Pages

Thursday, August 15, 2013

of 14 Ogos 2013


As-syahidah Asma Beltagi. Beliau sudah berada di syurga sana.
*Ah, cemburu sama kamu! Mungkinkah kita akan berjumpa di sana? :D*

Pagi semalam, bangun-bangun tidur je. Aku terbau sesuatu yang busuk. 

"Eyh sampah mana ni tak buang lagi? "

Ah. Aku malas nak pusing. Dah la dah lambat nak pergi hospital ni. Terus aku bersiap. Sarung t-shirt labuh GAZA dan seluar. Hari ni memang sengaja pakai seluar, supaya senang nak bergerak. Perancangannya petang ni ada tusyen dan bedah buku QD.

Keluar je dari rumah. Aku nampak asap kelabu-kelabu. "Eyh, mata aku yang kabur atau keadaan luar ni yang kabur?"  Bau busuk tu masih ada, menyengat hidung.

Terus aku menahan tremco. Kemudian aku keluarkan handphone. Banyak message whats up yang tak dibaca lagi. Lepas belek-belek, rupanya pagi tadi, kira- kira sejam yang lalu, polis sudah mula menyerang Medan Rabaah. Allah! 

Aku pandang ke kiri (pandangan menghala ke Rabaah). Nampak asap hitam berkepul-kepul di udara. 
Hati dah mula tak sedap. Speechless. Mulut hanya mampu berdoa, Hasbunallah wa nikmal wakeel.

Jalan raya lengang. Nampak satu ambulans di jalan raya, bergerak laju. Hati mula semakin resah. Rupanya bau busuk tadi tu dari arah Rabaah. Bau gas pemedih mata.


Asap hitam di udara




***

Sampai di hospital, keadaan seperti tiada apa-apa berlaku. Masih tenang. Mungkin sebab masih awal pagi. Tapi aku dah tak senang duduk. Handphone sentiasa di tangan dok update-update apa yang jadi di Rabaah sana. Buka FB page Mesir Kini through mobile. Update laju di sana. Whats up pun masuk bertubi-tubi. Laporan dari pelbagai pihak. Aku sibuk forwardkan dekat keluarga di Malaysia. Biar mereka tahu apa yang sedang terjadi sekarang, dan yang paling penting biar mereka tahu dan dapat berita ni dari sumber yang betul, bukan daripada media yang menipu.


Tengah-tengah lecture, dalam pukul 11 pagi. Keadaan dah mula kalut. Dukturah (Professor) yang tengah mengajar kami cepat-cepat menghabiskan pengajaran beliau. Katanya pihak hospital meminta semua doktor turun ke Emergency Room. dan rata-rata pekerja lain ingin pulang awal, sebab keadaan trafik di luar sudah mula sesak. Makcik-makcik cleaner, nurse dah mula nak balik awal. 

Tapi kami still ada lecture paedatric. Dan dijanjikan akan ada bas untuk membawa kami pulang nanti. Maka kami pun dengan tenangnya meneruskan lecture kami.

Selepas sejam lecture, datang dukturah ke lecture room kami. Katanya bas yang sepatutnya menjemput kami tiada. Keadaan di luar tidak selamat. Jalan raya disekat. Tembakan merata-rata. Katanya tembakan itu untuk meleraikan mana-mana kumpulan pro-demokrasi yang berkumpul. Maka, pihak hospital tidak membenarkan kami pulang, malah menggalakkan kami tinggal di hospital. Katanya kami akan diberikan bilik dan makanan percuma.

Lepas dah survey dan undi sesama batch, maka yang terbaik untuk kami adalah untuk stay di hospital ini. Kemudian kami (seramai 24 orang) dibawa ke wad yang akan menempatkan kami. Alhamdulillah, aku dok bayangkan kami akan duduk di wad yang kotor dan daif, tapi sebaliknya. Even taklah semewah di Malaysia, tapi untuk tahap kualiti di Mesir, wad ni dah dianggap mewah la. Tapi batal la semua perancangan saya petang ini.


Pagi tu lecture kami berjalan seperti biasa.
Tu gambar kawan saya tengah discuss case dengan Professor

***

Keadaan di Rabaah semakin genting. Setiap saat bilangan syuhada meningkat. Keseluruhan syuhada adalah beribu-ribu, (hampir 2200++) bukan hanya beratus. Ini tidak termasuk jumlah yang cedera, hampir 10 000. Lelaki, perempuan, bayi, kanak-kanak tidak terkecuali. Hospital Lapangan dah dipenuhi mayat-mayat dan pesakit. Malah ada sebahagian mereka terpaksa dihantar di hospital kami. Ketahuilah, bahawa mereka membunuh MANUSIA. Bukannya kucing atau patung~


"Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada"  
[Al-Hajj 22: 46]

Itulah mereka! Yang telah buta mata hatinya. *Boleh baca di SINI*

Di Medan Rabaah, Mereka membakar kawasan tersebut. Malah, menyerang mereka dari atas dan bawah. Helikopter berlegar-legar dan menyerang dari atas. Mereka melepaskan peluru dari senapang patah dan gas pemedih mata, katanya untuk meleraikan perhimpunan tersebut. Ah dusta! Sniper pun ada, menembak dari atas atap di sekeliling medan itu. Mereka memang menembak untuk membunuh. Dah target dekat kepala, sampai pecah tengkorak, itu bukannya tersalah tembak.

