Wednesday, March 13, 2013

Orang Muslim dan Pohon Kurma





قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ الشَّجَرِ شَجَرَةً لَا يَسْقُطُ وَرَقُهَا وَإِنَّهَا مَثَلُ 

الْمُسْلِمِ فَحَدِّثُونِي مَا هِيَ فَوَقَعَ النَّاسُ فِي شَجَرِ الْبَوَادِي قَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَوَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا 

النَّخْلَةُ فَاسْتَحْيَيْتُ ثُمَّ قَالُوا حَدِّثْنَا مَا هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ هِيَ النَّخْلَةُ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya ada di antara pepohonan, satu pohon yang tidak gugur daunnya. Pohon ini seperti seorang muslim, maka sebutkanlah kepadaku apa pohon tersebut?” Lalu orang menerka-nerka pepohonan wadhi. Abdullah Berkata: “Lalu terbesit dalam diriku, pohon itu adalah pohon kurma, namun aku malu mengungkapkannya.” Kemudian mereka berkata: “Wahai Rasulullah beri tahukanlah kami pohon apa itu?” Lalu beliau menjawab: “ia adalah pohon kurma.”


Pohon kurma dianggap sebagai pohon keimanan. Akarnya diumpamakan seperti Aqidah dan rukun iman. Buahnya merupakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Pohon yang bagus akan menghasilkan buah.
Dan perumpamaan buah bagi orang muslim adalah amal-amal soleh yang dihasilkan.

Begitu juga IMAN. Jika seseorang itu beriman dengan sebenar-benarnya, imannya akan sentiasa mencambah di dalah hati dan menghasilkan amal-amal soleh. ( dan bukannya hanya iman mencanak naik tanpa penambahan amalan soleh).

Semakin tinggi sesuatu pokok itu, semakin dalam akarnya mencengkam tanah dan semakin kukuh tegaknya di muka bumi ini.

Iman juga, semakin dalam kepercayaan dan Taqwa nya kepada Allah, sepatutnya semakin banyak 'buah' nya. dan semakin tinggi pengantungannya kepada Ilahi.



1. Pohon kurma mempunyai barakah di setiap bahagiannya. ( Dahan, pelepah, buah, batang, akar dll)

Buah kurma boleh dimakan. menghilangkan penat dan lelah. Buahnya sedap dijamah ketika berbuka puasa. Pelepahnya boleh dijadikan atap, memberi teduhan kepada mereka yang memerlukan. Batangnya boleh dijadikan titi, tiang rumah dan juga boleh dijadikan sampan atau kapal. * kan?*

MasyaAllah, banyak sungguh manfaat yang boleh diperolehi. Malah, ini tidak terhad ketika pohon kurma tu masih hidup, malah setelah mati juga boleh dimanfaatkan lagi. *Teringat saya soalan karangan Bahasa Melayu UPSR. Senaraikan 50 kegunaan Pokok Kelapa??.* hehe


أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَآءِ 

تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللهُ اْلأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Rabbnya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.” (Surah Ibrahim: 24-25)


Itulah perumpamaan untuk orang  muslim. Dari setiap bahagian dirinya boleh memberi kebaikan kepada orang ramai. Tidak kira dalam bentuk tenaga, pengajaran ilmu, harta dan lain-lain lagi.

Malah, ada antara bekal yang boleh membawa kita saham walaupun sudah tiada di muka bumi ini. Begitu juga pohon kurma yang sudah mati. Sudah layu daunnya tetapi batangnya masih boleh memberi kebaikan.

Itu sumbangan sebatang pohon kurma, apa pula sumbangan manusia seperti kita? Yang Allah naikkan darjat kita manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Tanya semula diri sendiri, apakah kelebihan yang boleh aku sumbangkan?

Harta boleh di infa' kan. Buat bekalan amalan jariah yang tidak terputus selepas mati. Ilmu boleh diajari kepada orang ramai, walaupun cuma sedikit. Kemahiran menulis, mengedit gambar, menangkap gambar, membuat video dan lain-lain boleh disumbangkan ke arah dakwah islam dan kebaikan. Biarlah karya kita mampu menyentuh hati-hati manusia walapun jasad kita sudah tiada di bumi yang fana ini.

Semangat! ya, jika tiada apa-apa yang boleh diberikan, sumbangkanlah semangat(hammasah) anda. Bagi menyemarakkan semangat orang di sekeliling kita. Pengalaman kita dapat membesarkan orang, kerana ramai manusia belajar daripada pengalaman hidup orang lain.

" Hidup kita di dunia ini, bukan untuk kepentingan peribadi sahaja, Kerana kita hidup di samping manusia. Maka hidup kita untuk meyumbang kepada orang lain."

2. Pohon kurma tidak tumbuh di semua jenis tanah.

Cuba kita lihat, banyak ke pohon kurma yang ditanam di Malaysia, bumi khatulistiwa? jika dibanding dengan tumbuh segarnya pohon itu di negara-negara arab? mengapa?

Kerana pohon kurma memerlukan tanah yang sesuai untuknya. Begitu juga denga iman, ia tidak tumbuh di semua jenis hati. Hanya hati yang lapang dan betul-betul bersedia untuk menerima kebaikan sahaja yang boleh menumbuhkan benih iman. Mana mungkin iman yang suci mampu tumbuh di hati yang gelap gelita?


3. Pohon kurma tidak bercampur dengan pohon-pohon asing yang lain.

Boleh anda bayangkan sebuah kebun pohon kurma. Ada ke di celah-celahnya pohon durian, rambutan atau manggis? tidak ada! kerana jika pokok lain tumbuh di sisinya, ia akan menganggu pertumbuhan dan melahirkan persaingan.

Begitu juga dengan orang mukmin, hati yang baik tidak boleh bercampur dengan anasir yang tidak baik. Positif jika bertembung dengan negatif, hasilnya hanya akan melemahkan iman. Daripada berniat baik untuk bersedekah, terus saja nafsu dan syitan menghasut untuk tidak mendermakan duit, takut menjadi miskin.

Muhasabah semula hati kita, jika kita dapati ada anasir-anasir negatif bermaharajalela di dalam hati, cabutkan terus, supaya dia tidak menganggu kebaikan positif untuk membuat kebaikan.


4. Pohon kurma akan menghasilkan buah kurma setiap masa dan keadaaan.

Ketahuilah bahawa pohon kurma menghasilkan buahnya setiap masa, bukan ketika musim panas sahaja, tetapi juga ketika musim sejuk. (dan bukan ketika ramadhan sahaja ye!!)

Amalan orang mukmin haruslah istiqamah dan berterusan setiap masa, bukannya bermusim-musim. Bukan ketika Ramadhan sahajan iman mencanak naik, tetapi dalam bulan lain iman merudum jatuh, bukan!!

Kerana buah iman itu harus terhasil setiap masa seperti terhasilnya buah kurma setiap masa dan keadaan. Dan juga amalan itu sepatutnya TERBAIK setiap masa.





InsyaAllah. Semoga kita mampu menjadi sebaik-baik 'pohon kurma' dan dapat menghasilkan 'kurma' yang terbaik setiap masa. Ameen Ya Allah.

" Apabila Allah memberikan kebaikan kepada seseorang, diberikan kepadanya kefahaman di dalam agama"

p/s: hati-hati di negara orang. :)

take care people~



bait amru,
9.15 pm

No comments:

Post a Comment