Wednesday, September 21, 2011

Apa selepas Ramadhan??


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh~

Sehat semua?? Iman camne, sehat jugak?? Hopefully sentiasa dalam redha Ilahi~
Dan mcm mana dgn puasa 6 syawal?? DAh start?? cpt2 sementara masa masih ada..dan sapa2 yg dah abes, mungkin skrg ni dah bersorak girang kan?? =.=

Maaf la kepada sahabat2..yang bertanya..mana dakwat hati ni?? Xde post baru ke??
Sorry la..kering dakwat beberapa minggu, lantaran masa yg sgt2 sayangkan mencemburui saya..tak tau nape eyh??  =.=

Huu….


Ok2..utk kali ni..saya nk share satu tazkirah yg sgt2 membelai menghentak jiwa saya..malah mengoyak2 lubuk hati saya…well, nama pun TAZKIRAH yakni Peringatan kn??? Mmg sesuuuaii sgt la…

ما بعد رمضان؟؟ 
 (Apa selepas ramadhan??)

Memandangkan kita sekarang, masih lagi dlm mode raya-sakan..malah ada lg status2 raya yg menjerit2 di wall sahabat2 FB saya…saya nk tnyakan anda semua??

Apa selepas ramadhan, bagi anda semua??

Adakah slps berhempas pulas beribadah sebulan. Beriktikaf,  malah telah khatam al-quran di bulan ramadhan yg lepas..kita sudah boleh buat tak tahu?? Adakah kita akn khatam lg pd bulan ramadhan thn depan pula???

Waah..sungguh haibat dan hairan bukan??

Sebulan kita berhempas pulas…berterawih d masjid2..malah menambah saham di akhirat dgn sedekah…
Tetapi selepas terdengarnya takbir raya..semua itu bagaikan satu mimpi sahaja..

Tiada lagi masjid yg penuh bersaf-saf pada waktu solat FARDHU??
Tiada lagi dermawan2 yg baik hati utk memenuhkan tabung2 kebajikan??
Kurang kelihatan muka2 yg keletihan dek kerana menahan lapar, berpuasa sunat..
Malah gossip semakin hangat di pasaran…even sale2 raya pun masih terlihat di jalanan…

Adakah insan2 yg baik itu, hanya akan kelihatan pada bulan ramadhan sahaja??
Waaah..kalau mcm tu..saya akn sentisa berdoa supaya bulan ramadhan dilanjutkan selama 365 hari..supaya manusia2 di sekeliling saya sentiasa menjadi manusia yg baik…kan best mcm tu??

Malangnya, jikalau saya berdoa siang dan malam pun..kemungkinan itu pasti rendah..kerana mmg sunnatullah nya..diciptakan sebulan ramadhan ini, merupakan bateri utk 11 bulan akan dtg..

Para Sahabat dahulu sering memaksa diri mereka..supaya mengkhatamkan al-quran sekurang2 nya 3 kali dlm bulan ramadhan..kerana kalau x buat pd waktu tu, pasti mereka mmg takkan ada masa lain..
Dan sahabat2 berusaha sekuat2 nya untuk terus istiqamah di dalam amalan2 mereka~

Apabila sudah smpai ke pengakhiran ramadhan, apakah perasaan anda semua???

Rata-rata akan menjawab..”eyh, tak sangka dh nk abes sebulan kita puasa…nak raya dah la!!!”

Tak kurang juga akan menjawab “eyh, tempahan baju raya dah siap ke?? Kuih dah beli berapa balang??
Apa?? Baju raya x siap2 lagi?? Takpe, kedai JAKEL bukak je smpai akhir2 ramadhan ni..*smbil tersengih selamat*

Dan mungkin sahaja mereka2 yg pelik akn berkata..”Sedihnya, ramadhan dh nk abes..cpt je masa berlalu..rasa mcm x habis pun lagi pulun beribadah dalam bulan ni…” *smbil kecewa melanda*

Tetapi apakah perasaan sahabat2 rasulullah yg disayangi??

sahabat2 semua merasa cemas, bukan kerana tak cukup duit untuk membeli baju raya, apatah lagi jika tak sempat menyiapkan juadah raya..tetapi mereka cemas andainya amalan2 mereka tidak diterima Allah… 
dan slps itu, mereka merawat perasaan masing2 dngan Khauf wa raja` (Takut dan Berharap) kepada Allah..

