Sunday, March 8, 2015

10 Seni mentajmik/ berdakwah kepada mad'u dari How To Train Your Dragon


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah atas nikmat dan kurniaNya.

Sebelum apa-apa, saya ingin memohon sejuta kemaafan kerana membiarkan blog ini bersawang. Sejujurnya, saya seolah-oleh lupa yang saya adalah seorang penulis.
Setiap kali bila ada semangat nak menulis, tapi lepas bukak laptop je terus rasa blank.
(T___T)

Maka, salah satu cara untuk saya menjana idea ialah dengan bedah movie ;)

Dah lama sebenarnya saya berniat untuk menonton movie ni, tapi kerana kesuntukan masa, saya hampir-hampir lupa akan kewujudannya di dalam external hard disc saya.

HOW TO TRAIN YOUR DRAGON (2010)


Menceritakan tentang seorang anak lelaki Viking, Hiccup dan naga yang menjadi sahabatnya, Toothless..

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok sendiri (atau maybe korag dah tengok pun, saya yang tengok lambat. Ehe) atau baca di SINI dan SINI

Walaupun hanya kartun, tetapi banyak pengajaran yang boleh diambil daripada movie ni. Cerita ni dah lama play dekat wayang, dan dah ada sambungan yang kedua pun. Tapi tak apa. Kerana yang saya ingin bawakan di sini adalah pengajaran dari kaca mata tarbiah yang diextract dari cerita ini. Semoga ianya dapat mebantu para duat sekalian.

**(Kalau ada tambahan pun, ahlan wasahlan. Sangat-sangat di alu-alukan. Saya tahu ada yang dah buat bedah movie ni dalam usrah )

10 Seni mentajmik/ berdakwah kepada madu
  1. Dakwah fardhiah banyak peringkat. Hadam peringkat pertama: TAARUF
  2. Berani menghadapi apa sahaja
  3. Selidik dahulu punca masalah
  4. Berbuat baik sesame makhluk, apatah lagi manusia
  5.  Kreatif dalam belajar sesuatu
  6. IKHLAS dalam berdakwah dan berkawan
  7.  Berjumpa setiap hari, bukan sekali sekala
  8.  Jujur dengan naqibah anda. Ceritakan semuanya tanpa berselindung
  9.  Perlunya teamwork dan keserasian
  10.  Hidup mesti pandai membalas budi



  1.       Dakwah fardhiah banyak peringkat. Hadam peringkat pertama: TAARUF

Seperti yang anda maklum, di dalam buku 7 Tahapan Dakwah Fardhiah (DF), ada disenaraikan 7 Peringkat DF. Dan tunjang kepada kesemua 7 perkara ini adalah tahapan pertama : Proses membina ikatan hati aka Taaruf.

Tahapan ini merupakan sesuatu yang sering diabaikan. Kadang-kadang kita menganggap kita sudah mengenali mutarabbi kita, tetapi malangnya kita tidak membina ikatan hati bersamanya. Jika ikatan hati telah terbina, nescaya 6 tahapan seterusnya akan dilaksanakan dengan mudah. Sebaliknya, jika tak settle perkara pertama, ambillah 10 tahun pun, anda belum tentu dapat melaksanakan 6 tahapan seterusnya.

Saya akui proses taaruf adalah proses yang panjang. Tapi, have fun with it. Macam budak tu yang berusaha untuk mengenali dragon yang ditemuinya. Dilukiskan dragon tu dalam bukunya, study pasal dragon tu, cuba bersembang dengan dragon tu, dan akhirnya bila dragon tu percaya yang dia takde niat buruk, baru lah dragon tu kasi budak tu sentuh mukanya dan selepas itu hubungan mereka sangat akrab.

Maka, taaruf yang berkesan menghasilkan terikatan hati yang mantap, dan melahirkan Thiqah (kepercayaan) sesama mereka.

2. Berani menghadapi apa sahaja

Ambillah keberanian Hiccup ketika mana dia berani membuat sesuatu yang bercanggah dengan prinsip orang Viking. Iaitu bersahabat dengan naga, sehingga akhirnya dia dikurung oleh ayahnya.

Apabila kita mengatakan kita adalah daie. Sudah tertanam di hati kita, bahawa ini bukan jalan mewah dan jalan popularity. Jalan ini menuntut pengorbanan kita. Jalan ini memerlukan kita menjadi pemberani untuk menongkas arus jahiliah. Bila mana semua manusia berjalan terbalik, kita berjalan lurus dan betul.

Dan apabila seorang gentleman cuba menambat hati kekasih hatinya, dia kena berani menunjukkan kesungguhannya, apatah lagi ketika ingin bertemu bakal ibu dan ayah mertuanya.