Di Medan Nahdzah pula, keadaan sudah kosong. Kelihatan polis-polis yang tersengih menunjukkan kejayaan mereka mengosongkan Medan Nahdzah. Ahh, memanglah, dah mereka dengan zalimnya pergi membakar khemah-khemah dan membakar mereka ketika masih tidur. Dilaporkan juga pihak polis menolak khemah-khemah dengan buldozer. Seorang ibu dan bayinya ditolak hidup-hidup. Mereka dijumpai mati kelemasan dan dihempap khemah-khemah. 

Kemudian, pihak polis membawa senjata mereka, dan menyorokkannya di kawasan pro-demokrasi. Kemudian polis buat-buat menggeledah, dan bising konon-kononnya mereka menjumpai senjata di khemah-khemah pro-demokrasi. Penipu! Orang di Medan Nahdzah tu senjata mereka hanya Al-quran. Janganlah ditabur fitnah kepada orang yang membawa kebenaran.


Sakit hati aku membaca semua berita. Geram, pilu, sayu, sedih, kesal  bercampur baur. Hati mana la tidak disayat-sayat melihat kekejaman mereka? Bukannya yahudi yang menyerang, tetapi tentera muslim sendiri? Itulah bahana sekular dan liberal, saudara seislam sendiri pun sudah tidak terasa.

Ditambah pula dengan berita yang tidak benar dari media yang menipu. Semoga Allah melaknat mereka dengan setiap titisan darah darah para syuhada yang mengalir. Semoga Allah menegakkan keadilan di bumi anbia ini. Semoga Allah mendatangkan ketakutan di hati mereka terhadap penegak kebenaran.


Khabarnya, senjata dibawa masuk ke Medan Rabaah melalui Ambulans~

Medan Rabaah yang dah separuh lapang~ T__T
gambar salah seorang syuhada

Cubaan membakar pentas di Medan Rabaah


Hasil serangan mereka. Allah, balaslah kejahatan mereka selayaknya~ T__T


***

Apa yang kami buat di hospital?

Ada yang tidur, berehat, belajar bersama-sama. Tapi yang menariknya, inilah hikmah Allah, batch kami yang susah nak berkumpul kerana masing-masing buzy, akhirnya telah dikumpulkan di bawah perancangan Allah.

Manisnya kami berukhwah. Solat fardhu berjemaah, bacaan maathurat berjemaah selepas solat asar dan subuh. Solat hajat yang membasahkan. dan Qiam Jamaie juga Alhamdulillah sempat dilakukan bersama-sama. Malah, Allah menyatukan hati-hati kami dengan jilsah dan tazkirah yang membangkitkan semangat kami yang telah pudar, dek serangan saudara kami di Rabaah.

Alhamdulillah Allah, setiap perancangan itu ada hikmahnya, cuma kita lah yang kena pandai untuk melihatnya dengan mata hati.


* Saya galakkan, dalam kita membuat apa-apa, sebaiknya dibuat secara berjemaah. Barulah semangat itu akan mengalir bersama-sama ibarat satu badan. (^.^)



Wad mewah kami :D

Masing-masing sibuk update melalui TV. Tapi TV ni memang media yang menipu.
Orang yang dah syahid beribu-ribu, tapi sebuk je TV ni nak laporkan polis dia yang cedera 2-3 orang tu. Heh. *Sigh*

Our lunch and dinner

Bacaan maathurat petang beramai-ramai

Subuh kami~ Alhamdulillah atas kebersamaan ini.

Dan sempat juga saya menyebuk di Emergency room sebelum dihalau. Keadaan kucar kacir. darah merata-rata. pesakit dtg berdarah2. ada kesan tembakan dekat dada. ada yg dah syahid. ada seorang pakcik tu, badan dia half berlumuran darah, tapi muka tenang je mcm tak sakit. Cool betul. sambil tangan dok buat gaya satu..mulut kumat kamit zikir "ahad..ahad.."

erkk!!  T____T insaf!!


"Tangan yg mengangkat syahadah, tak mungkin tunduk kpd taghut"


Big lesson learned!! Syahadatul Haq!


***

Pagi tadi, alhamdulillah keadaan dah semakin pulih. Kami dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing. Bas disediakan untuk kami. Mula bertolak pulang jam 8 pagi.

Jalan raya lengang. Tak banyak kenderaan di atas jalan raya. Bila bas mula menghampiri kawasan Rabaah. Semua orang sibuk tengok kiri kanan. Nak tengok kesan yang tertinggal.

