“Apabila kita perhatikan, Abu Bakar as-Siddiq, jika ditimbang imannya pasti lebih berat dari iman umat Islam secara keseluruhan. Umar al-Khattab pun, daripada seorang penentang Islam yang tegar menjadi pejuang Islam yang digeruni, bahkan oleh syaitan!
Abu Hurairah pun banyak meriwayatkan hadis, sedangkan ramai para sahabat lain lebih dahulu masuk Islam daripadanya dan lebih lama bersama dengan Rasulullah. Agak-agak macam mana para sahabat ni mentarbiah diri mereka? Kenapa mereka mampu menjadi sehebat itu, walaupun asasnya mereka semua memiliki murabbi yang sama, Rasulullah SAW dan membaca al-Qu’ran yang sama. Dan, ketika ini, kita pun turut membaca al-Qur’an yang sama, tetapi kenapa kita tak dapat menjadi sehebat mereka?”, Safiyah melontarkan persoalan.
Tajam menghiris hati.
“ Mana boleh disamakan kita dengan mereka. Mereka hidup sezaman dengan Rasulullah SAW. Boleh lah menjadi hebat,” Liyana membalas laju. Kurang bersetuju dengan soalan Amirah tadi.
“ Erm, inillah sebabnya kita sangat perlukan tarbiah dzatiah ni. Bila kita mendisiplinkan diri sendiri untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT secara bersendirian ataupun apabila bersama-sama akhwat lain.
Kita melazimi sesuatu amal bagi meningkatkan ilmu, amal dan takwa kepada Allah S.W.T tanpa pengetahuan orang lain untuk mencari redha Allah S.W.T. Inilah tarbiah dzatiah yang saya maksudkan.
Awak pun tahu, tarbiah ni tabiatnya sentiasa meningkat. Tidak statik pada satu tempat yang sama sahaja. Dan matlamat tarbiah hanya tercapai bila kita berjaya melazimi sesuatu amal bukan kerana diwajibkan oleh para murabbi kita, tetapi kita lakukannya semata-mata kerana Allah SWT. Kalau bukan diri kita yang perlu mentarbiah diri sendiri, maka siapa lagi bukan?” Safiyah menutup perbincangan dengan sebuah persoalan.
***
Masih terngiang-ngiang perbualan dengan Safiyah, kakak naqibahnya ketika liqa usrah 2 minggu lepas. Itu liqa terakhir yang dihadirinya.
Liqa minggu lepas pula, dia mempunyai tugasan lain yang menyebabkan dia tidak dapat hadir ke liqa usrah. Rindu kepada usrahmate membuak-buak.
Biasanya usrah menjadi tempatnya meluahkan segala masalah, lebih-lebih lagi kebelakangan ini tugasan kuliah sebagai pelajar tahun akhir menuntut lebih waktunya untuk belajar.
Dia buntu. Gagal menyeimbangkan di antara belajar dan dakwah tarbiah.
Mutarabbinya juga sudah lama tidak dihubungi. Mujur mereka memahami kesibukannya.
Suasana petang yang tenang itu tidak mampu menenangkan kocak di hatinya. Dia suka duduk di bawah pokok ini, bertentangan dengan Café Mesra dan berdekatan dengan sungai di tengah-tengah kawasan asramanya.
“ Assalamulaikum Liyana,” kedengaran satu suara lembut menegurnya. Membawa Liyana kembali ke realiti. Liyana menoleh ke belakang.
“ Ouh Amirah, Waalaikumussalam. Dinner dekat sini harini? “ Liyana bertanya ramah.
“ Aah, tengah tunggu makcik tu masakkan mee goreng mamak yang saya order tadi. Silau-silau, ternampak awak tengah termenung depan laptop ni. Banyak lagi assignment yang kena submit?”, Amirah bertanya prihatin.
“ Ouh. Hurm.. Entah la. Assignment ni tak susah pun. Kebelakangan ni saya rasa kosong. Macam lost dalam dunia dan rutin harian saya. Solat-solat pun rasa macam satu reflex. Angkat takbiratul ihram, tup tup dah bagi salam. Bila baca maathurat pun, mula-mula baca al-fatihah, sedar-sedar dah tengah tadah tangan baca doa rabithah. Saya hilang di dalam dunia saya”, keluh Liyana.
Amirah menunduk. Turut memahami perasaan Liyana. Tipulah jika dia tidak pernah merasainya.
“ Bertaqwalah. Perbaiki solat dan istighfarmu. Kuatkan tarbiah dzatiah awak, insyaAllah awak akan temui semula diri awak yang hilang tu,” Amirah menasihatinya ringkas.
“ Awak orang kedua yang mention tentang tarbiah dzatiah ni. Tapi, saya rasa saya tak mampu nak berteleku atas sejadah lama-lama, beribadah semua. Banyak lagi benda lain yang saya perlu buat’, Liyana membalas jujur.
“ Liyana, awak dah salah faham. Tarbiah dzatiah ni bukannya macam kena jadi Pak Lebai dekat masjid. Awak jadi macam diri awak yang biasa, pergi kuliah macam biasa, cuma kita manfaatkan sebaiknya 24 jam seharian supaya dapat maximumkan untuk ibadah, menambah bacaan harian dan lain-lain”, Amirah menyangkal salah faham itu. Salah faham ini selalu melanda kebanyakan orang.
“ Ouh… Tapi, boleh tak saya nak focus kepada assignment dan kuliah saya dahulu. Nanti lepas dah grad, saya focus tarbiah diri saya boleh?”, Liyana bertanya jujur.
“ Semuanya terpulang kepada awak. Tarbiah tidak memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan tarbiah. Saya rasa awak sepatutnya lebih faham apa yang terbaik untuk diri awak. Ok lah, saya beransur dulu ye Liyana, Nampak seperti mee goreng saya dah siap tu,” Amirah meminta diri.
“ Okeh. Selamat menjamu selera. Assalamualaikum”
“ Waalaikumussalam”,
Diriwayatkan daripada Ali R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Dua hal yang paling aku cemaskan atas engkau: panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu. Sesungguhnya panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat, sedang mengikuti hawa nafsu itu dapat menjauhkan diri dari kebenaran.”
" Kalau bukan diri kita yang mentarbiah diri kita, then siapa lagi?"
Nak tahu apakah Tarbiah Dzatiah dgn lebih lanjut, boleh dapatkan di Kedai Iman Shoppe dgn harga rm18. Atau order online di sini http://bit.ly/tdzatiyah , dan tunggu buku sampai di hadapan pintu~
May Allah bless people~
p/s: Harap maaf, saya sedang berada di fatrah peperiksaan. Masa terlalu sempit untuk menulis. mohon doakan saya lulus final exam ini dan dapat grad insyaAllah.
MHZ,
3.00am, beyt SQ, Kaherah
No comments:
Post a Comment