Sunday, July 15, 2012

Diari: Tempat itu ada kenangan di situ...

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk dapat lagi menapak ke sana.
Rindu nya tempat itu, tempat yang membesarkan aku menjadi manusia. Manusia yang berdikari.

Tengahari semalam, aku mendapat jemputan untuk membari tazkirah ringkas semasa Usrah Puteri (Waktu selepas solat Zohor semasa orang lelaki pergi Solat Jumaat). Adik2 form 5 yang jemput. katanya, mereka dah lama tak mendapat sentuhan daripada orang luar yang bertandang. Tanpa berfikir panjang, aku anggukkan je.

Balik rumah tu baru pening, haila..nak bagi tajuk apa ni?? selak2 buku nota, still tak dapat idea tajuk yang best. Katanya nak tajuk yang berkaitan dengan perempuan~ *haish, takkan nk bagi tips memasak kat situ?? Pelik pulak. Tips kecantikan memang jauh panggang dari api la*

Sampai pagi tu still blurr x tau nak bg tajuk apa. Takpe la, tawakkal . Mohon Allah lancarkan lidah dan bagi ilham yang terbaik utk berkata-kata nanti.

Pkul 1 tengahari tu, jemput anis Insyirah dekat rumah dia dan kami sama2 bertolak ke SMAKL...

Dan. akhirnya lepas brainstorm sikit2 dengan anis dalam kereta tu, kami decide nak share pengalaman kami sepanjang belajar di luar negara.


*Thanks anis sudi temankan, dan tak memasal kene bercakap jugak kan?? hehe*

Lepas selesai solat zohor berjemaah, Adek Mursyida membuka majlis dan menjemput seorang kawan f5 juga untuk sedikit tazkirah ringkas. Adik ni share satu story, kisah benar yang moral nya adalah Dont judge a book by Its Cover. menarik juga..!

Then bila dipersilakan..Aku pegang microphone dan pandang depan. Ya Allah, tengok suasana depan mata ni memang menggamit memori masa belajar dulu. Serius Rindu.

Aku memberi salam dan saje nk hiburkan suasana...Tanya mereka,

"Siapa dekat sini Form 1??"
sekumpulan pelajar angkat tangan. betul2 betul dekat area tengah surau.

"Ok, Form 2??"
Sekumpulan di kiri surau mengangkat tangan.

"Form 3??"
Di sebelah kanan pulak yang mengangkat tangan.

macam tu la sampai Form 5, haha...sama je kot macam mase sekolah dulu, semua duduk dalam puak masing2...Satu batch takluk satu kawasan. Haha... Sebijik macam aku dulu~ Senyum aku sorang2..

then Alhamdulillah, ditakdirkan Allah, akhirnya Anis share pengalaman dia di UK..dan aku share sikit2 pengalaman aku di mesir dan aku share pasal macam mana keadaan orang mesir bila nak menyambut ramadhan. ramadhan yang mereka tunggu ibarat tunggu anak pulang ke pangkuan keluarga. serius mereka sangat teruja dan bersedia. Serius lain dengan keadaan kita di malaysia yang hambar-hambar malah ade je yang tak sedar lagi seminggu nak Ramadhan~ haila~

then kami tutup sesi tu dengan sesi Question and Answer..

lepas abes je, kami diserbu oleh adik2 yang nak bersalaman. Wallaweyh, macam artis kot..hehe..*cuma tak mintak tandatangan je*

Tetiba ade satu soklan cepumas dari seorang adik manis ni. Muka macam familiar. Rupa-rupanya dia anak ustaz Aziz..

"akak, bila akak dah abes SMAKL, ape memori yang akak tak dapat nak lupakan??"

Terkedu aku. Memang cepumas. Nak jawab apa ni, otak ligat berfikir sambil tangan duk hulur untuk salam macam artis tadi.


Erm, Weyh, ape yang best sangat zaman sekola dulu eyh??

Dan dalam kabut-kabut tu aku jawab.."erm, akak rindukan sangat suasana dekat sini.."


Seriously, Aku rindukan suasana tu. Suasana yang aku tak tau macam mana nak explain dekat adik2 depan mata aku ni sekarang. Mungkin suasana mereka lain dengan suasana aku mase belajar dulu. mungkin amat lain.


