagaimanapun, saya tidak dapat menjangkakan bagaimana suasana Ramadhan pada tahun ini. Adakah masih akan meriah bumi mesir ini dengan pesta-pesta ibadah? Atau adakah hanya penjara-penjara sahaja yang akan menjadi tempat pesta-pesta ibadah? Kerana orang-orang baik hampir kesemuanya telah ditangkap.

Wallahua’lam.

Nanti saya kongsikan di dalam artikel lain berkaitan persiapan Ramadhan di bumi anbia ini. InsyaAllah..

Diam tak diam, tinggal beberapa hari sahaja lagi tetamu istimewa ini bakal berkunjung.

Adakah anda perasan bahawa Ramadhan akan berkunjung 6 hari dari sekarang ini?

Sudahkah anda membuat persiapan untuk menyambut tetamu istimewa ini?

Apakah persiapan-persiapan yang telah anda lakukan? Boleh kongsikan dengan saya?

Atau anda pun sebenarnya tidak perasan yang masa sedang berlari pantas?

Ataupun tahap excited anda untuk bertemu ramadhan ini sehingga anda sudah pun membeli kuih raya dan menempah baju raya? Eh.



Di sini saya cuba mencadangkan beberapa persediaan untuk anda lakukan sebelum Ramadhan tiba dalam 6 hari lagi:





#1. DOA


Amalkan selalu doa ini selalu.

اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان

“Ya Allah berkatilah kami pada bulan Sya`ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”.

Akhir-akhir ini selalu sahaja kedengaran khabar berita kematian. Sama ada di Mesir ataupun di Malaysia.

Sesungguhnya hanya hamba-hambaNya yang terpilih sahaja akan dapat memasuki madrasah Ramadhan.

Maka, kita berdoa supaya Allah memilih kita menjadi salah seorang tetamu Ramadhan.

Tetapi ingat, jika kita dipilih oleh Allah, maka manfaatkan kesempatan ini sebaik-baiknya. 
Kerana kesempatan ini sangat mahal nilainya.
 Beribadah sebaik mungkin dan mohonlah keampunan kepada Allah sepanjang Ramadhan akan datang.

Rasulullah SAW bersabda:

“binasalah dan rugilah sesiapa yang melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosa ke atasnya” 
(HR Bukhori)

Gulp!! T____T * nauzubillahmin zalik*






#2. BERTAUBAT YANG BENAR


Setiap orang pasti pernah berbuat kesalahan dalam kehidupan ini. 
Rentang panjang kehidupan yang dilalui acap kali membuat kita terlena dalam khilaf dan dosa. 
Maka istighfar dan taubat merupakan pintu untuk membersihkan kesalahan-kesalahan kita.



Agar hati kita bersih dari belenggu dosa dan nafsu yang menyesatkan. 

Maka mudah bagi kita untuk melawan nafsu.

Lebih-lebih lagi syaitan akan diikat sepanjang bulan Ramadhan nanti, 
yang hanya akan 'bekerja' menyesatkan manusia adalah hawa nafsu.

Bahkan Allah akan memberikan jalan keluar dari setiap kesempitan.

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang selalu menetapi istighfar, maka Allah menjadikan baginya dari setiap kesempitan suatu jalan keluar, dari setiap kesusahan suatu jalan penyelesaian, dan Allah memberinya rezeki dari arah yang ia tidak duga-duga.” (Riwayat abu Daud)






#3. MUHASABAH DIRI


Agama mengajar kita agar sentiasa mencermati amal-amal seharian yang kita kerjakan.

Allah SWT berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap jiwa melihat kepada dirinya apa yang telah ia persiapkan untuk hari esok.” (Al Hasyr : 18) 

Oleh itu, sangat perlu kita mengevaluasi prestasi beribadah kita. 

Sebenarnya muhasabah ini perlu dilaksanakan sepanjang waktu, 
bukan hanya menjelang Ramadhan sahaja.

Namun, sekiranya dalam tempoh waktu yang kritikal ini kita masih lagi leka dan alpa dengan perkara kemaksiatan dan perkara yang sia-sia seperti melihat perkara yang haram, melayan movie yang tidak elok, bermain game 24 jam, mencarut, membuang masa, meringan-ringankan sembahyang dll.

Maka saat ini haruslah kita berhenti dan berazam meninggalkannya sebelum kita terlewat. 

Kerana apabila kita sudah biasa melakukannya,
 takut-takut kita akan terbiasa melakukannya walau ketika bulan Ramadan!

Gulp!





#4. MERASA GEMBIRA AKAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN



Senang atau gembira terhadap sesuatu perkara bukanlah something yang dapat dipaksa.

Sejujurnya, adakah kedatangan Ramadhan ini menggembirakan hati anda?