Sayu dan sedihnya hati, tak dapat nak gambarkan, bila nampak kesan kereta dan bas yang terbakar. Kiri kanan penuh sampah. Jalan raya ni macam keadaan selepas habis pasar malam je.

Lagi sedih bila bas kami menghampiri Rabaah, kami dapati tempat tu lengang. Kosong. Kereta dah boleh melalui jalan tu macam biasa. Tiada apa-apa yang berbaki.

Kosong, sekosong hati ini. Bertambah sayu bila nampak masih ada asap di udara, kereta kebal di tepi jalan,  masjid rabaah yang hitam dibakar, kesan tiang pentas di hadapan masjid Rabaah. Mereka membakar hospital Rabaah kerana ingin memusnahkan jenazah-jenazah para syuhada. Apa lagi, sebab nak hapuskan bukti. Bacul! Pengecut mereka ni, dengan mayat pun takut. Mayat yang dah tak bernyawa itu pun mahu dibakar? Kesian. Desperate~ *Tapi ada sebahagian mayat syuhada yang berjaya diselamatkan dan dibawa ke Masjid Iman, Makram 'Abid*

Yang paling sakit hati, apabila kereta-kereta yang melalui tempat ini memainkan hon tanda kegirangan, malah siap buat tanda 'peace' and 'good' dekat polis/ tentera yang berkawal. Masih terbayang senyum sengih para tentera. Tu geng anti-demokrasi lah tu yang sanggup gembira dengan kematian ramai orang.

Argh! bangga la tu sebab mereka dah berjaya mengosong dan memusnahkan medan perkumpulan pro-demokrasi. Takpe! Ketahuilah kalian tentera dan polis, walaupun kamu semua berjaya memusnahkan medan Rabaah, tapi tak mungkin kamu dapat menghapuskan semangat jihad mereka! 


Kami sebelum pulang~

Kemusnahan di Medan Rabaah
Para syuhada yang berjaya dipindahkan ke Masjid Iman, Makram Abid
pandangan sisi kesan Masjid Rabaah yang dibakar

rakyat bangkit menujukkan protes terhadap serangan ini

Pandangan hadapan masjid Rabaah T__T



Dan sekarang?

InsyaAllah aku yakin bahawa ikhwanul Muslimin ada perancangan mereka sendiri. Mesir sentiasa di bawah perlindungan Allah. Allah ada perancangannya sendiri. Cuma kita yang kerdil ini sahaja tidak faham apa yang berlaku, dan tak reti untuk memahami hikmah di sebalik perancangan Nya.

Ya Allah. jika syahid itu yang terbaik untuk mereka, maka jemputlah mereka ke syurga Mu.
Dan masukkan juga aku ke dalam syurgaMu ya Allah. Aku ingin bersama-sama dengan pejuang agamaMu.


"Firaun telah membunuh 10000 ahli sihir yg beriman dan semua anak lelaki bani Israil sebelum Allah tenggelamkan semua taghut di laut.


Tentera salib membunuh 70000 penduduk baitul maqdis sebelum Allah keluarkan Salahudin Ayubi dari Mesir dan menghancurkan tentera salib di Hittin.


Tentera Monggol membunuh sejuta penduduk baghdad dan 10 juta di tempat lain, sebelum Allah keluarkan Saifudin Qutuz dari Mesir utk menghancurkan tentera Monggol di Ain Jalut.

InshaAllah kita yakin Ikhwan tiada masalah utk menyerahkan sejuta syuhada jika itu mahar utk kejatuhan taghut di Mesir, Amerika dan Israel.

Allahumma suril mujahidin fil misr ya Allah.'

-Copied- T____T



*Tarikh ini saya akan kenang selama-lamanya. Antara hari sedih dalam hidup saya.


p/s: Lain-lain berita boleh di lihat di FB Mesir Kini. InsyaAllah berita yang boleh dipercayai, bukannya macam berita dekat Malaysia tu~ 


p/ssss: Muhasabah besar untuk saya: 

Aku rasa hati aku kosong. sedih dan kecewa dgn apa yg berlaku. rasa helpless. tapi ada kawan ingatkan, jangan lupa kuasa DOA.Ayuh, kita tembakkan doa utk mereka. Semoga Allah melaknat as-sisi dan konco-konconya dengan setiap titik darah syuhada yg mengalir! Allahuakbar!! 

dan ketika ini org sedang berpusu-pusu masuk ke syurga, tapi kita still leka dgn dunia? lagi sedih if kita still leka dgn maksiat? Mohon dijauhkan! T___T


Safely arrived home,
MHZ,

Beyt SQ
11.40am
8 syawal 1434H

2 comments:

  1. Akak nie housemate nafisah and kak mai ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm bukan. Tapi rumah akk dekat-dekat dgn diorg~ :D

      Delete