Aku rindukan Suasana belajar...*yang xde la semangat sangat belajar*
aku rindukan prep. 
Aku rindukan keadaan nak kene angkut air dengan baldi bila air takde. 
Aku rindukan nak makan supper dekat tepi kolam dekat basement tu.
Aku rindukan keadaan nak masuk DM, tapi tak pakai stokin.. then terpaksa buli junior utk amek kan makanan.
Aku rindukan nak makan lunch/dinner ramai2 satu geng, sampai tarik meja sambung2.
Aku rindukan suasana dorm yang meriah.
Aku rindukan nak angkat beg bila time balik bermalam.
Aku rindukan nak campak baju dari tingkat 4, depan dorm 0 bila hari kames abg dobi nak amek pakaian.
Aku rindukan bilik buku yang bersepah tu.
Aku rindukan nak bawak phone secara haram
Aku rindukan nak tidur masa prep.
Aku rindukan suasana sukan yang meriah nak lawan rumah sukan lain. Sorak sana-sini.
Aku rindukan zaman kene rekrut untuk kawad kaki polis or bomba utk wakil sekolah., sampai muka pun naik belang.
Aku rindukan nak Fly secara hormat.. *pergi kenduri kawen kakak mumtaz*
Aku rindukan nak buat backdrop dekat dewan Bestari tu sampai tengah malam. then subuh tu huyung-hayang balek aspuri.
Aku rindukan cikgu-cikgu yang tak jemu-jemu mengajar.
Aku rindukan Malam Puteri Lipur.
Aku rindukan hari sembelihan mase form 4 tu.
Aku rindukan warden-warden.
Aku rindukan nak outing reramai pg Masjid Jamek *konon2 beli barang keceriaan kelas*
Aku rindukan semua tu. Serius. Tapi, aku tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata..


*Lagipun, takkan la depan adek2 junior yang baik-baik ni aku nak dedahkan identiti aku yang nakal2. maunye depa ikut, mati la aku tak memasal ajar benda tak baik.hoho*

Dan akhirnya aku jawab, "Akak rindukan Friendship dekat SMAKL ni.." 


T_______T


Hurm, camne kita semua..konon2 masa form 1, semua dengan puak kelas masing2. asal jumpa kelas lain je, membisu. takde nak bergaul sangat. Tempat duduk dalam prep pun semua nak ikut kelas je. 
Makan dekat Dewan Makan lagi la, haruslah dengan geng masing2.

Masuk Form 2. Dah bergaul sikit2 dengan manusia lain. yela, rumah sukan, persatuan, permainan merapatkan jurang tu.

Start form 3 la, semua dah mula masuk mode nakal. Nakal tak kira.
Lagi pulak time tu dah ade geng geng taiko..haha..
terbayang geng aku yang dlm 10-12 orang. Ni campur budak2 kelas Ali and kelas Othman.
Bila nak makan dekat DM, tunggu ramai2 dekat prep, semua pun mandi cepat2 la, takut kene tinggal..
dalam kol 6.40 petang, semua pun dok serbu DM.
tarik meja sebelah biar dapat buat satu meja panjang.
berebut2 la wan, pache, shou, aimi, aku, zdah, fanna, dayah, qeqe, mumtaz amek tempat masing2..
masing2 pun takmo dok sebelah ujung budak putera.

haila..bila kenang2 balek, rindu nya nak 'jajah' DM tu sampai kene halau dengan pengawas bertugas, lagi2 la bila makan petang or Supper...

haha...*gelak sorang2*

Sekarang ni, tengok sorang-sorang..
masing2 pun dah bertebaran sana-sini. Sambung belajar.
Ade dekat perlis, ade dekat UTP, USIM, ade dekat UIA, UiTM, UPM, kelantan tu pun ade, and aku la tercampak jauh2.. *eyh ade ke yg dah grad and keje??*

Kawan2, walau kita semua dipisahkan dengan apa-apa. memori dalam hati takkan penah padam.
Manusia memang tak dapat dipisahkan dengan memori.

Ada memori yang lagi memotivasikan. Ada memori yang men'down' kan.

Semua manusia pun berkawan ada sebab. Sebab dia cantek, aku kawan dgn dia.
Sbb dia pandai, aku kawan dengan dia. sebab dia baik. sebab dia satu kepala dengan aku. sebab dia sekelas, sedorm etc. Byk lagi sebab-sebab tu, kenapa kita berkawan...

