Friday, October 2, 2015

Contengan Kehidupan #5




Kesihatan ini suatu nikmat.

Alhamdulillah atas nikmat yang Allah kurniakan.
Lama dah rasanya aku tak menulis tentang contengan kehidupan ni. Atau sebenarnya, lama sangat aku tak menulis apa-apa. Mohon maaf kerana membiarkan blog ni bersawang.

Alhamdulillah, Allah lapangkan masaku, direzekikan dapat menjaga atok ni IJN. Isnin petang lepas, atok dimasukkan ke wad IJN kerana rentak jantung yang tak sekata, bengkak kaki dan kandungan potasium yang tinggi.
Selain itu, atok mengalami sesak nafas dan semput.
Semuanya kerana circulation darah yang tak lancar membuatkan air yang banyak di dalam badan memberikan tekanan tinggi kepada jantung untuk mengepam darah.
So, atuk admitted to ward for improving and monitoring the condition.
* Atok ni adalah nenek sebelah ayah. Kami panggil beliau atok. 

Mula-mula atok ditempatkan di Wad Kelas 3, bersama 6 katil lagi ternyata membuatkan aku tak kesepian menemani atok di sepanjang malam. Ada sahaja coleteh daripada pesakit lain yang menghiburkan hatiku.

Nenek awak operate bile?", tanya makcik selang 2 katil.
" Tak operate. Doktor just nak pantau kesihatan dia je" aku menerangkan secara ringkas.
Ouh, acik ni dah 16 hari dah ni. Dari hospital Taiping, kena hantar ke Ipoh . Lepas tu ke IJN. Dari rm45k sekarang ni yuran dah nak cecah rm55k. Mahal kos duduk sini", acik ni ramah orangnya. Berumur dalam sekitar 50-an.

'ouh. Lama dah dekat sini. patutlah nurse pun dah kenal acik ni. Dia pun rajin aja nak menyapa pesakit-pesakit lain.' monologku.

" Acik operate ke?" aku menyoal kembali.
Haritu dah buat angiogram. Tapi ada bengkak pulak. Ni lama dekat wad ni dok menunggu tarikh nak operate la ni". Ucap acik itu sambil berlalu pergi.

***
"Nurse, nurse.. Lapar. Mana sarapan ni".
5 minit kemudian, suasana sepi dipecahkan dengan ngomelan seorang nenek india yang berada berhadapan katil atok saya. Nenek india itu terlantar begitu sahaja. Tak bergerak sedikit pun.

Kejap lagi sarapan sampai. Tunggu kejap ye aunty. Aunty ni asyik baring je. Cuba bangun sikit. Gerak-gerakkan tangan, badan aunty. Baru la cepat sembuh", seorang nurse menyahut. Ditambah dengan mode membebel di hujungnya.
Aku tersenyum.
Haila, meriah pagi ni. Macam-macam ragam manusia.
Makcik pertama tadi turun dari katilnya dan bergerak menuju ke arah nenek india itu.

Ini biskut saya. Makan lah buat alas perut", dia menawarkan biskut keringnya. Kesian barangkali mendengar ngomelan lapar dari seorang nenek.
Nenek itu memandang ke arah biskut. Hanya bebola matanya sahaja yang bergerak. Badannya masih terlantar begitu. 

Aunty bangun la sikit. Asyik baring aja. Aunty tengok saya. Lepas operate itu hari pun saya baring saja. Tapi bila sudah gagah, saya cuba bangun. Tengok! Sekarang saya sudah boleh jalan. Aunty tak mau jalan semula? " makcik ni cuba memberikan nasihat.
Aku yang sedari tadi memerhati mengangguk kecil. Setuju dengan nasihat dari nurse dan makcik tadi.
Bahaya jika lama terlantar. Akan menyebabkan bed sore. 
Untuk cepat recovery selepas pembedahan, sepatutnya pesakit perlu bergerak dan berjalan.
Yang lebih menakutkan, dikhautiri terlantar lama akan menyebabkan pulmonary embolism.
Even di dalam Al Quran ada menasihatkan tentang perkara ini.




A018
Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. (Al-Kahfi :18

Bagaimana Allah menjaga pemuda-pemuda kahfi ini ketika tidur beratus-ratus tahun. Allah membolak-balikkan mereka ketika tidur bagi melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan bed sore.
***
Sesungguhnya, dengan menjaga atok, aku banyak belajar,

1. Sihat ini sebuah nikmat. 
Bagaimana 24 jam kita boleh dimanfaatkan sepenuhnya jika badan sehat. Namun sementara jika terlantar sakit, 24 jam itu dihabiskan untuk berehat sahaja.

2. Aku belajar bahawa betapa pemurahnya Allah yang telah meminjamkan kita oksigen untuk bernafas dengan percuma. Tanpa sebarang bayaran dikenakan.
Aku melihat sturuggle nya atok untuk mengambil satu nafas. Betapa semputnya atok ketika menjamah makanan. Tercungap-cungap atok seolah-olah lemas di dalam banjir lagaknya.

