Friday, May 6, 2011

Istiqamah




bismillahirrahmanirrahim~


pesanan ikhlas. post kali ni mcm berat sket dan ade bahasa2 yang tak semua org faham kot. harap maaf kalau ade yang x faham.


ermm...tak tahu macam mana jari-jari ni boleh dgn refleksnya..menari-nari atas keyboard ni.
maybe sbb teringatkan awak kot~

mase tgh taip ni..i`m not around u..soo..ni namanya rindu eyh??

ouh. tadi lepas subuh, dpt satu tazkirah pendek. tajuk dia ringkas ja, Istiqamah.
mesti awk tahu kan maksud die?? :)

awk,
mesti selalu dengar je cakap-cakap yang..Jalan yg kita tempuh ni panjang dan jauh. Tak
tahu mana sudahnya. mungkin syurga. atau mungkin terpesong ke neraka.

tapi taknak lah lepas dah susah2 dekat dunia ni..tp akhirnye penghujung kita neraka kan?? nauzubillahmin zalik...xnak2!!

tapi mcm mane kita nk thabat (maintain) terus atas jalan dakwah ni sampai bila2????

ketahuilah. once bile dah terjebak dlm jalan ni, secara consciously or unconsciously..SYAITAN akan bekerja keras berganda-ganda utk pesongkan kita..

haha. teringat satu kata2 ustaz kat sekolah dulu.."haa...kalau sekolah biasa2, iblis hantar
syaitan-syaitan biase je tok goda2 budak-budak sekolah tu..Tapi kalau sekolah agama ni, die hantar yang pangkat sarjan tok goda budak2 sekolah agama. Haa...tu la yang byk kes budak2 agama ponteng kelas la, x mo turun solat kat masjid la, payah2 nk tutup aurat la..etc2..sbb Godaan tu pon besar..syaitan kerja 2x ganda tok pesongkan kita" (maaf kalau sape2 terasa...)

tapi awak, tu baru je kalau budak2 sekolah agama. Tapi kita ni, orang yang Allah dah pilih utk pegang dan junjung agama-Nya mengajak ummat2 yg tenat skang ni. Tanggungjawab besar. besar sangat2, sampai x cukup 24 jam sehari tok fikirkan masalah ummat. Mesti la lagi kaw-kaw godaan tu akn dtg, utk pesongkan kita dari siratul mustaqim ni kan?? soo..kita semua kene la highly resistant. Ukhwah kene kuat. ketahanan dalaman kene mantap.iman jgn goyah. hati jgn berbolak-balik.Dan kene ikhlas infakkan diri
kepada-Nya.

InsyaAllah, kalau dah wakafkan diri kepada Allah, just let it go..and Allah, He will take care the rest. Just believe in it yer syg.. :)

dan selain tu, kene betul2 yakin dan tak ragu2 tentang apa yg kita buat selama ni. tentang kenapa kita pilih jalan ni. kene yakin. xmo jd org munafik. insyaAllah..kalau kita faham ape yang kita buat selama ni, tak buat sebab ikut org lain..then kita baru akan faham..kenapa cara hidup kita lain daripada org-org biasa yang lain.

'kenapa kita kene kerja keras-keras ni sedangkan org lain bole senang2 je baca buku sekolah?? Saya nak jugak mumtaz mcm org lain. tapi camne nak mumtaz kalau asyik kene kerja je???"

"Awak, ketahuilah...Inilah jalan yang memberi kehidupan kepada kita. yang ada ganjarannya dunia dan akhirat. Boleh je, silakan kalau nk jadi mcm org-org lain. pergi sekolah, belajar. balik umah, makan, urus diri then belajar balik. then bile penat. tido. esok bgn and ulang balik rutin harian. bile weekend je, tutup buku, on movie or pg shopping2 or jln2. then then same thing happens everyday, everyweek....."

tp, smpai bila nak ulang kitaran robot tu??

nampak macam hidup org lain sweet je kan??? xde masalah lain nk pikir. tp awak, ingat la..saham kita tak nampak kt dunia. tp kat akhirat insyaAllah.

"Allah takkan kumpulkan 2 kebaikan pada seorang hamba" soo..pilih salah satu.
sama ada nak susah payah jalan kaki berpeluh2 kat dunia then nanti akhirnya akan jumpa istana kaca yang sgt cantik..

atau nak naik kereta ber'aircond'. berjenama mewah bawak keta bangga2 tapi at the end jumpa gaung atau jln mati yang xde sudahnya??

then u choose..pilih satu je, takde 2.

(rasenye paham je kan analogi ni??)


Dan. mmg kene sgt2 MUJAHADAH atas jalan ni. sebab Allah sendiri akan bg ujian kat kita. sama ada kita mampu atau tak untuk lepasi..itulah tapisan Allah untuk jundi-jundiNya.
Sebab dakwah ni hanya untuk Hati2 yang bersih je dan Allah akan tapis. Tapis dgn ujian2 yang smpai kita lulus semua peringkat. Sebab Syurga Allah tu kan mahal. bukan boleh beli mudah2.

soo..tetapkan hati yer. jgn cpt terpengaruh dgn kata-kata org sekeliling. jgn cepat terpengaruh dgn nikmat dunia yg sekejap ni.Sekejap tp best. Sbb kat akhirat nanti. Nikmat tu long lasting dan super duper Best!! Insya Allah doa2 la Allah pilih kita untuk tetap atas jln ni selama-lamanya..

doakan mushe jugak..cakap mcm senang kn??? tp skang boleh la.. komitmen sket. belajar je. Tapi nanti esok2 dah keje, dah kawin. hai... Doakan jugak mushe akn stay atas jalan ni. InsyaAllaH :)

ok lah. ohye. boleh cuba bukak surah Fussilat ayat 30-32. Tadabbur dgn hati ya~


oklah. terima kasih sudi baca. mcm berat. aah sgt berat. Tp inilah yg terbaik Allah ilhamkan untuk menulis. InsyaAllah...

Honestly, mushe sayang jalan ni. Mushe sayang akhawat semua. Mushe sayang awak. dan tak mo kita2 semua berpisah. Nak kita semua reunion kat akhirat nanti. Jom sama2 kita imarahkan jalan ni. Boleh x infakkan diri kita?? walau dengan rasa ringan atau berat??? (^^,)



4 comments:

  1. syukran..

    yup, bila kita ada lebih sikit ilmu, lbih banyak kita digoda..

    pray for me shen..

    ReplyDelete
  2. boleh2...inshaAllah musyi, kalau kita ikhlas, kita sendiri yang akan membentuk istiqamah tu dalam diri kita..

    aku syg kau...
    aku rindu kau..

    entri terbaik abad ini !

    ReplyDelete
  3. aisha: aah. syaitan tu smpai bile2 pun takkan jemu kan? teruskan menjag diri :)
    insyaAllah. Allah bersama kita..

    <3 jugak :)

    nadrah: insyaAllah. tapi ikhlas tu bekan sng kn nk bina?? insyaAllah. jgn lupa doakan aku yer..huu

    terima kasih semua~ :)

    ReplyDelete