Tapi, percayalah..Satu sebab je yang akan bertahan selama-lamanya, Sebab dia ISLAM. Sebab dia MUSLIM. Persahabatan kerana Allah. *fullstop*

kalau kita berkawan sebab ni, kita akan berkawan sampai ke Surga sana. 

dan sebab ni jugak la, aku nk sangat Friendship kita sampai ke Syurga sana.
Takmo masuk Surga sorang-sorang. Nak ajak semua yang aku sayang.
Tapi Surga bukan tempat sembarangan, orang yg hebat-hebat je layak ke sana.
tapi sebelum cuba, takkan la kita nak surrender masuk neraka?? Nauzubillahminzalik~

So, Yok! Jom kawan2 semua, kita jadi lagi baik.
Kalau dulu kat skola kita bole pakai tudung kemain labuh *sbb dah peraturan kot*,
tp apa salahnya kalo sekarang kita pakai tudung cukup semua syarat. Tutup aurat, bukan tutup kepala je. *plus pakai baju and seluar yg complete tutup aurat sekali..*

Kalo dulu bole solat awal waktu kat surau..*yela, sbb ade BMT amek nama kalo dtg lambat*,
Tapi apa salahnya kalau kita maintain solat awal waktu, and lagi khusyuk dan menghayati solat kita.

Kalau dulu kita boleh je hidup single mingle,
nape sekarang kene berdouble..eyh berkapel??
*memang la lumrah alam, nak rasa disayangi..Tapi kalau dah jumpa org yg berkenan di hati, cepat2 la makan nasi minyak. benda baik jgn lambat2 kan. Tapi kalau rase x mampu lagi nak galas t/jwb tu..jgn berkapel lagi. Orang tua2 kata hilang manisnya nanti bila dah kawen.. :)

Erm, aku bebel ni bukan sebab benci.
bukan sebab nak bajet baik *sbb ak pun xla baek sgt*
Bukan sebab bajet alim.
Bukan. Bukan.

Sebab sayang~ and aku nk kita semua BFF sampai ke Surga. OK??
tarik la ak sekali kalo nampak aku menyimpang.

And aku mintak maaf kalau tak dapat nak sentiasa spend masa dengan korang. Jumpa pun satahun sekali. Mintak maaf kalau ada mana2 hak yang tak tertunai. Kalo ade mana2 hutang yg terpendam, cpt2 claim balek kt aku..

And thanx kawan, to be a reason for the SMILE on my face. terima kasih kerana sudi menjadi salah satu warna, yang mewarnai hidup saya. Thanx 4 every single things.

Aku sayang semua. And aku tetap sayang semua.

p/s: sempena Ramadhan yg bakal dtg ni, Jom kita grab banyak2 peluang yang ada. Banyakkan ibadah, dan bukan hanya juadah. Jadikan ramadhan ni yg terbaik dalam hidup kita, sebab kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita. Mana tahu esok lusa?? Dah ke kita bersedia??

p/ss: Nanti kite reunion la buka puasa nanti ye :)

p/sss: Aku just mention sikit je nama-nama, sesiapa yg x di metion, korg tetap kat hati aku. Cuma nex time kalau ade rezki ak tulis lg ye..Aisyah Puasa, eqa, paeq, abez, fazira, hanani, rahmah, auni, aman, chip, ainul, tqah wani, aan, izzah, ayu..kalau nak mention sorang2, memang tak habis la. Kene ambik majalah sekolah and sebut nama satu-satu dekat gambar. Btw, korang semua, sayang semua and May Allah bless, here & hereafter (^.^)


LOVE dari hati seorang Shen,
Gombak,
5.45 am
15 july 2012






5 comments:

  1. ak pon rindu jugak!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. ak pun rindu time ni jugak.. adoi2.. kan bez kalau sume satu uni..hee..xkn berpisah..

    ReplyDelete
  3. nak nangis aku baca pos ni. xtau nape shen. rindu sangat2 kat suasana smakl. kalau boleh, nak tulis bnyk2 post pasal smakl kat blog. sebab, aku rasa diri aku dah tak mcm aishah puasa yg korg kenal dlu. makin menyimpang. sdgkan korg semua mkin jadi baik.

    ye, kawan sampai syurga. terima kasih sbb mention nme aku.huhu

    ReplyDelete
  4. huhu tacing r post ko kali ni..papepn, moga ukhuwah KITA SEMUA terus kekal..berpimpinan tangan menuju syurga..[psst..! rindu gak nak wat backdrop sesama cam dlu..taram maggi tomyam sesama..ki3..]

    ReplyDelete
  5. rindu sangat. moga ukhwah sampai syurga, amien.. keep in touch insya-Allah. :) Ramadhan kareem!

    ReplyDelete