Friday, August 26, 2011

Sedekah menolak bala~


Sedekah?? hurmm...mesti semua org sedia maklum kn ape maksud nye..ada pulak soal..ape beza sedekah dan infa`??? haa..itu lain cerita...kat mana2 post la eyh *tp saya x janji la bile2 ye..sori*

Ibnu Qayyim berkata:
"Sesungguhnya Allah menolak berbagai macam musibah dengan sedekah. Ini merupakan perkara yang sudah dimaklumi ramai org. Baik org2 khusus mahupun org2 awam di tempat mereka. Penduduk bumi pun mengakui hal ini, kerana mereka telah mencubanya"


ada satu kisah yang saya baca..

Suatu hari, seorang pengemis berdiri di sisi pintu seorang wanita, ketika dia sedang makan,
lalu wanita tersebut berdiri dan menyuapkan makanan kepada pengemis itu. kemusian dia segera pergi menemui suaminya di ladang dan memberikan anaknya kpd suaminya (utk di jaga) kerana beliau ad urusan sebentar. Tiba-tiba seekor serigala mencuri anaknya, dan wanita itu berdoa "ya Tuhanku, selamatkanlah anakku.."

Lalu datang seseorang dan terus mencengkam serigala tersebut dan mengeluarkan anak wanita tersebut daripada mulut serigala itu dengan mudah, tanpa kesulitan dan tidak melukai anak itu. Orang itu berkata " suapan ini (iaitu anak ini) merupakan balasan suapan yang kau letakkan di mulut si pengemis tadi.."

Subhanallah..*mulut terlopong*



Nampak tak macam mana cantiknya Allah dah aturkan sesuatu. Kalau nak bayang dek akal, memang tak terbayang la..semua itu berkat drpd kebaikan yg dilakukan. dan sedekah itu satu kebaikan kan??? Sedekah jugak menolak musibah yg melanda~

haa...tu baru satu cerita..byk lagi kalau nak diikutkan.. dan nampak juga, Allah balas cash je segala kebaikan yg kita buat kat dunia ni..

Benda simple. bile2 kite pergi masjid tu..bwk la sekali beberapa jumlah wang.. contoh la..rm1 ke..
haa..nampak tabung masjid..masuk kn..
buat2 la tiap2 hari or selang sehari ke..
praktikal kan??
alaaa..anggap la mcm anda semua tengah menabung..
tp utk Tabung Akhirat~ kan menjana masa depan tu?? (^.^)

kalau rasa mcm berat2 je nk bg,
letak posisi kita as yg menerima. mesti sgt2 mengharap kn?? :)

Ada org yang tak puas hati...kenapa??
sebab anda bukan org kaya yg mampu byk besedekah??
ok2...dont worry..byk lagi jalan alternatif lain utk anda bersedekah. Ketahuilah bahawa perkataan yang baik tu juga sedekah. Haaa..kalau mcm kita dah hujung bulan..poket dh kosong, dah sengkek..(ehem2, lg2 dh nk raya ni anda shopping2 sakan ke...) jangan risau...boleh di perbanyakkan selawat dan berzikir..tak pun boleh buat apa2 kebaikan..tolong mak ayah ke, pergi ke masjid utk solat berjemaah...tau x, yg tiap2 langkah kita ke masjid tu dikira sebagai sedekah..subhanallah...

byk sgt cara lain kan???

dan ketahuilah bahawa...dengan bersedekah mampu mengubati org2 yang sakit...

"Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah"
(hadis riwayat bukhari)

ada diceritakan bahawa ada seorg suami ni..
dia sakit tenat. dan doktor pun mengesahkan macam takde harapan..
lalu terlantar la sang suami di hospital. Tapi si isteri tak putus2 harapan..
selepas mendengar hadis ni..beliau terus mencari sekolompok fakir miskin dan anak2 yatim lalu disedekahkan beberapa hartanya.
Setiap hari...dan tanpa diduga..slps suaminya terlantar berbulan2 (maybe 3 bln kot)...
sang suami boleh tersedar semula da hal ni mmg mengajaibkan para doktor...
korek2 punya korek.. si isteri pun menceritakan apa yg telah dilakukannya.. Subhanallah...pertolongan Allah tu mmg haibat...

Hurmm...saya rasa, mungkin ada yang tak percaya dengan apa yg saya cerita kan ni..
betul..saya tak mereka-reka cerita..
terpulang lah kepada anda semua...
Cuma saya bak seru di sini...alang2 ramadhan dah nak habis ni..
jom kita gandakan pahala dan amalan kita..
mana tahu ramadhan thn depan bukan milik kita lg??
Tapi bukan maksudnye, sedekah ni boleh dlm bulan ramadhan je..
Haish...tak tak..sedekah la bila2 masa pun..
cuma skrg ni Allah tawarkan ganjaran yg berlipat kali ganda..
takkan la kita nak berputih mata kan??

bak kata seorg deejay di radio... Marilah kita buang sifat kedekut kita, sbb benda tu takde satu kebaikan pun kepada kita~

sambil2 drive, terdengar ayat ni..rasa mcm kene smash pun ada ..T.T


ok, tunggu apa lg?? Jom berlari ke syurga! (^.^)

p/s: tak tau nk sumbangkan wang anda ke mana?? boleh je sumbangkn ke program2 kebajikan mcm Dana ke palestin, bantu anak yatim, atau bantuan org2 kebuluran etc..

sila klik di bawah ni :)




semoga Allah memberkati usaha2 kecil kita ni..insyaAllah ameen..


P/s 2: sempena syawal yg bakal tiba.. saya dgn rendah dirinya...nak minx maaf kepada sesiapa..
yg ada terasa hati dgn saya, baik secara langsung atau x langsung...maafkan saya...
and sapa2 yg saye ade hutang dia ape2 ke, sila la pm saya utk claim...thanx semua :)

No comments:

Post a Comment