Pages

Saturday, October 24, 2020

Kisah SPM saya


Hari result keluar, berdebar sangat. Mami seorang guru. So dia tak boleh hantar ke sekolah. Ayah pun kerja, so finally aku tumpang jiran,Dr Anis untuk ambil result. Kami keluar lambat,dalam tengahari sikit.
Sampai dekat sekolah, keluar kereta membe2 dah wish tahniah siap2. Lagi la cuak. Berapa A ni?
Akhirnya jumpa guru kelas, alhamdulillah dapat straight A, ambil 11 subjek time tu. Sengaja tak ambil subjek EST. Sebab tahu english aku memang lemah, sure tak dapat score dengan baik.
Tapi sebab aku datang lambat,melepas peluang untuk naik pentas. Tapi cikgu Helmi selitkan RM 50 saguhati beserta slip result aku. Terus call mami ayah inform mereka. Paling tak sangka dapat A1 add math and bahasa arab tinggi, sebab aku memang x suka nombor dan selalu gagal add math. Maybe skema pemarkahan kali itu byk bersimpati dengan aku.
Then part selepas menunggu UPU sebenarnya adalah part paling mencabar. Sebab aku takde cita-cita yang tetap. Aku sebenarnya nak jadi forensik (ni sebab pengaruh CSI), tapi ayah tak bagi. Beliau nasihatkan jadi doktor lagi baik.
Pada masa yang sama aku apply juga engineering, sebab konon2 rasa macam minat kimia. Tapi aku lupa yang ak tak suka math.
Finally, aku dapat tawaran diploma sains di UITM. Sangat terkejut.tak silap aku ni pilihan ke -6 aku masa isi UPU dulu. Dalam hati cakap "takkan dapat straight A ambil diploma je. sama macam orang dapat 4A. "
Aku tak dapat terima hakikat. Aku buat rayuan UPU di samping menunggu result matrik dan JPA jugak.
Ditakdirkan,rayuan UPU gagal, dan interview JPA aku pun gagal. Takde pilihan lain, akhirnya aku terima offer ke kolej matrikulasi tangkak.
Time ni aqidah aku diuji.aku rasa Allah sangat tak adil. Kenapa nasib aku malang sangat?
Susah2 belajar SPM akhirnya masuk matrik je. Yang mana tak pasti degree nanti akan dapat tempat yang secure atau pun tak.
Aku mula mempersoalkan percaturan Allah. Aku tengok member2 matrik lain rata2 dapat 3-6A je. Kenapa tempat aku di sini?
Dengan hati yang berat, seminggu sebelum daftar matrik baru aku buat persiapan. Baru la kelam kabut beli baldi, cadar, buku and barang keperluan lain untuk tercampak jauh dari family.
***
Dipendekkan cerita, selepas 3 bulan aku dekat matrik, mami ayah senyap2 daftarkan aku untuk belajar medic dekat Al Azhar, Mesir. Fly sendiri dengan agent AQ. Kalau result first year cemerlang, then baru boleh apply loan dari JPA, MARA atau Yayasan negeri.
Pulun aku belajar untuk dapat result yang cemerlang. Taknak susahkan mami ayah dengan yuran aku yang mahal.
Dan alhamdulillah dekat bumi Mesir yang aku tak expect utk menghabiskan 6tahun lebih dekat sana, banyak mengajar aku tentang kehidupan. Malah mengembalikan semula aqidah aku. Aku yakin yang Allah is a best planner.
Aku yakin yang Allah takkan sia-siakan usaha hambaNya, selagi mana niat kita ikhlas keranaNya.
Aku belajar yang EXAM BUKAN TUHAN. Exam bukan penentu segalanya.
Biar la result teruk pun, USAHA adalah segala-galanya.
Dan EXAM BUKAN KEHIDUPAN, kita ada tujuan lain lagi dalam hidup ni. Hidup ni bukan hanya untuk dapat result cemerlang, supaya dapat kerja yang baik (sebab skrg ni doktor pun menganggur).
Tapi hidup kita HIDUP BERTUHAN, supaya semua amalan kita adalah ibadah kepadanya.
Ada benda lain yang kita nak kejar, SYURGA dan REDHA Allah. Supaya kita senang di akhirat sana.
P/s: Kepada adik2 yang ambil result SPM harini, tahniah untuk usaha anda. Result yang tercetak tu, alhamdulillah yang terbaik untuk anda.
Jangan frust sangat, sebab banyak lagi peluang lain yang menanti di depan, as long as kita menjadi manusia yang berusaha.
Yakin dengan perancangan Allah, di samping usaha dan tawakal. Bukan tawakal je tapi usaha takde. Err..
Mari buru syurga Dia 🙂
MHZ
16 mac 2017

1 comment:

  1. Wynn Casino and Resort - Mapyro
    Wynn Hotel and Casino. 3131 S Las Vegas 강릉 출장샵 Blvd. Las 남원 출장안마 Vegas, NV 89109. The Strip · (702) 770-4377. Call Now 경상북도 출장안마 · More Info. Hours, Accepts Credit 오산 출장샵 Cards,  Rating: 4 · ‎921 reviews 전라북도 출장안마

    ReplyDelete