Thursday, October 15, 2015

Inspirasi: Dr Faizah 3.0



Dare to be different


 Akak dekat PICU atau PCICU? Saya dah dekat PICU ni” telifonku kepadanya. Ketika ini aku baru sahaja 2 minggu berada di Malaysia. Saja aku singgah sebentar di IJN untuk menjenguknya.

“ Okay, I datang ke sana” 

Dan telefon diletakkan. 5 minit kemudian beliau tiba di PICU.

So, apa cerita?” Dr Faizah memulakan perbualan selepas kami bersalaman.

“ Alhamdulillah.. saya dah habis belajar. Baru je sampai di Malaysia 2 minggu lepas.”

“ Alhamdulillah. Bestnya dah habis. So dah convo la ni?”

“ Aah. Itu yang saya balik lewat. Sebab nak tunggu convocation akhir mac yang lepas”

“ Ouh, share la dengan saya gambar-gambar graduation you..”

“ InsyaAllah..”

Dan kami meneruskan langkah ke bilik kerja Dr Faizah. Berborak sebentar. Tak manis rasanya kalau dilihat berborak sakan di ICU, sedangkan pesakit lain sedang kesakitan.

 “ Maaf lah. Bilik I bersepah. Lately banyak sangat kes. So banyak stay up di hospital” dia mempelawa aku masuk ke biliknya. Setiap doctor pakar di sini mempunyai bilik masing-masing. 

Sesuai dengan tugasan mereka yang sibuk, bagi aku bilik yang disediakan sangat selesa. Meja kerja terletak di satu ruang. Di sebelahnya terletak sebuah sofa empuk yang boleh dijadikan katil untuk take a nap. di satu sudut lain terletak sebaris rak buku yang memuatkan pelbagai buku-buku perubatan, al- quran, telekung dan peti ais.

Sebenarnya my mom baru passed away bulan February lepas. tu yang sekarang ni berserabut sikit. Rindu la dekat dia” dia memulakan bicara.

“ Innalillah. Meninggal sakit ke?”

“ Aah. Akhir-akhir tu I yang banyak jaga dia. In between kerja, I balik lawat dia. Tu yang sekarang ni rindu sangat bila dah tak ada”

Dan aku lihat wajah cerianya menjadi sayu. Suasana sepi seketika.


“ Ouh. So you sepanjang dekat Mesir dah hafal berapa juzuk Al-quran? “ 

Tiba-tiba Dr Faizah melontar soalan cepumas. Menukar tajuk perbualan.

…. Juzuk Alhamdulillah..”

“ Alhamdulillah.. bestnya.. Hafal al-kahfi tak? “

“ Erm, basically saya tak menghafal Al-Kahfi. Tapi sebab selalu baca setiap hari jumaat, so dok kerap ulang, boleh la re-call kalau ada orang baca Al Kahfi dekat sebelah saya”

“ Ouh, boleh la ni I nak test”

Hehe… Aku tergelak kecil. Part ni sejujurnya memang aku cuak. 

“ My mother selalu pesan untuk baca surah al kahfi tu. Dia selalu pesan tu yang I teringat tu..”

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH akan meneranginya dengan cahaya di antara dua kali jumaat."
( H.R Hakim di dalam Mustadrak)

“ Musyirah, you boleh tolong I carikan ustazah tak. Yelah, dah tua-tua ni kan. I rasa nak baiki bacaan al-quran, belajar ilmu agama. Dekat IJN ni ada je ustaz, tapi kita tak selesa la dengan ustaz ni” dia meminta sesuatu.

“ InsyaAllah, saya cuba usahakan “

***

Masa I kecil, my parents tak ajar kami macam other parents. They never get sad kalau I adik - beradik dapat result teruk ke. Atau gagal ke. They never get sad. But, only one thing that will make them sad and angry:

Bila kitorang tak siapkan tugasan masing-masing.

Setiap pagi, mak akan bahagikan tugasan kepada kami adik beradik. Contohnya macam abang kena buang sampah, kakak kena beli something-something, I kena sapu sampah and so on.

So setiap kali after habis sekolah, semua orang akan balik rumah dan buat tugasan masing-masing. Then bila my parents balik dari kerja, dia akan semak tugasan masing-masing. Haa.. kalau time tu I tak buat lagi tugasan I, they’ll get very angry.

Pernah sekali tu selepas balik sekolah I terus pergi rumah jiran and main sampai petang. I memang lupa langsung tentang tugasan. Then bila I balik rumah, my mother dah tunggu I dengan penyapu! I ingat lagi benda tu sampai sekarang.

