Friday, April 8, 2011

Sayidul Ayyam..

bismillahirrahmanirrahim.....


huuuh...akhirnya tangan pun menari2 di atas keyboard...
aish..lama nya x update blog...
serta byk sgt assignment yg minta di edit..x disiapkan..
nak menaip surat untuk kawan pon..x siap2..
entah la...angin kus-kus MALAS dtg menjenguk...
rase mcm malas sgt2 nk buat apa2...
even benda yg digemari pon..x laku skrg...
(kdg2 breakfast pon..bole jadi bekal je..sbb mulut berat sgt nk kunyah mknan pagi2 tu..tp nanti perut melalak la...sbb lapar gile...)

entah la....ade jugak musim malas mcm ni eyh??
musyirah2....check out urself...
must be sumthing wrong there!!!

okeh....bersempena dgn hari ni adalah penghulu sepanjang hari...sayidul ayam...yakni Hari Jumaat...

aku nak share sket...ape yg best sgt hari jumaat ni??
selain hari ni adalah cuti utk kami di Mesir..serta t`ganu,klate,kedah,perlis dan penang kan??
ape lg eyh??

(sorry...ni aku kopi pasta je la eyh?? sbb malas nk taip jugak..huu...sorry2 *.^)

Ketahuilah...bahawasanya Hari Jumaat itu adalah penghulu segala hari. Ia mempunyai keutamaan yang istimewa di sisi Allah swt. Padanyalah Allah telah menciptakan Nabi Adam a.s. Padanya juga Hari Kiamat akan jatuh dan ia malah merupakan hari di mana Allah akan mengizinkan ahli syurga untuk mengunjungi syurga. Para Malaikat menamakan Hari Jumaat itu sebagai Hari Penambahan kerana banyaknya pintu-pintu rahmat dibuka pada hari itu. Pada hari itu juga Allah akan melimpahkan kurniaNya dan menabur kebaikanNya.

Pada hari itu pula ada sesaat yang mulia, di mana segala doa akan dikabulkan. Tetapi saat yang mulia itu dirahsiakan. Oleh itu hendaklah melazimkan diri berbuat amalan2 yang soleh pada hari itu. Jadikanlah Hari Jumaat sebagai hari yang banyak diisikan dengan ilmu2 yang bermanafaat jua ibadat2 untuk hari akhirat sahaja. Memadailah menggunakan hari2 yang lain untuk bertungkus-lumus dalam kerja-kerja dunia yang dikira sebagai sia-sia dan tidak menguntungkan jika bukan diniatkan semata-mata kerana Allah swt.

Ketahuilah.. perkara yang sunnat dilakukan pada siang dan malam Jumaat ialah membaca surah Al- Kahfi, kemudian memperbanyakkan selawat ke atas Rasulallah saw. Hendaklah sunat ini dipelihara baik-baik. Dan hendaklah menyegerakan pergi ke masjid awal-awal lagi. Jangan melengah-lengahkan diri untuk pergi menunaikan solat Jumaat kerana solat itu adalah wajib ke atas golongan lelaki. Di waktu Imam berkhutbah, hendaklah memasang telinga baik-baik untuk mendengar segala yang disampaikan oleh Imam yang berupa tunjuk-ajar dan nasihat. Kemudian hendaklah menurut apa yang dikatakan di dalam khutbah itu. Anggaplah diri kita itu sebagai orang yang ditujukan segala nasihat itu.


(karangan Imam Habib Abdullah Haddad)


ermm..dah baca??

selain tu....Sesiapa Membaca surah Al-Kahfi diampunkan dosa2nya dari satu Jumaat ke Jumaat yang akan datang...dan akan terpancar cahaya dari telapak kakinya sehingga ke dada langit dan akan kelihatan cahayanya di Hari Kiamat.

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat." (H.R. al-Baihaqi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)


okeh..nanti la bila2..rase mcm nk tulis entry tok surah al-kahfi..

maybe next time or bila2 la eyh...

ok...(^.^)



buku sekolah dah panggil2 utk dibaca...

thanx 4 reading~


bait asrar,

8.34 am.

jumaat pagi, 8 april 2011

No comments:

Post a Comment