F.I.F.A |
Ramadhan.
Satu perkataan yang sangat femes akhir-akhir ini. Mana taknya, tetamu yang
dinantikan bakal tiba tak lama lagi.
Bayangkan anda seorang ibu/bapa, dan anak kesayangan anda yang berada jauh
di perantauan bakal pulang ke rumah selepas setahun atau lebih tidak menjejakkan
kaki di rumah tercinta, (ataupun pulang berhari raya).
Lalu apa yang anda akan lakukan?
Tentunya awal pagi lagi anda sudah bersilat di dapur untuk menyediakan makanan
feveret beliau sambal udang petai dan mengemas bilik tidurnya dengan kemas dan
bersih!
Bestnya!
Betapa si ibu dan bapa merindui dan menanti-nanti kepulangan anak
mereka. tak sabar menungu si anak mengetuk pintu rumah.
Bagaimana pula jika yang bakal mengetuk pintu rumah anda adalah Ramadhan
beserta seluruh kebaikannya, maka apakah persediaan anda?
***
“Barang siapa mendirikan puasa Ramadan dengan
penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah
lalu” (HR Bukhari – Muslim)
Hadis yang
femes berkaitan puasa, sentap masuk ke dalam hatiku tika dibacakan oleh ustaz
di kuliah semalam.
Hadis yang
simple, namun penuh makna.
Kita lihat,
zaman kini, semakin berkurangnya mereka yang boleh dijadikan qudwah solehah di
dalam kehidupan. Kerana ramai orang-orang soleh yang telah meninggal, serta
semakin bertambah maksiat dan fasad (kerosakan) dan pelakunya, sehingga mereka
yang fasik ini menjadi contoh tauladan oleh orang ramai.
Lihat di FB
atau IG betapa banyak fesyen bertudung litup tetapi berpakaian ketat, kononnya
hipster.
Atau pun
filem/ drama TV menonjolkan abam-abam sado yang jalan ceritanya bertentangan dengan
islam.
Ataupun orang
alim sibuk perang FB tentang politik yang
tak pernah selesai.
Juga ustaz-ustaz
yang mendakwa mampu merawat tulang patah tanpa perlu ke hospital/ membuat MRI.
Eh!
Maka sudah
sampai waktunya untuk kita menyusuri kembali perjalanan hidup Rasulullah dan
salafus soleh supaya kita mendapat bekalan untuk meneruskan kehidupan serta menjadikan
mereka contoh dan idola kepada kita dan anak-anak.
Supaya kita
dapat menjejaki mereka menuju Allah.
Lalu bagaimana
sepatutnya kita meraikan Ramadhan yang bakal tiba 2 hari lagi?
Untuk menjadikan
Ramadhan 2017 kita OSEM, maka kita perlu:
1- Mengalu-alukan
Ramadhan dengan hati terbuka dan keazaman yang tinggi
Buka
pintu hati dan set azam/ wish list untuk memburu pahala di bulan Ramadhan
2- Memerhatikan
tentang ibadah puasa yang bakal dilalui
Tanamkan
niat, puasa kali ni bukan sekadar penat, lapar dan dahaga sahaja. Tapi kita nak
usaha menjaga puasa daripada perkara yang membatalkan/ merosakkan atau berkurangnya pahala puasa.
Contohnya
macam bergosip/ mengumpat di pantry dengan rakan sekerja. Shopping berlebihan
semasa berbuka puasa. Habiskan masa shopping baju raya online. Solat di akhir
waktu.
3- Merancang qiamullail
yang bakal didirikan
Set
alarm supaya sempat qiamulail dan sahur. Alaaa, solat sunat 2 rakaat pun dah
okay. Tuhan dah bagi kita pelbagai rahmmacam-macam nikmat, so kenapa kita
kedekut untuk spent masa bersamaNya?
4- Memikirkan seramai
mana manusia yang bakal diberikan makanan ketika berbuka
Buat
target untuk belanja orang lain berbuka puasa. Di masjid-masjid, anak yatim,
gelandangan, orang miskin etc.
Kalau
tak tau nak salurkan duit kepada siapa, boleh PM saya. Saya tahu ke mana
tempatnya
5- Meningkatkan
rasa simpati dan prihatin kepada fakir miskin dan anak yatim
Cuba
letak diri kita pada kasut mereka. Kita rakyat marhaen ni pun rasa sesak bila
nak hidup, duit cukup-cukup untuk makan, minyak kereta, tol, bagi duit belanja
mak ayah.
