Saturday, November 14, 2015

Of Interview


Sempat google jawapan bocor sementara menunggu angka giliran (^___^)

Interview.

Saya tak tahu kenapa saya sangat cuak dengan interview kali ni. 

Maybe mengenangkan hakikat bahawa interview ini adalah petanda awal untuk masuk kerja, saya mula tidak senang hati. Mood saya terus berubah. Macam roller coster. Sekejap happy, tapi bila teringatkan interview ni,  automatically saya akan terus moody.

Sejak mendapat email panggilan untuk ke interview ini, hati mula resah. 

Konon-konon nak study, tapi apabila menyelak buku, ada-ada sahaja benda lain yang dibuatnya.

Akhirnya sampai ke sudah buku-buku itu tidak bersentuh. err.


Saya masih resah.
Merata-rata saya berwhatsapp dengan rakan-rakan mohon doa dari mereka.

Kita tak tahu, doa orang soleh yang mana yang akan dikabulkan olehNya. Oleh itu, rajin-rajinlah meminta orang lain mendoakan kita.

Masa berlalu, dan saya semakin resah.

Study sudah dimulakan sedikit. Saya mulakan dengan study tentang pengenalan, moto, visi, misi KKM dan SPA.

Tapi, hati saya masih tak tenang.


Sehingga saya mendapat teguran daripada seseorang yang disayangi keranaNya, 

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."


"Ya Allah, sesungguhnya Kau lebih BESAR daripada SEMUA masalah kami!"

Jaga mutabaah amal..

sebab tak berbaloi untuk kita too stressful untuk satu jangka masa yang panjang dalam umur dunia yang singkat ni..okeh?



Cukup pesanan dan teguran ini masuk tembus ke dalam hati saya.
Mengingatkan betapa saya sebenarnya hanya membuang masa dengan keresahan yang tak berkesudahan ini.

***



Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 9:40

Bukan satu kebetulan apabila naqibah meminta untuk tilawah dan tadabbur surah ini.

Bukankah Allah itu Maha Berkuasa di atas segalanya?
Dan Dia jugalah yang akan menghilangkan ketakutan di dalam hati kita,
kerana Dia lah tempat kita bergantung segala-galanya?

Maka mengapa terlalu takut akan sesuatu perkara yang memang sudah tertulis di dalam buku takdir kita?

dan Alhamdulillah, ketenangan mula menghiasi diriku. 


A002 
Dia lah tempat bergantung. 

* Hari-hari dok baca surah Al-Ikhlas ni. Tapi sejauh mana betul-betul mengimani ayat-ayat yang terkandung di dalamnya?*


***

12 November 2015
9.45 pagi


Saya Tuan Abdullah Mansor, Ketua bahagian Temuduga SPA. Sila perkenalkan diri anda”

Sesi interview dimulakan. As expected. Ini memang soalan wajib. Saya menjawab dengan tenang.

Bismillah. Nama saya Musyirah Hanan Binti Zulkarnain…….

“ Ceritakan tentang kelebihan dan kekuatan anda?”

Saya seorang extrovert dan Multitasking person. Boleh buat banyak benda pada satu masa. Saya suka belajar perkara baru. Sebab itu saya sengaja menjadi guru ganti sementara untuk mempelajari dan mendekati generasi muda.”

Saya berhenti mengambil nafas. Kadang-kadang, susah jugak soalan yang kena angkat bakul masuk sendiri ni. Saya melihat Tuan Abdullah hanya menangguk. Tiada gaya memintaku berhenti. 

Saya juga seorang yang berdikari. Berdikari boleh jadi satu kelebihan untuk saya, di mana saya boleh membuat sesuatu pekerjaan tanpa arahan. Atau pun kadang-kadang ia menjadi kelemahan saya, kerana terlalu berdikari” saya menyambung kembali.

Bagus. Bukan apa, saya sengaja tanyakan soalan ini, supaya nanti ketika bekerja, awak mampu untuk menggunakan kekuatan awak untuk adapt dan mengawal tekanan pekerjaan. Dan bila awak tahu kelemahan awak, awak boleh perbaikinya satu per satu”, Tuan Abdullah menerangkan lebih lanjut.

Saya mengangguk laju.

“ Awak tahu apa 9 nilai murni yang perlu ada pada seorang penjawat awam?”

Tahu”, confident saya menjawab.

Padahal sebenarnya semua ini adalah soalan bocor. Kerana soalan yang sama Tuan Abdullah Mansor berikan kepada semua calon yang ditemuduga dengannya. Daripada calon no 1 sampai kepada saya, calon ke -8.

Maka, soalan ini sebenarnya saya sempat google jawapannya sementara menunggu di luar bilik sebentar tadi.