Sama seperti daie, bila mana anda ingin menambat hati mad’u, berani menghulurkan tangan anda untuk mengajaknya menyertai jalan dakwah ini.

3.  Selidik dahulu punca masalah

Rupa-rupanya, bukan sengaja naga-naga itu hendak memburu makanan di kampung Hiccup, tetapi dek kerana mereka terpaksa memberikan makanan kepada seekor naga besar, maka mereka tiada pilihan. Jika tidak, nyawa mereka yang akan terkorban.

Setiap yang berlaku pasti ada puncanya. Selidik dengan mata hati. Jangan tergopoh-gapah mencari kata putus.

Jika ada mutarabbi yang menolak ajakan dakwah kita, selidiki dahulu puncanya. Boleh jadi kerana dia tidak berkenan dengan akhlak dan adab kita. Boleh jadi kerana dia takut akan studynya terganggu, boleh jadi mungkin selama ini dia telah didoktrin bahawa usrah ini poyo!

Pandang mutarabbi anda dengan kasih sayang. Kita adalah daie yang menyeru, bukanlah seorang penghukum!

4. Berbuat baik sesama makhluk, apatah lagi sesama manusia

A056
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya (Al-A'raaf 7:56)

5. Kreatif dalam belajar sesuatu

Saya kagum dengan usaha Hiccup untuk belajar tentang naga. Selepas akrab dengan Toothless, dia tahu banyak kelemahan naga. Rupa- rupanya naga takutkan ular yang berbelang, naga suka kepada rumput dan naga tertarik kepada pantulan cahaya. Kelemahan yang diketahui ini digunakannya di dalam latihan melawan naga, sehingga orang ramai kagum bagaimana Hiccup berjya menjinakkan naga dengan mudah tanpa kekerasan.

Kemudian, kreativiti Hiccup juga ditunjukkan dalam usahanya membuat ekor kepada Toothless, itu bagi menggantikan ekornya yang patah sebelah. Pelbagai teknik digunakan untuk mengembangkan sayap ekor itu. Kerana tanpa sayap itu, Toothless tidak mampu terbang dengan stabil.

Subhanallah, dalam perkara sekecil ini, Hiccup telah menunjukkan usaha kreatifnya, apatah lagi dalam menambat hati mutarabbi, pastilah memerlukan SENI dalam berdakwah.

Dakwah itu FUN. Dakwah itu SENI.

Tutupkan mata anda, dan tingkat daya deria anda supaya dapat menberikan sentuhan yang berseni kepada dakwah ini.

Jangan meletakkan sempadan kepada dakwah, kerana ia tiada rules yang menyatakan Yes or No. Tapi diingatkan bahawa, jangan terlalu kerap membuat kesilapan. Kerana takut-takut banyak perkara yang terbazir dengan kesilapan and itu.

6.   IKHLAS dalam berdakwah dan berkawan

Berkawan harus ikhlas. Kerana keikhlasan itu adalah sesuatu yang dapat dirasai. Seperti di point pertama, kerana keikhlasan Hiccup, akhirnya Toothless sudi menerimanya sebagai kawan.

Ikhlas adalah kunci kepada semua perkara. Tak guna anda membuat amal yang banyak, tetapi niat kerana manusia!

Walaupun, kadang-kadang membuat dakwah ini adalah paksaan dan desakan daripada naqib/ naqibah, tetapi sekarang sudah tiba waktunya untuk anda cuba menukarkan paksaan itu kepada ikhlas. Saya faham, membuat sesuatu yang tidak diingini itu menyeksakan. Jadi,  sampai bila anda ingin menyeksa jiwa anda?

Dan jika anda ikhlas untuk berkawan dengan seseorang, dan menariknya keluar daripada kegelapan jahiliah menuju cahaya hidayah, pasti anda akan berusaha sedaya upaya untuk itu. Bukan buat ala kadar sahaja.

Seperti anda ingin menyelamatkan seseorang dari dalam rumah yang terbakar, pasti anda akan berusaha menariknya bersungguh-sungguh!

Namun jika usaha anda sudah maksimum, tetapi bukan masanya hidayah singgah di hati mutarabbi anda, jangan bersedih. Kerana pahala anda sudah tercatat.

Dan kerana keikhlasan itu, tetaplah menjaga hubungan yang baik dengannya. Cuba untuk selalu keep in touch dengannya. Ucapkan tahniah atau takziah dia atas kejayaan atau musibah yang menimpanya. Lebih-lebih lagi ucapan Happy Birthday ketika hari jadinya.

Mana tahu stautu hari nanti tika hidayah telah menjenguk, dia akan kembali mencari anda J

7.  Berjumpa setiap hari, bukan sekali sekala

Kita boleh lihat yang almost setiap hari Hiccup datang berjumpa dengan Toothless. Hatta Rasulullah SAW sendiri sudah berjumpa berkali-kali dengan Abu Lahab untuk menyerunya kepada Islam.

