Thursday, December 31, 2015

Bicara Al-Kahfi: Fityah vs Syabab


Bicara Al-Kahfi: Fityah vs Syabab




“ Antara 4 kisah di dalam surah Al-Kahfi tu, yang mana satu paling fevered?” soal dia di suatu pagi. Di tangannya kelihatan al quran kecil. Gayanya seperti baru selesai membaca Surah Al-Kahfi.

 “4 kisah?” aku merenung dia meminta jawapan.

“ Kisah pemuda kahfi, kisah 2 kebun, kisah syaitan dan malaikat dan kisah Iskandar Zulkarnain

“ Ouh.. Semua kisah best. Tapi yang paling terkesan adalah kisah pemuda Kahfi”

“ Okay, boleh explain sikit?”

“Pemuda gua (baca: pemuda kahfi) ini bukan calang-calang orangnya. Mereka bukanlah Nabi ataupun Rasul. Tetapi mereka adalah manusia biasa yang berusaha menjaga keimanan mereka, sehingga sanggup melarikan diri ke dalam gua demi menyelamatkan iman daripada pemerintahan raja yang zalim”

Ditakdirkan Allah, mereka tertidur di dalam gua sehingga 309 tahun. Ditemani seekor anjing peliharaan mereka.

***

A013
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (Al-Kahfi 18:13)


Fityah VS Syabab

Semua kita tahu, di dalam bahasa Arab, syabab bererti pemuda.  Namun di dalam ayat di atas, Allah menerangkan pemuda menggunakan kalimah FITYAH.

Siapakah Fityah? Apakah yang membezakan fityah dengan syabab?

Syabab adalah pemuda. Tetapi Fityah bukan sebarang pemuda! Fityah merupakan pemuda-pemuda yang memiliki hamasah dan keimanan yang tinggi dan ditambah lagi keimanan kepada mereka.

MasyaAllah!



PEMUDA ISTIMEWA


Walaupun PBB mendefinasikan pemuda atau Belia ialah mereka yang berada dalam lingkungan 15-24 tahun, tetapi Hassan Al-Banna mendefinasikan pemuda adalah mereka yang memiliki keempat-empat rukun berikut; 

Keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan.”

Sejujurnya, saya lebih bersetuju dengan definasi yang dibawa oleh Hassan Al-Banna. Kerana kerap kali saya menemui pakcik makcik yang sudah berumur 40 tahun ke atas tetapi memiliki hamasah (semangat)  pemuda yang sangat tinggi mengalahkanku yang 'belia' ni..


Suka ingin saya kongsikan beberapa petikan daripada risalah Wahai Pemuda, yang menyentap sanubari saya ketika membacanya.

"Asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.

Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.


Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipat ganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambah berat.


Oleh itu sepatutnya kamu berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.


***

" Wahai si Fulan, masa mudamu, ke manakah kamu habiskan?"



”Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. 

Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; 

oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang.

Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri. Ketika bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak"

Saya sentiasa bersyukur kerana Allah memilih saya untuk melihat sendiri siri-siri kebangkitan pemuda-pemudi di Mesir ini. Bermula dari Revolusi 25 Januari 2011, diikuti dengan penggulingan Dr Morsy, perhimpunan di Rabaah dan sehingga kini masih banyak demonstrasi yang berlaku saban minggu.

Dan apabila saya membandingkan semangat pemuda di sini dengan pemuda-pemudi di Malaysia, saya malu sendiri.

“ Syukurlah Malaysia masih aman. Ehhh!”

Sungguh berbeza jati diri mereka yang membesar dalam sebuah perjuangan dengan mereka yang membesar di Negara Malaysia yang masih aman!


***

Hijrah Zaman Moden


Sabda Rasulullah S.A.W :  

“Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), melainkan jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk keluar berjihad, maka keluarlah kamu” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)


Bersempena tahun baru 2016 ini, tepuk dada dan tanyakan:  

Q: Adakah azam tahun 2015 sudah tertunai?

Masih ada beberapa hari lagi untuk pulun melaksanakannya.

Q: Atau Azam 2015 akan menjadi azam 2016?

Err.. Hopefully ia tak menjadi azam 2017, 2018 dan seterusnya.


Q: Adakah aku sudah berpuas hati dengan kejayaanku sehingga hari ini?

Orang yang berjaya, takkan merasa puas dengan kejayaannya. Dia akan terus memperbaiki dirinya.

Q: Adakah kejayaanku hari ini akan memberi keuntungan kepada ummah? Kejayaan yang memberi saham kepada dunia dan akhirat?



Sayang seribu kali sayang jika anda tidak menjadikan tahun baru 2016 sebagai batu loncatan untuk memperbaiki kehidupan kita. Tahun baru sepatutnya disertakan dengan azam dan niat baru.


Teringat satu kata-kata Hassan Al-Banna,


'Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka.. Tetapi aku ingin hati-hati yang IKHLAS untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yg tersergam indah'

Allah!


Semoga kita adalah hati-hati yang di cari itu, InsyaAllah. Kamu perlu merubah dunia, walaupun kamu keseorangan, kerana anda pemuda ISTIMEWA!

P/s: Selamt bersedia untuk menghadapi tahun baru 2016 yang bakal menjadi tahun yang tough. Siapkan azam dan semangat baru untuk melakukan perubahan.

Salam sayang dan mohon maaf di atas segalanya dari saya, MHZ.
Terima kasih di atas sokongan anda :)

May Allah bless J



MHZ,
31 Dis 2015
11.45 pm
Sri Saujana, Gombak

No comments:

Post a Comment