Pages

Monday, November 26, 2012

Jangan Remehkan!


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Perasan tak? Yang besar bukanlah dimulai dari yang besar, namun dimulai dengan hal-hal yang kecil. Yang dilakukan dengan KESUNGGUHAN dan CINTA. Cinta itu yang menggerakkan dan menghilangkan segala rasa sakit.

Jangan bertangguh akan perkara-perkara kecil. Seringkali hal-hal kecil akan menyebabkan penyesalan yang besar pabila diremehkan. Seperti kisah seorang kanak-kanak berlari tergesa-gesa ke arah ibunya, "Ibu, lubang yang di depan rumah kita ni namanya apa?" ." Adik tak nampak ke ibu tengah memasak ni? Pergi tanya ayah!"

Kanak-kanak itu kemudian berlari ke ruang tamu, "Ayah, lubang dekat depan rumah kita ni namanya apa?" "Ayah tengah baca surat khabar ni, pergi tanya abang!"

Dan kanak-kanak itu masuk ke bilik menemui abangnya, "Abang, lubang depan rumah kita tu namanya apa?" " Ouh, lubang besar tu? Namanya perigi"

"Cepat-cepat, kakak kita terjatuh ke dalam perigi"

Sesuatu perkara kelihatan remeh di mata kita, tetapi sebenarnya besar implikasinya kelak.

Kadang-kadang, kita sudah biasa ada kawan karib yang akan mengingatkan tentang jadual kuliah esok hari. Mengingatkan tentang kerja rumah yang tidak siap. Tapi, apabila kita berpisah, kabut seorang diri menguruskan diri. Silap-silap kita mungkin terlajak tidur dan terlepas kuliah pagi atau lagi horror terlepas hari peperiksaan (kerana tersilap melihat hari).

Dari sudut lain pula, kadang kita rasa berzikir atau selawat ke atas Nabi adalah perkara picisan, yang selalu kita terlupa..lagi-lagi bila jadual seharian sangat sibuk. Sampaikan untuk solat pun kita terpaksa mencuri masa. Realiti kan? Pelajar yang sedang sibuk di kuliah, doktor yang buzy di hospital, apatah lagi di bilik bedah. Ibu yang menguruskan rumah, pelajar yang sedang mengejar due date assignment dll.

Imbas kembali rutin seharian kita. Jika kita terlalu buzy sehingga tidak punya banyak masa berlama-lama di tikar sejadah. Muhasabah dan fikirkan ikhtiarnya.

Zikir, maathurat pagi petang dan selawat, perkara yang ringan di bibir, tetapi berat di timbangan.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم :كَلِمَتَانِ خَفِيْفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيْلَتَانِ فِي الْمِيْزَانِ، حَبِيْبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ. سَبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkataRasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: 
Dua kalimat yang ringan untuk diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih, yaitu: “Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Agung


Boleh sahaja dibuat sambil- sambil menunggu bas. Sambil memasak. Sambil berjalan kaki ke kuliah. Sambil menunggu order makanan. Kreatifkan cara berfikir.

Juga, perkara yang ringan di mulut tetapi berat pada timbangan ialah MENGUMPAT. 

Sambil jalan-jalan laju pulak mulut nak mengata orang daripada nak memuji Allah T_____T


Dakwah juga tidak akan maju jika kita meremehkan sunnah Rasulullah. Saya pasti ramai antara kita yang boleh menyenaraikan sunnah-sunnah Rasulullah. Tapi, ketahuilah Sunnah beliau yang terbesar adalah BERDAKWAH. 

Kita mengaku kita ummat Muhammad, tapi kenapa tidak mahu mengikuti sunnah beliau?? T__T

Saya menulis ini lebih kepada peringatan dan muhasabah untuk diri sendiri. Kala ini, saya memang diburui oleh masa. Tercungap-cungap untuk mengatur rutin seharian. Sedang menjadi medical student ni pun dah cukup hectic, tak boleh bayang bila dah jadi doktor nanti..hurmm..memang kena latihan dari sekarang T____T

Kawan-kawan, kala saya menulis post ini, entah berapa ramai saudara-saudara kita di Syria dan Palestine yang syahid setiap detik. Teruskan mendoakan mereka! dan jangan lupa untuk memboikot barangan Israel. (Untuk apa perlu diboikot boleh rujuk di SINI )

SAVE SYRIA, FREE GAZA @KLCC
cool sangat! Jealous tak dapat join. 

p/s: Sementara masih baru shj masuk tahun baru awal Muharram, boleh la nak letakkan azam untuk tidak meremehkan perkara-perkara kecil :)


11 Muharram 1434H
Bait SQ, kaherah,
10.16 pm

1 comment:

  1. kawan2 yg slalu ingatkan pasal claz, homework, esaimen n test. aku terase! hehe

    nice entry shen. tengs! :)

    ReplyDelete