Allahu
ghayatuna
Jika
ditanyakan slogan ini kepada ikhwah dan akhawat, juga sesiapa pun yang pernah mendengar slogan ini, pasti slogan ini sangat
familiar.
Kerana
di dalam perjuangan yang suci ini, akhirnya inilah matlamat semua, iaitu mencari
Redha Allah.
Tetapi
timbul satu persoalan yang bermain-main di fikiran saya, sebenarnya apakah yang
istimewa pada slogan ini?
Bila
saat kita menyanyikan nasyid ini, terfikirkan anda sejauh manakah kita betul-betul
yakin dengan slogan ini?
Allahu
ghayatuna dalam setiap aspek kehidupan
Apabila
kita beriman dengan slogan ini, maka kita seharusnya membuktikannya di dalam
setiap amalan seharian kita. Bukan hanya ketika membuat dakwah sahaja.

Tidaklah sama ahli neraka dan
ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat
segala yang diingini). (Al-Hasyr :
20)
Jika
diteliti ayat ini, kita dapati tidak sama kesudahan ahli syurga dan ahli neraka
di akhirat kelak.
Dan
jika tidak sama kesudahan mereka di akhirat, pasti permulaan kehidupan mereka
di dunia juga berbeza. Pasti takkan sama walau sedikit.
Baik
dari segi aqidah, akhlak, ibadah, cara bergaul, dll. Pasti tidak sama. Barulah
adil pembalasan bagi dua golongan ini di akhirat kelak.
Ahli
syurga pasti akan menjadikan Allahu ghayatuna sebagai matlamatnya. Dan matlamat
ini takkan berubah selama-lamanya. Malah dipraktikkan di dalam setiap sudut
kehidupannya. Baik ketika pagi, petang, siang, malam, ketika masih bujang, atau
sudah berumah tangga, ketika sudah beranak-pinak, bermenantu, bercucu, sihat, dan
sakit, semuanya masih di dalam berputar di bawah satu matlamat, Allahu
ghayatuna.
Allahu
ghayatuna fi kulli makan….
Allah
matlamat kita pada setiap tempat.
Di
tempat kerja, di jalan raya, di sekolah, di universiti, di restoran, di rumah
even di tandas. Kesemuanya Allahu ghayatuna.
Wa
fi kulli zaman….
Allah
matlamat kita pada setiap masa…
Ketika
sakit, Allahu ghayatuna.
Ketika
sihat, Allahu ghayatuna.
Ketika
memberi nasihat, Allahu ghayatuna.
Ketika
mendengar nasihat, Allahu ghayatuna.
Ketika
datang kerja/ kuliah, Allahu ghayatuna.
Ketika
tidak hadir pun, Allahu ghayatuna.
Ketika
rehat, Allahu ghayatuna.
Ketika
marah pun, Allahu ghayatuna.
Ketika
memandu, Allahu ghayatuna.
Allah
matlamat kita pada setiap keadaan…
Ketika
bersendirian,
Di
hadapan rakan-rakan dan keluarga,
Di
dalam kenderaan,
Di
dalam negara, di luar negara,
Sebelum
graduasi, selepas graduasi,
Sebelum
bfg, selepas bfg,
Sebelum
bekerja, ketika bekerja,
Ketika
bersama ikhwah akhwat..
Kesemuanya
masih berpaksikan Allahu ghayatuna dan semua perkara dibuat kerana sebab yang
munasabah(di dalam redhaNya.)
Allahu
ghayatuna di dalam pelajaran
Oleh
itu, bersempena musim peperiksaan ini, maka mari kita refresh semula semangat Allahu
ghayatuna di dalam study kita. Seorang mukmin seharusnya mengetahui priority
mereka. Buat ketika ini, fokuskan diri pada study masing-masing.
Di
samping, menguatkan hubungan dengan Allah tanpa meninggalkan hak sesama
manusia. Jangan melengahkan solat subuh semata-mata kerana ingin stay up. Dan
ini juga tak bermakna anda boleh tidak memasak untuk ahli beyt semata-mata
kerana pulun belajar. Cuba untuk menstabilkan semua tanggungjawab anda.
Bila
kepala anda sudah tepu, cuba ubah
mood study. Jika perlu, cari rakan-rakan untuk belajar bersama-sama. Lakukanlah
apa-apa sahaja, asalkan anda yang menguasai mood anda, dan bukan sebaliknya.
Don’t
too stress. Stress is killing. Terus ceria mendepani imtihan ini. Kerana
imtihan ini hanyalah salah satu fasa dalam kehidupan anda.
Kerugian
besar menanti
Maka
di dalam perjuangan kita, kekalkan matlamat ini. Jangan double standard dan
jangan menukarkan slogan hidup ini.
Analoginya seperti orang yang bermain bola.
Bola akan dihalakan ke arah gol.
Dan
tiang gol itu tetap berada di tempatnya. Mana boleh memindahkan tiang gol
sesuka hati.
Begitu
juga untuk mendapatkan redha Allah, tetaplah matlamat itu di situ.
Satu
perkara yang menarik tentang Allahu ghayatuna ini, ianya boleh dicapai oleh
semua orang. Baik yang pandai, yang miskin, yang kurang pandai, yang kaya, yang
cacat, orang yang kurang hafalan, yang sihat, yang sakit, yang bujang, yang
sudah berkahwin dll semuanya mampu mencapai matlamat ini InsyaAllah.
Jika
saya katakan, dalam masa 5 tahun semua orang mesti menjadi jutawan.
Adakah
ianya rasional?
Saya
rasa tak semua orang mampu untuk menjadi jutawan di dalam 5 tahun sahaja.
Tetapi,
jika saya katakan semua kita perlu menjadikan Allahu ghayatuna sebagai matlamat,
maka ianya rasional. Kerana Allah itu Maha Adil.
Semua
mampu mencapai sorgaNya, walaupun dia bukanlah budak agama.
Medan
apa-apapun kita, maltamat ini boleh dicapai insyaAllah.
Kesimpulannya,
jika kita benar-benar beriman dengan slogan ini di dalam kehidupan kita. Kita
seharusnya:
1- Akan mengajak manusia kepada Allah
mengikut cara yang disuruh oleh Allah
2- Membuat apa yang disuruh dan meninggalkan
apa yang dilarang
3- Oleh kerana Allah matlamat kita, maka
kita takkan berhenti berlari sampai saat kita bertemuNya. Ikhlas dan istiqamah
sampai bertemu redha Allah
4- Ikhlas. Kita tidak mengharapkan apa-apa
ganjaran daripada manusia
5- All out di dalam setiap perkara,
termasuk di dalam study dan kerjaya.
Buat yang sedang menghadapi peperiksaan, Bitaufik
wannajah imtihan dan teruskan mujahadah!
Allah melihat kepada effort dan bukannya effect!
Moga
Allah redha,
Salam
imtihan,
Musyirah
Zulkarnain
Gombak, 6.40pm
No comments:
Post a Comment