Pages

Monday, April 30, 2012

Institut Nur & Amal

Tabahnya mereka..
mereka tak punya satu nikmat besar yang Allah anugerahkan kepada kita semua...
tapi kesyukuran mereka berganda-ganda..malah tegar sungguh menghadapi hidup ni...
Kalahkan kita yang sempurna ni...

Alhamdulillah, Allah kasi saya dan kawan2 peluang keemasan hari itu.
Dijadualkan kami melawat Institut Nur dan Amal..tempat untuk mereka2 yang tidak dapat melihat (buta)..Syarat untuk dihantar ke tempat ni, pertama haruslah perempuan sahaja dan memang completely blind.

Institut Nur wa Amal *abaikan org dlm ni*

Nape saya kata mereka cool???

1. Kat sini mereka belajar macam2 kemahiran..ade 4 department besar- kemahiran membuat carpet, membuat perabot drpd rotan, membuat stokin dan kain. Dan semua hasilnya akan dijual, dan wang yg dpt semula untuk perbelanjaan Institut ini.

2. Mereka belajar semua kemahiran ini, dalam masa 2 tahun sahaja..then bila dah pakar, dah boleh kerja di luar.

3. Mereka seriusly tak dapat melihat, tapi hasil2 mreka sangat OSEM!!! Cantek sangat!!! Saya yg dapat melihat ni pun tak sure dapat buat cantek mcm tu!! T__T.



Tengah buat carpet. yg tudung biru tu tak dpt melihat, tp beliau dibantu oleh superviser kt sebelah, yg boleh melihat

halus dan teliti hasil carpet2 mereka

Makcik ni tengah buat bekas daripada rotan. Hebat tau, tak nampak, tp hasil Chantek n kemas!!
Ok, saya tak tipu ye!! ni hasil2 yg akan dijual~ see??
*dlm hati saya, ak reti ke buat camni?? :( *



Cube teka ni apa??? Haaa..makcik2 ni tengah sterika stokin2 yg dh siap dijahit.

terpegun tengok makcik ni handle mesin menjahit sambil tak nampak. Selamat je!!


4.Orang2 buta ni, mata mereka je yang tak dapat melihat, tetapi hati mereka celik dan suci. Memang Allah amek satu nikmat dalam hidup mereka, tapi Allah pelihara kesucian hati mereka. Berbanding kita??? T_____T


5. Kita selalu rase kesian dekat mereka2 yg tak dapat melihat ni, nampak kesian sgt nak melintas jalan payah, kene ade org pimpin, nak jalan kene ade tongkat, tak dpt melihat alam yang chantek ni...

TAPI, sepatutnya kita kene kesian dekat diri sendiri...
Allah dah sempurnakan penciptaan kita, tapi kita ni bersyukur ke??? Ok, well said!! kita memang la cakap Alhamdulillah setiap hari, tapi tu dah memadai ke?? Ketahuilah bahawa actions speaks louder then words....


Tak guna kalau mulut hari-hari menuturkan Alhamdulillah, 
Tapi perangai kita tak seiring dgn kata-kata kita.
Bila jumpe mereka2 yg kurang upaya, adakah kita membantu mereka??
bila ade peminta sedekah, adakah kita menghulurkan sesuatu??
Atau sekadar menghulurkan ekor mata sahaja??
Nikmat yang Allah bagi ni, kita betul-betul manfaatkan kpd kebaikan ke??
Atau cukup kita makan sorang2?? taknak share dengan org lain???
tak takut ke kalau satu hari nanti Allah tarik semula??

T____T

Ouh, teringat sebuah kisah seorang sahabat Nabi, beliau tempang sebelah kaki. tapi Subhanallah ketika perang beliau la yang berada di barisan yang hadapan sekali. Sungguh tidak gentar, malah tak inferior pun dengan keadaan kakinya ketika itu.

Sedangkan kita yang sempurna anggota badan, bacul dan penakut. Malah tergamak kita nak tegakkan islam dengan kerja-kerja kecil sahaja??? Kenapa kita yang sempurna ni sebuk nak amek rukhsah (kesenangan) je dalam berdakwah ni???

6- Btw, ada antara mereka2 yang buta ni, tapi memiliki suara emas, mereka dilatih untuk membuat persembahan. Baru-baru ni mereka baru pulang dari France, membuat satu persembahan. Dan Alhamdulillah kami bernasib baik, mereka menyanyikan 3 buah lagu kepada kami. Sungguh bersahaja tanpa apa-apa instrument bersama. tak sangka menitik air mata bila mereka menyanyikan lagu "My Mother". *hati tersentuh dengan suara-suara suci mereka barangkali. atau mungkin rindu dkt Mak kot.huu*


7. Tengok tulisan Braille. Chantek. Tersusun kemas. Tahu tak sesetengah daripada mereka menghafal al-quran!! mungkin mereka baca Al-quran dengan braille. dan mungkin mereka menggunakan kepekaan pendengaran mereka. Pandai sungguh mereka menggunakan bakat dan apa-apa yg mereka ada utk kebaikan.  Dan kalau sesiapa yang bawah umur 20 tahun dah dapat hafal  30 juz, akan dierikan hadiah menunaikan haji atau umrah!! *lumayan bangat!!*

Tapi kita yang ada penglihatan ni, dah hafal berapa juz??? T___________T

Entah la, banyak sangat pengajaran yang saya belajar. Allah nak ajar saya bersyukur dan manfaatkan semua nikmat yang Allah bagi ni, untuk kebaikan. Untuk naikkan islam. Untuk Dakwah Islam sendiri. Allah nak saya usaha sungguh selagi mana nikmat2 kesihatan ni Allah masih kurniakan kepada saya.

Anda pula???

p/s: sori dah lama tak update. Semakin buzy, Peperiksaan final lagi beberapa minggu je. dah takde masa nak main2. Tanggungjawab yang ada melebihi waktu yang ada!!!

t8 care semua,

bait amru
1.59 am

No comments:

Post a Comment