Monday, September 26, 2011

Semangat Baru


Puas hati saya melihat wajah2 kegembiraan di wajah anak-anak muda di hadapan saya. Penat jelas tergambar di setiap wajah mereka. Huu, selepas penat belalang mengejar belatuk.Saya tenung wajah mereka dalam-dalam. Penuh semangat terukir. Hurmm…macam tu la kot aku dulu2..masa zaman muda-muda dahulu *eyh, abjet besar lak! *

Untung nya kamu semua..kecil2 lagi, dah merasa manisnya tarbiah. Dah merasa sucinya ukhwah fillah~ sungguh, aku jeles melihat kalian..kecil-kecil lagi, sudah dipilih Allah untuk merasa nikmatnya semua ini.
Semalaman bersama kader-kader muda ini, sungguh membuatkan semangatku seperti di refresh semula. Diam-diam hatiku bersyukur dengan segala nikmat yg telah dikurnia-Nya.

Berjumpa juga dengan ummi, yang hampir puluhan tahun di jalan ini..banyak pengalaman yg dikongsi bersama. Aku tak sangka aku punya skill untuk beramah mesra dengan org tua..sebab aku ingat ak ni pendiam org nya *uhuk2*

Ummi banyak bercerita tentang dirinya, keluaga dan zaujnya..katanya, dia bangga menjadi isteri kepada seorg yg kami panggil Abi..malah, ummi siap cakap kat Abi lagi..”seronok lah hidup dengan awak ni, mencabar!” huu..aku hanya senyum mendengarnya.

Lagi, kata ummi.."Wanita yang menentukan, sama ada lelaki itu jadi juara ataupun tak! "


Lalu tambah Abi, "Turunnya Adam daripada syurga disebabkan Hawa..dan diangkatnya Adam menjadi nabi, juga disebabkan Hawa…”

Tersentuh aku melihat pasangan ini. Kagum menyapa.

"haaiii..jelesnya melihat kalian..dah tua-tua pun. Masih menguntum cinta dan support each other. Moga aku dikurniakan juga jodoh sebegitu..doa aku dlm hati"

Dan ummi share lagi, sebuah hadis..

“Rasulullah bersabda: jika kamu bersolat di Masjid Nabawi, dikurniakan 10 ribu pahala dan bersolat di MasjidilHaram, akan dikurniakan 100 ribu pahala…

Seorang sahabat bertanya, Ya Rasulullah, ada tak lagi pahala yang lagi besar daripada itu??

Rasulullah menjawab: Ada!  Disediakan ntuk sesiapa yang bangun di tengah malam, lalu dia berwudhu dan menunaikan solat 2 rakaat dengan IKHLAS…”

*maaf, hadis sebenar saya x tahu~ tp mafhumnya mmg mcm tu la~

solat yg mcm ringan, 2 rakaat..Tapi payah nk buat kn??


Allah. Tersentuh jiwa. Menitik air mata…

IKHLAS tu, bukan sng kn nak cari kan?? Andainya ada ubat yg dijual untuk mendapatkan ikhlas tu, sudah pasti sayalah orang pertama yg akan membelinya!

 Teringat satu kata-kata Hassan Al-Banna,

'Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka.. Tetapi aku ingin hati-hati yg IKHLAS untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yg tersergam indah'

Allah!

Semoga kitalah, hati-hati yg di cari itu~ InsyaAllah~ (^.^)


cool huh?? \(^.^)/

p/s: sapa ada tips2 utk dptkn ikhlas...sila la rajin2 share dgn saya! TQ (^.^)


kg kerdas 1,
12.40 am,
26 sep 2011

2 comments:

  1. assalamualaikum...,
    kak musheerah blik x jumpe aishah pon...
    bru nk jumpe...,
    dah ade org kte kak musheerah da blik....,

    ReplyDelete
  2. wassalam...

    huu.ak balek awal2 pg.lps kuliah subuh tu. cari2 jugak aisyah, tp awk tgh mandi kot..

    sorry sgt2...T_T bole??
    ada rezeki kita jumpa lg ye?? :D

    p/s: eyh, mane jmpe blog akk ni??

    ReplyDelete