Jika kita memahami keutamaan Ramadhan dan mensyukuri 
kesempatan berada di bulan yang diberkati itu, nescaya kita akan berbahagia dengan kesempatan yang 
sangat berharga ini untuk meraih keridhaan Allah SWT. 

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Barangsiapa yang merasa gembira dengan datangnya bulan Ramadhan, maka Allah mengharamkan jasadnya dari semua neraka” (HR Al-Nasai)

Siapa tak mahu keampunan Allah dan keselamatan dari api neraka kan? 

Jom prepare!  







#5. LATIH DIRI DAN PERBANYAKKAN BERZIKIR DAN MEMBACA AL-QURAN


Menyambut ramadhan dengan gembira bukan setakat di hati. 
Tetapi perlu dizahirkan dengan amalan.

Latih diri dan ahli keluarga bermula sekarang dengan rajin bersedekah, qiamullail, berzikir, puasa sunat, membaca quran, di samping melawan perasaan malas.

Perbanyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Jadikan setiap sela masa yang ada,
diisi dengan bacaan Quran dan zikir. Contohnya ketika sedang menunggu bas, 
ketika berada di dalam train, selang masa ketika rehat/lunch hour.

Susah untuk kita istiqamah dan ikhlas beribadah di sepanjang bulan ramadhan
 jika di waktu 'tidak berpuasa' sekarang ini kita sudah banyak alasan dan helah.

Dari Aisyah ra, ia berkata:

"Tidakkah saya melihat Rasulullah menyempurnakan satu bulan puasa kecuali Ramadhan, dan tidaklah saya melihat Rasulullah yang paling banyak puasanya kecuali bulan Sya’ban” (HR. Bukhari)

Yuk, kita lawan rasa malas kita. 

Mari biarkan syaitan bersedih melihat mujahadah kita! 


P/s: Saya jumpa pakcik ni masa tgh tunggu bas pagi semalam. Tapi pakcik ni tunggu lebih lama lagi,
dalam 15 minit. But he looks cool with tasbih at the hand and mulut terkumat -kamit berzikir. 






#6. HIDUPKAN SUASANA RAMADHAN DI RUMAH


Kita boleh menampal poster atau kad berkaitan Ramadan, memasang lagu-lagu Ramadan, 
menghantar SMS dan kad ucapan Ramadan, menanda kalendar agar 
kita sentiasa sedar akan kedatangan Ramadan dan bersedia untuk menyambutnya.



Manfaatkan waktu ini untuk merancang aktiviti bersama keluarga atau housemate
/roomate untuk ketibaan Ramadhan ini.

Inilah waktunya untuk menyambung silaturrahim sesama kita.

Cdgn aktiviti: Gotong-royong membersihkan rumah, membuat jadual Qiam setiap hari, 
tadarus bersama-sama keluarga, sesi tazkirah ringkas selepas subuh dll.

Kerja baik ni lagi best kalau dapat buat beramai-ramai..





#7. SET TARGET RAMADHAN


Sediakan borang atau kertas untuk menyenarai perkara-perkara yang perlu dan ingin dicapai di bulan Ramadan. 


Contohnya seperti sasaran at least 1x khatam Al-quran, solat fardhu jemaah di masjid setiap hari,
 bangun sahur dan qiamullail setiap malam, sedekah, menahan marah, menghadiri majlis ilmu,
menyediakan makanan berbuka puasa, membuang mana-mana sikap negatif dan lain-lain.

Supaya kita sentiasa 'alert' dan bersungguh untuk mencapai target Ramadhan kali ini.

Semoga Allah memudahkan semuanya.

"Mungkinkah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir bagiku?" 

T___T









#8. PERSIAPKAN BEKALAN & PERSEDIAAN


Untuk yang terakhirnya, mari kita mempersiapkan bekal keperluan kita.


.Banyak orang yang menyiapkan bekal keperluan secara khusus menghadapi bulan Ramadhan.
. Dengan harapan akan dapat menikmati dan memyempurnakan ibadah dengan tenang dan khusyuk


Berbagai persiapan dilakukan dari segi fizikal dan rohani.

Baik menjaga kesihatan badan,
 menjaga stamina,
menyiapkan pakaian solat,
 memperbanyakkan bacaan buku-buku agama
!bahkan ada yang memperbanyakkan tabungan supaya boleh diinfa' ketika Ramadhan.

!!MasyaAllah

Mari kita bersedia dari sekarang. Ramadhan bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.

?Sudahkan anda bersedia 


~Jangan terlambat, nanti ketinggalan 'train' ramadhan~

Semoga Allah memudahkan semua urusan kita. Selamat menjalani ibadah dengan khusyuk. jadikan bulan Ramadhan ini sebagai Pesta Ibadah, dan bukannya pesta makanan!

Mungkinkah Ramadhan ini kali terakhir buatku?

 T__T



,MHZ 
,Road to Ramadhan
 pm 11.54
Beyt SQ, Kaherah

No comments:

Post a Comment