Aku melihat jadual kerja minggu hadapan, satu minggu aku akan dicampak bekerja
di ward gynaeoncology (ward pesakit kanser) . Alahai.. Kanser- kanser ni aku lemah betul.
“ Guys, kalau kerja dekat ward onco, apa je yang kita kena buat?” aku
bertanya kepada kawan-kawan HO lain tugsan yang perlu seorang HO lakukan.
“ Senang je. Actually semua pesakit yang masuk dekat situ, dah ada diagnosis as ovarian cancer, endometrium cancer or PTD. Or ada juga yang admit untuk
operation. So, chill! Once patient admitted, take her bloods, trace all the
investigation, kena tahu apa diagnosis dia dan dia datang untuk cyle
chemotherapy yang ke berapa.”
“ Ouh, banyak cycle eyh chemo ni rupanya” noob sungguh aku.
“ Yup. Chemotherapy ada banyak jenis. Ada yang sekejap je, sehari dua dah
boleh balik. Ada yang kena admit sampai 10 hari untuk satu sesi. Then dia akan
admit balik selepas 1-3 minggu untuk cycle seterusnya based on jenis chemo dan
apa jenis kansernya. Tapi chill, MO, specialist semua baik-baik”
Maka bermula la rutin harian di ward 6A ini. Kelam kelibut ke sana ke
mari membuat kerja, admission non stop kerana kami menerima kunjungan pesakit
dari satu Malaysia. Ada yang datang jauh dari Sarawak, menaiki kapal terbang
semata-mata untuk menerima satu sesi chemotherapy.
Namun, satu minggu di ward ini, menjadikan saya jatuh cinta dengan
suasana kerja di sini . Kami ibaratkan
ward ini seperti syurga.
MO nya baik, specialist apatah lagi. Pesakitnya pun ramah dan rajin
bertegur sapa. Mereka sendiri sudah mengenali sesame mereka. Saling bertukar
makanan dan bertukar cerita.
Gembira barangkali pabila mereka bertemu manusia yang senasib dengan
mereka.
Pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan chemotherapy, bukan seperti
orang biasa. Antibody mereka lemah. Meraka tidak boleh keluar bertemu orang
ramai. Hendak ke pasar malam? Alahai.. better duduk rumah. Karang senang sahaja
untuk mendapat jangkitan kuman. Sedangkan seorang pesakit saya pergi ke ofisnya
untuk bekerja 2 hari, balik rumah sahaja sudah selsema dan batuk-batuk. Betapa lemahnya
immunity badan mereka ketika itu.
Maka mereka perlu sentiasa menjaga kebersihan
dan kesihatan. Ini tak termasuk side effect chemo- rambut gugur, hilang selera makan, loya dan muntah-muntah, sakit badan dll.
Sejujurnya saya bukanlah seorang yang rajin bertegur sapa, apatah lagi
dengan seseorang yang tak dikenali. Apatah lagi menjadi HO yang selalu buzy
menjadi kuli, membuatkan aku hanya akan bercakap apabila perlu.
Teringin untuk bersembang panjang bersama pesakit, namun masa sering kali
mencemburuiku. Ada sahaja kerja-kerja lain yang menanti.
Dr Faiz.
Aku terpana melihat akhlaknya!
Almost 9 bulan sepanjang aku menjadi HO, pertama kali aku bertemu dengan
pakar yang sebegini baik.
Semalam postcall, Baru berkesempatan untuk menghabiskan masa membaca
novel Diagnosis 2 yang aku beli setahun lepas di pesta buku.
Melihat gaya penceritaan mereka, aku doubtful dengan setiap watak MO dan
specialist di dalam novel itu. Sangat jarang untuk dapat berjumpa dengan MO/ pakar
yang warak dan bersopan santun. Bukan tiada, tapi 1 dalam seribu.
Aku terkejut. Sebelum ini asyik bergelumang dengan Pakar Bedah yang mempunyai
ego mereka tersendiri, buat aku canggung untuk berhadapan dengan Pakar yang
baik sebegini.
Rasa aneh pula apabila tidak dimarahi apabila melakukan kesilapan.
" Mana kawan kita tadi? Salah ni. Sini saya ajarkan apa yang
sepatutnya,
"
Terharu!
Dr Yong kawan baiknya jugak almost serupa. Chinese consultant yang aku hormati.
Aku membayangkan aku akan dijerit kerana kesilapanku. Namun yang
sebaliknya yang berlaku.
Banyak aku belajar dari MO ku, daripada ramahnya dia menegur setiap
pesakit, membuatkan semua pesakit menyayanginya.
“ Maaf la, Makcik tak ingat nama doctor, tapi makcik ingat doctor ada
cerita pasal hantu dekat karak haritu”
Haa.. sampai tahap macam ni rapatnya pesakit dengan MO dan pakarku.
***
" Saya nak awak pastikan semua pesakit cancer saya solat. Kalau tak,
awak yang bertanggungjawab"
Gulp. Terasa berat amanah yang diletakkan.
“Kita nak merawat pesakit secara holistik. Bukan sekadar rawatan
luaran chemotherapy sahaja, tapi rawatan hati.
90% pesakit yang masuk ward meninggalkan solat, semata-mata sebab tiada
orang yang memudahkan urusan solatnya. Dia tak tahu pun yang dia perlu solat semata-mata
sebab ada jarum ada di tangan. Tak rata wudhu alasannya.
Betul semua doktor merawat pesakit, but remember, You must be
different!
Saya membayangkan satu hari nanti bila saya tua, kalau saya sakit dan
kena admit ward, ada HO yang akan ajar saya solat, “ penuh semangat Dr Faiz
menitipkan pesanan.
Tinggi harapan beliau kepada kami.
Ramah dan zuhud orangnya, selayaknya seorang Pakar Perunding Sakit Puan. Ibarat
resmi padi, semakin berisi, semakin menunduk.
" Okay, so continue the antibiotic, withhold the chemo until
Thursday until patient fully recover from UTI.
Makcik, nanti jangan lupa solat
ye. Pakcik pun bole tolong makcik ambil wudhu. Boleh pakai spray untuk ambil
wudhu", pesan beliau kepada makcik Normah dan suaminya.
Sambil itu beliau tersenyum sambil berjalan kerah pesakit seterusnya.
Dan morning round terus berjalan seperti biasa.
" Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia" .
contohilah akhlak Rasulullah terchenta.
Nota kaki:
MO: Medical officer (pegawai perubatan)
PTD: Persistent Trophoblastic Disease (kandungan anggur)
MHZ
O&G department,
Offday
270117
Pandan court, Ampang
No comments:
Post a Comment