That’s how my parents teach us. They teach us to be a responsible person”, penuh perasaan dia menceritakan kepada saya. Ketika itu kami sedang menikmati makan tengahari yang dibelanja oleh beliau. Hehe.

" Ouh really? " jawabku teruja.

Seronoknya dibesarkan macam ni. Teringat pada ayah dan mami ku. Ketika kecil, ayah seorang yang sangat tegas dan garang jika berkaitan bab pelajaran ni. Ayah hanya menerima Gred A sahaja. Bagi ayah, Gred B sudah dikira gagal, walaupun mengikut gred sekolah gagal adalah di gred D.

Tinggi benchmark ayah. Err.

So, nakal macam mana pun kecil-kecil dulu, bila masuk bab study, langsung tak boleh main-main. 

Then bila you dah jadi orang yang bertanggungjawab, dalam apa-apa perkara pun you akan buat sungguh-sungguh. Kalau you jadi doctor, then you akan laksanakan tanggungjawab you dengan baik. You akan rawat pesakit you betul-betul. Siapkan kerja you dan tak bebankan orang lain atau nurse dengan kerja you yang tak sempat disiapkan" sambungnya lagi.

Menunganku berkecai. Terus aku masuk semula kepada topik perbincangan.

Betul tu. Kalau kita student pun. Then kita tahu tanggungjawab kita ialah belajar dan berjaya. Then we will move toward it!” aku menyambung mengiyakan. Cuba meletakkan situasi diriku ke dalam perbincangan ini.

To be a responsible person. 

Perkara ini tidak mudah, melainkan anda memang telah dididik sedari kecil.

Saya rasa, dunia ini akan aman jika semua manusia melaksanakan tanggungjawab mereka sebaiknya.

Pemerintah memerintah negara dengan saksama. Mendahului keperluan rakyat mengatasi keperluan diri sendiri.

Guru mengajar anak-anak murid dengan dedikasi. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Bukan sekadar menghabiskan silibus. Sebaliknya mendidik anak bangsa dengan ilmu dan akhlak.

Doctor akan berusaha menyelamatkan nyawa dan memberikan rawatan yang sebaiknya.

Chef di restoran akan memasak dengan kasih-sayang dan meletakkan harga yang reasonable untuk customer. Memasak dengan bahan mentah yang masih segar dan berkhasiat.

Even institusi masyarakat dan rumah tangga akan kembali harmoni.

Suami isteri akan cuba memberikan yang terbaik kepada pasangan masing-masing.

Ibubapa akan berusaha menjadi yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Anak-anak akan berusaha menjadi anak yang soleh/solehah dan sentiasa mendoakan kebaikan ibubapa mereka.

Pasti takkan ada kes haruan makan anak. Kes suami mencederakan isterinya. Kes guru merotan murid-murid. Kes pelajar melepak di shopping mall ketika waktu kelas. Kes rasuah yang bermaharajalela dll.

Pasti dunia akan menjadi aman.


Alangkah indahnya!

***

" Musyirah, one thing yang you kena selalu ingat! 

Hidup ni its not about you. Its all about giving. Memang you akan rasa terkorban. Tapi nanti Tuhan akan balas semuanya dekat akhirat. Tuhan kan Maha Adil ".

Pesanan terakhinya aku sematkan dalam diri.

Aku rasa sebenarnya tanpa Dr Faizah sedari, dia telah banyak memberikan aku inspirasi. Lagaknya yang bersahaja dan sikapnya yang rendah diri, buat aku lupa yang sebenarnya dia adalah seorang doktor pakar!

Terima Kasih Allah kerana menghadirkan ramai orang yang selalu memberikan aku inspirasi dan teladan dalam menjalani hari-hari mendatang, Alhamdulillah.

***

Erti hidup pada memberi.

Kerana pada memberi itu ada kemanisan dan kebahagiaannya. Dan dengan memberi itu sendiri, sebenarnya menghidupkan jiwa-jiwa kita!

The more you give, the more you get back.
Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita pula menerima.




Selamat Tahun Baru 1437 H.
Selamat membina azam baru yang akan dilaksanakan.

Minta maaf untuk mana-mana kesilapan saya dan doakan semoga saya dapat istiqamah dalam penulisan.

Semoga Allah memberkati kehidupan kita dan mendekatkan lagi kita kepada redhaNya.

Take care people~ (^_^)

Thanx for reading and support. Jazakumullahu khairan kathiran.



Pautan yang berkaitan:



MHZ,
2 Muharam 1437H
1.15am
Sri Saujana, Gombak

No comments:

Post a Comment