“Duit simpanan Puan semua dah habis?
“Dah. Bayar tunggakan rumah sewa dulu”
“Ansuran kereta ada?”
“Ada, rm500 sebulan”
“Bayaran sewa rumah?”
“RM 1300 sebulan”
“Mahalnya. Puan taknak cari rumah yang lebih murah? Atau tinggal di
kampung?”
“Kampung saya di Kelantan. Jauh pula. Suami saya bekerja di KL”
“Anak-anak lain ada beri duit untuk ibu setiap bulan?”
“Kadang-kadang ada, kadang kala tiada. Ikut la”
Perbualan di antara Puan Azila, pegawai jabatan kebajikan bersama
seorang waris kepada pesakit yang datang meminta bantuan kewangan mencuri
perhatianku.
Saat itu aku sedang berada dalam bilik Jabatan Kerja Sosial di hospital
tempatku bekerja. Aku menapak ke sini untuk meminta bantuan kewangan bagi pembedahan seorang pesakitku, seorang ramaja
berusia 17 tahun yang mengalami patah tulang belakang (L2 compression fracture
with L3 burst fracture), dia membonceng motor rakannya. Namun malang menimpa apabila kemalangan jalan raya
berlaku dan dia tercampak ke belakang.
Saya perhatikan rata-rata masyarakat yang tinggal di KL Selangor
kewangan cukup-cukup makan. Ada yang gaji sikit, tapi berbelanja lebih. Ada
yang gaji cukup-cukup makan , hutang pula keliling pinggang.
Lebih-lebih lagi anak muda yang baru memulakan kerjaya dan membina
keluarg.
Saya bukanlah contoh yang terbaik, tetapi saya nak kongsikan beberapa
cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan kewangan yang stabil.
Alhamdulillah, semenjak saya mendapat biasiswa di Universiti, saya
tidak langi meminta wang daripada ibubapa. Saya bernasib baik belajar di Mesir di mana
kos sara hidup murah. Tetapi saya juga seorang yang kedekut. Saya jarang makan
di luar dan jarang mengambil teksi.
Setiap hari saya gagahkan diri berebut untuk menaiki bas untuk ke
Universiti dan hospital.
Hasilnya, saya mampu membeli tiket kapal terbang pulang ke Malaysia
setiap tahun, dan dapat backpacking ke beberapa buah negara jiran dengan menggunakan
duit simpanan sendiri. UK, Scotland, Ireland, Jordan, Turki dan Sepanyol
menjadi saksi saya berhempas pulas menyimpan wang untuk sampai ke sana.
Selepas graduasi dan pulang ke Malaysia, saya menunggu setahun sebelum
berjaya mendapat kerjaya tetap di hospital kerajaan.
Sementara itu saya bekerja sambilan menjadi guru ganti mengajar di
sekolah menengah untuk beberapa bulan, selain menulis dan menjadi bibik/ tukang
kebun di rumah sendiri.
Alhamdulillah, mampu la juga berbelanja sendiri untuk majlis akad nikah saya. Baju, make up, pelamin,hantaran, fotographer, dekorasi, goodies akad nikah semuanya hasil titik peluh saya. Mami dan ayah sponsor makanan untuk majlis kenduri dan goodies kenduri kahwin.
Alhamdulillah, mampu la juga berbelanja sendiri untuk majlis akad nikah saya. Baju, make up, pelamin,hantaran, fotographer, dekorasi, goodies akad nikah semuanya hasil titik peluh saya. Mami dan ayah sponsor makanan untuk majlis kenduri dan goodies kenduri kahwin.
Saya puas hati menjadi seorang yang kedekut.
Cuma akhir-akhir ini, sejak menjadi HO, saya mula berbelanja boros,
asyik makan di luar sebab tak sempat nak masak. (=.=)
Berikut saya kongsikan tips untuk menyuburkan harta.
1- Ambil medical card/ insuran
Memang nampak macam
membazir. Sebab kita rasa kita takkan jatuh sakit. Tapi ketika saya bekerja di
bahagian ortopedik, saya akur bahawa malang itu memang tidak berbau. Accidents are everywhere. Kemalangan
jalan raya tu macam senang je nak dapat.
Contohnya jalan licin kemudian motor tersungkur. Pejalan kaki yang tidak bersalah tiba-tiba dilanggar dengan kereta yang terbabas. Kereta yang keluar simpang tak bagi signal dan terlanggar motor yang tengah merempit. Tandas licin tiba-tiba tergelincir patah tulang paha dan lain-lain. Daripada patah-patah yang ngeri sampai ke patah-patah yang ringan. Semua ini memang tak dapat dijangka.
Contohnya jalan licin kemudian motor tersungkur. Pejalan kaki yang tidak bersalah tiba-tiba dilanggar dengan kereta yang terbabas. Kereta yang keluar simpang tak bagi signal dan terlanggar motor yang tengah merempit. Tandas licin tiba-tiba tergelincir patah tulang paha dan lain-lain. Daripada patah-patah yang ngeri sampai ke patah-patah yang ringan. Semua ini memang tak dapat dijangka.
