Pages

Saturday, October 24, 2020

Muslimkah aku?

 

Pagi itu aku sudah lambat untuk ke tempat kerja.
Kebetulan pula elok je nak keluar rumah, tiba-tiba Miqdad sakit perut dan ingin membuang air besar.
Alamak..
'Dah la dah lambat, Miqdad nak berak pula'
Tak elok pula jika menghantar anak ke sekolah dalam keadaan busuk.
Maka dalam kekalutan itu, aku minta Miqdad cepat-cepat buang air. Kemudian basuh dan terus kami bergerak ke kereta.
Selepas menghantar Muaz kepada pengasuh, aku masuk ke dalam kereta untuk menghantar Miqdad ke taska pula.
Tiba-tiba ada sebuah kenderaan berjalan dan parking di tengah-tengah lorong di taman perumahan ini.
'Allah, camna nak lalu ni'
Aku angkat lampu kereta bagi memberi signal. Namun tiada respon.
Maka, aku membuat keputusan untuk memusingkan kereta dan berlalu pergi dari lorong itu.
Tapi oleh kerana hati sudah dipenuhi amarah, maka sengaja aku tekan pedal kereta dan memecut laju keretaku.
Tindakan itu disedari oleh Miqdad.

" Kenapa Umi bawa kereta laju-laju" innocently dia bertanya.
" Sebab Umi dah lambat" aku hanya menjawab sepatah. Sebenarnya aku berbuat demikian kerana marah.
Namun, selepas itu, aku tersentak.

' Ini bukan akhlak Islam Musyirah' monolog hatiku.
Kalau la Rasulullah berada di hadapanku, pasti aku segan dengan perbuatanku.
T___T
Rasulullah, walaupun dakwah beliau ditentang hebat oleh kaum quraisy, namun masih boleh menunjukkan akhlak yang baik.
Rasulullah, walaupun dibaling tahi, namun beliau masih mendoakan musuhnya supaya diberi hidayah Islam.
(Kalau kita, confirm dah maki hamun orang yang buat buruk kepada kita).
Astagfirullah. Rasa tak layak nak mengaku orang muslim jika akhlak tak serupa bicara.
Moga Allah ampunkan.


Dr MHz
23/10/2020
Salam rabiul awal
Bulan kelahiran junjungan hebat

No comments:

Post a Comment