Sunday, April 21, 2013

Fiksyen 302



p/s: Post ini bukan berkaitan bicara buku dan promosi ye!!


Rutin biasa saya selepas tamat peperiksaan....yang paling saya suka adalah..... tidur berehat. Supaya selepas bangun nanti boleh update blog buat perkara-perkara yang menaikkan mood dan menceriakan.

Tapi, sejak minggu lepas, saya ada mengambil Omega 3, atas saranan Pak Utih. (Katanya akan melajukan lagi pergerakan neuron dalam otak kita, menjadikan otak kita lebih cergas berfikir.)
Lepas mendengar beberapa testimoni dari  housemates saya sendiri, maka dengan semangatnya saya mencuba.

Maka, hasilnya sudah 2 hari saya tak dapat tidur petang.

Apa yang saya buat? hehe. saya membaca buku cerita thriller.

Fiksyen 302. Ramlee Awang Mursyid. *Thumbs up dan credit utk beliau!!*

Biasalah, bila membaca kita membaca menggunakan hati dan otak kanan. Maka, segala perkara yang diceritakan oleh penulis, membawa kita mengembara bersama watak penulisan dan jalan cerita. Saya merasakan debaran yang dirasai oleh watak-watak di dalam novel. Rasa seolah-olah kematian sedang mengintai saya.  =.=

Tapi apa yang saya dapat (Yelah, kita buat apa-apa pun kena ada objektif dan pengajaran yang diambil kan?? Kita memindahkan alam ke dalam mata hati. Memandang semua benda aspek dengan kaca mata Islam )

1) Saya sangat merasakan bahawa kematian ada di mana-mana. Dan bila-bila sahaja. Terasa bahawa malaikat maut sentiasa mengintai saya.


2) Kematian boleh datang dalam pelbagai bentuk. Sama ada kerana sakit, kemalangan, di bunuh atau terbunuh dengan tragisnya.

Saya teringat kata-kata Hassan Al-Banna,

 "Orang yang bijak adalah orang yang mengolah seni kematiannya."

Kerana semua orang akan mati. Cuma bagaimana dan bila itu semua rahsia Tuhan, yang boleh kita rancangkan adalah bagaimana kita hendak bersedia ke arah kematian itu.

Jika baik amalan kita, InsyaAllah dimudahkan dimatikan dalam husnul Khatimah.
Jika buruk amalan, maka sebaliknya berlaku. Nauzubillahmin zalik.

Dan seterusnya Syurga dan Neraka itu untuk mereka yang selayaknya.



Quote dari Mukabuku,

"Rancanglah KeMATiAN kita mcm kita stress nk rancang wedding kita.

Nak wedding yg perfect, meriah dan best.
Supposely utk KEmatiAN kita, perlu lebih dari tu.

 Nak mati dlm keadaan perfect, xde dosa dn dlm husnul khatimah. "


3. Kebanyakan pembunuhan dilakukan oleh orang yang tidak kuat pegangan agamanya. Kerana dendam, badan binasa. Kerana mulut badan hancur. Dan kerana dengki, manusia boleh menjadi syaitan bertopengkan manusia, memperlakukan orang yang didengki sebagai musuh atau binatang.

Saya rasa sangat simpati dan kesian dengan nasib mereka ini. Ada yang mengalami masalah psikologi dan membunuh tanpa kawalan. Di bawah minda luar sedar. Sedar-sedar sahaja tangan sudah berlumuran darah, atau lagi tragis sudah berada si dalam sel penjara.

Nauzubillahminzalik.

Kebanyakan mereka mengaku mendengar suara-suara di telinga yang memujuk untuk melakukan kejahatan dan pengkhianatan.

" Adakah tarbiah dapat merubah dan merawat masalah psikologi ni?", aku bertanya kepada seorang rakan sebilik.