Apatah lagi kita? Kadang-kadang bertemu hanya sekali dua, dan bila mutarabbi menolak dakwah kita, kita katakana yang dia tidak mahu. Padahal mungkin kerana kurangnya sentuhan kita membuatkan madu merasakan kita tidak berusaha!

Gunakan sebaiknya teknologi moden seperti FB, Whats up, Viber dll untuk berhubung dengan mad'u anda. At least boleh berhubung setiap hari walaupun tak boleh jumpa setiap hari, 


Syok tengok hari-hari diorg terbang sama-sama

8.  Jujur dengan naqibah anda. Ceritakan semuanya tanpa berselindung

Saya selalu membayangkan pasti Toothless tidak akan ditangkap oleh ayah Hiccup jika awal-awal lagi Hiccup sudah berterus terang tentang persahabatannya dengan naga.

Tetapi, mestilah anti-klimaks kan kalau benda ni berlaku. Hehe.

Tapi, point yang saya nak tekankan, jika berterus terang ini mengelakkan musibah, maka anda dinasihatkan untuk berbuat demikian. Anda mempunya naqib/ah yang boleh menjadi rujukan. Ceritakan semuanya tanpa berselindung. Pasti naqib/ah anda aka cuba membantu sedaya mana yang beliau boleh. Inilah antara kelebihan memiliki naqib/ah. Atau paling kurang, anda ada seseorang yang boleh meminjamkan telinganya untuk mendengar curahan hati anda.

Di sinilah sepatutnya berlaku konsep istisyarah (meminta pandangan) dan isti’zan (meminta izin) yang sepatutnya berlaku di dalam tarbiah kita. Andai prinsip ini diabaikan, maka anda akan membuat sewenang-wenangnya semua perkara.

Jika naqib/ah anda sibuk, cuba untuk membeli masa beliau. Anda pun naqib/ah, cuba untuk prioritikan mutarabbi anda. Mereka selalu dahagakan sentuhan anda! 
(talking to myself actually T__T)

9.  Perlunya teamwork dan keserasian

Nak cakap pasal teamwork? Semua orang pun tahu benda ni. Seronok tengok gabungan Hiccup dan Toothless ketika cuba menumpaskan naga besar tu. Juga tak dilupakan bantuan dari rakan-rakannya yang lain, Astrid yang cantik, si kembar Ruff dan Tuff, Fishleg dan Snotlout.  

Apa yang penting?
KERJASAMA



10.  Hidup mesti pandai membalas budi

Jujurnya, antara satu perkara yang menjadi inspirasi saya untuk all out dalam dakwah ini adalah kerana point 10 ni.

Kenapa saya boleh all out dalam medicine ini walaupun ini bukanlah pilihan utama saya?
Kerana harapan ibubapa dan saya nak membalas jasa dan budi mereka membesarkan saya menjadi manusia berguna.

Kenapa saya perlu all out dalam dakwah ini?
Kerana ini adalah cara saya berterima kasih kepada Allah kerana memilih saya dalam berjuta-juta manusia lain, untuk diberikan hidayah dan mengembalikan hidup saya kepada tujuan penciptaan saya.
Kerana saya juga menghargai usaha-usaha naqibah saya cuba mengajak saya, sebab saya memang rebel orangnya.

Walaupun saya bukanlah baik sangat, tetapi saya selalu berharap dengan dakwah ini mampu menghapuskan dosa-dosa dan karat-karat jahiliah yang masih menebal pada diri saya.

Dan kerana kehidupan ini, adatnya mesti pandai membalas budi.

Tak mungkin kita sanggup menyembunyikan syahadatul haq kita, selepas Allah telah membangunkan hati kita. Tak mungkin kita tergamak tidur di atas katil pada hujung minggu, setelah pernah ada orang bersusah payah mengajak kita. Tak sopan namanya kalau kita dah dapat sesuatu, tapi kita tak membalasnya dengan sesuatu.

Maka, saya berharap dengan pengorbanan masa,tenaga, harta, penulisan saya ini adalah salah satu cara saya membalas semua nikmat yang telah Tuhan kurniakan kepada saya.


(Setelah itu Kami perintahkan): "Bekerjalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Saba' 34:13


A007
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" (Ibrahim 14:7)


Toothless si naga pun pandai membalas budi baik Hiccup, takkanlah kita manusia tak pandai pulak. Uhuk.

Moga Allah pandu hati-hati kita dan menguatkan langkah kaki kita selalu.
“Allahumma Thabbit qulubana ala toati’


May Allah bless, take care people (^.^)



MHZ,
12.13am
8 Mart 2015,
Pazar (Sunday)
Istanbul

No comments:

Post a Comment