“ 9 nilai murni dibahagikan kepada 3 kumpulan: Pertama, Cepat, tepat dan berintegriti..” saya menerangkan satu persatu.

“ Apa yang dimaksudkan dengan berintegriti?” Tuan Abdullah memintas percakapanku.

Berintegriti iaitu tidak menerima rasuah. Tidak memilih kasih dan tidak racist. Kita merawat semua orang tanpa berat sebelah”, saya menjawab tenang. (sebab ni soalan bocor)

“ betul. Berintegriti adalah memiliki jati diri. Jangan berat sebelah bila tiba-tiba ada orang yang awak kenal, dia datang lambat. Tapi awak rawat dia dulu. Atau pun, sebab dia kawan awak, so awak bagi free MC untuk dia. Salah tu..

Baiklah. kumpulan kedua adalah produktif, inovatif dan kreatif. Apa yang dimaksudkan dengan inovatif?” Tuan Abdullah menduga lagi.

Inovatif adalah berfikir out of box. Berani mencipta sesuatu yang baru. Pandai apply ilmu yang kita belajar dalam buku, untuk disesuaikan dengan pesakit. Tak emua pesakit rawatannya adalah sama.” Saya menjawab perlahan. Jawapan ni saya kirang pasti kerana tak sempat nak google tadi. huu

“ Okay, Kumpulan ketiga adalah setia, …. Dan memudahkan”
And the rest is history.


***

“ Baiklah, awak ada apa-apa persoalan?” 

Nampak gayanya 10 minit temuduga ini hampir sampai ke penghujungnya.

“Tiada”

“ Terima kasih. Baiklah. Awak boleh keluar”

“ Terima kasih Tuan. Assalamualaikum wbt” 

Dan saya menutup temuduga ini dengan senyuman manis. Senyuman penuh kelegaan. 

Dan saya terus meluru keluar. Lega sungguh. Alhamdulillah.

Satu perkara yang saya kagumi dengan peribadi Tuan Abdullah.

Beliau seorang yang suka mengajar.

Saya sebagai calon ke-8, dan dia boleh menerangkan satu persatu setiap perkara kepada saya, (yang mana benda yang sama dia buat daripada calon pertama), hanya kerana dia merasakan setiap perkara itu adalah penting!

Bukan saja-saja dia menduga kami dengan soalan itu.

Bukan dia ingin melihat tahap IQ kami.

Tetapi dia ingin mengajar dan menasihati kami, agar menjadi seseorang yang kompeten dan tahan lasak apabila bekerja kelak.


Sedangkan saya?


Sejujurnya, setiap kali teringatkan iklan petronas ini, 

“ Burung apa tu nak?" Si Abah bertanyakan anaknya.

“ Burung murai abah" jawab di anak.

" Burung apa?"

" Burung murai.."

" Burung apa?"


" Burung murai..!"


" Burung apa?"

" Abah, Abah ni tak dengar ke atau buat-buat tak dengar?" si anak mula membentak.


Saya merasakan bahawa, sayalah anak yang tak sabar tu.

Saya bukanlah manusia penyabar yang mampu mengulangi perkara yang sama berkali-kali.

In fact, apabila saya mengajar, jika ditanya soalan yang sama atau perlu menerangkan sesuatu jawapan yang sama berkali-kali, saya akan mula naik angin.

Suara akan mula meninggi. Kalau tak kena mood, siap ekspresi muka yang annoying lagi.

Inilah kelemahan saya. 

(dan saya minta maaf kepada yang pernah dimarahi saya. I'm deeply sorry)


Dan satu pengajaran yang saya pelajari dari Tuan Abdullah Mansor adalah, Jangan jemu mengajarkan setiap ilmu. Ajari dan bukan marahi.

Kerana setiap yang berada di hadapan kita adalah individu-individu yang kelak akan menjadi  seseorang yang berpotensi. Siapa tahu?


Apatah lagi jika mengaku diri adalah daie.
Sepatutnya jemu itu tak pernah wujud.
Kerana menyampaikan dan mengajarkan Islam itu memang tugas kita.
Ajari, dan bukan marahi.

Ajari Islam ini dengan penuh kasih-sayang.
Kerana ianya tugas yang mulia, tugas para anbia.


Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumu'ah 62:2)


* Adeyh. teguran untuk diri sendiri*






Alhamdulillah, done with interview. Saya mendoakan rakan-rakan lain juga dipermudahkan InsyaAllah.

Doakan saya akan mendapat posting di Hospital yang saya nak, bukan dicampak merata-rata. InsyaAllah.


Take care then. May Allah bless here & hereafter~ (^___^)



MHZ,
Sri Saujana
12.40am
14 Nov 2015

No comments:

Post a Comment