Wednesday, June 15, 2016

Hidup ibarat snorkeling


Ragam snorkeling


“ Okay semua. Kalau sudah bersedia, kita dengar dahulu taklimat keselamatan berkaitan jaket keselamatan ini. Sila dengar dengan teliti, terutamanya buat yang pertama kali ingin snorkeling. So tanpa membuang masa, saya menjemput instructor kita untuk taklimat ini,” Cikgu mustafa memulakan bicara di pagi itu.

Kelihatan dihadapannya hampir 30 orang yang sudah memakai jaket keselamatan. Dijadualkan sebentar lagi kami semua akan ber snorkeling di Pulau Redang.

Encik Ahmad berjalan ke hadapan, menaiki pangkin kecil di bawah pohon kelapa itu.

“ Assalamualaikum wbt. Saya Encik Ahmad, instructor anda semua pada hari ini. Semua sudah bersedia untuk terjun ke laut?

“ Daah..”  bergema pantai ini dengan jawapan semangat dari kami. Tak sabar-sabar lagi ingin mencecah kaki ke gigi laut. Geram melihat kejernihan air.

Baiklah, Sila pakai jaket keselamatan anda. Pastikan anda membutang di hadapan dan ketatkan tali di sisi. Untuk keselamatan masing-masing ye. Tarik nafas dulu dahulu sebelum ketatkan jaket ni. Tapi jangan terlalu ketat, nanti ada yang lemas dahulu sebelum berenang,” sempat lagi dia menyelitkan lawak santai.
Kami masing-masing mengetatkan jaket di badan.

Kalau dah selesa, then kita pakai pula google ni. Pastikan google ni terlekap elok di atas muka supaya air tak masuk ke dalamnya” sambung Encik Ahmad lagi.

“Alaa.. Buruk la kena pakai macam ni. Lawak gile nak selfie camni,” kedengaran suara remaja wanita di belakang saya.

Saya menoleh kearahnya, kelihatan dia sibuk menyelfie bersama 2 orang rakannya tanpa menghiraukan taklimat Encik Ahmad.

‘ Sempat lagi nak selfie masa ni? Dengar la dulu taklimat keselamatan ni. Masih ada yang degil. Nanti jadi apa-apa or jaket tak ketat, siapa yang susah?’ monolog ku seorang diri. Tak dapat menahan hati melihat aksi gedik remaja-remaja itu.

Bagi aku, bab laut ini kita turutkan sahaja peraturannya. Jangan berlagak pandai. Jika lemas atau berlaku apa-apa yang tidak diingini, akan menyusahkan orang lain pula.

Taklimat dari instructor. abaikan model dalam gambar ini


***
"Okay sekarang, lepaskan diri anda ke dalam laut. Confident. Dah ada life jaket ni, jangan takut. InsyaAllah akan terapung"

Cikgu Mustafa memberi arahan untuk water confident.

Kelihatan beberapa anak muda sudah mula menguakkan tangan dan kaki, slow-slow berenang.

Masih ada lagi beberapa peserta yang menjerit takut-takut.

“ Alah makcik, Terjun je. Kita kan dah ada life jacket, takkan lemas punya.”
Seorang anak muda cuba menenangkan makcik yang masih takut-takut.

“ Ko cakap senang la, aku ni dah la tua, gemuk pulak. Tenggelam nanti” makcik itu masih tidak yakin.

Aku yang ketika itu sudah selesa berebang-renang di permukaan laut tersenyum sahaja memerhati tingkah mereka berdua.

***

Hidup ini seperti snorkeling di lautan.

Pertama, untuk snorkeling, perlu memilih tempat yang sesuai. Pulau-pulau yang menarik, cantik dan memiliki batu karang yang masih tidak terusik.

Begitu juga kehidupan, perlu memilih tempat yang baik – dengan persekitaran yang positif untuk kita meneruskan kehidupan.

Sebelum snorkeling, perlu persiapan peralatan yang selamat dan sebaiknya. Life jacket, google, pakaian berenang yang sesuai.

Lalu diikuti dengan ilmu untuk snorkeling.

Sekalipun tanpa skill berenang, anda boleh snorkeling.

Kerana snorkeling hanya perlu memakai jaket keselamatan dan google dengan baik, lalu benamkan kepala anda untuk melihat kecantikan di dasar lautan.
Snorkeling bukanlah diving, menyelam yang perlu membawa tangki oksigen dan sebagainya.

Begitu juga kehidupan, perlukan persiapan dan ilmu. Kerana pada akhirnya, kita akan meninggalkan dunia ini lalu meuju ke alam akhirat yang kekal abadi.


Bagaimana untuk masuk ke syurga jika tidak menyiapkan bekalan pahala sebanyaknya?

Bagaimana untuk berjaya di dunia dan akhirat jika tidak memiliki ilmu?

Dunia ini ibarat laut yang luas tanpa batasan. Perlu pandai memilih agar tidak lemas di laut yang dalam.

Namun, tak perlu risau tenggelam jika kita sudah memakai jaket keselamatan.

Cuma persoalanya, sudahkah kita menyediakan ‘ jaket keselamatan & persiapan’ kita untuk terjun ke dunia yang mencabar ini?

Mengapa kita takut untuk berenang di lautan yang dalam tanpa life jaket? 

Takut lemas?

Tetapi kita berani hidup pula 'berenang' di lautan kehidupan ini tanpa menyediakan life jaket kita dengan sebaiknya?

Juga mengapa ada degil dan berani untuk lemas sekalipun telah diterangkan instruction yng jelas tentang kehidupan ini?




Jaket keselamatan = Al quran

Ramadhan bulan turunnya Al-quran. Al quran yang menjadi bekalan dan panduan kepada kehidupan kita.

Jika kita berpegang kepada Al-quran dan agama dengan sebaiknya, campak lah diri kita di mana- mana lautan kehidupan, pasti kita takkan tenggelam, InsyaAllah.

Kerana Al quran merupakan petunjuk kepada hati kita.




**

“ Angah dah juzuk berapa?” tanyaku kepada ayah dalam perjalanan ke masjid malam semalam. Malam 10 ramadhan. Biasanya kami akan compete siapa yang akan khatam paling awal.

“ Alaa.. tahun ni lambat sikit. Angah busy di hospital. Baru juzuk 6. Ayah dah juzuk berapa?”

“ Ayah pun lambat sikit. Baru juzuk 10” jawab ayah selamba. Malam itu baru ramadhan ke -8. 

Aduh terpukul aku.

“ Mengaji lah angah”

Dalam rasanya pesanan ayah kepadaku itu. Terasa jauh ke lubuk hati.

Bukan aku seorang sahaja yang buzy. Buzy itu cuma alasan.

Tetapi sebenanrya boleh sahaja mencelah masa untuk mengaji.


Tilawah dan tadabbur.


Bukan sekadar tilawah sahaja tanpa penghayatan.



Ranting malam 11 Ramadhan,
Ampang, 
15/6/2016

No comments:

Post a Comment