Alhamdulillah
Allah masih beri nikmat kepada kita kerana masih punya ibu ayah untuk spent
bersama. masih punya wang untuk berbuka puasa.
Tetapi
bagaimana nasib mereka yang miskin dan anak yang telah kehilangan ibu bapa?
6- Bersemangat untuk
memperbaiki kualiti tilawah al quran
Rasulullah
SAW bersabda “ barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Quran, maka ia
mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kali ganda. Aku
tidak mengatakan Alif Laam Mim adalah satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam
satu huruf dan mim satu huruf”
Tilawah
bukan sekadar nak khatam 1 al quran dalam bulan Ramadhan, tetapi untuk
mengambil dan tadabbur pengajaran di dalamnya.
7- Mementingkan
amalan bersahur kerana yakin akan keberkatan
dan kelebihannya
Jangan
malas untuk sahur. Alang-alang sebab banyak keberkatannya. Plus dapat solat
subuh awal waktu, sekali sekala dalam bulan Ramadhan ni, elakkan subuh gajah
kan bagus juga!
8- Bersegera berbuka
puasa dengan sederhana (tamar dan air) dan Tidak meninggalkan amalan berdoa
semasa berbuka
Jangan
buzy sangat di dapur untuk menyediakan makanan berbuka. Sediakan makanan yang
simple-simple aja. Cukup untuk mengalas perut untuk solat terawih. Kalau tak
sempat, boleh beli di bazaar Ramadhan dengan kadar yang sederhana.
Atau
sambil2 di dapur tu, ambil masa seminit dua sebelum azan untuk perbanyakkan
istighfar dan berdoa, InsyaAllah itu antara waktu makbulnya doa-doa kita.
9- Berharap dan
bersungguh-sungguh mengejar lailatul qadr
Ibadah
satu malam yang pahalanya sama seperti beribadah 83 tahun. Siapa taknak?
dunia
akhir zaman ni, siapa la yang hebat sangat boleh hidup 83 tahun?
Tapi
bukan sekadar berdoa je, kena berusaha untuk mengejarnya.
10-
Beriktikaf di masjid terutamanya
pada akhir 10 ramadhan
Kejutkan
anak-anak dan kawan bilik untuk sama-sama melepak di masjid.
Bayangkan
duduk dia di masjid pun dapat pahala. Apatah lagi kalau beribadah.
11-
Bersemangat dan bersungguh2 memburu
ganjaran dan janji Allah
Satu
bulan, 30 hari ni kalau diikutkan sekejap je akan berlalu. So, jangan sambil
lewa.
Set
niat dan tuliskan apa yang kita nak capai sepanjang Ramadhan ni.
Rugi
kalau tak dapat manfaatkan sebaiknya.
Mari kita fikirkan, kita nak jadi Typikal
Malaysian yang 'hooray' dengan kedatangan ramadhan kerana tidak sabar mahu
menyambut syawal,
atau kita nak jadi yang sebaliknya?
Mari, kita reset semula niat
kita. Jangan bertangguh!
Letakkan target kita untuk merebut sebanyak-banyaknya peluang kebaikan dan keampunan yang telah disediakan di depan mata ini.
Mungkinkah ini ramadhan terakhir buat
kita??
(T__T)
Mari jadikan Ramadhan kali ini pesta
ibadah, dan bukannya pesta makanan.
Ya Allah, berkatilah
Ramadhan kami.
Allahumma balighna Lailatul Qadr~ Ameen Ya Rabb!
Jom semua!! Mari kita panaskan enjin masing-masing. Sudah
sampai masa untuk memecut!
Mari kita masuk ke bulan Ramadhan ini dengan penuh
kesyukuran,
beramal bersungguh-sungguh
dan graduate dari madrasah Ramadhan ini menjadi manusia yang baru, seperti bayi
yang baru dilahirkan!
Ps: selamat
bertabah untuk kawan-kawan HO dan MO yang bakal ber ramadhan di hospital.
Especially yang tagging, besar pahala kalian InsyaAllah.
Psss: Merindui Ramadhan di Mesir seperti INI.
Psss: Merindui Ramadhan di Mesir seperti INI.
MHZ,
Pandan Court Condo,
2 days to Ramadhan
No comments:
Post a Comment