Pages

Wednesday, July 24, 2013

of 15th Ramadhan





Apabila berkata tentang hadis berkaitan Ramadhan, antara hadis yang biasanya kedengaran adalah seperti ini,

:عن أبي هريرة رضي الله عنه قال

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Saya rasa semua pembaca mesti maklum akan hadis ini bukan?  Hadis ini bermaksud,

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." 

Okay, Mari kita ubah sikit.



:عن أبي هريرة رضي الله عنه قال

من صام رمضان, غفر له ما تقدم من ذنبه 

bermaksud, 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." 

Perhatikan perbezaan antara 2 hadis di atas, ada perbezaan? Err, hadis kedua nampak sangat pelik dan tidak sempurna. Inilah kehalusan bahasa arab itu sendiri. Satu perkataan sahaja yang berubah akan mengubah seluruh makna.

Selama ini saya selalu terfikir, seronoknya ramadhan. Bila datangnya ramadhan, kemudian kita berpuasa, menahan diri dari makan dan minum dan Allah akan menjanjikan keampunan dosa. Wah!! Siapa yang tidak mahukan peluang berharga ini.

Rupanya selama ini saya silap! Silap sama sekali.

Tak mungkin sesenang itu Allah akan mengampunkan dosa kita yang bertimbun itu, hanya dengan menahan lapar dahaga.

Untuk mendapat keampunan Allah, syaratnya hanya satu! Berpuasa dengan beriman dan mengharapkan redha Allah.

Puasa itu bukan sekadar lapar dan dahaga. Puasa yang sebenarnya ialah menahan diri. Menahan diri mengikut nafsu. Dari sudut perbuatan, percakapan, sehinggalah juga pada sudut perasaan.


Sewaktu Ramadhan, seharusnya diri berusaha lebih keras untuk menghakis perkara lagha yang sudah terbiasa dilakukan sebelum ini. Inilah masa untuk mengikis sebersih-bersihnya rasa malas, suka marah, kuat tidur, kuat shopping atau kuat makan. 

Maksiat? Tidak perlu bercerita tentang maksiat. Seharusnya, usaha membuangnya jauh-jauh perlu lebih giat dilakukan ketika bulan puasa ini.

Amalan wajib pula dipercantikkan sebaiknya, agar lebih berseri-seri dan indah catatan amalan itu. Begitu juga amalan sunat yang liat dijalankan sebelum ramadhan, kali ini sungguh-sungguh dihidupkan dalam rutin harian penuh semangat . Biar sebati dalam diri, agar melekat sehingga selesai Ramadhan nanti.  Mudah-mudahan, mekar menguntumlah rasa taqwa dalam diri. Barulah ia dipanggil ‘impak’ dalam hati.

Sesuai benar dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah, ayat ke-183 (maksudnya):

 Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Maka, mari kita muhasabah, apatah lagi sudah separuh bulan ramadhan ini kita tempuhi. Sayang seribu kali sayang jika ia tidak meninggalkan apa-apa impak positif pada diri kita.


Bulan Ramadhan, bukan penuh keberkatan, rahmat dan maghfirah.

Bulan yang dijanjikan Allah di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, lailatulqadar.

Allah menghadiahkan bulan yang mulia ini kepada ummat islam untuk membersihkan diri kita daripada dosa-dosa maksiat yang telah dilakukan sepanjang 11 bulan yang lalu.

Dan ia adalah bulan ketaqwaan. Sejarah telah membuktikan banyak peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlangsung pada bulan ramadhan, Perang Badar, Fathul Mekah, pembukaan kota Andalus oleh Tariq bin Ziyad, kemenangan ummat Islam ke atas tentera Monggol dan perjalanan penuh tarbiah kaum muslimin ke Tabuk.

Nah, terbukti bulan ramadhan bukanlah bulan untuk bermalas-malasan, lemah-longlai, tidak bertenaga , tidak produktif dan hanya menunggu masa berbuka.


Turut jangan dilupakan ummat islam di seluruh pelosok bumi Allah ini. Khususnya di Palestin, Syria, Mesir, Rohigya dan lain-laian negara Islam. Jangan dilupakan sisipan doa untuk mereka. Doakan semoga kebenaran akan tertegak dan kezaliman akan dinoktahkan.

InsyaAllah, kegemilangan umat Islam yang telah sirna akan dimuliakan tidak lama lagi.


Hulurkan sumbangan anda semua dalam bentuk sumbangan wang, harta, makanan, dan doa kepada mereka. Semoga usaha kecil kita dapat memberatkan timbangan amalan kita di akhirat kelak.


dan,

Ingat!  bulan ramadhan merupakan bulan pesta ibadah, bukannya pesta makanan dan pesta bazar ramadhan.

Walaupun syaitan telah diikat, tetapi syaitan telah mendidik anak muridnya nafsu untuk terus menyerang umat islam. Oleh Itu, Awas! Berhati-hati dengan syaitan manusia dan nafsu di sekeliling anda!

Semoga kita dapat  memasuki dan graduate dari madrasah Ramadhan ini, dengan jiwa yang lebih suci, tulus penuh kehambaan, sesuci bayi yang baru lahir.

Hari ini sudah 15 ramadhan, separuh ramadhan sudah kita lalui. Saya pasti ada yang sedang bersedih kerana ramadhan bakal meninggalkan kita, dan ada juga yang gembira kerana raya bakal menjelang =.=

Muhasabah diri, Mari kita hargai ramadhan yang ada ini, kerana kita tak tahu umur kita masing panjang atau tidak untuk merayakan eidul fitri yang akan datang~

Moga kita dapat berpuasa dari semua aspek-  puasa makan dan puasa semua anggota badan daripada perkara-perkara yang dapat mengurangkan pahalanya.

Ayuh, mari kita mengosongkan perut dan mengenyangkan iman kita dengan amal ibadah, zikir-zikir dan bacaan al-quran.

dan bersedia untuk mengejar lailatul yang bakal tiba tak lama lagi~ stay tuned!

Mana tahu ini ramadhan terakhir untuk kita, jom pulun~



Ramadhan Kareem. 

MHZ, 
MyHarmonica Zine,

Beyt SQ,
15 ramadhan 1434H
7.40 am

No comments:

Post a Comment