Lagi malang, ada
yang cacat dan tak mampu lagi menyara ahli keluarga kerana kemalangan ini.
Kerana tiada wang simpanan, kasihan anak isteri pula terpaksa mencari duit tambahan untuk membayar bil
hospital dan operation.
Namun dengan
medical card, semuanya meringankan beban yang tergalas. Biar la nampak macam
membazir bayar yuran tiap-tiap bulan, tetapi sekali terhantuk, baru kita tahu dan
bersyukur kerana sempat mengambil medical card/insurans.
2- Buat fund sesama ahli keluarga
Bagi keluarga yang
anak-anak telah bekerja, saya suggest untuk tubuhkan tabung kecemasan untuk
keluarga anda. Saya bersyukur kerana generasi pertama pakcik dan makcik saudara
saya telah menubuhkan ZMG fund untuk keluarga kami.
Setiap ahli keluarga yang sudah bekerja dan mampu, akan membayar RM50 sebulan. Hasil semua kutipan ini kami salurkan kepada perkara yang memerlukan.
Setiap ahli keluarga yang sudah bekerja dan mampu, akan membayar RM50 sebulan. Hasil semua kutipan ini kami salurkan kepada perkara yang memerlukan.
Selain itu kami
mampu menaja family day keluarga kami, kami juga mampu menampung perbelanjaan
arwah nenek saya masuk kehospital dan menguruskan urusan pengebumian beliau.
Dan ada yang meminjam RM20000 untuk membayar PTPTN secara lump sum, ada yang
meminjam RM10000 untuk dijadikan modal meniaga dan ada yang meminjam RM20000
untuk renovate rumah.
So, bila waktu sesak,
ada tabung yang boleh dikorek.
ZMG Family Day kami. Fully sponsored by ZMG FUND ( makan, penginapan, pakaian, hadiah, aktiviti) |
One Happy family at home |
3- Menabung 10% daripada gaji bulanan
Pesan orang bijak, bila gaji masuk, terus asingkan 10% untuk simpanan.
Balance 90% tu barulah gunakan untuk perbelanjaan harian. Bayar sewa rumah,
ansuran kereta, bil elektrik dan air, nursery anak, susu dan pampers anak dan
lain-lain.
Kalau ada balance barulah spend untuk beli baju baru, make up, makan di
luar dll.
4- Jangan lupa bagi duit kepada ibu bapa
Jangan kedekut
dengan parents sendiri. Sedari kecil
parents telah berbelanja macam-macam untuk membesarkan kita. End up bila kita
besar dan mendapat gaji sendiri,kita menjadi kedekut dengan mak ayah. Saya perhatikan ramai pesakit saya yang merupakan mak
ayah yang telah tua, nak bayar rumah sewa pun tak lepas, apatah lagi nak beli
pampers atau beli ubat-ubatan, sedangkan anak-anak mereka kaya raya duduk di rumah teres. Jangan
jadi anak derhaka plz!
5- Sedekah menyuburkan harta
Akhir sekali,
jangan kita lupa. Sebenarnya dalam harta
kita ada hak orang lain. Jangan lupa membayar zakat dan sedekah. Walaupun gaji
kita setiap bulan adalah hasil titik peluh kita, tetapi sebenarnya ada hak
orang lain dalam gaji kita.
Sedekah akan
membersihkan semula semua kekotoran pada gaji kita. Alaaa, yang kadang-kadang
kita lambat kerja lambat, pastu main phone masa bekerja, guna internet ofis
untuk jual online, tertidur or keluar hisap rokok masa waktu ofis dan lain-lain
lagi yang merosakkan keberkatan gaji kita, maka
dengan sedekah dan zakat ni la cara Allah bagi untuk kita bersihkan harta kita
sebelum masuk ke dalam badan kita dan anak-anak dan menjadi darah daging.
So , sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bila dah menabung, jangan menambah hutang pula. Settlekan dulu hutang semasa.
Moga Allah berkati wang kita, walaupun sikit tetapi hati senang.
Kenapa kita perlu jadi kaya?
Kerana Rasulullah SAW pun kaya, dengan wang extra kita boleh banyak membantu umat islam insyaAllah.
sekian tips dari saya, sesiapa nak tambah pun boleh :)
MHZ
salam 3 dzulhijjah,
Ampang
15/8/2018
So , sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bila dah menabung, jangan menambah hutang pula. Settlekan dulu hutang semasa.
Moga Allah berkati wang kita, walaupun sikit tetapi hati senang.
Kenapa kita perlu jadi kaya?
Kerana Rasulullah SAW pun kaya, dengan wang extra kita boleh banyak membantu umat islam insyaAllah.
sekian tips dari saya, sesiapa nak tambah pun boleh :)
MHZ
salam 3 dzulhijjah,
Ampang
15/8/2018
No comments:
Post a Comment