Monday, January 14, 2013

Big Smile (^.^)



Teringat suatu masa dahulu. Waktu itu aku baru di tahun satu perubatan. Baru sahaja beberapa bulan fly ke Mesir ini. Untuk pengetahuan, sebelum itu aku sudah memasuki Kolej matrikulasi Johor selama 3 bulan. Sudah seronok mendapat sahabat-sahabat baru, kasih sayang baru nak berputik. Tapi ditakdirkan Allah, terbang ke Mesir itu yang terbaik untukku.

Berat tanggungjawab dan amanah yang digalasi. Ayah dan Mami nak tengok aku jadi seorang doktor kelak.

Tapi aku selalu berfikir-fikir, kenapa mesti di Mesir? Perubatan di Indonesia kan tidak kurang hebatnya? Malah dekat dan murah lagi kos untuk ke sana.

Waktu itu hati masih tidak begitu senang dengan Mesir. Tapi sebagai anak, aku tidak mahu ibubapaku sedih. Maka aku turutkan sahaja permintaan mereka. Sebab aku tahu itu yang terbaik untukku.

Tapi lumrah remaja, hati mesti ada yang tak senang dan nak memberontak kan??


Satu hari aku berchit-chat dengan seorang rakan matrikku, beliau baru sahaja ditawarkan kos perubatan di slah satu IPTA.

"Untunglah kau mushe, boleh belajar arab sambil-sambil belajar medic," ujar beliau.

Aku terdiam.

"Sebenarnya sebab bahasa arab la aku malas nak ke Mesir", bisik hati kecilku.

"Nanti, satu hari nanti bila ada budak Palestine yang sakit depan mata kau, at least kau boleh la sembang-sembang dengan dia sambil-sambil merawat. Tapi aku boleh buat apa je? Aku boleh senyum je. Sebab aku tak reti bahasa Arab," sambung beliau.

Sentap! dan monolog hatiku berhenti. Hilang semua alasan-alasan yang memberatkanku.


Dan aku tahu Allah itu Maha Mendengar. Sungguh tak sangka, 5 tahun selepas dialog itu, ditakdirkan aku dapat menjejakkan kaki ke bumi cinta Gaza, dan dapat bersembang, bergurau senda dan saling berbalas senyum dengan kanak-kanak di sana. Subhanallah!!

Big Smile. :)

Semoga Allah merahmati beliau, dan memudahkan pengajian beliau.


Semoga Allah menjejakkan semula aku ke bumi cinta Gaza.

Semoga anak-anak kecil di Gaza sana, terus dididik dengan semangat jihad yang tinggi. Ameen.

** Mereka, kanak-kanak yang sangat comel, cantik, berbudi pekerti dan berakhlak mulia. Sudah rindukan mereka. Rindu GAza :(

# Bahasa Arab kena mantap lagi. Bahasa Arab bahasa Syurga. Bahasa Arab bahasa Al-quran. Nak masuk syurga kan?? so, kene la fasih berbahasa Arab :)

# tak lama lagi Maulidur Rasul (^.^)

Take care people~


bait SQ,
12.51 am

No comments:

Post a Comment