Saturday, May 21, 2011

DUTA




Bismillahirrahmanirrahim...:)

Alhamdulillah. Allah bagi lagi aku bernafas skrg.
walaupun otak tgh serabut. dgn xm yg around da corner..dgn hal rumah. tak settle2. dgn study yang entah ke mana..dan dan dan...(haish.manusia ni.mmg byk je masalah n keluhan kn??)

Alhamdulillah 3x.

Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah...

erm..pernah tak kita perasan. sehari berapa kali kita bersyahadah??? Ok la. at least ade la dlm 9 kali sekali kn?? setiap kali solat. masa tahiyat awal n akhir. Betul tak at least 9 kali???

9 kali tu byk la kan?? kira nya tiap2 hari la kita renew syahadah kita kan??
tapi pernah tak kita fikir, 2 syahadah ni ade 'mksud ' tak?? takkan la saja2 je kan kita naik saksi ni?? must be at least a reason kn???

"Maka apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?? " (al-mukminun:115)



then kalau kita tak hidup ni saja-saja. abes hidup ni untuk apa???


"Dan tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan agar beribadah kepadaku" (az-zariyat:56)

clear ke kan ayat kat atas ni?? Nampak sangat yg kita ade kat atas muka bumi ni dah Allah ciptakan untuk beribadah kepada-Nya.

kalau la kita hidup atas muka bumi ni takde tujuan. Nonsense la! ibarat mcm kita main bola sepak, tapi takde goal. then kita nk sepak ke mana?? main pas2 bola je? Nak sudah smpai bila
camtu??

macam tu jugak tujuan hidup kita ni. Itulah aim dan goal kita.

untuk BERIBADAH kepada Allah.

kalau lah dulu, aku akan fikir yang ibadah tu slat,puasa, baca yassin, doa etc.

tapi sekarang tak. Rupanye2 apa2 benda seharian yang kita buat. belajar, makan,mandi, bersukan semuanya adalah ibadah, kalau kita niatkan kepada Allah.

cuba bayangkan..

"Ahmad, jom pergi beribadah nak??"

ajak Safwan sambil pegang cangkul. Pakai siap baju nak pergi kebun.

"haa?? wan, ko gilo ke apo??" nk pergi masjid dgn cangkul2 dan baju petani ni?? buat lawak ape ni"

"come on la beb. IBADAH bukan setakat pergi masjid je la. kalau aku pergi berkebun ni, niat kerana Allah. dah kira ibadah kan??"


See. betapa semua daerah ciptaan Allah ni. terbentang luas semata-mata untuk kita beribadah
kepadanya.

And kalau lah kita yang mengaku islam ni, tak buat tanggungjawab tu betul2. tak jadi muslim yang betul2 muslim. dan semua tu salah kita la kan?? sebab kita tak jadi DUTA islam yang sebenar-benarnya.

dan kalau lah, non-muslim takut dengan org islam. Islamophobia. It is because kita la yang tak jadi DUTA islam yang sbenar-benarnya. Full stop.

sebut pasal DUTA. teringat kisah dekat Mesir ni. kalau kitorg dekat universiti. semua Malaysian students, alhamdulillah pakai tudung (even ade je selendang2 etc). Dan adat2 ketimuran yang bersopan santun pun terpamer la jugak.

di pandangan Dukturah (profesor) kami.. "Malaysian student are very good. they have the good behaviour. Malaysia is a muslim country??"

aku dan rakan2 hanya mampu tersenyum. (dlm hati cakap..dukturah tak tahu yang Malaysia ni nama je negara islam, tp bukan lah islam sgt pun.kes buang bayi pun byk, kes lain2 pon same je. Arghh.malu2)

kenapa Dukturah kami memandang tinggi Malaysia??

maybe sebab kami telah menjadi duta yang konon2 baik di depan mereka.. (tapi ini bukan berlagak yer)

mungkin.

nampak x betapa pentingnya peranan duta di sini. kalau la kita jadi duta Garnier pun. mesti la kita kan bersungguh-sungguh menjaga muka drpd sebarang jerawat,jeragat dan sebagainya.

kalau la kita ni Duta adidas sekalipun. kita akan sentiasa kelihatan aktif dan sporty. biar la sesuai dgn imej yang dibawa kan??

dan kalau la kita ni duta islam?? kita kan act mcm mana? mestila mcm yang islam suruh kan??
means bile siapa-siapa pun tengok kita, akan nampak imej islam tu tanpa syak wasangka.

then inilah yang sepatutnya terjadi. kan kwn2?? (^^,)

ohye. ade nak share 1 video. tapi x boleh nak post kt sini. tapi sila-sila lah rajin2 tekan SINI ye.

erm..sebelum lupa. selain tu, kita ada satu lagi tujuan hidup, To be a KHALIFAH atas muka bumi ni.

khalifah?? mcm khalifah abu bakar, umar camtu ke??

hehe...tak tak. tak payah pergi jauh2. cukuplah kalau kita jadi khalifah untuk diri sendiri. dan tugas khalifah untuk ajak semua orang, tunduk dan patuh kepada agama Allah ni.

then inilah tugak kita semua~

nampak mcm berat kan?? Yup. mmg berat. dan nak tak nak. Allah dah pilih kita untuk hidup atas muka bumi ni. No doubt. memang dah jadi tanggungjawab kita la, tak boleh lari kat mana-mana pun. sebab Allah tu sentiasa melihat kita kan???

Dan kita ni kecil je kan bila depan Allah nanti??




bait asrar,
1.57 am.
21 mei 2011

No comments:

Post a Comment