Wednesday, March 2, 2016

Post Wedding: Luruskan semula niatmu






Aku selalu fikir, bahawa aku adalah seorang penulis.
Tetapi hakikatnya, I’m not born to be a writer.

Aku,
Sebenarnya hanya seorang yang suka bercerita dan berkongsi.

Dan aku fikir, selepas menikah, aku akan lebih banyak menulis.
Iyalah, sudah menikah, hati kan dipenuhi cinta.
Kebiasaannya, hati yang penuh cinta ini akan lebih mudah untuk meluahkan. Dan penulisan akan menjadi lebih hidup dan berinspirasi.

Tetapi, ternyata aku salah.
Di dalam perkahwinan, jika tidak mengurus masa dengan sebaiknya, maka semuanya akan menjadi alasan untuk bermalasan sahaja.

hendak membuka laptop dan melarikan jemari di keyboard, 
adeyh.. satu mujahadah yang besar. 

Lalu,
Apa yang menyebabkan kita akan istiqamah di dalam penulisan?

Niat kita!
Segalanya kembali kepada yang asal, iaitu niat kita.

***

“ Kenapa Nabi Musa meminta kepada Allah seorang peneman, Nabi Harun? " tanpa disangka, keluar sebuah soalan dari mulutnya.

Ketika tu kami sedang menunggu pakaian di kedai dobi self service. Menghantar kain-kain backdrop pelamin yang kotor dek pijakan para tetamu.

“ Sebab Nabi Musa kan tak berapa fasih orangnya. So dia memerlukan seseorang untuk menjadi ‘mulut’ nya” dengan yakin aku menjawab. Setahu aku, ini apa yang aku pelajari.

“ Hurmm… cuba kita tengok jawapan dalam Surah Taha” dia seperti tidak bersetuju denganku.

“ Mukasurat kedua Surah Taha kan? Dekat bahagian bawah” jawabku masih tak mahu kalah. 

Sambil-sambil itu tanganku laju membuka al-quran.

A029
"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
(Taha 20:29) | 
A030
"Iaitu Harun saudaraku;
(Taha 20:30) | 
A031
"Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
(Taha 20:31) |
A032
"Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
(Taha 20:32) | 
A033
"Supaya kami banyak beribadat dan memujiMu,
(Taha 20:33) | 
A034
"Dan (supaya) kami banyak menyebut dan mengingatiMu;
(Taha 20:34) | 
A035
"Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami".
(Taha 20:35) | 
A036
Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa! (Taha 20:36)

Aku terdiam. Cuba menghayati setiap baris ayat.

“ harapan Abang, supaya baitul muslim (baca: Rumah tangga Muslim) yang telah kita bina ini, akan menjadi sebab untuk kita akan lebih banyak bertasbih kepadaNya, dan lebih banyak mengingatiNya”

Kami berbalas pandangan. Sebuah perasaan halus masuk ke dalam hati.


Seperti apa pun, niat perlu dibetulkan.

Lebih-lebih lagi sebuah perkahwinan. 
Bukan perkara yang boleh dibuat mainan.
Perlu selalu dibaiki niat, mengapa kita berkahwin.

Semoga perkahwinan akan menjadi batu loncatan untuk lebih laju berlari menuju redhaNya.

***

NIAT.
Dalam sebuah Bengkel penulisan umum oleh Tuan Zamri Mohamad yang pernah saya hadiri, 

Kata beliau,

“Apa yang menyebabkan penulis berhenti menulis adalah kerana tak jelas the BIG WHY.

KENAPA SAYA MESTI MENULIS?
KENAPA SAYA TIDAK BOLEH BERHENTI MENULIS?

Kalau tanyakan kepada saya, kenapa saya buat bengkel ini?
WHY saya jelas!
Sebab saya mahukan buku yang dibaca oleh anak-anak saya SELAMAT apabila dia berumur 20 tahun kelak?

*Ketika itu, anaknya baru berusia 8 bulan.”

Juga konsepnya sama, iaitu kembali kepada NIAT, mengapa anda menulis.


“ Andai kata ada 2 orang penulis, seorang yang berbakat dan seorang yang gigih. Maka, jadilah penulis yang gigih. Tanpa bakat, orang biasa mampu menjadi penulis yang hebat. Tetapi tanpa kegigihan, penulis berbakat takkan ke mana-mana!”
– Ust Pahrol Juoi

Auch!!

Untuk manusia tidak berbakat sepertiku, maka pilihan aku hanya satu.
harus menjadi penulis yang gigih!


“ Jika anda punyai JIWA DAIE, yang rungsing kepada ummah, kecewa dengan keadaan ini dan ingin membina harapan agar ummat islam akan terus menjadi baik, maka anda sepatutnya akan terus menulis dan terus menulis.

Kerana harapan ini perlu ditumpahkan kepada penulisan anda!


Bismillah.
Moga Allah limpahkan ilham yang mencurah-curah untuk terus berkarya~



p/s: Di sini, saya ucapkan penghargaan terima kasih kepada semua yang membantu dan menghadiri walimah saya. Juga kepada semua yang mendoakan kami.

Terutamanya Ibu bapa, keluarga ZMG dan Besut, BFF, kawan-kawan, ikhwah akhwat yang banyak membantu. Moga Allah ganjarkan sebaik-baik pahala kepada kalian semua.
* Speechless. Terharu*


Doakan kami~ (^___^)


Family yang banyak berkorban, love u always~


New Family  :)



MHZ,
Sri Saujana Gombak

1.00am, 2 Mac 2016

No comments:

Post a Comment