" Erm, boleh. Ada satu cerita tu cakap seseorang tu lepas dia pulih dari gila (penyakit mental), dia kembali kepada Allah. dan dia rasa sangat tenang. Orang yang buat jenayah ni, sebenarnya dia sangat memerlukan sesuatu untuk berpegang. So, bila dia tak kenal Allah, dia tak jumpa pegangan dan berpegang kepada dunia", panjang lebar huarainnya.

" Erm, nampaknya banyak lagi kerja Tarbiah",

dan aku menyambung pembacaan.

******

Nampaknya kerja-keja dakwah takkan pernah selesai, selagi mana ada lagi manusia di muka bumi ni. Selagi itu kalimah Allah perlu diajar dan diagungkan.

Kita perlu menerangkan islam kepada semua orang yang pernah yang kita jumpa, especially orang-orang terdekat dengan kita. * errkk, biru muka*

Dan sepatutnya Islam itu perlu disampaikan tanpa mengira sesiapa.


"Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling, kerana seorang buta telah datang kepadanya (Abdullah ibn Ummi Maktum). 

Dan tahukah engkau (Muhammad) barangkali dia ingin menyucikan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, yang memberi manfaat kepadanya?


Adapon orang yang merasa dirinya serba cukup (pembesar-pembesar Quraisy), maka engkau (Muhammad) memberi perhatian kepadanya, padahal tida ada (cela) atasmu kalau dia tidak menyucikan diri (beriman).


Dan adapon orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), sedang dia takut (kepada Allah), engkau (Muhammad) malah mengabaikannya."
['Abasa, 80:1-10]



Dalam ayat ini, Allah directly menegur Rasulullah, apabila Beliau memasamkan muka kepada seorang buta yang ingin menyucikan dirinya dengan Islam. Bukan sengaja pun.

Lagipun ketika itu Rasul sedang berdakwah kepada pembesar Quraish (bukannya sedang berehat dan memasamkan mukanya apabila diganggu).

Allah menegur beliau supaya mengutamakan sesiapa yang inginkan Islam itu, perlu didahulukan walaupun dia seorang yang buta dan tidak sempurna.

So, kalau datanglah mat rempit atau minah yang perang-perang rambutnya nak bertanyakan Islam kepada kita, kita takde pilihan untuk mencebikkan muka. Mana tahu mereka ketika itu betul-betul mahukan pencerahan tentang islam, dan kita boleh menyambutnya sambil lewa? Kejamnya kita.

T___________T *pedih mata masuk habuk*


Dan begitu juga dengan mereka yang gila atau mengalami hentakan emosi yang kuat.

Ketika fikiran mereka celaru, ketika itulah perlu datang seseorang untuk menceritakan Islam yang indah ini kepadanya. Menceritakan tentang kehebatan Allah yang mampu membantu kita yang berada di dalam kesusahan. Allah yang Maha Berkuasa menyelesaikan sesuatu masalah dan memberikan kesembuhan dan jalan keluar.

Beruntunglah kita kerana mempunyai Allah di sisi, yang akan mendengar setiap keluhan hati kita. Yang akan memakbulkan semua doa kita. Dengan syarat kita yakin, bertaqwa dan bertawakal kepadaNya. Termasuk membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya.


"Nampaknya kena la ada doktor yang berada dalam tarbiah ni untuk kerja di Hospital Tampoi", celah kawan saya tiba-tiba.

"Erm, betul tu", aku hanya mengiyakan.

"Siapa la agaknya yang hebat tu kan?" aku menyambung sambil termenung kosong.


Nampaknya besar betul target mad'u dakwah ini. Dakwah Islam yang suci ini.


# So, errr..Sila la mencuba Omega 3, sangat membantu menambah focus, sampaikan saya tak tidur petang lagi.

dan Bersedialah dengan amalan yang terbaik setiap masa. Sebab kita tak tahu bila masanya Allah akan mengambil nyawa kita untuk bertemu denganNya.

Wallahua`lam.


Take care people~ (^.^)v


bait SQ,
5.59pm

No comments:

Post a Comment