6 bulan selepas ramadhan itu, mereka merasa sedih akan pemergian ramadhan..(di samping cuba beristiqamah dgn amalan2 yg telah di lakukan dlm ramadhan)

Dan 6 bulan kemudian, mereka bersiap-sedia untuk menerima ramadhan yg berikutnya… ibarat menunggu kekasih yg sangat2 di rindui..Ibarat ibu menanti anak kesayangannya pulang dari perantauan. ibarat Uda ingin menemukan Daranya..dan Ibarat Merong Mahawangsa ingin berjumpa Embok nya.

Mereka bersedia dr segi mental, emosi dan harta…malah ada yg sudah mula berpuasa sunat..supaya di bln ramadhan nanti tidak pancit…ada yang telah memperbanyakkan bacaan al-quran, supaya di bulan ramadhan nnt, bacaannya betul tajwid dan makhraj nya..malah ada juga yg memperbanyakkn sedekah mereka..supaya tidak la berat sgt tgn untuk menghulur di bulan ramadhan akan datang….

Subhanallah~  *kagum dengan suasana ni..rasa mcm nk lahir je kt zaman ni. Atau pun naik mesin doremon utk kembali ke masa ni* tapi harapan je la~

Dan rindu, sedih, khauf dan raja` yg dirasai sahabat2 ni..kerana apa?? Tak lain dan tak bukan adalah kerana IMAN di hati mereka~

Tapi kawan-kawan, 
Itu sahabat2 yg duduk di samping Rasulullah..yg time tu islam di pandang mulia..jahiliah kurang terzahir di mata…perasaan mereka mcm tu...

Apatah lagi kita, yg hidup di zaman penuh pancaroba ni..islam di pandang hina..malah jahiliah diangkat sebagai raja..secara LOGIKnya…perasaan rindu, sedih, khauf dan raja’ tu mestilah berganda2 lagi kan?? Untuk kita jadikan benteng diri kita..

Tapi kita??? T_T *air mata mengalir deras*



Antara ciri2 amalan kita dlm bulan ramadhan yg lepas di terima atau tak:

Pertama, anda merasakan keringanan dlm melakukan kebaikan.
e.g: kalau selama ni, berat je tangan nk menghulur barang seringgit dua..tapi skrg tak kesah la perut berkeroncong ke tak, tetap akan menghulurkan setiap hari~

Kedua, Jauhnya mereka dari melakukan maksiat
e.g: kalau selama ni suka sgt2 nk usha mamat2 hensem..tp sekarang, terjumpa Orlando Bloom depan mata pun, bole buat tak kesah je. Eyh!  =.=  *mcm abaikan je la contoh ni.huk2*

Dan suka nk ingatkan, even sekarang ni dah takde puasa2 wajib (ramadhan) tapi kita masih ada baaanyak puasa sunat (isnin khamis, puasa arafah, puasa zulhijjah etc)

Dan Even sekarang dah takde solat terawih, tapi kita ada baaanyyakk sangat solat2 sunat..(sunat dhuha, hajat, tahajjud dan yg plg best boleh buat bila masa..qiamullail~)

“Solat yang paling utama selepas solat2 wajib, adalah Qiamullail~”

Dan ingatkah kata2 ni..*yang telah meng "smash" jiwa saya*

كن عبد ربنية وليس عبد رمضانية
Jadilah Hamba kepada TUHANMU, dan bukannya hamba kepada RAMADHAN~

Fikirlah, tuhan yg menjanjikan mcm2 pahala dan ganjaran di bulan ramadhan ni..sama sahaja dgn tuhan yg menyediakan hujan, oksigen, rezeki untuk kita pada bulan2 lain..

Kan?? Tuhan yg sama kita sembah pada bulan2 lain..bukannya tuhan yg lain yg special  yg kita sembah pada bulan ramadhan sahaja…

Sbb tu jangan lah jadi hamba yg beribadah pada bulan ramadhan sahaja..tapi jadilah hamba yg beribadah kepada tuhannya (rabbaniah) pada bila2 masa dan ketika~

Wallahua`lam~

p/s: nenek saya dilanda musibah kecurian  ahad lepas. doakan semoga Allah berikan kekuatan kpd nya, dan semoga Allah akan gantikan yg lagi baik kpd nya~ ameen...

kg kerdas 1, 
4.41 pm

No comments:

Post a Comment