3. Aku juga melihat bagaimana kayanya seseorang manusia itu bukan pada banyaknya harta di dalam bank nya. Tapi kayanya manusia itu bila dia punya ahli keluarga yang tak melupakannya malah menjaganya ketika memerlukan. Kaya bukan pada harta, tapi pada keturunan.
Betul la satu pepatah,
" Bila kau dah tua nanti. Orang takkan ranya berapa banyak duit dalam bank ko. Tapi orang akan tanya berapa anak and cucu yang kau ada".
Betul la tu. Aku setuju 100%.

Ketika di wad ini, aku dapat menyaksikan betapa kayanya nenek cina di katil hujung bilik itu, apabila dirinya tidak putus-putus diziarahi oleh anak dan cucunya. Padahal nenek itu sudah berumur 80-an dan tidak nampak kedua-dua belah matanya.
Tetapi dia seorang yang kaya! Kaya zuriat.

Dan aku juga menyaksikan pesakit yang terlantar bosan, menunggu kehadiran keluarganya menziarahi dirinya. Mungkin anak-anaknya betul-betul busy kesemuanya. Aku cuba bersangka baik.

4. Aku juga belajar bahawa masa adalah satu pinjaman.

Ingat lagi dengan Dr Faizah yang bekerja di IJN ni.
Alhamdulillah, saya sempat bertemu dengannya di sini.

Nenek awak dekat wad apa?", Dr Faizah menefonku tengahari itu.
Blok B, tingkat 3. Zon 1, katil B317" aku membalas.
"Okay, akak naik ke atas. ".
Dan kami bertemu di depan pintu masuk wad. Aku membawa beliau melawat atuk ku. Sempat dia bertemu dengan Ayah Long dan Pak Cik di selah katil Atuk.

"I teringat dekat arwah mak I. Macam tu lah masa dia sakit dulu. Untung nenek Musyirah ada ramai anak yang boleh jaga.

Masa arwah mother I sakit haritu, I sempat jaga sekejap je.Yelah, anak-anak lain pun semuanya sibuk. Macam ni la jadual I. Doktor busy... Nak cuti pun susah. End up terpaksa ambil maid.
Tapi finally mak lebih rapat dengan maid daripada anak-anak sendiri. As a doctor, I fell loser. I rasa tak berguna", dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya
Aku hanya memandang sayu. Sejujurnya, masa ini satu rezeki. Jika ditakdirkan sekarang ni aku sudah masuk bekerja sebagai HO. Rasanya nasib aku pun mungkin sama seperti beliau. 

Even diri sendiri adalah doktor, tapi tak semestinya diri kita akan dapat spend dan rawat ahli keluarga sendiri apabila mereka memerlukan. 

(T___T)
Pengorbanan seorang doktor. Kerana masa seorang doktor itu milik ummahnya. 
Aku belajar yang masa itu memang milik Tuhan. Dia yang melapangkan dan menyempitkan masa seseorang..

***
Tolong doakan Atok saya ya.
* Someone give me this. Thank you *

Aku melihat wajah itu. Kedutan di wajah merupakan bukti, yang beliau telah banyak berbakti sewaktu usia mudanya. Wanita inilah yang telah melahirkan dan membesarkan 11 orang anak-anak. Yang kesemuanya Alhamdulillah menjadi orang yang berjaya.

Aku bahagia dan gembira memiliki keluarga yang besar dan meriah. Memiliki 9 orang pakcik saudara dan 1 orang Makngah, membuatkan duit raya aku sentiasa banyak saban tahun. Eyh!

Ayah selalu menceritakan kisah bagaimana susahya kehidupan mereka di kampung, tetapi Alhamdulillah akhirnya kesemua adik-beradik ayah berjaya dalam bidang masing-masing. 

Sedang aku ralit memerhatikan wajah atuk yang sedar tidur, tiba-tiba kelopak matanya terbuka. Atuk memandang tepat ke wajahku. Aku memberikan sebuah senyuman kepadanya.

" Awak siapa?" Atuk menyoal.

Ha?? Terkejut dan tergamam dengan soalan tu. Aish, takkan Atuk tak kenal aku?

" Awak siapa? ", Atuk bertanya kembali selepas melihat tiada jawapan keluar dari mulutku.

" Ini Musyirah tok.." Aku membalas.

dan atok hanya mengangguk.

Gulp! Aku berharap yang atok masih belum nyanyuk dan melupakan namaku. Maybe atok mamai ketika tu, baru bangun tidur.

Harapanku, agar aku dapat terus berkhidmat kepada mereka yang aku sayang, selagi mana masa masih membenarkan. Selagi mana Allah mengizinkan. InsyaAllah.

Sekali lagi, hospital tetap menjadi sekolah untuk aku belajar erti bersyukur.

Take are people,
MHZ

Blok B, 
Tingkat 4, IJN

11.20pm, 2 Oktober 2015

No comments:

Post a Comment